Adsense

Sabtu, 14 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Budiey Mencari 30 Pembaca ke Malam Gala Filem AZURA

Posted: 14 Jan 2012 06:36 PM PST

Hadiah Bonus sempena tahun baru 2012 Untuk Korang! Jadilah 30 orang penonton pertama Filem AZURA lakonan Shahz Jaszle & Neelofa.

Yuhuuuuu! Anda mahu menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem AZURA bersama Shahz Jaszle & Neelofa tak? Kalau anda boleh hadir, nah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem romantik terbaru yang pasti meruntun perasaan ini.

Filem Azura arahan Aziz itu membariskan gandingan pelakon baru dan lama antaranya, Neelofa sebagai Azura, Shah Jaszle (Zek), Afdlin Shauki (Tan Sri Putih), Erma Fatimah (Yusni) dan Afida Es sebagai Nek Wan.

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan. Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana.

Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala Azura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Filem ini sekali lagi mendapat khidmat M. Nasir bagi menyuntik sedikit kelainan untuk lagu Azura dan juga Sandarkan Pada Kenangan. Filem ini turut dijayakan dengan penampilan khas oleh, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Jaafar Onn, Aman Shah dan pereka fesyen, Calvin Thoo. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 2 Februari 2012.

POSTER AZURA

Sensasi Selebriti ingin memberikan 15 pasang pass PERCUMA (30 tiket) untuk pembaca budiey.com yang boleh menghadirkan diri di Gala Nite AZURA ini yang akan diadakan pada:

Hari & Tarikh:
Hari Isnin | 30 Januari 2012

Masa:
7.30 malam

Tempat:
GSC, One Utama

BAGAIMANA CARANYA?

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan:

Saya ingin hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem AZURA kerana… (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

26 Januari 2012

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Malam Gala Filem AZURA – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Mahu mengetahui lebih lanjut tentang filem Azura. Klik SINI.

Jangan lupa tonton filem yang penuh emosi, cinta dan konflik ini di pawgam mulai 2 Februari 2012.

Jom tonton trailer filem AZURA

AZURA

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Klip 3GP
  • Gambar Raja Azura di Karpet Merah ASA 2010
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Azura Deejay Hot FM & Shaffique Kahwin 12 Julai
  • Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas
  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Segmen Medley Ella & Awie Paling Lama Dalam Sejarah

    Posted: 14 Jan 2012 06:05 PM PST

    MEREKA tidak pernah disatukan dalam sebuah persembahan bersama. Tidak pernah, walau ironi Ella dan Awie pernah 'disandingkan' di dalam filem Bayangan Maut pada tahun 1990. Sejak itu, mereka telah bersahabat, namun tidak pernah berjodoh untuk betul-betul berkongsi pentas bersama.

    Namun pada malam 12 Januari 2012, ia menjadi satu tanggal bermakna buat Ratu Rock dan Raja Rock negara ini apabila dapat 'bersanding' di dalam sebuah konsert khusus mereka – Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia yang membuka tirai di Istana Budaya pada tarikh keramat itu dan ia bakal berlangsung sehingga 15 Januari ini.

    Banyak hal yang menarik mengenai konsert perdana mereka berdua. Ella dan Awie sahaja sudah menjadi faktor utama konsert ini wajib ditonton. Pemilihan lagu yang begitu memicu adrenalin juga menjadi faktor untuk semua peminat mereka berasa bersalah untuk tidak memenuhkan isi Lambang Sari, Istana Budaya. Dan lagi, apabila muzik malar segar mereka dikemas semula susunannya oleh Pengarah Muzik Edrie Hashim, ia membangkit gelora nostalgia yang membuak rasa.

    Di atas pentas, dua figura dengan latar karakter berbeza sedang mempamer kredibiliti mereka. Hadir dalam persalinan hitam, Awie dan Ella memukau khalayak dengan vokal mantap dan persembahan yang tidak dibuat sambil lewa. Walau sudah melewati usia 40-an, baik Awie mahupun Ella mempunyai energi luar biasa.

    Ella menggeletek hati khalayak dengan telatah manja dan bersahajanya. Begitu juga Awie yang mengikut rentak Ella dan melayan 'kemanjaan' Ella dalam selang-seli persembahan mereka. Namun apabila masing-masing mula melontar vokal, bagai ada satu magis yang membuat seluruh isi dewan terkesima.

    Awie Ella

    REKA bentuk pentas, pencahayaan dan permainan muzik menjadi antara penyumbang besar terhadap kejayaan Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia.

    Memulakan tirai konsert dengan memilih berkolaborasi menerusi sedikit bait lagu Baldu Biru, itu sudah cukup mengujakan seluruh isi dewan. Tidak mencuri banyak masa, mereka kemudian membuat persembahan secara berganti dengan Ella mengubat dahaga peminatnya menerusi untaian lagu hit seperti Teruja, Ala Amerika dan Layar Impian. Awie juga tidak mahu kalah, maka tersusun cantik lagu-lagu hitnya seperti Tinggal Satu Peluru, 1570, Iris dan Tragedi Oktober.

    Segmen terbaik

    Bergabung semula, Ella dan Awie memilih Dua Insan untuk membuat seluruh isi dewan berteriak dan menyanyi sama. Mereka kemudian menyanyi lagu antara satu sama lain. Awie mendendangkan lagu hit Ella, Permata Biru, manakala Ella mendendangkan hit Bernafas Dalam Lumpur.

    Beralih kepada segmen medley, ia adalah segmen terbaik yang telah disusun Edrie. Susunan lagu yang dibuat sentiasa memberi momentum dan klimaks yang membuat khalayak tidak sempat bernafas dengan pemilihan untaian 14 buah lagu hit Ella dan Awie.

    Dilabelkan sebagai medley paling panjang di dunia, mereka seperti berbalas 'surat cinta' dengan lagu-lagu yang disusun cantik. Dimulakan dengan Dibayang Awan oleh Awie, ia disambut Ella dengan Cinta Selembut Sutera sebelum mereka memuntahkan hit seperti Tiada Rahsia Antara Kita, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Ukiran Jiwa, Tiada Tangis Lagi, Nostalgia Cinta, Pengemis Cinta, Ratuku, Bara dan Gemilang.

    Konsert kemudian ditutup dengan lagu Baldu Biru dan Terima Kasih yang menerima sorakan gemuruh daripada pencinta-pencinta mereka.

    Bagi Awie yang ditemui semasa sidang akhbar usai persembahan selama dua jam mereka, kolaborasi bersama Ella adalah satu penghormatan buatnya. Mengaku merupakan peminat tegar Ella, biar tidak pernah satu pentas sebelum ini, namun mereka pantas beradaptasi bersama. Sementelah, Ella terlalu hebat dan 'manis' untuk dipersiakan.

    Malah dia juga mengaku bahawa konsert tersebut mengimbau permulaan perjalanannya sebagai penyanyi solo pada tahun 1994. "Selain bersama Wings, saya juga mempunyai banyak lagu solo. Malam ini, saya telah dapat menyanyikan banyak lagu solo saya dengan susunan muzik yang baik dari Edrie," ujarnya.

    Ella juga seiring rasa teruja kerana berkolaborasi dengan Awie, yang antara dakwaannya secara humor di atas pentas, pernah mengajak dia keluar dating menaiki motor besar penyanyi dan pelakon itu ke Bukit Belacan, Ampang, Selangor sewaktu awal perkenalan mereka.

    Awie Ella

    Sukses
    Secara kasar, Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia telah berjalan dengan sukses. Ia juga boleh dilabelkan sebagai sebuah konsert pembuka tahun 2012 yang penuh integriti.

    Menyaksikan Ella dan Awie menyanyi, ia memberi sejuta rasa bangga terhadap bakat luar biasa yang dimiliki penyanyi tempatan.

    Tanyalah kepada peminat mereka yang hadir pada malam tersebut, tidak seorang pun pulang hampa dengan persembahan yang dipertontonkan. Kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini telah memberi komitmen dan membuktikan orang lama seperti mereka memang mampu menawan khalayak dengan berbekalkan karisma dan untaian lagu indah yang dicipta buat mereka.

    Biar lahir seribu penyanyi baharu, tidak akan ada yang dapat menandingi personaliti dan bakat seperti Ella dan Awie. Hanya ada seorang Ella – si ratu rock yang tampak manja dan nakal di pentas, namun mempunyai personaliti yang cukup pemalu. Hanya akan ada seorang sahaja Awie – si rockers yang tampak ganas dan kasar namun mempunyai sisi hati yang cukup baik di dalam.

    Untuk Tall Order Productions, syarikat milik Hans Isaac yang berani mempertaruh konsert rock dengan pelaburan yang agak besar, syabas diucapkan kerana yakin dengan bakat tempatan. Untuk Istana Budaya pula, terima kasih kerana sentiasa membuka pintu buat apa juga kasta persembahan waima ia rock atau teater berprestij demi menyokong industri tempatan.

    dipetik dari Kosmo!

    Awie Ella
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Lagu Popular Ella di Konsert Ella
  • Gambar Awie Wings Melamar Ratu Rock Ella
  • Gambar Ella di Sidang Media Konsert Awie & Ella
  • Gambar Ratu Rock Ella Pakai Pendakap Gigi
  • Awie Suruh 15 Orang Peserta Lelaki Pulang
  • Gambar Anuar Zain di Rakaman Muzikal Raya Semua Untukmu
  • Gambar Terbaru Ella di Sidang Media Konsert Ella
  • Muzikal Raya Ratu Rock Ella
  • Gambar Terbaru Arni Nazira Bekas Isteri Awie
  • Gambar Sekitar Konsert Ella di Istana Budaya
  • Full content generated by Get Full RSS.