Adsense

Khamis, 5 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar HQ Majlis Pertunangan Shera Aiyob & Zahiril Adzim

Posted: 05 May 2011 10:07 PM PDT

Sekitar 9 jam lepas, Hatta Dolmat meng-upload sekitar 30 keping gambar majlis pertunangan Shera Aiyob & Zahiril Adzim yang berlangsung di Ipoh, Ahad lepas. Untuk pengetahuan, Hatta Dolmat merupakan pereka persalinan Shera Aiyob.

Shera Aiyob tampak sungguh anggun dengan kemasan labuci yang kemas, simple & sofistikated. Tema warna pink menonjolkan sisi Shera Aiyob yang ayu & lembut.

Harap Zahiril Adzim bisa menjaga Shera Aiyob sebaiknya. Kalau tak, ada penulis OHBULAN! yang sudah standby nak masuk meminang. Ha Ha. Enjoice gambar pertunangan Shera Aiyob & Zahril Adzim dalam versi HQ selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tahniah, Dahlia Daphne Iking Sudah Mengandung!

Posted: 05 May 2011 09:08 PM PDT

Terdengar ura-ura mengatakan Dahlia Daphne Iking kini sudah disahkan mengandung. Andai kata berita tersebut adalah benar, OHBULAN! adalah media pertama yang mengucapkan tahniah buat Daphne Iking & suaminya, Azmi (Joe).

Al-kisahnya, semalam kami menerima sekeping gambar berupa screenshot status akaun peribadi Daphne Iking. Kata-kata Daphne Iking banyak memberikan petunjuk bahawa dia sedang mengandung.

Apatah lagi, status facebook tersebut dikuatkan lagi dengan sekeping gambar yang bisa menjelaskan segalanya. Gambar ini baru sahaja diupload oleh Vernonchan.com, dan jelas nampak – Daphne Iking has baby bump!

Hasil selidik kami mendapati, gambar ini diambil ketika pelancaran Celcom iPhone 4 yang berlangsung Menara Celcom, semalam. Pemilik blog Tianchad turut berkongsi sekeping gambar yang memgandungi deskripsi, "Host of the Day: Daphne Iking, Congratz her for her upcoming baby =D."

Apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Daphne Iking. Rakan media kami di sebuah akhbar tempatan sedang mendapatkan kenyataan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Kereta Audi Q5 Milik Scha Al-Yahya

Posted: 05 May 2011 06:23 AM PDT

GAMBAR KERETA AUDI Q5 MILIK SCHA AL-YAHYA

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawasanya Scha Al-Yahya ada membeli sebuah kereta Audi Q5. Dan seperti yang dijelaskan oleh buah hati Scha, siapa lagi kalau bukan Awal Ashaari, kereta Audi Q5 itu dibeli oleh Scha menggunakan duitnya sendiri, bukan diberi oleh Awal Ashaari seperti yang didakwa oleh ramai pihak.

Lagi gambar Audi Q5 milik Scha Al-Yahya kat bawah ni.

GAMBAR KERETA AUDI Q5 MILIK SCHA AL-YAHYA

Kalau ikut harga pasaran semasa, harga Audi Q5 ni ialah RM350,000.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Rosyam Noor & Keluarga Bercuti Di Luar Negara

Posted: 05 May 2011 12:32 AM PDT

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

Bukan mudah sebenarnya nak tengok gambar keluarga Rosyam Noor ni sebab korang pun dah sedia maklum yang Rosyam Noor tidak pernah mendedahkan keluarganya dalam dunia yang dikatakan penuh glamour ni.

Kerana itu tidak hairanlah masih ramai, termasuk kami yang tidak tahu bagaimana rupa isteri beliau dan berapa ramai pula anak beliau. Jadi bila dah dapat gambar ni, memang kami takkan lepaskan peluang la jawabnya.

Jom layan kesemua gambar Rosyam Noor dan keluarga semasa bercuti di luar negara yang kami perolehi ini.

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

GAMBAR PERCUTIAN ROSYAM NOOR BERSAMA KELUARGA

Psstt ~ Jom terjah blog yang disukai ramai ni

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Masterchef Malaysia Terima Sambutan Positif

Posted: 05 May 2011 07:22 PM PDT

UJI BAKAT MASTERCHEF MALAYSIA TERIMA SAMBUTAN POSITIF
Lokasi ujibakat terbaru di Johor Bahru selepas Pulau Pinang dan Sabah

Penerimaan masyarakat umum terhadap program realiti masakan popular dunia yang kini diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia; MasterChef ternyata mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan daripada orang ramai sewaktu sesi uji bakat yang telah berlangsung di dua buah negeri baru-baru ini. Setelah menjelajah ke Pulau Pinang pada 23 & 24 April lalu dan Sabah (30 April & 1 Mei), kini pihak produksi bakal berkunjung ke Johor Bahru pada 7 Mei ini untuk sesi uji bakat yang seterusnya.

Pengurus Saluran Ria, Puan Azlin Reza Azmi (MCM)
Pengurus Saluran Ria, Puan Azlin Reza Azmi

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi, "Kami amat berbesar hati dan kagum melihat kesungguhan dan persediaan para peserta yang menghadirkan diri ke sesi uji bakat program MasterChef Malaysia yang baru sahaja diperkenalkan buat pertama kali ini. Ini jelas membuktikan sokongan ramai terhadap industri pembangunan pengisian kandungan yang berkualiti untuk ditonton.

Melihat kepada persediaan para peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat di Pulau Pinang dan Sabah, ternyata rata-rata sudah bersedia dengan hidangan yang siap dibawa dari rumah masing-masing. Hadir dengan membawa segunung harapan untuk bertanding di dalam rancangan yang berprestij ini, kesemua para peserta cuba memperlihatkan kesungguhan, kreativiti dan daya saing masing-masing menerusi setiap hidangan yang dipersembahkan kepada juri-juri professional yang terlibat.

Pelbagai ragam dan reaksi peserta yang hadir dapat dilihat. Ada juga di kalangan peserta yang hadir terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh sebelum sampai ke tempat uji bakat dan kemudian terpaksa pula menunggu lama sehingga nombor giliran mereka dipanggil demi memperlihatkan bakat dan minat yang mendalam terhadap dunia masakan," jelas Azlin.

Gandingan Chef Johari Edrus dan Chef Zubir Mohd Zain serta ditemani oleh chef undangan dari setiap lokasi iaitu Chef Yeoh (Hotel Equatorial Penang) dan Chef Joseph (Beverly Hotel Sabah) telah dipertanggungjawabkan untuk mencungkil dan memilih bakat dalam bidang masakan yang mempunyai personaliti unik untuk diketengahkan dalam program MasterChef Malaysia.

Menceritakan tentang pengalaman kali pertama menghadiri sesi uji bakat MasterChef Malaysia, Wahidan Hj Awang Supain, 42, berasal dari Sabah berkata, "Demi menunaikan hasrat untuk menyertai program ini, saya sanggup memandu jauh selama 10 jam untuk datang ke lokasi uji bakat. Saya amat meminati bidang masakan sejak dulu lagi. Kesibukan bekerja sebagai petani yang terpaksa menanam dan memotong kelapa sawit menyara keluarga, saya akui mempunyai kurang masa untuk membuat persediaan yang rapi sebelum hadir ke uji bakat. Walaupun diuji dengan pelbagai masalah seperti kereta rosak sewaktu perjalanan, tidak sempat mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan kerana semua pasar sudah tutup dan sebagainya, saya tertekad untuk menyediakan sebuah hidangan lazat dengan menggunakan apa sahaja bahan yang sempat dicari dalam tempoh masa yang suntuk."

Turut mewarnai suasana uji bakat yang berlangsung di Pulau Pinang, Nor Farieza Aziez, 22 tahun, berasal dari Pulau Pinang ternyata mempunyai misi yang cukup berbeza berbanding peserta uji bakat yang lain. Penuntut Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Seberang Perai ini tekad mahu menyertai program MasterChef Malaysia untuk membuktikan yang dia juga mampu menyediakan hidangan yang lazat seperti kakaknya. Didorong dengan rasa tidak puas hati kerana kakaknya sering dipuji oleh ibunya, dia mencabar diri untuk menyediakan Ayam Masak Madu untuk dinilai oleh juri yang terlibat.

Selain itu, pihak juri juga dikejutkan dengan kebolehan seorang lagi peserta berasal dari Sabah; Mohamad Bin Hj Tahir, 45, yang berjaya ke peringkat ke-2 setelah beliau menyediakan Grilled Garlic Prawn with Safron Butter Rice and White Cream Dill Sauce. Mohamad yang bekerja sebagai seorang jurujual langsung sering membeli buku-buku masakan dan menonton rancangan masakan di Astro untuk mengetahui sekaligus mencuba resipi menarik ternyata berjaya menyediakan hidangan lazat yang hampir menyamai mutu masakan chef-chef handalan.

Mohd Danial Shaharudin, 18, berasal dari Pulau Pinang juga mempunyai kisah menarik untuk dikongsi. Selain minat yang mendalam dan ingin berjaya dalam bidang masakan, dia juga ingin mengambil kesempatan untuk mencari ayah kandungnya yang telah lama menghilang menerusi program ini jika terpilih. Dibesarkan dengan hanya menerima kasih sayang daripada seorang ibu, dia turut berharap agar kemunculannya di dalam program MasterChef Malaysia mendapat perhatian ayahnya sekaligus menghubungi mereka kembali. Bagaimanakah dengan nasibnya? Mampukah hidangannya memikat jhati juri sekaligus melayakkannya untuk mara ke peringkat seterusnya?

MasterChef Malaysia akan meneruskan penjelajahan di lokasi-lokasi seperti yang tertera di bawah. Peserta-peserta di Pulau Pinang dan Sabah sudahpun menyahut cabaran MasterChef Malaysia. Mampukah pencarian di lokasi-lokasi seterusnya mampu menandingi dan mengatasi bakat-bakat peserta yang telah hadir di lokasi sebelum ini? Sama-sama kita saksikan.

Dapatkan informasi terkini dan ikuti pelbagai aksi menarik yang dikongsi sepanjang perjalanan ujibakat yang berlangsung di laman sesawang rasmi www.masterchefmalaysia.com.my.

TARIKH/MASA LOKASI
7 Mei 2011
9 pagi – 4 petang Hotel Selesa Johor Bahru
Jalan Dato' Abdullah Tahir/Jalan Tebrau, JB

13 Mei 2011
9 pagi – 4 petang Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Terengganu

20 & 21 Mei 2011
9 pagi – 4 petang KDU University College
Jalan SS 22/41, Damansara Jaya, PJ

Mohd Danial bin Firdaus

Mohd Danial bin Firdaus

Nor Farieza bt Aziez

Nor Farieza bt Aziez

Wahidan bin Hj Awang Supain

Wahidan bin Hj Awang Supain

Mohamad Bin Hj Tahir

Mohamad Bin Hj Tahir

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat MasterChef Malaysia
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB
  • Kad Raya Dari Kimi
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
  • 'ONE IN A MILLION' di 8TV Mulai 16 November Ini!
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Filem Hindi Terbaik di TV3 Sepanjang Mei & Jun

    Posted: 05 May 2011 06:43 PM PDT

    HIMPUNAN FILEM-FILEM TERBAIK HINDI SEPANJANG MEI DAN JUN!

    Bersempena dengan Hari Ibu, Hari Bapa dan Ulangtahun Ke 27 TV3, kami bawakan filem-filem terbaik Hindi sepanjang bulan Mei dan Jun ini khas untuk penonton setia TV3. Menampilkan gabungan 8 buah filem terkenal dari tahun 1992 (Nishchaiy) hinggalah terkini (Billu Barber & Milenge Milenge), pastinya Panggung Sabtu Mei dan Jun ini sarat dengan drama dan kisah suka-duka berkisarkan pergolakkan persahabatan, konflik keluarga dan dilema percintaan!

    Selain Billu Barber, Shah Rukh Khan, nama yang tidak asing lagi dengan peminat Bollywood di Malaysia turut akan bersama penonton dengan dua buah filem lagi iaitu Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Dil To Pagal Hai yang pernah menjadi fenomena sekitar penghujung 90an dahulu. Turut menyerikan lagi slot Panggung Sabtu, gadingan Aamir Khan dan Kajol dalam Fanaa, Saif Ali Khan dan Rani Mukherjee dalam Hum Tum, Anil Kapoor dan Preity Zinta dalam Armaan.

    Teruskan bersama TV3 dengan sajian filem-filem terbaik Hindi di slot Panggung Sabtu, setiap Sabtu, jam 2 petang!

    PANGGUNG SABTU (setiap hari Sabtu, jam 2petang)
    Dilwale Dulhania Le Jayenge – 7 Mei (Istimewa Hari Ibu)

    Sinopsis: Mengisahkan tentang Raj seorang yang periang, kaya raya dan merupakan generasi kedua NRI manakala Simran, anak perempuan Chaudhary Baldev Singh yang sangat mementingkan tradisi masyarakat India. Raj dan Simran ditemukan ketika sama-sama mengikuti trip ke Eropah, dari gurau senda dan gelak tawa, mereka berakhir dengan bercinta. Namun, apa yang Raj tidak tahu, pasangan Simran telah ditetapkan sejak Simran kecil lagi. Simran meninggalkan India untuk majlis perkahwinannya dengan Kuljeet, Raj tidak mahu mengalah dan mengambil keputusan untuk mengekori Simran secara rahsia. Apa yang berlaku seterusnya?

    Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Amrish Puri, Farida Jalal, Anupam Kher, Satish Shah.

    dilwale-dulhania-le-jayenge

    Nishchaiy – 14 Mei
    Sinopsis: NISHCHAIY mengisahkan tentang dua beradik iaitu Ravi dan Rohan Yadav yang terpisah. Majikan Ravi iaitu Manohar Singh mengesyaki Ravi mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Renuka. Ravi telah dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan jenayah yang tidak pernah dilakukan olehnya. Teman baik Renuka, Yashoda, mengambil Rohan sebagai anak angkat. Selepas beberapa tahun, Ravi dilepaskan dari penjara manakala Rohan, seorang peguam terkenal yang kini dikenali dengan nama Vasu Gujral. Ravi mendapat tahu bahawa Renuka masih hidup namun telah hilang ingatan. Untuk membiayai rawatan Renuka, Ravi terdesak mencari wang dan terpaksa menerima tawaran untuk membunuh Vasu Gujral tanpa menyedari orang yang menjadi sasarannya itu adalah adik kandungnya sendiri. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

    Pelakon: Vinod Khanna, Salman Khan, Karisma Kapoor, Sonu Walia, Reema Lagoo.

    Fanaa – 21 Mei
    Sinopsis: Zooni Ali Beg dilahirkan dalam keadaan buta namun dia bukan seorang yang lemah semangat. Dia keluar dari rumah dan mengembara bersendirian ke kotaraya New Delhi tanpa kedua ibubapanya, Zulfikar dan Nafisa. Di sana, Zooni telah bertemu dengan Rehan Khan, seorang pemandu pelancong tempatan. Zooni merasakan New Delhi sungguh berbeza hanya kerana kehadiran Rehan! Namun, Rehan mempunyai rahsia yang disimpan daripada Zooni yang mampu merubah segalanya, apakah rahsia tersebut?
    Pelakon: Aamir Khan, Kajol, Tabu, Shiney Ahuja, Jaspal Bhatti, Ali Haji.

    2ekpys2

    Hum Tum – 28 Mei
    Sinopsis: Karan Kapoor dan Rhea Prakash bertemu buat pertama kali ketika mereka berdua dalam perjalanan ke New York dari New Delhi. Rhea tidak selesa akan sikap Karan manakala Karan merasakan Rhea terlalu serius hinggakan tidak dapat menerima gurauan. Selepas perselisihan itu, mereka berdua berjanji tidak akan bertemu lagi selepas ini. Tanpa disangka, mereka ditemukan kembali di majlis perkahwinan Rhea tiga tahun kemudian. Karan, seorang kartunis yang berjaya, pergi ke Paris untuk melawat ayahnya. Di sana mereka berdua dipertemukan lagi buat kali ketiga, kali ini Rhea keseorangan. Apakah yang bakal Karan lakukan?

    Pelakon: Saif Ali Khan, Rani Mukherjee, Kiron Kher, Rati Agnihotri, Rishi Kapoor, Jimmy Shergill, Abhishek Bachchan.

    Dil To Pagal Hai – 4 Jun
    Sinopsis: Rahul merupakan penari dan pengarah muzik yang berjaya. Salah seorang penari dan teman rapatnya, Nisha memendam perasaan terhadap Rahul. Ketika sedang berlatih, kaki Nisha telah tercedera dan Rahul perlu mencari pengganti. Rahul mengambil Pooja. Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Tanpa disangka, Rahul dan Pooja menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, Rahul tidak mengetahui bahawa Pooja sudahpun bertunang. Apakah berlaku seterusnya?

    Pelakon: Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar, Murad Ali, Hemlata Deepak, Aruna Irani.

    Milenge Milenge – 11 Jun
    Sinopsis: Priya Malhotra, seorang yatim piatu yang mengidamkan sebuah keluarga dan pasangan hidup yang sempurna. Sunita Rao, meramalkan Priya akan bertemu dengan pasangannya selepas tujuh hari mengembara di negara asing. Priya mengambil keputusan untuk menyertai Festival Belia di Bangkok. Di situlah Priya bertemu dengan Amit, seorang yang sangat bertentangan dengan lelaki yang diimpikannya. Priya pulang ke India, namun, Amit tetap berdegil menyatakan takdir mahukan mereka berdua bersama. Priya mencabar Amit jika takdir mahukan mereka bersama, Amit mestilah menulis nama dan nombor telefonnya di sehelai not 50 Rupee dan jika suatu hari, not ini kembali ke tangan Priya, barulah Priya berkahwin dengan Amit. Apakah yang berlaku kemudian?

    Pelakon: Kareena Kapoor, Shahid Kapoor, Aarti Chhabria, Delnaaz Paul, Satish Shah.

    Armaan – 18 Jun (Istimewa Hari Bapa)
    Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang Dr. Siddharth Sinha dan anaknya, Dr. Akash Sinha. Kedua-dua mereka bekerja di hospital sama yang ditubuhkan oleh Siddharth. Siddharth mendedikasikan masanya bersama pesakit di hospital. Tak lama selepas Dr. Neha Mathur muncul dalam hidup Akash, Siddharth meninggal dunia. Akash tetap mahu mengotakan impian bapanya. Kehadiran Sonia Kapoor mengubah segalanya antara Akash dan Neha. Sonia, seorang yang kaya raya dan sombong mahukan Akash dan beranggapan cinta boleh dibeli dengan wang. Gulshan Kapoor, bapa Sonia, akan membantu Akash membangunkan hospital Siddharth jika Akash berkahwin dengan Sonia. Akash berada dalam dilema, apakah pilihannya? Masa depan hospital bapanya atau cinta untuk Neha?

    Pelakon: Amitabh Bachchan, Anil Kapoor, Preity Zinta, Gracy Singh, Aamir Bashir, Randhir Kapoor.

    Billu Barber – 25 Jun
    Sinopsis: BILLU BARBER menceritakan tentang seorang tukar cukur miskin bernama Billu yang mempunyai isteri iaitu Bindiya dan dua orang anak, Gunja dan Ronak. Kerana hidup serba kekurangan, Billu tidak mampu membayar yuran persekolahan kedua-dua orang anaknya. Namun, segalanya seakan berubah apabila bintang Bollywood iaitu Sahir Khan membuat penampilan di dalam sebuah filem yang dirakam di kampung Billu sekeluarga tinggal. Billu mengaku mengenali Sahir secara peribadi dan selepas itu, perniagaannya meningkat maju kerana populariti Billu di seluruh Kampung. Sehingga suatu hari, Sahukaar Daamchand, ahli perniagaan terkenal datang bertemu Billu dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa sendiri dengan Sahir. Dapatkah Billu menghubungi Sahir? Apakah selama ini Billu hanya menipu?

    Pelakon: Irrfan Khan, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Om Puri, Rajpal Yadav, Asrani, Kareena Kapoor, Deepika Padukone.

    Dil To Pagal Hai9

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Oscars 2011 Complete List of Winners
  • Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke 67
  • Astro Tayang Program HD Syawal Ini
  • Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
  • Filem The Departed Menang The Best Picture di Anugerah Oscar
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Oops…Diperpustakaan ini Orang Bebas Nonton Video Porno

    Posted: 05 May 2011 09:00 PM PDT

    VIVAnews - Warga kota New York kini tak perlu sembunyi-sembunyi menyaksikan video porno di tempat awam. Ahli politik setempat mengeluarkan arahan baru setiap warga dapat melihat apapun di komputer awam seperti perpustakaan.

    "Pengunjung dapat menonton apapun yang mereka inginkan pada komputer awamk," ucap juru bicara Perpustakaan Umum Brooklyn, Malika Granville, seperti dikutip dari Times of India.

    Surat khabar setempat, New York Post, juga melaporkan bahawa setiap warga New York bebas menonton apapun di komputer perpustakaan.

    Aturan baru ini mendapat tentangan dari para ahli agama dan warga yang tak setuju. Presiden Liga Katolik New York Bill Donohue mengatakan," Mereka harus mengembalikan dana awam yang digunakan untuk membenarkan hal-hal yang rendah."

    "Itu (kebebasan menyaksikan video porno) seperti  Playboy, tapi jauh lebih buruk."

    Seorang pengunjung perpustakaan, Daisy Nazario, 60, mengatakan muak saat orang yang berada disampingnya menonton film porno. "Saya boleh mendengar suara-suara," kata Nazario. "Hal ini sangat tidak sopan untuk anak-anak."

    Di Amerika, perpustakaan yang menggunakan dana kerejaan harus menyaring dan memblok komputer awam terhadap kandungan cabul dan pornografi anak.

    Pejabat perpustakaan menyatakan, aturan tersebut merupakan masalah kebebasan berekspresi. "Untuk menghormati Amandemen Pertama yang melindungi kebebasan, Perpustakaan umum New York tak dapat mencegah pengunjung dewasa mengakses kandungan dewasa yang sah," kata jurucakap perusahaan Angela Montefinise.

    Ngeri..Akibat minum di sungai

    Posted: 05 May 2011 08:51 PM PDT



    Kejadian sudah lama (2008) di India
    Akibat minum dari sungai...


    BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

    Posted: 05 May 2011 08:47 PM PDT

    berminat anda boleh sertai disini

    Kerana jari penyeludup dadah ini ditangkap

    Posted: 05 May 2011 07:30 PM PDT

    Kerana jari...
    saya petik dari kosmo online

    SAO PAULO - Seorang penyeludup dadah ditangkap polis di negeri Santa Catarina selepas identitinya dikenal pasti menerusi 12 jarinya.

    Menurut seorang pegawai polis, Enio de Oliveira Matos, pada mulanya penyeludup dadah itu menunjukkan identiti dirinya dengan menggunakan dokumen pengenalan milik adiknya menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menangkapnya, baru-baru ini.

    Matos berkata, pihak polis kemudian mendapatkan maklumat daripada Institut Identitifikasi di negeri Parana iaitu lokasi tempat penyeludup tersebut dilahirkan.

    Berdasarkan maklumat institut itu, setiap tangan penyeludup tersebut mempunyai enam jari.

    Ekoran pengesahan tersebut, pihak polis kemudian menangkap penyeludup tersebut dengan jarinya sebagai bukti identiti dirinya sebagai penyeludup dadah.- Agensi

    Di tahan kerana bil rawatan

    Posted: 05 May 2011 06:00 PM PDT

    Kenapa sampai begini?
    saya petik dari myMetro

    KUANTAN: "Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya," kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.

     Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan. 

     "Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam. 

     "Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah," katanya di sini, semalam.

    Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

    Wow...‘Lukisan’ Berusia 25 Ribu Tahun Di Temui

    Posted: 05 May 2011 05:00 PM PDT

    BILBAO – Ilmuwan menemukan lukisan buatan manusia prasejarah di dalam sebuah gua di wilayah utara Sepanyol yang berusia 25 ribu tahun.

    Lukisan bergambar kuda dan telapak tangan tersebut ditemukan tidak sengaja oleh para arkeologi ketika sedang mencari tanda-tanda tempat tinggal manusia prasejarah. Lukisan tersebut diperkirakan dibuat pada zaman yang sama dengan lukisan di Gua Altamira, salah satu lukisan prasejarah terkenal yang juga ditemukan di wilayah utara Sepanyol, pada tahun 1979.

    "Ini adalah sebuah penemuan yang tak disengaja," ujar Diego Garate, salah satu arkeolog yang ikut dalam penelitian tersebut.

    "Meskipun sulit untuk menemukannya, tapi mata kami mampu untuk mengidentifikasinya," tambahnya seperti yang dikutip dari Reuters, Khamis (5/5/2011).

    Pihak rasmi yang melakukan penelitian tersebut, juga mengatakan bahawa para ahli akan terus menjelajahi gua tersebut untuk mencari alat-alat prasejarah lainnya.

    Sekira 35 ribu tahun yang lalu, kelompok homo sapien pertama menginjakkan kaiknya di wilayah utara Sepanyol.

    Pada awalnya, kelompok homo sapien awal tersebut hidup berdampingan dengan neanderthals, lalu kemudian mereka mengembangkan kebudayaannya sendiri yang dikenal sebagai Palaeolithic Atas, yang boleh menghasilkan alat potong yang terbuat dari batu, serta melukis gua tempat mereka tinggal.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Nama bayi terpanjang,kesemuanya nama petinju

    Posted: 05 May 2011 11:01 AM PDT

    Mungkin bayi asal Britain ini memiliki nama terpanjang di dunia dan paling sulit diingat.Nama bayi ini ialah:

    "Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown."


    Bayi ini memiliki 1 nama depan, 25 nama tengah, dan 1 nama keluarga. Ke-25 nama tengah semuanya diambil dari nama-nama petinju top di dunia.

    "Semua itu muncul kerana ayah dan ibu terobsesi pada tinju dan selera humornya sedikit gila," kata ibu bayi tersebut, Maria, kepada Express and Star dan dikutip AFP.

    Sumber: http://niponk.blogspot.com

    Niat ke Taman tetapi termasuk ke dalam Penjara Wanita

    Posted: 05 May 2011 10:01 AM PDT

    BERLIN – Seorang lelaki terjebak di dalam penjara wanita, kerana mengira gerbang penjara itu adalah jalan pintas menuju taman kota.

    Peristiwa ini diketahui Datuk Bandar Hildesheim Henning Blum, saat dia melintas di penjara wanita. Bahkan, dia sempat mendengar suara jeritan minta tolong pria lelaki itu. Dia pun memberitahu polis dan segera membebaskan lelaki berusia 24 tahun itu.

    Lelaki tersebut mengatakan pada polis, dia tengah berjalan-jalan keliling kota dan tidak menyedari bahawa dia telah masuk ke dalam penjara. Demikian seperti dilansir Reuters, Khamis (5/5/2011).

    Pada saat dia menyedari dimana dirinya berada, gerbang penjara sudah tertutup dan akhirnya dia pun terkunci di dalam.

    Polis kemudian melakukan penyiasatan kenapa gerbang penjara boleh terbuka dan membuat lelaki tersebut boleh masuk ke dalamnya.

    Nenek sanggup habiskan wang simpanan untuk buat bedah wajah pada anjingnya

    Posted: 05 May 2011 09:32 AM PDT

    SEORANG nenek di Australia, Amanda Booth, menghabiskan duit tabungannya demi membayar bedah wajah anjing Shar Pei miliknya. Bedah wajah itu dilakukan untuk menghilangkan lipatan-lipatan pada wajah peliharaannya.

    Anjing Shar Pei sengaja dibiakkan untuk memiliki lipatan-lipatan daging yang terkulai di wajah mereka.

    Namun lipatan-lipatan itu justru menyebabkan kebutaan pada anjing. Lapan dari 10 anjing tercatat menderita cacat mata karananya.

    Begitu besar hati nenek yang berasal dari Melbourne, Australia ini. Dia merelakan tabungan hidupnya 10 ribu poundsterling untuk menyelamatkan haiwan yang memiliki sifat setia tersebut.

    Nyonya Booth, yang juga memiliki sebuah kelompok penyelamat Shar Pei dengan nama The Rescue Pei Shar Inc, mengatakan, bahawa anjing-anjing itu dibiakkan para peternak dengan banyak lipatan pada wajahnya.

    Para peternak lebih memilih anjing dengan lipatan yang banyak kerana dapat lebih memberikan untung. Namun, ratusan anjing banyak yang akhirnya diterlantarkan oleh pemiliknya setelah si anjing mengalami kebutaan dan bahkan banyak yang dibuang oleh pemiliknya.

    "Para peternak gagal memperingatkan kepada calon pemilik Shar Pei perihal masalah yang dapat dialamai haiwan peliharaan ini," katanya, seperti dikutip Orange, Khamis (5/5/2011).

    Vet Scot Plummer dari South Eastern Animal Hospital mengatakan, kulit yang berat pada kepala Shar Pei membuat kelopak mata mereka menekuk ke dalam sehingga bulu mata mereka mengganggu kornea mata yang menyebabkan rasa gatal. Hal inilah yang menjadi penyebab kebutaan pada anjing jenis Shar Pei, kerana mereka tak henti menggaru mata.

    Sumber :http://www.okezone.com/

    Lelaki curi 5000 pasang kasut cuma nak bau sahaja

    Posted: 05 May 2011 08:00 AM PDT

    NAGOYA - Seorang lelaki yang diduga mencuri  5.000 pasang kasut untuk menikmati bau  telah ditangkap, kata polisi Rabu.

    "Saya menikmati bau mereka," Masashi Kamata, 28, seorang penduduk Moriyama-ku, Nagoya, seperti dikutip penyiasat. "Kasut Indoor untuk sekolah merangsang seksual saya. Aku tidak boleh membuang kasut saya diperoleh. "

    Ketika dia ditangkap, Kamata mencuri dua pasang kasut dari seorang gadis yang sedang keringkan di lokasi rumahnya di Owariasahi, Aichi, pada bulan September tahun lalu.

    Polis setempat menyita sekitar 5.000 pasang kasut sekolah dalam ruangan untuk anak perempuan dan anak laki-laki dari sebuah gudang yang telah disewa di Moriyama-ku pada hari Rabu.

    Polii telah menerima banyak keluhan bahawa kasut telah dicuri di Moriyama-ku dan sekitarnya.

    Penyiiasat menduga bahawa Kamata mencuri kasut dari almari kasut di sekolah dan rumah-rumah

    Sumber: http://www.weirdasianews.com

    Cara buat Sandwich telur puyuh

    Posted: 05 May 2011 07:12 AM PDT






















    Persahabatan antara angsa dan anjing

    Posted: 05 May 2011 06:00 AM PDT

    IkadaNews - Haiwan pun tahu soal balas budi. Demikianlah kalimat yang boleh menggambarkan persahabatan haiwan unggas dan mamalia ini.

     Seekor anjing dan seekor angsa nampak begitu bersahabat, setelah sang angsa diselamatkan dari hentaman sebuah kereta oleh si anjing.

     Yu Yanping (47), ialah pemilik dua haiwan tersebut. Yanping mengaku ketakutan ketika pertama kali melihat anjingnya membawa seekor angsa lemas ke halaman rumahnya di desa Jiujiawan, Urumchi, China Barat Laut.

     Tapi ternyata anjing itu memiliki niat yang baik. Dia tampak tergopoh-gopoh membawa sang angsa yang dalam keadaan cedera. Angsa malang itu diselamatkan tanpa bulu di beberapa bahagian tubuhnya.

     "Saya fikir ketika itu dia akan makan angsa tersebut. Ternyata anjing saya malah menurunkan angsa itu dari mulutnya dan menjilati angsa itu, sejak itu mereka menjadi tak terpisahkan. Mereka makan dari mangkuk yang sama dan bahkan berada di kandang yang sama," ujar Yu, seperti dilanpor Orange, Rabu (4/5/2011).

     Seperti mengalami suatu trauma, ketika ada bunyi hon dari sebuah kereta, angsa tersebut akan sangat terkejut dan terlihat ketakutan. Si anjing pun akan menggonggong keras sekali seperti sedang melihat seorang perampok.

    Pengganti Unta padang pasir pada masa hadapan

    Posted: 05 May 2011 05:00 AM PDT

    image

    Ngeri…penyet dibawah tayar lori

    Posted: 05 May 2011 04:00 AM PDT

    image

    Hancur tubuh orang ini…

    Dengan 400 Sebatan dan 2 Tahun Penjara, Cinta Yani Tak Pernah Surut!

    Posted: 05 May 2011 03:00 AM PDT

    JAKARTA, RIMANEWS ——- Hanya kerana cinta, Yani, Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Arab Saudi harus menerima hukuman sebat sebanyak 400 kali, dan hukuman penjara selama dua tahun. Yani pun pasrah menerimanya semua kerana rasa sayangnya kepada anak majikannya.

    "Tiga bulan saya kerja. Diajak anak majikan saya. Saya mahu bersama dia. Dia bawa lari saya ke Riyadh," ujarnya.

    Ia pun akhirnya hidup bersama dengan anak majikannya serumah Di Riyadh, ia mengaku tinggal di sebuah rumah sewa.

    "Saya dibayarkan rumah sewa oleh dia," tuturnya.

    Namun kisah cintanya harus berakhir, ketika berkuasa Arab Saudi mendapati kediamannya. Yani pun ditangkap atas tuduhan melakukan tindak jenayah Akhlakiyah.

    "Itu seperti main dengan cowok. Saya ditangkap sehari mahu pulang ke Indonesia," terangnya.

    Ia pun dan kekasihnya akhirnya ditahan oleh pihak polis Arab Saudi. Mirisnya, hukuman sebat 400 kali justru diterima Yani. Sementara, sang kekasih Yani tidak menerima hukuman keraa hukumannya dilimpahkan ke Yani.

    "Tetapi hukumannya (anak majikannya) dilimpahkan ke saya semuanya," ujarnya dengan mimik penuh kekesalan.

    Walaupun harus menerima hukuman cambuk dan penjara selama dua tahun, Yani mengaku, cintanya kepada anak majikin tak menyusut. Yani masih menjalin komunikasi dengan kekasihnya. "Tadi di lapangan terbang (Arab Saudi), dia menelefon saya," ucapnya.

    Seperti diberitakan sebelumnya, Yani, bersama dengan 54 TKI lainnya yang menjalani hukuman penjara di Arab Saudi, tiba di Tanah Air pada hari ini.

    Mereka boleh menghirup udara bebas, setelah Pemerintah Indonesia berbincangdengan Pemerintah Arab Saudi.

    Ketika ditanya apakah Yani akan kembali ke Arab Saudi, untuk menemui kekasihnya, ia mengaku belum tahu. Ia juga mengaku belum tahu apa yang akan ia lakukan setelah ia kembali ke Indonesia.

    "Saya belum tahu, saya sudah hubungi keluarga. Tapi saya belum tahu pulang atau tidak. Saya malu. Tetapi orangtua saya mahu menerima saya kembali," ucap gadis berusia 22 tahun asal Bima, Nusa Tenggara Barat ini.

    Cara baru peraga pakaian dalam...dalam lift

    Posted: 05 May 2011 02:00 AM PDT

    Baru-baru ini di Kota Qingdao, Daerah Shandong, sebelah timur Tiongkok sebuah pertunujkkan pakaian dalam yang berlangsung dari dalam lift sebuah Mall.

     Kaca yang besar di bahagian belakang lift, membuat para pengunjung boleh melihat para model bergaya mempamerkan pakaian dalam.

     Lift juga bergeran naik dan turun, sehingga para pengunjung tinggal mendekat ke arah kaca lift di setiaptingkat untuk melihat tiga orang model cantik memperagakan pakaian dalam yang seksi.


    Osama Tewas, LelakixGanti Plat Kereta 'GETOSAMA' jadi ‘GOTOSAMA’

    Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT

    TEMPO Interaktif, New York - Seorang lelaki di Kota New York yang menang dalam pengadilan untuk hak atas plat kereta "GETOSAMA" mengatakan dia akan mengganti plat keretanya menjadi "GOTOSAMA". Hal itu dilakukannya untuk menandakan tewasnya Usamah bin Ladin.

    "Itu merupakan cara saya berterima kasih terhadap tentara dan semua yang mereka korbankan untuk hal ini," ujar Arno Herwerth, 46 tahun, dari Hauppauge.

    Herwerth pada 2007 mendapat plat bertuliskan "GETOSAMA" kerana kesal Usamah belum tertangkap setelah serangan ke Menara Kembar World Trade Center pada 11 September 2001.

    "Saya kecewa kerana selama bertahun-tahun pembunuh itu lepas dan tidak boleh ditangkap," ujar Herwerth. Namun, negara awalnya menolak memberikan plat kereta itu kerana dikhuatirkan dianggap menghina sekelompok etnis tertentu. Herwerth lantas mengambil langkah hukum dan mendapat hak untuk menggunakan plat "GETOSAMA".

    Setelah pengumuman tewasnya Usamah pada Ahad, keesokan harinya Herwerth mendaftarkan untuk mendapat plat "GOTOSAMA". Komputer yang bermasalah di Departemen Motor dan Kendaraan (DMV) membuat Herwerth gagal mendapat plat itu. Namun, juru bicara DMV Jackie McGinnis kini komputer tersebut sudah diperbaiki dan Herwerth boleh mendapat plat "GOTOSAMA".

    "Ia sudah menghubungi petugas kami dan ia akan mendapat plat itu," ujar McGinnis. "Tidak akan ada masalah."

    Wanita Setinggi 90 Cm Lahirkan Bayi 49 Cm

    Posted: 05 May 2011 12:00 AM PDT

    VIVAnews - Tubuh Maria, wanita berasal Ukraina,  sangat kerdil. Di usia 26 tahun,dia hanya memiliki tinggi badan 90 sentimeter dan berat 26 kilogram. Tak hairan ia menjadi perhatian saat berhasil melahirkan seorang bayi normal dari rahimnya.

    Pertumbuhan Maria terhambat akibat kelainan hormon. Dengan posture tubuh sekecil itu, doktor mendiagnosisnya menderita dwarf atau kerdil.

    Atas diagnosis itu, Maria dikatakan tak dapat hamil dan melahirkan. Keberadaan janin di rahimnya berisiko mengancam jiwanya. Tapi nyatanya, ia mampu membuat doktor tercengang dengan kelahiran bayi perempuan sihat ke dunia.

    Dukungan penuh suaminya, Oleg, membuat Maria tak peduli nasihat doktor. Setelah menikah, ia tetap berusaha hamil. Saat hamil terjadi, ia pun nekad mempertahankan janin,beratnya hanya bertambah tiga kilogram selama masa kehamilan.

    Kegigihan mereka tak sia-sia. Pada 17 Januari 2011, pasangan harmonis ini mendapat anggota keluarga baru. Melalui operasi caesar, Maria melahirkan seorang bayi cantik berukuran normal. Ia menamakan bayi sepanjang 49 sentimeter dan berat 2,8 kilogram itu Veronica Aline.

    Profesor Alexander Paenok dari bahagian Obstetri dan Ginekologi mengatakan, "Tak ada yang berani mengambil tanggung jawab dari operasi yang sulit ini," ucapnya, seperti dikutip Weird News. Operasi Maria melibatkan tiga doktor bedah dan anastesi dosis rendah untuk mengeluarkan bayi dari lengkungan kecil perut Maria.

    Kelahiran bayi itu melengkapi kebahagiaan Maria yang sempat frustasi menemukan pendamping hidup idaman. "Mendapat pendamping hidup dalam situasi seperti saya bukan hal sederhana. Saya selalu ingin suami saya seorang yang tinggi," kata Maria seperti dikutip dari Telegraph.

    Dia bertemu Oleg lewat internet. Sang suami yang bertinggi 187 sentimeter awalnya terkesima dengan ukuran Maria. Namun, pasangan itu menganggap yang terjadi sebagai bagian dari takdir. "Ukuran tubuh tidak penting, karena cinta tak memiliki batas," ucap Oleg.

    Sukses melahirkan bayi sihat, Maria dan Oleg merancang memiliki anak kedua. Cerita Maria melempar ingatakn ke ibu terkecil di dunia yang bermukim di Amerika, Kristen Ray. Dengan tinggi badan 84 sentimeter, Ray juga sukses melahirkan bayi sihat. Ada juga Stacy Herald, pemilik tinggi 71 sentimeter, yang memiliki tiga anak bertubuh normal.

    Inilah wajah isteri muda Osama yang menjadi perisai saat ditembak

    Posted: 04 May 2011 11:00 PM PDT

    Ketika operasi penyerangan pasukan khas Amerika Syarikat (AS), Osama bin Laden sedang bersama isteri termudanya di sebuah rumah mewah di Pakistan. Osama tewas dalam operasi itu, sementara sang istri tertembak di bahagian kaki.

    Diberitakan news.com.au, Khamis (5/5/2011), wanita yang menjadi isteri kelima Osama itu bernama Amal Ahmed Abdul Fatah (29). Petugas menemukan identitinya dari pasport yang ditemukan di dalam rumah.

    Dari foto yang didapat ABC News, terlihat jelas wajah Fatah yang masih muda. Dia mengenakan jilbab hitam dan memiliki renungan yang tajam.

    Dia adalah satu-satunya isteri Osama yang tinggal di rumah tersebut. Usianya masih muda ketika keluarganya menikahkan dengan Osama. Kini, Fatah dan Osama sudah memiliki tiga anak. Sementara isteri Osama lainnya, satu orang diceraikan dan tiga lainnya pindah ke Syria.

    Para pejabat AS sebelumnya mengatakan, Fatah adalah wanita yang menjadi perisai hidup ketika tentara AS hendak menembak Osama. Fatah juga dikatakan berada di dalam bilik saat operasi berlangsung.

    Menurut ABC News, Fatah terkena tembakan di bahagian kaki dan kini ditahan untuk diadili.

    Para pejabat senior di AS menolak memberikan akses bagi para wartawan untuk menemui Fatah. Alasannya, wanita berkulit putih tersebut perlu dirawat.

     (mad/mad)

    sumber :http://www.detiknews.com

    Kepala Labah-labah Bermotif Tengkorak Manusia Bikin Gegar

    Posted: 04 May 2011 10:00 PM PDT

    Seekor labah-labah dengan kepala bermotif mirip tengkorak manusia menggegarkan warga yang tengah berada di gedung DPRD Kabupaten Cianjur

      Haiwan berwarna kuning dan hitam yang motif bentuk kepalanya tidak seperti labah-labah lainnya itu berukuran sekitar 10 sentimeter.

    Pertama kali, labah-labah aneh itu ditemukan anggota Polsek Cianjur Briptu Apud yang sedang mengawal jalannraya. Saat itu, Apud yang sedang berada di kawasan parking, melihat seekor labah-labah yang aneh.

    "Ketika diperhatikan dengan teliti, ternyata bentuk kepalanya mirip tengkorak manusia," kata Apud .

    Sontak, penemuan labah-labah oleh anggota Polres Cianjur ini menjadi tontonan masyarakat yang tengah berada di kawasan gedung DPRD Cianjur. Meski terlihat liar, namun laba-laba itu ternyata jinak. "Biasanya, labah-labah kalau dipegang suka gigit. Tapi ini tidak," ujarnya.

    Apud belum mengetahui jenis beracun atau tidaknya labah-labah itu. Ia mengaku akan memelihara labah-labah itu. "Saya akan pelihara, kerana keanehan bentuk kepalanya yang mirip tengkorak manusia. Mudah-mudahan saja membawa berkah," kata Apud berseloroh.