Adsense

Rabu, 18 Januari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Ugut Bunuh Ummi Hafilda, Azwan Ali Mohon Maaf

Posted: 18 Jan 2012 06:04 AM PST

AZWAN ALI UGUT BUNUH UMMI HAFILDA

Disebabkan kesibukan yang melampau, kami tidak sempat melaporkan berita mengenai isu Azwan Ali membuat kenyataan yang bersifat ugutan terhadap adiknya, Ummi Hafilda melalui Twitter pada hari Jumaat minggu lepas (13 Januari 2012). Buat anda yang masih tidak tahu, kenyataan Azwan Ali melalui Twitter'nya itu berbunyi "Slm. Let's CEKUP juga si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup hidup ! Bako mayat diaaaaaa".

Disebabkan kemaskini Twitter Azwan Ali yang disifatkan sebagai suatu ugutan yang mengancam keselamatan dan nyawa itu, Ummi Hafilda segera membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Susulan laporan yang dibuat oleh Ummi Hafilda itu, pihak polis menahan Azwan Ali bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan Ali, dia mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan. Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan. Azwan Ali dibebaskan dengan jaminan polis.

Hari ini, melalui satu sidang media yang dibuat, Azwan Ali memohon maaf secara terbuka terhadap Ummi Hafilda ekoran tindakannya itu termasuk membuat pengakuan bersumpah tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Dalam sidang media itu juga, Azwan Ali turut memohon maaf secara terbuka kepada para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej Twitter'nya selama ini.

Seperti kata Azwan Ali pada sidang media tersebut:-

"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,"

Dikhabarkan kesan daripada perbuatannya itu, Azwan Ali bakal disenarai hitamkan oleh stesen TV tempatan. Yang pasti, satu 'mimpi ngeri' bagi dirinya yang memang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar pada Azwan Ali agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang, itu pun kalau dia tidak 'lupa' tentang apa yang terjadi sebelum ini.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.