Adsense

Rabu, 13 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Bersiri Beret Hijau Lakonan Chomell Fana

Posted: 13 Jul 2011 10:46 PM PDT

Drama Bersiri Ketenteraan : Beret Hijau Mulai 22 Julai Ini di TV1

Bagi golongan remaja yang mahu memilih profesion ketenteraan selepas tamat persekolahan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi gambaran sebenar tentang profesion sebagai seorang tentera menerusi sebuah drama rantai 13 episod mulai 22 Julai 2011, setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1.

Drama arahan Along Kamaluddin bertajuk Beret Hijau yang telah menjalankan penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Kem Sungai Udang, Melaka ini mengetengahkan pelakon Iqbal Pilih Kasih sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali) sebagai tunggak utama dalam manjayakan drama bercorak ketenteraan ini.

Beret Hijau ... temui penonton mulai 22 Julai Ini

Realitinya Beret Hijau berkongsi kisah watak Haziq bermula daripada seorang budak kampung dan akhirnya menjadi anggota komando terlatih. Dalam kem latihan komando juga, Haziq bertemu musuh lamanya, Kamil lakonan Lan Mazlan. Di situlah tercetusnya konflik antara mereka.

Menerusi drama ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba memberi pendedahan meluas kepada masyarakat tentang isu semasa yang ada kaitan dengan soal menjaga keamanan dan menangani ancaman pengganas. Ia bukan kisah lampau yang diperbaharui atau diceduk. Selain itu, drama ini bertujuan menarik minat golongan remaja yang suka lumba motosikal haram, berpeleseran atau terbabit dalam aktiviti tidak sihat.

Menariknya turut di ketengahkan peranan watak seorang komando perubatan yang bertugas merawat tentera tercedera dalam pertempuran. Watak ini sebenarnya penting dan menyumbang peranan besar dalam menjayakan sesebuah misi ketenteraan.

Selain itu diselitkan juga babak-babak percintaan yang bergerak seiring dengan episod-episod melibatkan kegiatan watak dikenali Abu Farsi dalam memperkukuhkan kumpulan Jemaah dan terlibat dalam pengaturan bekalan senjata di Asia Tenggara. Malah ada juga episod di mana Penempatan Markas Gerila Militan mula dibina dan pertubuhan di bawah pimpinan Abu Farsi mula melatih gerila dengan ilmu ketenteraan di bawah penasihat ketenteraan dari negeri asing.

Semua episod menarik ini bakal menemui penonton mulai 22 Julai 2011, setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1.

pelakon-pelakon utama Beret Hijau

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • Trailer dan Sinopsis Drama Laila Sari Lakonan Liyana Jasmay
  • Drama Bersiri Kisah Kaisara Lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila
  • Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV
  • Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak
  • THE INCREDIBLE HULK LAKONAN BILL BIXBY @ 8TV
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Piala Raja Libas Sempena Promosi Filem LIBAS

    Posted: 13 Jul 2011 10:36 PM PDT

    PIALA RAJA LIBAS PEMANGKIN SEPAK TAKRAW NEGARA

    Penganjuran lebih banyak pertandingan diyakini mampu menjulang kembali sukan Sepak Takraw negara merupakan agenda yang sedang digiat gandakan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

    Demikian menurut Setiausaha Agong Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Haji Arshad Yahya ketika merasmikan Kejohanan Piala Raja Libas Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1 Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

    Poster Libas

    Dalam ucapan perasmian itu, Datuk Haji Arshad juga amat mengalukan usaha yang dimainkan oleh MDAG syarikat perfileman tempatan menerbitkan filem yang bertemakan sukan Sepak Takraw. Menurutnya lagi dengan adanya filem seperti Libas ia mampu menanam kembali minat dan perhatian masyarakat terhadap sukan Sepak Takraw dinegara ini.

    LIBAS merupakan filem bercorak aksi komikal yang berkisar kepada sukan Sepak Takraw, dengan teraju pelakon Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya. Filem Libas bakal menemui penonton di pawagam mulai 29 September depan.

    Kejohanan Piala Raja Libas menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 20,000 (Dua Puluh Ribu Ringgit), disertai pasukan-pasukan sekitar Lembah Kelang dan dari luar Kuala Lumpur bermula 11 Julai dan bakal berakhir pada 14 Julai ini. Orang ramai dijemput menonton pertandingan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dan masuk adalah percuma.

    Juga hadir di majlis perasmian Kejohanan Piala Raja Libas 2011 Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1 Malaysia adalah Kevin Lim Pengarah Urusan Gajah Emas, Azlan Ghazali Pengarah Urusan MDAG serta Pengerusi Kejohanan Nulhilman Mohd.Noor. Beberapa pelakon utama seperti Rosyam Nor, Adam Corrie dan Zek Zakri juga hadir pada majlis perasmian tersebut.

    libas1

    libas3

    libas2

    libas4

    libas5

    Kredit pic : myfriends2u

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH
  • Sinopsis & Jalan Cerita Filem Libas
  • Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila
  • Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad
  • Gambar Scha Al-Yahya di Pelancaran Filem Libas
  • FINAS Tayang Piala Dunia FIFA 2010
  • Santai Tonton Piala Dunia di i-CITY Shah Alam
  • E-Toyol.com – Promosi Piala Dunia 2010
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Gambar sekitar Parti Harijadi Rayyan ,bersama Rita dan Aidil

    Posted: 13 Jul 2011 10:41 PM PDT



    Rayyan genap berusia 2 tahun, Harijadi Rayyan kali ini disambut meriah oleh ibu bapanya iaitu Rita Rudaini ,Aidil,Qaqa (baby baru Rita) ,keluarga dan rakan-rakan mereka..

    Wajah Rayyan memang saling tak tumpah wajah ayahnya Aidil..ehee..

    Kek dengan gambar pistol atasnya menjadi kek utama Majlis tersebut,disamping lagi 3 biji kek yang berbentuk bola,barbie dan fairy tale..








    Gambar Fasha Sandha bersama Black Mentor

    Posted: 13 Jul 2011 10:29 PM PDT

    Dengar cerita Black terlibat dengan darama Dewa Cinta yang bakal ditayangkan di TV3 dimana pelakon wanita adalah Fasha Sandha.
    Gambar Fasha dan Black nie diambil ketika di tempat shooting.Cume sensasi tak taula nape sampai bertepung-tepung muka black kat bawah nie,mungkin nak bagi putih setara Fasha Sandha..hehu..

    Fasha meng-uploadkan gambar kenangan mereka di Facebook Fanpage Fasha..

    Gambar Akil Hayy dan Waheeda serba hitam

    Posted: 13 Jul 2011 10:27 PM PDT

    Pasangan suami Isteri iaitu Akil Hayy dan Waheeda kelihatan gembira dan bahagia bersama.Waheeda walaupun berpurdah nampak sangat tenang dan manis berpurdah.

    Senang kan berpurdah nie selain sejuk mata memandang,tak payah nak mekap tebal-tebal kat public..hehe..



    gambar terbaru waheeda


    gambar terbaru waheeda

    gambar terbaru waheeda

    gambar terbaru waheeda

    gambar terbaru waheeda

    gambar terbaru waheeda

    Gambar Sekitar Pelancaran album terbaru Ning Baizura di Zouk dengan Ali bina Badan

    Posted: 13 Jul 2011 02:18 AM PDT

    Baru-baru nie Ning Baizura telah berjaya menghasilkan sebuah lagi album nya yang berjudul Dewa.

    Pelancaran Album Dewa nie dilakukan di Zouk Kl .apa yang menarik kali nie Ning dikelilingi ahli bina badan...

    Tak tahulah apa motifnya.mungkin Ning suka kot ....sensasi cam tak sanggup nak tengok lama-lama..haha...layanz

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    Ning Baizura

    David Beckham dan Victoria selamat mendapat seorang anak perempuan

    Posted: 13 Jul 2011 10:50 PM PDT

    Akhirnya Pasangan british David Beckham dan isterinya Victoria Beckham dapat seorang Puteri pada 10 Julai yang lepas..Sungguh gembira David sebab sebelum nie hidup mereka diserikan dengan 3 org putera...mesti cantik lawa gojes puteri sulung dan anak bungsu mereka nie..tunggu gambar Harper Seven Beckham nie keluar nanti,,

    "Saya merasa bangga dan sangat – sangat teruja di atas kelahiran puteri sulung kami, Harper Seven Beckham yang lahir dengan berat 7lbs 10oz pada pukul 7:55 pagi ini di Los Angeles. Victoria baik – baik saja dan ketiga –tiga orang abangnya juga sangat teruja akan kelahiran adik perempuan mereka." Ujar David di laman social Facebook-nya.






    Gambar yang diambil oleh David tiga hari sebelum Victoria melahirkan Harper Seven.
    (Gambar diambil dari laman Facebook David Beckham)
    Anak keempat pasangan Beckham, Harper Seven lahir pada pagi sehari selepas David membantu LA Galaxy mencatat kemenangan 2 – 1 menewaskan Chicago Fire dengan tendangan sudutnya. Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan sejak 04hb. Julai 1999, telahpun dikurniakan tiga orang 'hero', Brooklyn, 12, Romeo, 8 dan Cruz, 6.

    Gambar pertunangan Dira dan Helmi

    Posted: 13 Jul 2011 01:53 AM PDT

    Selamat bertunang kepada pasangan Dira (pengacara Melodi) dan Helmi.Mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 11.11.11 tak lama je lagi .

    Dengar cerita Helmi nie adalah bekas kekasih Nasha Aziz.

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar
    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    gambar majlis pertunangan dira abu zahar

    Samzy Fuzette abang kepada Saheizy Sam dan Zizie Izzete dihukum penjara dan sebat

    Posted: 13 Jul 2011 01:36 AM PDT



    Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan 3 sebatan berikutan kesalahan memiliku 10 Paket Syabu enam tahun lalu.

    Pada Selasa, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, terhadap Samzy dan memerintahkan agar hukuman tersebut bermula pada hari ini.

    Sebaik sahaja Mohtarudin membacakan penghakiman beliau, Samzy yang memakai baju kemeja berwarna putih dan berseluar hitam dilihat menggelengkan-gelengkan kepala, manakala isterinya, Sarinah Mohammad, 32, yang berada di galeri awam mahkamah menangis teresak-esak.

    Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak hujahan yang dikemukakan oleh peguam Samzy, Muhammad Faiz Fadzil bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah syabu itu diletakkan oleh orang lain termasuklah oleh anggota polis yang membuat serbuan atas maklumat orang awam.

    "Pada pendapat mahkamah, tidak ada sebab yang munasabah mengapa polis meletakkan dadah dalam beg perayu. Jika dadah bukan milik perayu ia perlu disoal-balas kepada pegawai tangkapan atau pegawai penyiasat

    "Jika benar dadah bukan miliknya ia perlu diberitahu kepada pihak polis seawal mungkin," katanya.

    Mohtarudin juga menyifatkan pembelaan Samzy yang disokong oleh rakan serumahnya, Salehuddin Zaharuddin, 37, sebagai pembelaan yang difikirkan semula.

    Samzy yang mempunyai tiga orang anak didakwa memiliki dadah itu pada pukul 3.30 petang, 11 April 2005 di rumah beralamat DG-W4, Kondominium Villa Ria, Taman Bukit Mulia, Jalan Mulia 1/5, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

    Dadah tersebut disimpan dalam 10 paket plastik lut sinar dan dijumpai dalam beg pinggang berwarna hitam dan di dalam beg tersebut terdapat dompet yang mengandungi kad pengenalan dan dokumen peribadi Samzy.

    Semasa ditangkap, terdapat tujuh orang di dalam rumah tersebut dan Samzy didakwa sedang tidur di salah satu bilik bersama Nur Baizura Che Man, 29, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh.

    Terdahulu, Muhammad Faiz menghujahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa dadah berkenaan adalah milik salah seorang daripada individu di dalam rumah memandangkan mereka mempunyai laluan ke dalam bilik Samzy yang tidak berkunci, selain mereka semua didapati positif syabu.

    "Rakan serumah perayu, Salehuddin juga memberitahu bahawa mereka telah berkongsi wang untuk membeli dadah dan menghisapnya serta tidak lagi mempunyai bekalan dadah, lalu masuk tidur sehinggalah mereka ditangkap, " katanya.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar membidas hujahan tersebut dengan berkata bahawa, tiada sebarang penafian dilakukan oleh Samzy berhubung pemilikan beg tersebut yang ditemui di atas katil bilik perayu.

    "Tiada keterangan sekiranya bilik perayu boleh dimasuki oleh orang lain ataupun sekiranya terdapat orang lain di dalam bilik tersebut," katanya.



    Ekin disahkan hamil 7 minggu

    Posted: 13 Jul 2011 12:54 AM PDT






    Setelah 3 tahun bergelar suami isteri,Ekin telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali,
    Setelah mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil,Mawi membawa Ekin ke hospital swasta di Bangi dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.

    Mawi enggan mengulas lanjut sebab usia kandungan masih baru 7 bulan,oleh sebab Ekin pernah keguguran 2 kali sebelum nie,kali nie Ekin memang perlu berehat banyak2 dan menjaga kesihatan diri dan kandungan betul-betul.


    Mawi mengganggap semua nie berkat doa mereka semasa menunaikan umrah pada April lepas.
    7 minggu kira dah okey dah tue..slalunya kandungan masih lemah kalau below 1 month.Ekin dah 2 bulan.

    Tahniah kepada Mawi dan ekin kerana bakal menjadi ibu dan bapa..

    Jimmy Shanley dituduh seorang penipu dan hipokrit oleh Bapa Saudara Suhaila?

    Posted: 13 Jul 2011 12:55 AM PDT



    Menurut info yang diberitahu,orang yang melemparkan tuduhan kepada Jimmy nie adallah bapa Saudara kepada Suhaila iaitu Isteri kepada Jimmy Shanley.Pak Cik nie nampaknya terlalu mengikut hati mengeluarkan kenyataan yang berbaur memalukan dan menghina Jimmy Shanley.

    Apa yang boleh Sensasi katakan ialah,apa hak Pak Cik nie nak mausk campur urusan rumahtangga Jimmy dan Suhaila?Biarlah mahkamah saja yang tentukan.Jimmy tetap suami Suhaila mereka belum bercerai lagi.Anak pun anak Jimmy kan,pak cik nie lelebih plak nak membuka cerita perihal rumahtangga orang..isk2 tah pape je..

    Ape pun Lepas nie mungkin Jimmy akan beri kenyataan berkaitan hal ini.

    Gambar Anak Rita Rudaini Aiit Rayyan dan Airit Rafqa

    Posted: 13 Jul 2011 12:12 AM PDT

    Anak Sulung pasangan Rita Rudaini dan Aidil memang banyak iku muka ayahnya...manakala anak kedua mereka iaitu Rafqa ,Sensasi tak nampak lagi dia ikut muka siapa..yang pasti kedua-dua putera kesayangan Rita dan aidil tersangatlah comel...geramm..rasa nak geget pipi Rafqa yang baru berusia 2 bulan nie..



    gambar anak rita

    gambar anak rita
    gambar anak rita

    gambar anak rita