Adsense

Selasa, 18 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah) Rashidi Ishak Kini Memiliki Ijazah

Posted: 18 Oct 2011 08:47 PM PDT

RASHIDI ISHAK TERIMA IJAZAH

Bangga pula kami dibuatnya bila mendapat tahu yang Rashidi Ishak, suami kepada Vanidah Imran kini sudah memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun masa yang diambil untuk memiliki'nya agak lama iaitu 7 tahun.

Rashidi menerima ijazah tersebut pada majlis konvokesyen UPM kali Ke-35 yang diadakan pada 15 dan 16 Oktober lalu selepas melalui berbagai rintangan termasuk terpaksa menangguhkan pengajian selama dua tahun kerana sibuk dengan aktiviti seni.

Menurut Rashidi, dia berasa bertuah walaupun mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian kerana dia mampu membuktikan bahawa artis yang sibuk sepertinya juga boleh berjaya dalam akademik sekiranya mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Tambah Rashidi lagi, semangat yang kuat dalam dirinya untuk menyambung sekaligus menamatkan pengajian didorong oleh isteri dan keluarga selain mahu menjadi pembakar semangat kepada anak-anaknya dalam bidang akademik.

Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran. Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi.

Tahniah kami ucapkan kepada Rashidi kerana sudah memiliki ijazah. Semoga ini akan menjadi contoh kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda bahawa pendidikan sangat penting untuk masa depan.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi

Sensasi


Kisah Sedih: Mana Mak?

Posted: 18 Oct 2011 10:10 PM PDT


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, "Entah."

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saya risau jika awak sukakan saya

Posted: 18 Oct 2011 10:04 PM PDT


Awak cakap Awak sukakan hujan, tetapi bila hujan turun Awak keluarkan payung.
Awak cakap Awak sukakan matahari, tetapi jika panas Awak cari tempat berteduh.
Awak cakap Awak sukakan angin, tetapi Awak menutup mata bila angin bertiup.
Dan sebab itulah saya risau jika awak cakap awak sukakan saya..

Fun:Bagaimana Rupa Princesses Walt Disney Versi Gothic?

Posted: 17 Oct 2011 11:54 PM PDT

Ganasnyer..Kalau lah Kartun Walt disney macam nie boleh mengigau anak-anak kecil sebab takut.hehe

nasib baik pembaca Sensasi semua dah besar gajah.Takkan mengigau lagi kot..huhu















Gambar-gambar Artis yang menjadi Peneraju Teater Badai Semalam

Posted: 17 Oct 2011 11:49 PM PDT

Diadaptasi daripada novel terkenal nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim yang diterbitkan pada sekitar tahun 1970-an, teater "Badai Semalam" yang bakal dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada November ini telah pun mendapat tempahan untuk membuat persembahan di Singapura.

Teater "Badai Semalam" akan diarahkan oleh Khairuzunazwan Rodzy dan dibarisi oleh pelakon hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Datin Paduka Umie Aida, Ziela Jalil, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila dan ramai lagi. Ianya akan dipentaskan di Panggung Sari bermula 11-20 November 2011 pada jam 8.30 malam dan 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk info lebih lanjut, layari laman web Istana Budaya atau laman Facebook Teater Badai Semalam.
Aaron Aziz

Emelda Rosmila

Erra Fazira

Fizz Fairuz

Datin Paduka Umie Aida

Ziela Jalil

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Posted: 18 Oct 2011 10:02 PM PDT

HANYA SUARA JADI PENENTU NASIB
5 FINALIS DI TANGAN AZMEER & ERRA!

Apakah satu persamaan ketara yang dikongsi oleh penghibur popular seperti Adibah Noor, Black, Salma dan Ayu? Jawabnya tentulah bakat suara masing-masing yang telah berjaya meletakkan nama mereka setanding dengan penyanyi hebat yang lain! Khusus bagi semua peminat muzik tanahair, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan program realiti terbaru TV3, VOKAL Bukan Sekadar Rupa, kini bersedia untuk membuka tirai konsert mingguan pertamanya dengan penampilan 5 daripada 10 orang finalis yang telah berjaya melayakkan diri ke gelanggang seni VOKAL musim ini.

Program realiti yang menyediakan platform bagi mereka yang mempunyai bakat seni nyanyian tetapi tidak mempunyai pakej artis komersil ini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam mulai 16 Oktober 2011. Selepas hampir sepuluh minggu bersiaran, pertandingan akhir VOKAL dijadualkan bakal berlangsung pada 25 Disember di mana hanya seorang finalis yang paling layak sahaja akan dinobatkan sebagai juara VOKAL yang julung kalinya diadakan di Malaysia.

Misi pencarian vokal terbaik dimulakan dengan sesi ujibakat yang telah berlangsung di Theatrette, Sri Pentas pada 25 & 26 September dan 1 & 2 Oktober (Sabtu dan Ahad) lalu. Daripada hampir 1,600 calon yang telah hadir ke sesi ujibakat VOKAL, hanya 26 peserta telah disenaraipendek dan layak ke saringan seterusnya yang telah diadakan secara tertutup pada 3 Oktober (Isnin). Sesi yang diadili oleh Ajai (Faizal Maas), Lok-U (Faizal Uzir) ditemani oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) telah mengenal pasti 10 finalis bertuah yang kini bakal berentap di pentas VOKAL.

Kesemua finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama terdiri daripada, Asmidar, Epit, Boby, Mafa dan Azmarul manakala Fakhrul, Irsa, Aswad, Boy dan Adeq di dalam kumpulan kedua. Saksikan bagaimana 5 finalis pertama beraksi untuk membuktikan keupayaan vokal masing-masing kepada juri tetap dan juga penkritik tegar program iaitu Azmeer dan Erra Fazira apabila kesemua mereka terpaksa menyanyi di sebalik skrin! Finalis yang kurang menyerlah dan gagal menambat hati Azmeer dan Erra Fazira daripada kedua-dua kumpulan ini akan disingkirkan di konsert mingguan pertama dan kedua.

Bermula dengan finalis yang masih terselamat, proses penyingkiran peserta dengan markah terendah setiap dua minggu akan dijalankan bermula di konsert mingguan ketiga dan seterusnya sehingga hanya tinggal 2 finalis yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pada minggu kesepuluh untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 80,000!

Format permarkahan VOKAL dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 50% daripada juri tetap dan 50% melalui undian SMS bermula minggu ketiga. Juara VOKAL akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan naib juara akan memenangi RM 30,000.

Menariknya, konsert mingguan pertama kali ini turut diserikan dengan kehadiran 2 artis tersohor Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang akan menyertai panel juri sebagai juri jemputan dan Black yang akan membuat penampilan istimewa membawakan lagu tema program ini berjudul "Aksi Suara". Konsert mingguan pertama VOKAL dimulakan dengan persembahan daripada Asmidar dengan lagu "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor. Seterusnya, giliran Epiit pula untuk beraksi dengan lagu "Bila Cinta" yang dipopularkan oleh Filianti Vlee.

Boby kemudian menyusul mendendangkan lagu "Selalu Mengalah" (Seventeen) dan diikuti oleh Mafa yang akan tampil di atas pentas dengan lagu kegemaran ramai "Rolling in the Deep" (Adele). Lagu "Sedetik Lebih" (Anuar Zain) pula akan dinyanyikan oleh Azmarul sebagai persembahan penutup tirai. Tanpa melihat wajah dan hanya berpandukan kepada suara nyanyian, finalis manakah yang bakal dihantar pulang kerana gagal menambat hati Azmeer dan Erra? Bagaimana pula nasib finalis yang hanya mendapat satu persetujuan daripada 2 orang juri tetap Vokal? Mampukah Datuk Siti Nurhaliza pula menyelamatkan keadaan?

Produksi VOKAL musim pertama terdiri daripada Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif sementara Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) bertindak sebagai Penerbit. VOKAL menampilkan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara konsert VOKAL dan "Rutin VOKAL".

Menurut Sufian, kewujudan program sebegini sememangnya tepat dengan masa dan keadaan kerana ia merupakan satu platform yang efektif bagi mereka yang berbakat di dalam bidang nyanyian namun tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa dan ketrampilan diri. "TV3 sentiasa berusaha tampil dengan idea baru untuk tontonan semua. VOKAL muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa VOKAL mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat berdasarkan kemajuan dan pencapaian yang ditunjukkan oleh para finalis selepas menjalani latihan intensif dan pendedahan yang diterima daripada barisan penasihat dan juri tetap selama 10 minggu."

Para finalis juga akan dilengkapkan dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan di dunia hiburan. Antara barisan penasihat yang turut menjayakan program VOKAL termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan. Kesemua finalis pula akan ditempatkan di Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi sepanjang program VOKAL musim pertama ini.

Ikuti konsert mingguan VOKAL yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.00malam. Selain itu, program "Rutin VOKAL" yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pula akan disiarkan pada setiap hari Ahad jam 5.00petang. Maklumat terkini serta aktiviti peserta boleh didapati melalui microsite VOKAL di www.tv3.com.my/vokal dan anda juga boleh menonton program ini secara online dengan melayari www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.

Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Nama Penuh : Fakhrul Nizam Fauzi
Nama Panggilan : Fakhrul
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 21 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik

Nama Penuh : Norhasmidar Ahmad
Nama Panggilan : Asmidar
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 25 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Fazdrul Aswad Fauzi
Nama Panggilan : Aswad
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 19 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik

Nama Penuh : Mafarikha Md. Akhir
Nama Panggilan : Mafa
Asal : Perak
Umur : 19 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Airulazwan Abd. Rahman
Nama Panggilan : Boy
Asal : Kulai, Johor
Umur : 22 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Bekerja Sendiri

Nama Penuh : Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff
Nama Panggilan : Epiit
Asal : Taiping, Perak
Umur : 21 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Irsa Sahabuddin
Nama Panggilan : Irsa
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 24 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Mohd. Janizam Jamaluddin
Nama Panggilan : Boby
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Penyelia Pusat Bowling

Nama Penuh : Azmarul Azuan Harun
Nama Panggilan : Azmarul
Asal : Melaka
Umur : 27 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar

Nama Penuh : Siti Nur Aishah
Nama Panggilan : Adeq
Asal : Hulu Kelang, Selangor
Umur : 21 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pereka Grafik dan Penyanyi Sambilan

Penerbit Eksekutif : Muhamad Sufian Che Isa

Penerbit : Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam)
Pengacara Konsert & Rutin VOKAL : Faizal Ismail (FBI)
Pengarah Muzik & Penasihat Vokal : Faizal Uzir (Lok-U)
Penasihat Persembahan : Adzwa
Pakar Motivasi : Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi)
Jurulatih Kecergasan & Kesihatan : Simran Latif
Juri Tetap : Azmeer & Erra Fazira

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa
  • Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua
  • Vokal Bukan Sekadar Rupa TV3
  • Sidang Media Vokal Bukan Sekadar Rupa
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Ziana Zain Tetamu My Starz LG
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Trivia: Rambut Ikal Perang Siapa Ni?
  • Senarai Nama 12 Finalis Raja Lawak Musim 5
  • One In A Million Musim Baru Kini Dah Tiba
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zee Avi Homecoming Tour 2011

    Posted: 18 Oct 2011 09:23 PM PDT

    Zee Avi Homecoming Tour 2011

    Zee Avi adalah artis Malaysia yang paling berjaya di persada seni antarabangsa kini kembail ke tanah air untuk membuat persembahan eksklusif selama tiga malam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang & negeri kelahiran Zee Avi iaitu Kuching Sarawak. Di samping itu mempromosikan album ke-dua Zee Avi bertajuk GHOSTBIRD.

    Kisah karier seni Zee Avi memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang artis itu. Tidak disangka, pada September 2007, hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi yang kini berumur 25 tahun. Memang tuah berpihak kepada anak kelahiran Miri, Sarawak ini apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman web popular itu.

    Zee Avi

    Rentetan daripada kejayaan itu telah mendorong Zee Avi untuk terus memuat naik video nyanyiannya dan daripada situ, bakatnya mula dikesan oleh pemain drum kumpulan The Raconteurs, Patrick Keeler bersama-sama pengurusnya, Ian Montone.Melihat bakat istimewa yang ada dalam diri Zee Avi, Montone kemudiannya mempromosikan video muzik Zee Avi kepada Emmett Malloy yang terus mengambilnya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Brushfire Records.Brushfire Records merupakan syarikat rakaman milik seorang penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat Jack Johnson.

    Sebelum merakamkan album perdananya, Zee Avi terlebih dahulu mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu No Christmas For Me yang dimuatkan dalam album This Warm December: A Brushfire Holiday.Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat nama komersialnya itu mula dipasarkan.Mempertaruhkan muzik akustik pop dan jazz itu, album Zee Avi telah membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa anak kelaihran dari Malaysia juga memiliki bakat setanding dengan penyanyi luar negara.

    Ghostbird mula ditulis di dapur rumah Zee pada musim panas tahun lalu di Brooklyn New York. Pada March tahun ini beliau telah merakamkan lagu-lagu itu semua bersama penerbit Mario Caldato Jr yang terkenal sebagai penerbit kumpulan 'old-skool' hip hop Beastie Boys. 11 lagu telah dirakam selama dua minggu untuk album Ghostbird atau dalam bahasa melalyu 'Burung Hantu'.

    Album ini telah dilancarkan pada 30 Ogos 2011 dengan single pertama beliau bertajuk 'The Book Of Morris Jones' telah pun dimainkan di kesemua stesen-stesen radio bahasa Inggeris.

    Saksikan persembahan khas Zee Avi dan dengarkan lagu-lagu album terbaru beliau dan juga lagu-lagu hit seperti Kantoi dan banyak lagi. Disamping itu sebagai pembuka tirai, Imran atau lebih dikenali sebagai Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short akan membuat persembahan akustik secara 'live' pada tiga malam tersebut.

    Info Zee Avi Homecoming Tour 2011
    Kuala Lumpur: KL Live, Life Centre, 17 November 2011
    Pulau Pinang: TBA, 19 November 2011
    Kuching: Damai Central, Damai Beach, 26 November 2011
    Time: 8mlm ke atas
    Admission: Tiket Berharga RM98 (Tiket Biasa ) and RM158 (Tiket Premier) melalui www.airasiaredtix.com atau di kedai-kedai Rock Corner danVictoria Music yang terpilih.
    Laman Web: www.livescape.asia

    Zee Avi

    Zee Avi

    Zee Avi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gelak Habis Tonton Filem HOMECOMING
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • GET UP CLOSE AND PERSONAL WITH LOTUS RACING
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Sekitar Road Tour ABPBH 2010 di The Mall
  • RTM Dilantik Sebagai Hos Penyiar Le Tour De Langkawi 2011
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Aksi penguin mencuri yang akhirnya tertangkap (video)

    Posted: 18 Oct 2011 09:00 PM PDT

    Ternyata kes pencurian tidak hanya terjadi di dunia manusia, tetapi juga terjadi di dunia binatang. Seekor penguin yang sedang khilaf mencuri batu yang merupakan dari sarang penguin lain.

    Penguin Adélie (Pygoscelis adeliae) memang memiliki kebiasaan untuk membangun sarang dari susunan batu-batu. Sarang penguin dimaksudkan untuk menjaga anak mereka yang baru lahir dari rembesan air.

    Namun, seekor ayah pinguin yang "pemalas" dan juga cerdik (atau licik?) tidak mahu bersusah payah mencari batu dari tempat lain dan lebih memilih untuk mencuri batu dari tetangganya sendiri. Pada akhirnya, dia tertangkap mencuri dan diusir oleh tetangganya tersebut.

    Bagaimana cerita lengkapnya? Lebih baik kita lihat sama-sama video di bawah ini ^^

    Kanak-kanak ini Perlu 10 Ribu Liter Darah Tiap Bulan

    Posted: 18 Oct 2011 08:40 PM PDT

    Hidup Billy Gallacher, kanak-kanak berusia enam tahun, berubah setelah menghidap sebuah penyakit langka. Demi bertahan hidup, ia memerlukan 120 ribu liter darah setiap tahun.

    Billy menghidap penyakit yang dapat menyebabkan pendarahan hidung selama 90 minit dan mengalami memar dan berdarah hanya kerana memegang tangan ibunya.

    Dari hasil pemeriksaan medik, ia didiagnosis menderita Siklus Trombositopenia. Penderitanya hanya satu orang di antara satu juta orang. Penghidap kelainan ini akan mengalami pendarahan berlebihan.


    Untuk mengubati dan membuatnya hidup normal, Billy memerlukan transfusi darah dengan protein khusus. Sulitnya lagi, protein darah yang diperlukan tubuh Billy hanya terdapat pada sejumlah kecil penderma.

    Agar mampu bertahan dan hidup normal, Billy memerlukan 10 ribu liter darah tiap bulan.

    Ibu Billy, Dawn, 28, mengatakan, "Tubuh Billy akan memar dan mengalami pendarahan di seluruh tubuh bila Anda memeluknya. Dia tak dapat melakukan apapun. Bahkan menaiki bangku berbahaya baginya."

    "Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang mendermakan darahnya. Diperluan darah dalam jumlah besar untuk membantu menyelamatkan nyawanya dan membuatnya hidup normal," kata sang ibu seperti dikutip The Sun.
    Kanak-kanak laki-laki dari Todmorden, Yorks Barat ini secara rutin mengunjungi hospital Royal Calderdale untuk melakukan transfusi darah selama sepuluh jam.

    Transfusi darah bertujuan untuk meningkatkan jumlah trombosit dalam darah agar dapat menggumpal dengan normal. Tanpa itu, ia tidak boleh membendung pendarahan jika terluka.

    Jika satu pendermar hanya mampu memberikan satu liter darahnya, dalam setahun Billy membutuhkan pertolongan 120 ribu orang.

    Layanan Donor Darah Nasional Inggris Pam Prescott mengatakan, "Billy adalah salah satu alasan mengapa kita perlu menjaga stok darah. Kami selalu memerlukan penderma baru."

    Source

    Pulak..ditangkap kerana nak makan free

    Posted: 18 Oct 2011 07:40 PM PDT

    VERO BEACH , Amerika Syarikat (AS) - Komplot sepasang remaja untuk makan percuma gagal apabila mereka ditangkap polis negeri Florida selepas melarikan diri dari sebuah restoran T.G.I. Friday baru-baru ini, lapor laman gawker.com.

    Pihak berkuasa berkata, Devin Norling, 18, dan teman wanitanya, Sydney Sanders, 19, merancang komplot 'makan dan lari' untuk mengelak membayar bil makanan sebanyak AS$25.16 (RM78.42) di restoran T.G.I. Friday di pusat beli-belah Indian River Mall di sini.

    Dalam aduannya kepada polis, pengurus restoran berkenaan berkata, selepas mereka selesai makan, Sanders dilihat berjalan menuju ke pasar raya Macy's.

    Menurutnya, Norling bertanya lokasi tandas.

    Selepas meninggalkan tandas, Norling berjalan kembali ke sebuah bilik belakang dan cuba untuk meninggalkan restoran dengan menggunakan laluan kecemasan ketika kebakaran.

    Satu bunyi amaran kebakaran kemudian berbunyi dan pengurus restoran tersebut mengarahkan Norling ke laman dalam bangunan.

    Menurut pengurus itu, seorang pelayan kemudian menyerahkan bil kepada Norling.

    Norling, katanya, mengeluarkan dompetnya dan tidak mengeluarkan sebarang wang sebaliknya memasukkan semula dompetnya ke dalam poketnya.

    Dia kemudian berlari keluar dari restoran itu dan melompat pagar restoran dan menuju ke pasar raya Macy's.

    Menyedari mereka telah ditipu, pengurus restoran berkenaan menghubungi polis yang kemudian menahan pasangan remaja tersebut.

    Semasa disoal siasat, Norling mengaku dia tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak makan selama beberapa hari.

    Kedua-dua remaja tersebut didakwa kerana menipu untuk mendapatkan makanan. - Agensi

    sumber : kosmo online

    Mayat Drebar teksi dijadikan mumia

    Posted: 18 Oct 2011 06:46 PM PDT

    LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.

    Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama. Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.


    Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: "Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. "Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis," katanya.


    Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini.


    Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: "Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh," katanya. Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir.


    Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain.

    Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi.

    sumber : myMetro

    Ada Bank Darah Untuk Anjing

    Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

    Sebuah bank darah khusus untuk anjing di Inggris mengadakan stan khusus untuk menjaring penderma yang mahu menyumbangkan darahnya. Tentunya yang dimaksud penderma adalah seekor anjing yang mahu diminta darahnya untuk disumbangkan ke anjing-anjing lain yang memerlukan.

    Meski dikhususkan bagi seekor anjing, namun fasilitasnya tak banyak berbeza dengan penderma manusia. Sebuah trailer digunakan lengkap dengan timbangan, ruang tunggu, serta meja hidrolik seperti dikutip dari Sky News.

    Seperti penderma manusia, seekor anjing yang mahu menyumbangkan darahnya disini juga akan mendapatkan makan malam gratis setelah menyumbangkan darahnya. Bukan itu saja, meraka juga mendapatkan sebuah beg kenang-kenangan berisi mainan didalamnya.

    Proses pengambilan darahnya sendiri berlangsung hanya sekitar 5 hingga 7 minit. Meski demikian, sang pemilik anjing tersebut diminta waktunya sekitar 30 menit untuk memeriksa terlebih dahulu keadaan kesihatan sang anjing.


    Darah yang berhasil diambil dibedakan berdasarkan golongannya seperti manusia dan dapat disimpan hingga 5 minggu.

    Idea derma darah khusus anjing ini dicetuskan oleh Pet Blood Bank UK. setelah mengunjungi beberapa sekolah kedoktoran haiwan yang mengalami kesulitan mendapatkan darah.

    Menurut Wendy Barnett, Executive director: "Kami cukup mudah mendapatkan derma, jadi situasinya mirip dengan yang terjadi pada manusia. Segera setelah darah diterima, selalu saja ada anjing yang memerlukannya."

    Program amal ini sendiri ternyata telah mulai dijalankan sejak March dan merupakan layanan pertama yang mengumpulkan , memproses, menjual dan men-suplai darah bagi haiwan.

    Pulak...Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’

    Posted: 18 Oct 2011 04:09 PM PDT

    IPOH: Taktik 'perempuan tipu perempuan' (PTP) diguna pakai sindiket penipuan didalangi lelaki Afrika dikesan mengupah dua wanita tempatan untuk memudahkan mereka menjerat cinta wanita warga Malaysia.

    Dua wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu digunakan sindiket untuk memudahkan mereka menyamar dan berkomunikasi menggunakan laman sosial facebook atau Tagged dengan ramai mangsa sebelum mereka diperdaya membabitkan kerugian RM850,000.


    Suspek wanita itu turut dibayar untuk menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau syarikat penghantaran kurier bagi meyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akuan ditetapkan.


    Kegiatan penipuan licik itu bagaimanapun ditumpaskan selepas dua wanita tempatan diberkas bersama 13 ahli sindiket lain hasil beberapa serbuan awal bulan ini di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.


    Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek didalangi 12 lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Singapura, diberkas 7 Oktober lalu selepas polis melakukan siasatan rapi berhubung 44 laporan kes penipuan itu.


    Menurutnya, ahli sindiket terlebih dahulu berkenalan dengan mangsa yang kebanyakannya wanita tempatan menerusi laman sosial facebook.



    "Mangsa kemudian diperdaya dengan pelbagai janji palsu iaitu bakal menerima kiriman bungkusan hadiah berisi wang tunai dan barangan kemas," katanya pada sidang media di sini semalam.


    Katanya, beberapa ahli sindiket lain menyamar sebagai pegawai Kastam atau syarikat penghantaran kurier sebelum menghubungi mangsa dan memberitahu kononnya bungkusan hadiah itu ditahan. "Mangsa dipujuk supaya membuat bayaran pelepasan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bagi mendapatkan bungkusan itu.


    "Wanita bekerjaya yang menjadi mangsa itu juga mudah jatuh cinta melalui laman facebook dan hanya menyedari ditipu apabila hadiah dijanjikan tidak sampai ke tangan selepas bayaran dibuat," katanya.


    Mohd Shukri berkata, hasil penahanan itu pihaknya merampas beberapa peralatan digunakan sindiket itu termasuk beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM11,500.

    sumber : myMetro

    Dik..jangan pegang tak malu

    Posted: 18 Oct 2011 11:25 AM PDT

    Wanita ini Rela Jual Ginjal untuk Cari Duit Kecilkan Payudara

    Posted: 18 Oct 2011 10:53 AM PDT

    Memiliki payudara besar tidak selalu membanggakan, kadang malah menyakiti punggung. Seorang perempuan India merasa perlu mengecilkan payudaranya yang masing-masing seberat 8 kg, sampai-sampai rela jual ginjalnya untuk biayai operasi.

    Perempuan berusia 22 tahun asal Bangalore, India tersebut seharusnya bangga dengan sepasang payudara yang berukuran masing-masing 8 kg. Namun payudara sebesar itu membuat tulang punggungnya sakit dan ia sendiri susah mencari ukuran baju yang sesuai.

    "Saya juga sering dihina orang kerana payudara ini. Saya lalu pergi ke sebuah hospital swasta dan saya pikir mereka boleh membantu saya, tetapi ternyata biayanya sangat mahal," ungkap perempuan itu kepada Bangalore Mirror, seperti dikutip dari Harleymedical, Isnin (17/10/2011).

    Setelah mengkonsultasikan keadaannya pada doktor, perempuan yang namanya sengaja dirahsiakan ini memutuskan bahawa payudaranya harus dikecilkan lewat operasi. Ia bahkan rela salah satu ginjalnya dijual untuk menutup biaya operasi yang baginya tidak terjangkau kerana terlalu mahal.

    Beruntung, para ahli bedah plastik di Amerika tengah mencari pesakit untuk acara Aesthetic Breast Reduction Workshop. Perempuan itu ditawari operasi gratis dalam rangka workshop, yang tentunya langsung disetujui dan rencana untuk menjual ginjal akhirnya dibatalkan.

    Operasi akan dilakukan dalam waktu dekat di Amerika Syarikat, dalam rangkaian workshop yang diikuti oleh sekitar 100 orang doktor. Salah seorang bedah plastik yang sehari-hari di Detroit.

    "Punya payudara besar kadang merepotkan. Dalam kes seperti ini, operasi pengecilan payudara mejadi prosedur fungsional dan bukan sekedar prosedur kosmetik," ungkap Dr Gowda yang sedikitnya telah melakukan 1.000 kali operasi pengecilan payudara sepanjang kariernya.

    Sumber: http://m.detik.com

    Gila..abang dan adik berhubungan seks dalam lif

    Posted: 18 Oct 2011 09:30 AM PDT

    dailymail.co.uk

    INILAH.COM, Glasgow - Adik beradik dari Scotland dilihat sedang berhubungan seks di dalam sebuah elevator di stesen kereta. Mereka tak sedar ada kamera CCTV di elevator itu.

    Richard Finlayson (21) dan adik perempuannya, Kirsty (18) melakukan tindakan tak senonoh itu di Stesen Motherwell, di luar Ibukota Glasgow pada 27 Jun tahun lalu. Keduanya mengaku melakukan inses saat diseret ke Pengadilan Hamilton Sheriff.

    Sang abang menerima hukuman dua tahun masa percobaan, sementara adiknya satu tahun. Richard juga dimasukkan dalam daftar pelanggar seksual. Kirsty tidak dimasukkan ke daftar itu kerana pada saat kejadian masih berusia 17 tahun atau di bawah umur.

    Dalam sidang dengar pendapat baru-baru ini, Kirsty diwajibkan menerima layanan kesihatan dan kaunseling kejiwaan. Saat kejadian, ia tinggal di hostel tuna wisma dan menemui abangnya untuk meminjam wang.

    "Saat itu saya tuna wisma, mabuk dan memerlukan bantuan. Saya menunggunya di peron sebelum dia naik kereta untuk pulang dan saya naik kereta lainnya. Memang bukan alasan, tapi saya tak ingat apa yang terjadi setelah itu," ujar Kirsty.

    Kirsty juga mengaku muak dan jijik dengan dirinya sendiri. Richard juga mengakui hal sama dan berkata saat itu merupakan masa-masa yang gila. "Kirsty datang kepada saya, tapi ini bukan sepenuhnya salah dia. Kami berdua sudah dewasa dan membuat keputusan bodoh," katanya.

    Sheriff Ray Small menyatakan, kedua beradik ini tentunya mengerti masyarakat tak boleh menerima apa yang mereka lakukan. Meski begitu, ia mengatakan, kedua tersangka masih rentan dan tak dipenjara kerana tak pernah melakukan tindak jenayah.

    "Kes semacam ini mendapat perhatian besar dari masyarakat. Saya yakin, kes seperti inilah seseorang berpotensi besar merosak hidupnya," ujar Sheriff, menyatakan Kirsty sedang bersiap pindah ke England.

    Gempak Habis!! Senjata Api Dari Daging Mentah

    Posted: 18 Oct 2011 08:45 AM PDT

    Seniman Russia bernama Dimitry Tsykalov mampu mengubah potongan daging mentah menjadi benda seperti pistol dan senjata api lainnya.

    Bahkan senjata-senjata api itu boleh dilengkapi dengan beberapa peluru.

    Namun senjata-senjata api buatan Dimitri ini pastinya tak berbahaya kerana ketika dipegang (diremas) senjata itu malah mengeluarkan air / jus dari daging mentah tersebut dan peluru-pelurunya pun terbuat dari jamur, dan sayuran lainnya.

    Adapun model-model yang dibuat Dimitri antara lain pistol klasik, revolver klasik, senjata Nazi Walther P38, pelancar roket, high power rifle, dan senjata api duduk anti pesawat.



    Video..orang bodoh yang paling bernasib baik

    Posted: 18 Oct 2011 07:00 AM PDT


    Nasib baik tak terkena kepalanya...

    Budak kecik buat projek belakang rumah

    Posted: 18 Oct 2011 06:00 AM PDT

    biar betul....(sumber gambar klikunic.com)

    Pasti korang termuntah bila jumpa benda ni dalam makanan

    Posted: 18 Oct 2011 05:00 AM PDT




    Aik!! PATUNG PUN PANDAI PROJEK

    Posted: 18 Oct 2011 04:45 AM PDT

    Beginilah Cara Lady Gaga Menggoda Bekas Presiden US, Bill Clinton

    Posted: 18 Oct 2011 03:00 AM PDT


    Bukan Lady Gaga jika tak tampil spektakuler dan menggegar panggung dunia. Terbukti saat turut memeriahkan acara ulang tahun Bill Clinton, penyanyi ini berulang kali merayu bekas presiden Amerika itu.

    Seperti dikutip Dailymail, penyanyi penuh kontroversi itu mengenakan wig dan tata rias agar terlihat seperti simbol seks terkenal Amerika tersebut serta menyanyikan sejumlah lagu dengan mengubah beberapa teks di dalamnya: misalnya, Bad Romance berubah menjadi Bill Romance.

    Setelah membawakan lagu Born This Way, ia menggoda Bill dengan memainkan rambutnya. Wanita berusia 25 itu juga mengucapkan kata-kata sensual kepada Bill.

    "Bill, saya sedang menirukan momen Marilyn Monroe yang terkenal itu," ujar Gaga, seperti dilansir Dailymail.

    Makna kata-kata itu adalah dia menggoda Bill sama seperti saat Marilyn Monroe memain peranan filem porno. Pelnyanyi You and I itu juga berlawak agar Bill mahu bercinta bersamanya.

    "I wish you were playing sex with me tonight, baby," sambung Gaga.

    Lady Gaga membuat para penonton terkesan dengan penampilan seperti Marilyn Monroe dan menyanyikan lagu ulang tahun Happy Birthday, Mr Presiden.

    Gaga terinspirasi aksi Monroe pada 1962 yang bernyanyi untuk Presiden John F. Kennedy pada HUT ke-45.

    Bill Clinton hadir bersama dengan isterinya, Hillary Clinton, puterinya Chelsea, presenter TV Ellen DeGeneres, komedian terkenal Chevy Chase, serta bintang Hollywood Ashton Kutcher dan Colin Farrell.



    [Gila] Ada pasangan suka tunjuk bon**t bila bergambar

    Posted: 18 Oct 2011 02:00 AM PDT

    Macam dah tak ada cara posing...kemana-mana pun mereka
    pergi dan akan mengambil gambar sambil menunjukkan buntut mereka...








    Wanita telanjang nekad terjun dari tingkat 2 takut di pukul isteri kekasih

    Posted: 18 Oct 2011 01:48 AM PDT

    Menurut wantchinatimes seorang wanita di Nanjing, China, terpaksa melompat keluar dari tingkap tingkat dua sebuah hotel selepas diserbu oleh isteri kekasihnya. Dia kemudiannya menaiki sebuah teksi yang ditahan oleh kekasihnya dalam keadaan telanjang bulat sambil diperhatikan oleh orang ramai. Paling malang, aksinya itu dirakamkan oleh orang ramai sebelum dimuat naik ke internet. Video itu kini panas di China.


    sumber : http://duniacacamarba.blogspot.com

    Wow..anak jutawan bergambar bogel dengan wang berselerak dia atas katil

    Posted: 18 Oct 2011 12:00 AM PDT

    Puteri billionear Inggris, Tamara Ecclestone berpose bogel sambil mempamerkan kekayaannya. Tamara berpose di atas tempat tidur yang berserakan wang.

    Seperti dikutip dari Daily Mail, pose tersebut dilakoni Tamara untuk pengambaran bersama fotografer selebriti ternama Tyler Shields. Dalam posenya, Tamara nampak berbaring tanpa pakaian di atas katil yang penuh wang berselerakan dan berterbangan. Ia menutupi payudaranya dengan tangan kiri, sementara kakinya menekuk agar bahagian intimnya tak terlihat.

    Dalam pose lainnya, Tyler memotret Tamara yang tenaga berpose di atas tempat tidur sambil memegang wang. Puteri dari bos F1 Bernie Ecclestone itu nampak menutupi bahagian depan tubuhnya dengan wang yang dipegangnya.

    Pengambaran tersebut dilakukan Tamara di rumahnya yang bernilai £60 juta. Di rumah tersebut ia membangun tempat spa khusus untuk anjingnya.

    Dalam pose lainnya, Tamara menunjukkan bahagian dapur dari rumahnya tersebut. Ia berpose di sana seolah-olah tengah menggoreng telur. Sepasang sepatu Christian Loboutin ditaruh di meja dekat tempat ia memasak.

    Pose-pose di atas dilakukan Tamara untuk reality show yang ia bintangi 'Billion $$$ Girl. Dia berharap acara itu boleh menunjukkan siapa dia yang sebenarnya. Wanita penyayang anjing itu tidak mahu dianggap hanya sebagai puteri dari seorang bos F1 yang bergelimang kekayaan.

    "Di acara TV baruku aku cuba melangkah lebih jauh sebagai Tamara, bukan sebagai puteri Bernie. Aku percaya pengambaran bersama Tyler ini boleh membuat aku terlihat seperti itu," ujarnya.

    Ambil kesempatan pegang payudara orang yang ditangkap

    Posted: 17 Oct 2011 11:00 PM PDT

    Semua laki - laki pasti punya nafsu yang tersimpan terhadap seorang wanita, baik yang berprofesi sebagai pegawai, artis, guru., namanya juga manusia.

    Tapi kalau nafsu itu dilampiaskan saat kita bertugas menjalankan pekerjaan dengan cara mengambil kesempatan dalam kesempitan, kata orang namanya "jahanam".






    Pengacara kuiz tak dapat menahan gelak kerana nama pemain ski Jerman

    Posted: 17 Oct 2011 10:00 PM PDT


    Pengacara kuiz The Chase di channel itv1 Inggris, Bradley Walsh, tak dapat menahan ketawa setelah mendengar nama pemain ski Jerman, Fanny Chmelar, dalam salah satu sesi pertanyaan dari kuiz tersebut. Kerana di Inggris, Fanny adalah bahasa slang yang bererti organ intim wanita.-idbite.com



    sumber: tumblr