Adsense

Isnin, 6 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Adira serah pada jodoh

Posted:

Adira serah pada jodoh

Adira serah pada jodoh

Oleh AIDA KAMARUDDIN
Gambar Fatah Sulaiman


MAHU beri laluan buat kerjaya terlebih dahulu.


TERNYATA fenomena filem cinta Ombak Rindu yang mendapat sambutan baru-baru ini bukan sahaja memberi impak kepada para pelakonnya. Keghairahan penonton terhadap filem adaptasi ini juga diluahkan kepada lagu tema filem tersebut, yang dinyanyikan dua penyanyi remaja popular tempatan.

Salah seorang penyanyi tersebut adalah gadis comel yang berasal dari Ranau Sabah, iaitu naib juara Akademi Fantasia musim 8 Adira. Menurut Adira kesan daripada filem pecah panggung itu dia bukan sahaja kerap mendapat panggilan "Adira Ombak Rindu" tetapi juga sering diminta untuk menyanyikan lagu tersebut setiap kali terserempak dengan peminatnya.

Bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap lagu duetnya bersama Hafiz itu, menurut Adira dia banyak mengambil masa bagi menghayati babak-babak di dalam filem Ombak Rindu sebelum bersedia menyanyikannya.

"Saya dan Hafiz mengambil masa sebulan bagi menghayati lagu ini dan ia mula dirakam pada awal tahun lepas.

"Bagi memudahkan penghayatan, kami juga diberi peluang menonton beberapa babak di dalam filem tersebut," katanya yang hadir ke Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi Adira atau Siti Adira Suhaimi, dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem Ombak Rindu merupakan antara rezeki terbaik buat dirinya , malah selepas kegemilangan lagu tersebut Adira kini mahu memberi tumpuan kepada single ketiga yang bertajuk Sakura.

"Sangat bersyukur kerana saya dan Hafiz dipilih untuk menyampaikan lagu ini. Secara jujurnya kami berdua tidak mempunyai masalah untuk menghayati lagu ini.

"Selepas lagu Ombak Rindu ini, saya ingin memberi tumpuan untuk single ketiga yang baru sahaja di lancarkan iaitu Sakura," jelasnya.

Bakal menjangkau umur 21 pada September tahun ini, menurut Adira masih terlalu banyak yang mahu dikejar dan yang paling hampir adalah impian untuk muncul dengan album terbaru di pasaran.

"Kemungkinan album saya akan menemui peminat pada tahun ini. Bagaimanapun ia masih bergantung dengan kesesuaian masa ini kerana proses pembikinan album tersebut masih lagi di dalam peringkat awal," katanya.

Tidak sah rasanya jika gadis ini tidak diterjah dengan soalan kisah cintanya yang pernah menggemparkan industri hiburan tanah air pada tahun lalu. Menurut Adira tiada apa yang mahu di ulas mengenai hal tersebut yang di sifatkannya sebagai kisah lalu. Malah dia turut tidak mahu dikaitkan lagi dengan kes pergaduhan yang berlaku di antara Hafiz dengan salah seorang rakan sekerjanya.

"Saya dan Hafiz masih lagi berkawan seperti biasa. Dan untuk meleraikan persoalan tersebut rasanya lebih baik sahaja saya katakan di sini, kami selesa untuk berurusan sebagai teman sekerja buat masa ini," jelasnya pinta dimengerti.

Ditanya sama ada masih lagi ada sisa cinta antara dia dan Hafiz setelah bergelar pasangan kekasih hanya selama enam bulan, Adira memberitahu buat masa ini dia lebih mahu memberikan tumpuan buat kerjayanya dahulu.

"Jika ada jodoh adalah, kita hanya merancang yang menentukannya bukan kita. Buat masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan perkara ini kerana bagi saya apa yang penting adalah untuk merencanakan kerjaya nyanyian sahaja," katanya.

Mempunyai wajah yang menarik, ada pendapat yang memberitahu bahwa Adira sepatutnya sudah berada beralih ke dunia lakonan, namun bagi anak gadis ini biarlah impian untuk bergelar pelakon itu disimpan dahulu memandangkan dialek Sabah masih lagi menghiasi cara pertuturannya.

"Memang ada niat untuk menjadi pelakon. Bagaimanapun buat masa ini saya pasti ia bukan lagi waktu yang sesuai. Berilah saya masa untuk membetulkan cara percakapan ini, dan bila sudah bersedia tentu sahaja saya akan mencari peluang untuk berada dalam dunia lakonan pula," katanya.

Melihat kepada gaya potongan rambutnya yang agak pendek, Adira memberitahu penampilan terkininya tidak ada kena mengena dengan tuduhan bahawa kononnya dia menyukai kaum sejenis. Imej ringkas seperti ini menjadi pilihan kerana dia mahu mencuba sesuatu yang baru.

"Jangan fikir bukan-bukan, gaya potongan rambut ini merupakan pilihan Adira sendiri.

"Mungkin sejak kecil lagi Adira merupakan seorang yang lasak, dan jarang berambut panjang. Bagaimanapun pemilihan gaya rambut terbaru ini juga disebabkan kerosakan rambut yang saya dialami sebelum ini, lebih baik potong pendek terus," jelasnya.

Ternyata dakwaan yang mengatakan dirinya meminati kaum sejenis banyak mengubah pendirian gadis yang mempunyai kulit muka putih melepak ini. Bagi Adira dia mahu tahun 2012 ini menyaksikan kebangkitan dirinya sebagai penyanyi dan bukan kontroversi diri di sana sini.

"Dakwaan yang mengatakan saya meminati kaum sejenis adalah satu tuduhan liar.

"Namun saya akui saya mudah bersahabat dengan sesiapa sahaja. Walaupun begitu ia tidak bermakna saya akan dengan mudah mengubah pandangan saya terhadap sesuatu hubungan yang terjalin.

"Saya masih seorang gadis yang normal, meminati lelaki, cuma pada masa sekarang saya lebih memikirkan soal kerjaya berbanding soal lelaki," katanya tegas.

Full content generated by Get Full RSS.

Ogy mahu Azura baru diberi peluang

Posted:

Ogy mahu Azura baru diberi peluang

Ogy mahu Azura baru diberi peluang

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar azrul hafis (pelatih UiTM)

SETELAH 28 tahun, filem Azura embali ditayangkan semula di pawagam, kali di bawah pengarah Aziz M.Osman. Ada kekuatan baru yang ingin di tonjolkan filem Azura kedua ini.

Bagaimanapun selepas tayangan pertamanya pada Khamis lalu, ada kata-kata kasar yang menempelak cara lakonan pelakon utama wanitanya, Neelofa.

Neelofa bukan sahaja dikatakan kurang berjaya menghayati watak Azura tetapi juga dia tidak menepati ramalan untuk tampil sehebat Fauziah Ahmad Daud iaitu pelakon yang pernah menyandang watak yang sama pada tahun 1984.

Memberi komen mengenai hal tersebut, Fauziah atau Ogy memberitahu dia sama sekali tidak mahu cara lakonannya dan Neelofa dibandingkan. Ini kerana, Ogy percaya kedua mereka mempunyai pemahaman masing-masing terhadap watak tersebut.

"Saya tidak dapat memberi sebarang komen kerana belum berpeluang untuk menonton filem Azura versi baru ini.

"Bagaimanapun saya percaya adalah tidak adil untuk Neelofa dibandingkan dengan saya memandangkan ini merupakan filem pertamanya," katanya ketika di temui dalam sesi uji bakat Mentor, di Damansara, baru-baru ini.

Mengakui Azura merupakan antara watak yang mencabar, menurut Ogy dia bernasib baik kerana pada waktu tersebut lakonannya banyak dibantu oleh ramai pelakon veteran lain termasuklah Allahyarhamah Yusni Jaafar.

"Saya melakonkan watak Azura ketika berumur 24 tahun, iaitu selepas tujuh tahun berada dalam industri ini.

"Di dalam memahami watak ini saya cuba membesar dengan Azura, dan ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah," katanya.

Bercakap mengenai Neelofa, Ogy memberitahu dia menyukai sifat berani yang dimiliki gadis itu yang disifatkannya perlu ada dalam diri setiap pendatang baru.

"Pertama kali saya berjumpa dengannya, apa yang terlintas di dalam fikiran saya adalah memuji kecantikan yang dimiliki Neelofa.

"Dan saya juga ingin memuji sifat berani Neelofa untuk menerima watak Azura ini, saya percaya, dia sendiri tahu yang dia akan di bandingkan dengan cara lakonan saya," katanya.

Menemuinya ketika sibuk menjalani uji bakat mencari protege di Sri Pentas baru-baru ini, menurut Ogy dia amat terkejut dengan jumlah peserta yang hadir pada hari tersebut.

"Percaya ramai yang tahu saya adalah seorang yang garang, saya fikirkan tidak ramai yang akan hadir hari ini.

"Bagaimanapun melihat jumlah peserta hari ini saya amat terkejut. Bila ditanya ada di antara mereka mengakui tertarik dengan cara saya untuk dijadikan sebagai mentor mereka," katanya.

Meletakkan keaslian sebagai kriteria utamanya, menurut Ogy lagi dia mahu protege pilihannya nanti mempunyai kesungguhan dalam menimba ilmu.

"Saya mahu mencari bakat baru yang mempunyai kekuatan tersendiri, dan bukan persamaan seperti penyanyi lain.

"Selain itu juga apa yang perlu peserta ini ada bagi menepati pilihan saya nanti adalah sifat ingin belajar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.