Adsense

Ahad, 1 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer: Filem Hollywood Terbaru Berjudul “Battleship” Bakal Ke Pawagam!

Posted: 01 Apr 2012 11:00 PM PDT

Ingin saksikan sesuatu yang menarik? Sebuah filem terbaru arahan Peter Berg yang berjudul Battleship bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi dan kepada anda yang sukakan aksi tembak-menembak dan askar ber-uniform, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini.

Diinspirasikan dari permainan pertempuran klasik tentera laut Hasbro, filem aksi pengembaraan berskala epik ini akan dibintangi oleh Taylor Kitsch (Lt. Alex Hopper), Brooklyn Decker (Sam Shane), Alexander Skarsgard, Rihanna, and Liam Neeson.

Filem ini diarahkan oleh Peter Berg bersama beberapa orang pengarah lain termasuklah Scott Stubber (Couples Retreat), Sarah Aubrey (The Kingdom) dan filem ini telah ditulis skripnya oleh Jon Hoeber & Erich Hoeber.

Mengisahkan tentang makhluk asing yang ditemui terapung di laut, satu angkatan tentera bakal menghadapi serangan yang mereka tidak jangkakan dan pertempuran untuk manusia meneruskan kehidupan dimuka bumi ini bermula dari tengah laut.

OHBULAN! pasti, filem ini bakal menaikkan adrenalin para penonton di pawagam. Filem ini akan berada di pawagam luar negara bermula 11 April 2012.

Mari kita tonton trailer rasmi Battleship selepas ini!

Yuna Bakal Muncul Di Sebuah Rancangan TV Paling Berpengaruh USA, “Conan”!

Posted: 01 Apr 2012 10:16 PM PDT

Menjadi penyanyi pertama kelahiran Malaysia yang muncul di sebuah rancangan televisyen paling berpengaruh Amerika, Yuna bakal mencipta satu lagi sejarah dalam karier hidupnya apabila dia akan keudara bersama "Conan".

Semalam, Yuna telah memuat-naik banner ke laman Facebook-nya yang menyatakan tarikh persembahannya dan tertulis juga disitu, "Yuna akan membuat persembahan "Live Your Life" pertamanya di stesen televisyen nasional dalam rancangan "Conan".

Antara selebriti yang pernah muncul dalam rancangan kendalian Conan O'Brien ini termasuklah Jeniffer Garner, Shaquille O'Neal, Marisa Miller, Lindsay Lohan dan juga Tom Hanks.

Ini merupakan satu lagi pencapaian Yuna selepas menginjak ke bumi Amerika itu. Walaupun Yuna tidak merangkul apa-apa anugerah dalam Anugerah Juara Lagu 26 yang lepas, namun di luar negara, penyanyi wania yang sedang hangat bercinta dengan Qi ini terus mengukir nama dan mengharumkan nama Malaysia.

Apa yang pasti, pada 2 April ini, Yuna akan muncul di rancangan "Conan" dengan persembahan "Live Your Life". Mari kita tonton sebuah episod dari rancangan televisyen, "Conan".