Adsense

Isnin, 6 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Filem JIDIN SENGAL

Posted: 06 Feb 2012 03:22 AM PST

SINOPSIS JIDIN SENGAL

"Bila ekstra jadi superstar"

SINOPSIS
JIDIN SENGAL adalah sebuah kisah komedi tentang Jidin dan Bob Dobot, dua sahabat yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Jidin yang sengal tapi sangat meminati bidang lakonan telah secara tersengaja membakar reban bersama ayam-ayam kesayangan ibunya gara-gara memberontak nak datang KL mencuba nasib.

Di KL, Jidin bertemu dengan Bob Dobot, seorang pelakon ekstra tapi berjiwa pelakon utama. Bob memiliki konfiden yang tinggi, badan yang gempal dan muka yang tak serupa Aaron Aziz. Dia bercita-cita untuk memegang watak hero, atau paling tidak pun, pelakon pembantu berdialog, satu hari nanti.

Jidin dan Bob Dobot berkawan baik, dan Bob menjadi mentor kepada Jidin yang cetek ilmu lakonannya. Kehidupan dunia glamor (glamor ke?) sebagai artis ekstra penuh dengan cabaran dan kadangkala cacian. Jidin dan Bob sering diberi tawaran watak lalu-lalang, berlegar-legar di belakang pelakon utama saja, baru nak selitkan dialog pengarah dah jerit "cut!".

Dengan bantuan rakan mereka Jay-Z, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon dalam sebuah filem. Mereka bertemu Iskandar, seorang lagi pelakon ekstra tapi lebih kacak, lebih bergaya dan terlebih poyo. Jidin dan Bob sentiasa dibuli oleh Iskandar yang memandang rendah kepada mereka.

Berjayakah Jidin dan Bob tampil ke depan sebagai hero? Mampukah mereka bertahan dalam industri hiburan yang mencabar ini demi mengejar impian mereka bergelar pelakon terkenal?

Semuanya akan terjawab dalam filem komedi "JIDIN SENGAL", berlegar-legar di pawagam 22 Mac 2012.

jidin sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Movie Still Jidin Sengal

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Filem Mukhsin Menang 2 Anugerah!
  • Sinopsis Filem Pocong 2
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Video Making of Filem BUNOHAN

    Posted: 06 Feb 2012 12:15 AM PST

    Video Making of Filem BUNOHAN

    Baru-baru ini, Budiey menerima link pautan untuk video di sebalik tabir filem BUNOHAN. Rasanya, Budiey tak perlu perkenalkan lagi secara details tentang filem ini sebab filem ini dah mengegarkan senario filem negara apabila berjaya menembusi pasaran filem antarabangsa.

    Dalam filem ini memberitahu tentang betapa pentingnya tentang hubungan kita dengan manusia lain, tentang hubungan kita dengan alam, hubungan kita dengan alam mistik. Sebuah corak filem yang jarang ditayangkan sebelum ini. Ada mistik, ada main peteri, ada tomoi dan bahasa loghat Kelantan. Itu buat Budiey suka dengan filem ini walaupun belum menonton filem ini sepenuhnya.

    Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat yang punya karisma & berkarakter seperti Zahiril Adzim, Namron, Faizal Hussien, Bront Paralea dan ramai lagi. Dengan penampilan khas oleh seorang model ternama Tengku Azura sebagai buaya jadian.

    Filem Bunohan ini akan ditayangkan mulai 8 Mac 2012.

    PART 1

    PART 2

    Sinopsis Filem Bunohan:
    Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

    Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

    Penerbit:
    Nandita Solomon

    Pengarah
    Dain Iskandar Said

    Pengarah Seni:
    Dain Iskandar Said

    Penulis:
    Dain Iskandar Said (Scriptwriter)
    Dain Iskandar Said (Lakon layar)

    Lakonan:
    Faizal Hussein : Ilham (Pelakon Utama)
    Zahiril Adzim: Adil (Pelakon Utama)
    Pekin : Bakar (Pelakon Utama)
    Bront Palarae : Deng (Pelakon Pembantu)
    Namron : Pok Wah (Pelakon Pembantu)
    Shoffi Jikan : Awang Sonar (Pelakon Pembantu)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Bunohan Dilancarkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto
  • Tayangan BUNOHAN di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Filem Bunohan Menang Anugerah NETPAC di Taipei
  • Apparat Lancar Trailer Filem Bunohan
  • Video Klip Video Seks Tersebar di YouTube & Blog
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Making Of Senario The Movie Episod 2 Beach Boy
  • U.S. EMBASSY LAUNCHES DEMOCRACY VIDEO CHALLENGE
  • Video Temubual Bersama Soffi Jikan @ Lokasi Filem Estet
  • Full content generated by Get Full RSS.