Adsense

Isnin, 9 April 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Natasha Hudson sudah bertudung

Posted: 08 Apr 2012 11:54 PM PDT

natasha hudson di abpbh 2011 bertudung
Semakin hari semakin ramai artis wanita kita yeng berhijrah.. Bagi MyGosip ini satu perkembangan yang positif terhadap dunia hiburan kita.. terbaru Natasha Hudson juga dikatakan telah mula bertudung, Menurut Natasha Hudson sendiri, Beliau bertudung bukanya atas desakan sesiapa, tetapi keputusan dibuat oleh dia sendiri ketika berada di Tanah Suci Mekah semasa Natasha mengerjakan Umrah sebelum ini…

Tambah Natasha Hudson lagi, ramai yang terkejut dengan perubahan bertudung dirinya termasuk ahli keluarga, tetapi mereka semua amat gembira dan memberi sokongkan kepada Natasha.. malah, bakal suami Natasha Hudson, Carleed juga turut gembira dengan perubahan ini..

Natasha Hudson juga akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, Bagi Natasha imej bertudung bukan satu masaalah besar untuk dia meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon dan penyanyi..

"Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh," ujar Natasha Hudson dalam nada gembira.

Apa-apa pun jom kita tengok gambar Natasha Hudson di ABPBH 2011 semalam dengan imej bertudungnya kat bawah ni… Tampak lebih anggun kan..

natasha hudson di abpbh 2011 dengan imej bertudung

natasha hudson di abpbh 2011 dengan imej bertudung


Gambar Kad Jemputan Perkahwinan Fasha Sandha

Posted: 08 Apr 2012 11:06 PM PDT

kad perkahwinan fasha sandha dan jejai
Pasti ramai yang sudah mengetahui yang Fasha Sandha bakal berkahwin pada 29 April ini, Tapi tak ramai yang tahu yang mereka akan dinikahkan pada 27 April ini dahulu di Ampang, di rumah baru pemberian Jejai kepada Fasha Sandha.. Tarikh pernikahan Fasha dan Jejai mungkin sudah ditetapkan apabila kad pernikahan mereka berdua sudah mula diedarkan kepada para jemputan.. Salah seorang jemputan telah berkongsi kad pernikahan Fasha dan jejai ni kepada pihak media hiburan..

Walaupun Kad jemputan ini masih lagi belum disahkan kesahihanya, Tapi MyGosip yakin ini sememangnya kad jemputan yang sebenar memandangkan perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai sudah semakin hampir.. Agak mustahil jika kad belum diedarkan lagi kan..

Apa-apa pun buat peminat Fasha Sandha, jom kita layan gambar yang dikatakan kad perkahwinan Fasha kat bawah ni…

kah jemputan pernikahan fasha sandha
Gambar: Media Hiburan