Adsense

Khamis, 22 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Hanez Suraya Pelakon Drama 3 Janji Menafikan Beliau Bercinta Dengan Syed Ali

Posted: 22 Mar 2012 08:54 AM PDT


Pelakon drama 3 Janji, Hanez Suraya menafikan yang beliau tengah bercinta dengan Syed Ali, dan beliau menyatakan tidak mengenali dengan lebih dekat dengan Syed Ali mahupun berkerja dengannya.


Namun beliau akui pernah menemui Syed Ali di majlis-majlis hiburan, gossip mengenai hubungan mereka hanyalah ciptaan si kaki gossip semata-mata. Dan mungkin ada agenda tertentu yang direka bagi memastikan dia tidak dapat merealisasikan impiannya.


Hanez menyatakan beliau masih solo dan tidak terfikir untuk mencari seseorang sebagai peneman hidup, sebaliknya ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu (Alamak melepaslah abang-abang hendsome dekat luar sana, Sabar yer dato....tunggu dia berjaya dulu :P  ) 


ZoOM : Semoga Hanez berjaya mencapai cita-cita anda menjadi artis terkenal di Malaysia khasnya.

Apa pendapat/Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Taiyuddin Dan Kekasih Nak Kahwin Tahun Ini Kerana Duit Dah Cukup

Posted: 22 Mar 2012 08:23 AM PDT

Alhamdulillah duit dah cukup untuk mendirikan mahligai indah yang sudah lama di impikan oleh Taiyuddin atau nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar. Setelah 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, barulah Taiyu dapat menarik nafas lega.


Jika sebelum ini bagaikan kais pagi makan pagi tawaran yang diterima sebelum tampil dengan imej tersendiri dalam filem Hantu Bonceng. Dan jika anda melihat gelagat Taiyu dalam beberapa drama dan filem baru-baru ini     
"Trademark" dan gaya tersendiri seringkali menjadi bualan masyaraatkat.


Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut dan hati Taiyu mengenai cerita beliau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat. 
"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata. 
"Kalau saya kahwin ketika umur 30-an, mungkin saya tidak sempat melihat anak sendiri membesar. Semoga perancangan ini menjadi Insya-Allah," tuturnya yang juga berlakon dalam Apa Celop, yang kini disiarkan setiap Isnin sejak 20 Februari di TV3.

Tambah Taiyuddin yang terkenal dengan aksi komedi selamba, dia sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebaliknya sekadar berlakon mengikut watak yang diberi.

Dalam pada itu dia juga mengakui berasa pelik dan segan apabila ditegur peminat kerana tidak sangka dirinya akan dikenali ramai.
"Walaupun kerja saya sebagai seorang pelakon, saya merasakan tidak mungkin diri ini akan popular kerana ada yang lebih hebat lakonannya daripada saya. Tambah pula ramai yang mempunyai pakej yang lengkap. 
"Cuma, apabila sudah menjadi perhatian, saya perlu berhati-hati daripada segi kelakuan yang mungkin tidak akan menyenangkan masyarakat.
"Nak hisap rokok di depan orang pun saya tak buat kerana menghormati peminat-peminat yang menyokong saya," katanya.



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Pitis Di Hari Jumaat

Posted: 22 Mar 2012 07:28 AM PDT


Suatu Jumaat Pak Mat Pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Jumaat. Oleh kerana die memakai kain, die hanya membawa RM1 untuk tambang bas pergi dan balik dari masjid. Selepas menerime baki wang dari konduktor bas, Pak Mat memasukannya iaitu sekeping wang 50 sen kedalam saku baju melayunya.

Apabila tiba waktu sembahyang dia pun sama-sama berdiri mengikut jemaah lain..

Ketika hendak rukuk, duit 50 sennya tadih terjatuh dan tergolek di saf depan memikirkan itu aje wang yang dia ada. Die pun menegur orang disaf depan,

Pak Mat : Jange Ambik Pitih aku tuh
Jemaah 1 : Eh, aku tok sey limo puluh sen tuh gak
Jemaah 2 : Weh ore semaye mane buleh kecek
Jemaah 3 : Hok mung kecek tuh..
Jemaah 4 : Mujo Aku tok kecek deh


moral : lain kali gi semayang bawak lapan dozen duit syiling

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Resepi Potato Croquette

Posted: 22 Mar 2012 01:23 AM PDT

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!