Adsense

Selasa, 3 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Pelancaran Kaki Bola TV9

Posted: 03 Jan 2012 10:03 PM PST

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey hadir di Pelancaran Kaki Bola TV9 yang diadakan di Sport Planet, Kota Damansara. Kalau pembaca masih ingat, Kaki Bola pernah bersiaran satu ketika dulu di TV9 dan mendapat sambutan hangat di hati penonton. Kali ini, untuk musim baru, Budiey difahamkan Kaki Bola mendapat respon yang positif dari penggemar bola sepak yang menjadi sukan kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Kaki Bola adalah program bual bicara sukan bola sepak yang akan disiarkan pada 9 Januari 2012, setiap Isnin, 9.30 malam. Dihoskan oleh penyampai radio popular Kieran dan Seelan Paul.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, "Tahun 2012 menjanjikan hanya program yang terbaik dari TV9 di mana akan diperkenalkan program baru dan program yang sebelum ini mendapat sambutan akan diperbaharui. Elemen-elemen baru yang sesuai dengan masa kini akan di perbaiki dari masa ke semasa. Sambutan dan penerimaan penonton pada tahun lalu memberikan kami dorongan untuk tampil dengan pendekatan yang lebih berani."

TV9 begitu yakin dengan program Kaki Bola yang akan menyambung kejayaan yang dikecapi pada tahun lepas. Lebih-lebih lagi dengan kolaborasi eksklusif bersama TM dan Hot FM yang sememangnya terkenal dengan sokongan terhadap persada sukan tanah air.

Pengacara yang begitu excited dan juga minat dengan sukan bola sepak juga dipilih bertepatan dengan konsep program yang akan memberikan pendapat bernas dan positif tentang perkembangan sukan bola sepak masa kini. Kedua-dua hos menampakkan satu imej dengan idea yang segar untuk menjadikan Kaki Bola mendapat rating yang tinggi dalam program sukan TV di Malaysia. Bahkan, kedua hos ini memang terkenal dengan semangat untuk melihat pasukan bola sepak Malaysia terus maju dan mereka sudah tentu menjadi penonton perlawanan yang setia. Kieran dan Seelan juga Budiey lihat begitu aktif di dunia twitter dan Facebook di mana mereka selalu update tentang perlawanan terkini, tak kiralah dari perlawanan luar atau dalam negeri.

Yang penting, Kaki Bola disiarkan secara langsung pada waktu perdana. Dan terbaru, untuk yang tak dapat tengok TV, jangan risau sebab Kaki Bola dapat didengari juga di radio Hot FM selama satu jam dari 6 petang hingga 7 petang pada hari Isnin.

Program ini sangat santai dan interaktif serta mampu membuat para penonton tidak berganjak dari depan kaca TV. Konsep 'Dari Peminat Untuk Peminat' yang dibuat juga memang selaras dengan tuntutan perkembangan bola sepak yang makin mendapat penerimaan dari ramai pihak. Di mana semua pihak yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada peminat bola sepak.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Kaki Artis Yang Teramat Cantik
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Gambar Sekitar Youth'09 di PWTC
  • Gambar Sekitar Kembara TV3 di Pahang
  • Maya Karin Berkempen Untuk Alam Sekitar
  • Gambar Afdlin Shauki @ Pelancaran Produk Evian
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia
  • Gambar Amber Chia di Pelancaran The Twelve
  • FINAS Tayang Piala Dunia FIFA 2010
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Tentang Dhia Episod Akhir Cecah 3 Juta Penonton

    Posted: 03 Jan 2012 09:17 PM PST

    TENTANG DHIA EPISOD AKHIR CECAH 3 JUTA PENONTON!

    Heboh satu Malaysia memperkatakan tentang kehebatan lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah yang berjaya mencetuskan satu fenomena baru menerusi drama bersiri di slot Akasia TV3, TENTANG DHIA, apabila episod terakhir yang ditayangkan pada petang Khamis lalu telah mencatat kadar penonton tinggi hampir 3 juta (Sumber: Nielsen Media Research).

    TENTANG DHIA, sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan dilema si gadis bernama Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya.

    Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Namun kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila terpaksa berhadapan dengan komplot dan rancangan jahat ibu mertuanya sendiri. Walaupun diuji pelbagai rintangan, cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) tetap utuh sehingga nafas terakhir.

    Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, "Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod, malah, pengaruh TENTANG DHIA terus hangat diperkatakan saban hari rata-rata menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter (worldwide trending top 3) dan juga blog-blog tempatan.

    Pihak TV3 dengan kerjasama Alt Media juga telah menganjurkan satu sesi live chat bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terkahir TENTANG DHIA. Sesi yang berlarutan selama sejam tersebut telah berjaya meraih sebanyak 11,695 page views."

    "Bagi semua peminat drama TV3 jangan lupa temujanji anda untuk menonton drama penuh romantis, GEMERSIK KALBU di slot Akasia yang membariskan lakonan mantap Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Zain Saidin, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee dan ramai lagi bermula 2 Januari 2012. Mengorak langkah ke tahun baru, kami akan terus menyajikan rancangan-rancangan yang terbaik dan bersesuaian dengan citarasa penonton tidak kira usia ataupun bangsa," ujar Puan Hadzelynda lagi.

    Tentang Dhia (6)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Bersiri Tentang Dhia
  • Episod Kemuncak Drama Juvana Cecah 4.2 Juta Penonton
  • Drama Nora Elena Catat Sejarah
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Drama Bella Lakonan Elly Mazlein Raih 2.6 Juta Penonton
  • Skuad D6 Putrajaya Cecah Kutipan Hampir Sejuta Penonton
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod Akhir
  • Gossip Tak Habis Puji Filem Sendiri
  • AirAsia Bawa 1.3 Juta Penonton ke Paris Menerusi Travelog AirAsia
  • Aura Bintang RTM 2009
  • Full content generated by Get Full RSS.