Adsense

Rabu, 4 Mei 2011

Zon Artis

Zon Artis


2.3 Juta Tonton Perkahwinan Putera William Di ntv7

Posted: 04 May 2011 08:15 PM PDT

GAMBAR PERKAHWINAN PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

Stesen televisyen ntv7 telah mencatat satu sejarah apabila sejumlah 2.3 juta penonton menyaksikan siaran secara langsung perkahwinan hebat kerabat Diraja Britian, Putera William dengan Kate Middleton yang berlangsung pada 29 April lalu.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, kajian yang dikeluarkan oleh AC Nielsen itu memperlihatkan bahawa stesen berkenaan berjaya mencari pengaruh dengan menyiarkan acara berprestij itu terus menerus dari London.

ntv7 juga merupakan satu-satunya stesen TV dalam negara yang telah menghantar wartawannya untuk membuat liputan menerusi perkahwinan tersebut selain menampilkan ulasan eksklusif oleh penyampai berita BBC terkemuka, Huw Edwards.

Selain mengulas tentang perkahwinan itu, Edwards juga telah menemu ramah teman rapat pengantin Diraja dan keluarga mereka.

Tahniah ntv7. Kalau dapat maintain jumlah penonton macam ni untuk setiap siaran istimewa, confirm banyak syarikat nak beriklan tu. Hee..

Artikel berkaitan: Gambar Perkahwinan Putera William & Kate Middleton

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Kereta Audi Q5 Milik Scha Al-Yahya

Posted: 04 May 2011 11:33 PM PDT

Kereta Audi Q5 milik Scha Al-Yahya telah dijumpai oleh peminat yang hanya dikenali sebagai Faisyah di kawasan Damansara. Memang betul keretanya, tapi kami kaburkan no plat atas faktor keselamatan.

Audi Q5, mengikut pasaran kini berharga sekitar RM320 000. Kereta jenis SUV ini mempunyai beberapa ciri-ciri canggih seperti Auto Drive Select yang memberikan pilihan pemanduan kepada anda. Selain itu, Audi Q5 melengkapkan pemandu dengan pemain audio menggunakan iPod & USB, sesuai untuk anda yang sering bergerak jarak jauh.

Untuk keterangan lanjut mengenai Audi Q5, lawat artikel rakan media kami di 2009 Audi Q5 SUV unveiled.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nur Kasih The Movie : Sinopsis & Behind The Scene. Filem Wajib Tonton!

Posted: 04 May 2011 07:35 AM PDT

Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.

Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd,  dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.

Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.

Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, 'Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…' Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Chermaine Poo Jadi Pengacara Dapur Nyonya TV3

Posted: 04 May 2011 10:56 PM PDT

SAJIAN NYONYA IRINGI KEUNIKAN
BUDAYA DAN WARISAN

Pelbagai pilihan, citarasa dan sesuai pada bila-bila masa; itulah antara gambaran yang boleh dimuatkan apabila menyentuh tentang perihal masakan terkenal kaum Baba Nyonya yang begitu digemari rakyat Malaysia kerana mutu dan rasanya. Begitu unik dan terpelihara, masakan tradisional yang diketahui umum akan kelazatannya ini juga sering menjadi menu pilihan pelancong asing yang datang berkunjung ke negara ini.

Namun begitu, tidak ramai yang begitu petah bercerita dan peka mengenai asal usul, budaya dan peninggalan seni kaum Peranakan di Malaysia yang telah wujud sejak kurun ke-15. Demi memenuhi kehendak penonton dan peminat, TV3 mengajak anda mengikuti program terbaru DAPUR NYONYA, khas buat semua lapisan masyarakat khususnya para surirumah yang inginkan kelainan di dalam hidangan harian mereka. Mula bersiaran pada 19 April 2011, setiap hari Selasa, jam 10.00pagi, rancangan ini menyusul selepas tamatnya musim kedua "5 Rencah 5 Rasa".

Bersiaran sebanyak 25 episod, DAPUR NYONYA dihoskan oleh chef selebriti terkemuka tanah air, Florence Tan, juga seorang duta masakan Baba Nyonya di peringkat antarabangsa dan personaliti terkenal, Chermaine Poo. Bersama chef Florence dan Charmaine di dapur, saksikan telatah mereka dalam menyediakan beraneka resipi-resipi hebat dan lazat di samping membawa anda lebih dekat untuk mengenali dan menghargai sejarah dan budaya kaum Baba Nyonya di Malaysia.

Bersesuaian dengan tema dan nama program, ikuti panduan dan tips berguna daripada chef Florence Tan di samping berkongsi rahsia keenakkan hidangan klasik dan moden Nyonya, termasuklah teknik penggunaan rempah dan wok, ramuan serta peralatan memasak tradisional. Antara masakan Baba Nyonya yang popular ialah bubur caca, ikan bakar dan kuah asam, laksa kari nyonya, kuih muih nyonya, nasi kerabu dan banyak lagi.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9 "Dari segi pengisian dan kandungan program, pihak kami sentiasa berusaha untuk menampilkan sesuatu yang berbeza dan pada masa yang sama ia haruslah mempunyai nilai eksklusif dan keunikan tersendiri. Seperti yang dipaparkan melalui DAPUR NYONYA, rancangan ini ternyata membuahkan pelbagai hasil yang positif dan berfaedah dari segi ilmu, di samping menerapkan elemen hiburan santai buat para penonton. Lebih menarik lagi, program ini juga menyentuh tentang aspek asal usul dan budaya Baba Nyonya; antara cebisan sejarah yang terpenting di negara ini. Pihak kami berharap agar rancangan terbaru ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penonton, seterusnya dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan dan panduan untuk para surirumah yang dahagakan kelainan dalam program masakan siaran TV3."

Tidak hanya beraksi di dapur, DAPUR NYONYA juga turut 'keluar' dan 'turun padang' ke sekitar Lembah Klang, beberapa lokasi menarik di Pulau Pinang dan Melaka untuk menyelami keunikan budaya itu sendiri, serta menyingkap kembali bingkisan sejarah dan peninggalan warisan kaum Baba Nyonya yang wujud hasil dari asimilisasi di antara kaum Cina dan Melayu sejak dari era kolonialisme kurun ke-15.

Seperti yang dimaklumkan, program ini turut menampilkan bekas ratu cantik Malaysia (Miss Malaysia Universe 2005) Chermaine Poo atau Chermaine, sebagai pembantu hos yang juga terkenal dengan jolokan Inggeris "Beauty with Brains". Setia membantu dan menemani Florence Tan, kedua-dua individu hebat ini akan berkongsi dapur, pengalaman, kisah dan tentunya dengan aksi spontan yang mencuit hati, di samping mendekati hati penonton dengan ratusan rempah ratus, ramuan dan rahsia turun-temurun masakan Baba Nyonya serta warisan hebat kaum ini.

Penonton juga akan berpeluang menyaksikan pelbagai sudut kreatif yang merakamkan panorama eksklusif mengenai budaya, artifak, bangunan bersejarah dan aktiviti kaum Baba Nyonya dengan rentak moden dan retrospektif. Hasilnya, DAPUR NYONYA menawarkan tiga intipati menarik hanya dalam satu program, yang memeriahkan lagi pagi anda.

Oleh itu, jangan lupa untuk terus menyaksikan siri masakan terbaru DAPUR NYONYA, bersama chef Florence Tan dan Chermaine Poo, bersiaran mulai 19 April 2011, setiap Selasa jam 10.00pagi, hanya di TV3.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Zizan Nin Jadi Chef Dalam Drama Bersiri Dapur TV2
  • Gossip Pengacara Duduk Tak Senonoh
  • Tips Chef Kamarul dalam Sarjan Saji
  • Telemovie Menarik Petang Raya di TV2
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Drama The BIG Bibik & The Little Nyonyas
  • Teater Nyonya Lakonan Juhara Ayob di Istana Budaya
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Biodata Profile Pelakon Teater Nyonya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Motorola Mobility & Maxis Bring Motorola XOOM Wi-Fi

    Posted: 04 May 2011 09:53 PM PDT

    Motorola Mobility and Maxis Bring Motorola XOOM™ Wi-Fi to Malaysia World's first device running Android™ 3.0 (Honeycomb) delivers a powerful tablet experience on a 10.1-inch widescreen HD display

    Motorola Mobility, today announced the award-winning Motorola XOOM™ Wi-Fi will launch with Maxis in Malaysia this May. Motorola XOOM Wi-Fi runs on Android™ 3.0 (Honeycomb) designed specifically for tablets.

    Motorola XOOM Wi-Fi

    Motorola XOOM Wi-Fi features a 1GHz dual-core processor, 32 GB of memory and 1GB of RAM, front-facing and rear-facing cameras, true multi-tasking functionality, and the latest Google™ Mobile services on a 10.1-inch widescreen HD display.

    T. Kugan, Vice-President of Product, Device and Innovation at Maxis said, "Maxis customers will be the first to enjoy the coveted Motorola XOOM Wi-Fi in Malaysia. User experience will definitely be enhanced by the fact that Maxis today has the widest and fastest 3G broadband footprint in Malaysia, enabling them to enjoy the features of the smart device on seamless high-speed mobile data networks."

    "Our customers may also choose to access relevant, reliable and secure local content that is aggregated on a single URL via MYLAUNCHPAD; or download locally-relevant Maxis apps such as Maxis Movies to easily buy tickets online, Maxis OneMusic for all their music needs and Maxis FINDER301, the only directory of its kind for easy mobile location of essential and wanted merchants. Maxis is focused on delighting our customers and enriching their lives with the latest, innovative devices and content to keep up with their ever-changing lifestyle needs and demands," he added.

    "Motorola XOOM Wi-Fi re-defines what the tablet experience should be," said Robert van Tilburg, senior regional sales director for Motorola Mobility in South Asia. "Designed from the ground up with the user in mind, it provides more ways to have fun, connect with friends and stay productive while on the go. Whether surfing the Web, watching the latest hit movie as it was intended or video-chatting with friends, Motorola XOOM Wi-Fi will delight customers with its ease of use, speed and vivid graphics, as well as its Motorola Smart Accessories."

    Maxis customers will be the first to enjoy tablet and phone bundled packages with the Motorola XOOM Wi-Fi. When they purchase the Motorola XOOM Wi-Fi at a price of RM2,499, they stand to get the Motorola DEFY™ for free. This limited period offer will be valid only from May 6 until May 22. Customers will need to sign up for a 3GB x 24 month contract on the Motorola DEFY to power up Wi-Fi access, which may be shared with the Motorola XOOM Wi-Fi. Motorola DEFY acts as a 3G mobile hotspot to connect up to five Wi-Fi enabled devices, so you turn practically anywhere into a hive of productivity.

    Motorola XOOM Wi-Fi

    Motorola XOOM Wi-Fi features – a new mobile experience
    Motorola XOOM Wi-Fi delivers exceptionally fast performance with its 1 GHz dual-core processor and 1GB of RAM. The tablet showcases the innovations of the Honeycomb user experience – including widgets, true multi-tasking, tabbed browsing, notifications and customization – on a 10.1-inch widescreen HD display with 1280X800 resolution enabling video content that's richer and clearer than ever before. Support for HDMI enables viewing of videos and movies on larger screens, such as HD televisions. A 5 MP rear-facing camera captures HD video, and a 2 MP front-facing camera enables clear video chats using Google Talk™.

    The latest Google Mobile services include Google Maps 5.0™ and access to Android Market™. Motorola XOOM Wi-Fi also supports a beta version of Adobe® Flash® Player 10.2 downloadable from Android Market, enabling the delivery of rich Flash-based web content including videos, games and rich Internet applications. The tablet also features a built-in gyroscope, barometer, e-compass, accelerometer and adaptive lighting. It supports up to 10 hours of video playback, and charges in half the time of competitive tablets on the market. Motorola XOOM has an SD card slot but this will not be supported at launch – a software upgrade will follow after launch to enable this feature.

    Motorola XOOM Wi-Fi

    Motorola Smart Accessories
    • A Speaker HD Dock for sending HD content directly to a TV or clearly listening to music through two built-in speakers without attaching external speakers
    • A protective gel case designed to be a snug fit and to give you peace of mind when you are on the go
    • A premium folio case which protects your Motorola XOOM Wi-Fi when you are on the go. It also allows you to position it at two different angles

    The Motorola Xoom is distributed by Brightstar Distribution Sdn. Bhd.

    Motorola XOOM Wi-Fi

    About Motorola Mobility
    Motorola Mobility, Inc. (NYSE:MMI) fuses innovative technology with human insights to create experiences that simplify, connect and enrich people's lives. Our portfolio includes converged mobile devices such as smartphones and tablets; wireless accessories; end-to-end video and data delivery; and management solutions, including set-tops and data-access devices. For more information, visit motorola.com/mobility.

    Certain features, services and applications are network dependent and may not be available in all areas; additional terms, conditions and/or charges may apply. Contact your service provider for details. All features, functionality and other product specifications are subject to change without notice or obligation.

    Usage times quoted are approximate. Battery performance depends on network configuration, signal strength, operating temperature, features selected, and data and other application usage patterns.

    This device supports Bluetooth A2DP, HSP, HFP profiles. In order for Bluetooth devices to communicate with one another, they must utilise the same Bluetooth profile. To determine the profiles supported by other Motorola devices, visit www.motorola.com/bluetoothconnect. For other devices, contact their respective manufacturer.

    Certain Bluetooth features including those listed may not be supported by all compatible Bluetooth-enabled devices, and/or the functionality of such features may be limited in certain devices, or by certain wireless carriers. Contact your wireless carrier about feature availability and functionality.

    MOTOROLA and the Stylized M Logo are trademarks or registered trademarks of Motorola Trademark Holdings, LLC. Android, Google, Google Talk, Google Maps, and Androdi Market are trademarks of Google, Inc. Adobe and Adobe Flash are trademarks of Adobe Systems Incorporated in the United States and other countries. All other trademarks are the property of their respective owners. © 2011 Motorola Mobility, Inc. All rights reserved.

    Tags: , ,

    Tags: , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Maxis Goes Android Phones
  • NEW HTC HD7 NEW WINDOWS PHONE® 7 MAXIS
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Maxis Rewards Customers During Deepavali
  • Maxis iPhone 4 Malaysia Pakej Plan
  • Maxis to Bring iPhone 3G to Malaysia on March 20
  • Maxis Offers The Blackberry® Curve™ 8900 Smartphone In Malaysia
  • PRICE MAXIS IPHONE 3G LAUNCH KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
  • Hadiah Album Imran Ajmain Sudah Dihantar
  • The BlackBerry is More Affordable with Hotlink
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Celebrity News

    Celebrity News


    Amanda Imani Wakili Negara Ke Bulgaria

    Posted: 04 May 2011 08:54 AM PDT

    Gadis seksi bernama Amanda Imani,20 ini bakal mewakili negara dalam pertandingan Pop Music Festival di Bulgaria pada 13 hingga 15 Mei 2011. ZoOM belum pernah mendengar nama gadis ini mungkin kerana kurang promosi mengenainya.

    Namun jika anda pernah mendengar lagu "Selamilah Cinta" dialah penyanyi sebenar, malah ini merupakan pengalaman pertama beliau bertanding ke luar negara. Dan menariknya penerbangan beliau ditaja oleh MAS LBS Bina Group Berhad, Datuk Richard Cham dan pereka baju Leslie.

    ZoOM : Semoga berjaya, Apa pula Komen Anda !!?

    Dan Lagi gambar dan lirik lagu Amanda Imani yang sempat ZoOM search dan upload untuk tatapan anda .




    Lirik Lagu : "Selamilah CInta"

    Baby
    Cuba kau renungkan mataku ini
    Kasih
    Kau akan lihat erti cinta dari renunganku
    Renungkanlah agar kau mengerti


    Baby
    Dari mula seharusnya kau mengerti
    Diriku
    Kau akan lihat betapa hebatnya cintaku
    Kerna aku permaisuri cintamu

    [Chorus]
    Cinta bisa merubah segala
    Segala-galanya
    Cinta juga bisa membawamu
    Terbang bersamaku

    Cintailah cintaku ini
    Dan aku akan cintai cintamu
    Kerna tiada yang seindah cinta
    Bila terpaku pada cintanya

    Cintailah cintaku ini
    Dan aku amat mencintai kamu
    Percayalah kau akan rasa sesuatu
    Bila kau selami cintaku

    Selamilah selamilah cinta

    [Chorus]
    Cinta bisa merubah segala
    Segala-galanya
    Cinta juga bisa membawamu
    Terbang bersamaku

    Cintailah cintaku ini
    Dan aku akan cintai cintamu
    Kerna tiada yang seindah cinta
    Bila terpaku pada cintanya

    Cintailah cintaku ini
    Dan aku amat mencintai kamu
    Percayalah kau akan rasa sesuatu
    Bila kau selami cintaku

    Selamilah selamilah cinta

    ZoOM : Komen lah yer...Dan jangan lupa VOte ME !!!!

    VOTE <--- Click 2X-Login Facebook And VOTE

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Cerita Lawak : Kisah En.Mohd Azman yang Derhaka

    Posted: 04 May 2011 08:25 AM PDT


    Assalamualaikum.Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

    Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya

    Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University(sekadar rekaan penulis).

    Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan tangis).



    Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".

    Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

    Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    The love story of Ralph and Edna

    Posted: 04 May 2011 08:16 AM PDT

    Just because someone doesn't love you the way you want
    them to, doesn't mean
    they don't love you with all they have…

    Ralph and Edna were both patients in a mental hospital. One
    day while they
    were walking past the hospital swimming pool. Ralph
    suddenly jumped into the
    deep end. He sank to the bottom of the pool and stayed
    there.

    Edna promptly jumped in to save him. She swam to the bottom
    and pulled him
    out.

    When the Head Nurse Director became aware of Edna's
    heroic act
    she immediately ordered her to be discharged from the
    hospital, as she now
    considered her to be mentally stable.

    When she went to tell Edna the news she said, 'Edna, I
    have good news and
    bad news. The good news is you're being discharged,
    since you were able
    torationally respond to a crisis by jumping in and saving


    the life of the
    person you love. I have concluded that your act displays
    sound mindedness.

    The bad news is, Ralph hung himself in the bathroom with
    his bathrobe belt
    right after you saved him. I am so sorry, but he's
    dead.'

    Edna replied, 'He didn't hang himself, I put him
    there to dry. How soon can
    I go home?'

    *Happy Mental Health day!*

    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Tutorial : Speed Up Your Firefox

    Posted: 04 May 2011 08:02 AM PDT

    Awal bulan ZoOM memang sibuk dengan kerja di pejabat, namun dikesempatan malam ini sempat juga meronda-ronda di blog orang lain, dan hasilnya ilmu yang jarang-jarang anda jumpai.

    Apa kata kita cuba try test :

    Kepada pengguna Streamyx. Kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti. ( Menurut Info )



    1. Buka firefox anda, dan taip kat address ----> about:config

    2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 0

    3. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip berikut, nak mudah copy & paste kat filter

    network.http.pipelining
    network.http.proxy.pipelining
    network.http.pipelining.maxrequests


    4. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -



    network.http.pipelining - true
    network.http.proxy.pipelining - true
    network.http.pipelining.maxrequests - 3
    0 (sekali request 30 dpt, tp ZoOm buat 1000)

    1000 agak laju sangat.hehe.. dah selesai pon.. cuba la kalau xpercaya..

    restart firefox (tutup dan buka semula)

    Anda test la, tengok ada perbezaan x, sepatutnya lebih pantas dari biasa.


    ZoOM : Dah Cuba ke..kalau dah komen le yer.. TQ


    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Utusan Online - Hiburan

    Utusan Online - Hiburan


    Perceraian itu sungguh menyakitkan

    Posted:

    Perceraian itu sungguh menyakitkan

    Perceraian itu sungguh menyakitkan

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


    DI sebalik senyumannya itu, tidak ramai yang tahu derita dan luka yang ditanggung Fiza kerana fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.


    SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwa mereka pasti mahu ikatan suci yang dibina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.

    Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata dilihat mampu mengukuhkan lagi kerukunan dan keharmonian perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu.

    Namun, sebagai seorang hamba Allah SWT, setiap insan harus percaya dan berpegang teguh kepada ketentuan Qada dan Qadar apabila apa yang diharapkan itu tidak berakhir dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

    Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.

    Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama pentas, Fiza yang mengakui hatinya cukup terusik apabila membicarakan tentang perceraian.

    Apatah lagi perceraiannya dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin adalah berpunca daripada agenda pihak tertentu yang ternyata mahu melihat istana cintanya runtuh bagaikan istana pasir.

    Sehingga kini, dia kesal dan teramat sedih dengan fitnah yang tersebar luas sehinggakan perkahwinannya yang pada mulanya dapat diselamatkan akhirnya terkandas di pertengahan jalan.

    "Kalau diikutkan, saya tidak mahu lagi bercerita tentang perceraian ini kerana saya lebih selesa untuk menumpukan fokus serta perhatian saya terhadap dunia seni.

    "Tetapi, mahu atau tidak, kadang-kala apabila memikirkan kembali apa yang berlaku, hati saya menjadi geram dengan fitnah yang melanda perkahwinan saya.

    "Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan sehingga sekarang pun, hubungan saya dengan bekas suami dan keluarga mertua masih lagi baik seperti biasa.

    "Apa yang saya harapkan cukup-cukuplah dengan cerita kurang enak dan dusta yang berterusan dilemparkan kepada saya," tegas Fiza saat diajak berbicara tentang kehidupannya kini.

    Wanita berusia 31 tahun itu ditemui pada majlis pelancaran program terbaru Astro Prima yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Fiza dan Ahmad Feriq mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata comel, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2.

    Entah di mana silapnya, Fiza sendiri tidak mengerti mengapa ada pihak yang seakan-akan dengki dan iri hati dengannya sebaik sahaja dia meluahkan hasrat untuk kembali aktif sebagai seorang pelakon.

    Hasratnya hanya satu iaitu mahu mengisi masanya dengan dunia yang cukup dicintainya di samping dapat bertemu kembali rakan-rakan seperjuangan selepas berehat kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.

    Tetapi, nampaknya keikhlasannya untuk mencari rezeki yang halal dalam bidang ini mula diragui lebih-lebih lagi selepas dirinya terheret ke kancah kontroversi bersama seorang jurukamera, Abdul Malik Marwi yang merupakan bapa kepada pelakon remaja, Erin Malek.

    Memang tidak dinafikan, nama Fiza dan Malik cukup hangat diperkatakan sepanjang tahun lalu lantaran gosip yang bertebaran mengatakan mereka mempunyai hubungan sulit.

    Keadaan menjadi lebih parah apabila Fiza dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga Malik dengan isterinya sehingga menyebabkan hubungan Erin dan Fiza dikatakan agak tegang.

    Mengulas tentang kisah itu, Fiza perlahan-lahan menghela nafas sambil menyisir rapi rambutnya yang panjang mengurai itu.

    "Apa yang berlaku antara saya dan Malik hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Hubungan saya dengannya tidak lebih hanyalah sebagai seorang sahabat dan ia kekal sehingga ke hari ini.

    "Sebagai kawan, saya rasa bukanlah satu kesalahan untuk kami berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi tetapi nampaknya, ada pihak yang mengambil kesempatan itu lalu menyebar fitnah.

    "Saya sendiri tidak faham mengapa kisah saya berkawan dengan orang lain tidak pula dihebohkan. Sebaliknya hubungan saya dengan Malik pula dijaja dan diperbesarkan.

    "Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah saya dan Malik. Pastinya penyebar fitnah itu kini berasa puas apabila melihat rumah tangga kami runtuh dan musnah," cerita wanita kelahiran Pulau Pinang ini panjang lebar.

    Tambah Fiza, orang luar hanya tahu berkata dan bercerita sedangkan realiti sebenarnya, mereka tidak tahu dan ia bukanlah seperti yang disangka.

    Lantaran tersebarnya cerita yang tidak berasas itu, gelaran perampas, wanita gatal dan pelbagai label negatif dengan pantas diberikan kepada Fiza.

    Hanya melempar sekuntum senyum, Fiza tidak kisah dengan apa yang mahu diperkatakan masyarakat tentang dirinya.

    "Sebenarnya dari dulu lagi saya digelar dengan pelbagai panggilan negatif. Mungkin ada kaitan dengan watak yang sering saya bawakan dalam drama (ketawa).

    "Saya tidak kisah apa yang orang nak kata tentang saya kerana kini saya mahu meneruskan hidup dan fokus kepada kerjaya serta anak-anak.

    "Setakat ini, enam bulan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, semuanya dalam keadaan baik. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," kata pelakon drama rantaian Natasha, Suraya dan Shah Jehan ini lagi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Realiti rekaan

    Posted:

    Realiti rekaan

    Realiti rekaan

    Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
    syazwan_zakariah@astro.com.my


    LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen.


    PENUNGGUIstana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak.

    Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka.

    Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton).

    Antaranya, gambar publisiti yang disiarkan di merata media menunjukkan lima pelajar beraksi di tangga Istana Billah seperti artis. Apatah lagi salah seorang daripadanya ialah Sara Ali, pelakon yang sedang mencipta nama (atau mungkin ketika penggambarannya Sara belum lagi menjadi pelakon profesional?)

    Barangkali penerbit/pengedar harus lebih berhati-hati dalam merancang strategi pemasaran filem seperti ini.

    Namun demikian, ia tidak mengurangkan keinginan saya untuk menyaksikannya. Seperti mana acuan The Blair Witch Project (1999) dan Paranormal Activity (2007), Penunggu Istana adalah sebuah mockumentary - sebuah naskhah fiksyen yang dipersembahkan dalam format dokumentari.

    Harus diakui, helah Penunggu Istana berjaya pada beberapa minit pertama. 'Lakonan' lima pelajar dengan kehadiran pasukan Seekers terasa tulen. Sisi nakal dan lepas laku Sara, Yaya, Fira, Mus dan Amar ditampilkan bersahaja, masing-masing dengan karakter tersendiri yang melengkapi pembinaan sebuah plot.

    Beberapa shot di dalam istana berjaya membangkitkan mood seram, terutamanya shot statik hasil kamera pacak untuk merakam entiti halus. Ia membangkitkan perasaan resah secara semula jadi, sama ada lembaga akan muncul ataupun tidak. Babak-babak awal berjaya disempurnakan dengan baik.

    Kewujudan sebuah bilik yang dimangga pintunya juga adalah satu helah berkesan untuk kisah rumah berpuaka dan penonton tidak semestinya diberitahu apa yang ada di dalam. Sayangnya, lima pelajar itu hanya berminat untuk merakam 'hantu' tanpa menyelidik latar sejarah Istana Billah.

    Saya tertarik dengan idea apabila pelajar cuba 'menipu' dengan penghasilan visual palsu untuk mendapatkan lebih markah. Ini adalah paparan realiti secara sinikal, di mana kita sebagai penonton sentiasa mahu dimomokkan dengan sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar.

    Menginjak ke pertengahan sehingga ke hujung filem, beberapa aspek ketulenan mula hilang. 'Lakonan' Fira sudah nampak dibuat-buat dan babak pertelingkahan sesama mereka terasa lemah. Saya tidak dapat menangkap emosi marah bercampur takut yang sepatutnya dirasai kelima-lima pelajar tersebut.

    Kerana filem ini dibikin sebagai sebuah dokumentari, penonton berhak untuk mempersoalkan logiknya. Bayangkan apabila sesuatu yang benar buruk sudah berlaku (sebagai contoh, Amar tiba-tiba hilang dan kelibat seakan hantu mula kelihatan), mengapa mereka masih lagi mahu berkeliaran di situ?

    Saya memahami jika Penunggu Istana sebuah cereka fiksyen. Ada sebab mereka terus berada di situ untuk dijadikan cerita. Tetapi ini dokumentari.

    Sepatutnya, pelajar cuba keluar dari istana dan mendapatkan bantuan. Apatah lagi pada babak awal, istana itu ditunjukkan tidak jauh dari jalan raya.

    Apabila babak berbunuhan ditunjukkan, saya bertambah kecewa kerana ia tidak masuk akal. Jika benar ada yang mati di Istana Billah, sudah pasti berita itu pernah disiarkan di surat khabar. Ia satu kejadian tragis, bukan sekadar kes kematian terpencil.

    Filem sebegini sepatutnya ditamatkan dengan kesudahan yang lebih tergantung dan misteri sifatnya. Saya yakin penonton tidak kisah untuk 'ditipu' jika mereka memang bersedia untuk itu, tetapi iklan filem ini tidak seperti yang disarankan.

    Bagaimanapun, melihatnya dari sudut positif, Penunggu Istana menjadi perintis kepada subgenre filem seram tempatan yang sudah dimulakan di luar negara sejak sedekad lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Berita Harian: Hip


    Muka saja ganas

    Posted: 03 May 2011 05:18 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    Biarpun masih baru mereka sudah terkenal kerana kenakalan dalam kaca TV

    KETIGA-tiganya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Memanglah ada yang terpinga-pinga siapakah tiga anak muda itu yang sekarang boleh ditonton menerusi drama bersiri Juvana di TV3.

    Johan Ariff, 25 bersama-sama Syazwan Zulkifli, 23 dan Adam Shah, 30 memang beruntung kerana mendapat keyakinan daripada pengarah dan penerbit, Kabir Bathia untuk menjadi sebahagian watak utama dalam drama Juvana arahan Faizal Ishak.

    Dalam drama itu, Johan membawa watak Botak dengan perwatakannya yang agak lurus bendul sehingga menjadi bahan ketawa Apek lakonan Syazwan dan Ayam dibawakan oleh Adam. Siapakah mereka ini? Adakah mereka memang orang baru dalam dunia lakonan? Menariknya mereka tidak kekok apabila diminta melakukan pelbagai aksi seperti yang diminta oleh jurugambar Hip. Walaupun membawakan watak nakal dalam siri Juvana, tetapi hakikat sebenarnya, mereka adalah ramah dan 'gila-gila'.

    Beruntung dapat kepercayaan

    Tidak mustahil satu hari nanti mereka bakal mengikut jejak Shaheizy Sam, Shah Jaszle dan ramai lagi. Bukan mudah orang baru seperti mereka meraih peluang muncul di waktu perdana di stesen TV terkemuka, yang menjadi idaman pelakon lama dan baru.

    Johan, Syazwan dan Adam beruntung kerana mendapat kepercayaan Kabir Bhatia dan Faizal Ishak untuk menunjangi drama bersiri Juvana.
    Mereka bukanlah orang baru kerana ketiga-tiganya sebelum ini pernah menimba pengalaman sebagai pelakon tambahan. Syazwan dan Adam memulakan kerjaya lakonan sejak 2008, hanya Johan yang masih baru berbanding dua rakannya itu.

    Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.

    Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.

    "Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.

    "Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.

    "Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga," kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.

    Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.

    "Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.

    "Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten," kata Johan.

    Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.

    Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.

    Peritnya jadi pelakon

    SEBELUM berpeluang memegang watak pelakon pembantu, anak muda dari Kuala Lumpur ini terlebih mencuba nasibnya sebagai pelakon tambahan dengan mendaftar diri di agensi lakonan.

    Ternyata pengalaman yang bermula pada 2008 itu menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Suka kerana dapat bertemu dengan pelakon yang selama ini menjadi idola tetapi pengalaman duka apabila perlu berdepan dengan pelakon yang kurang mesra.

    "Tidak semua pelakon sombong. Ada yang mudah mesra malah tidak kedekut berkongsi ilmu. Rata-rata pelakon lelaki mudah didekati berbanding pelakon wanita. Malah ada yang tidak kedekut memberitahu apa perlu dilakukan untuk membantu menjayakan babak mereka," kata graduan Kolej Multimedia TM, Kuala Lumpur itu.

    Syazwan yang pernah membintangi drama bersiri Gemilang juga terbitan Filmscape berkata, ketika menerima tawaran untuk membintangi Juvana, dia agak risau apabila mengetahui bakal digandingkan dengan Zahiril.

    "Dalam Juvana, watak saya banyak bergandingan dengan Zahiril. Disebabkan dia seorang pelakon yang hebat, jadi bimbang kekurangan saya akan menjejaskan lakonan Zahiril. Beberapa hari sebelum penggambaran bermula, saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya untuk berbincang mengenai watak kami. Tapi Zahiril kata mahu berbincang di lokasi saja.

    "Ketika sesi bacaan skrip, saya tidak sempat berbual dengannya. Jadi saya agak risau apabila mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun sebaik saja kami mula berbual di lokasi, Zahiril mudah didekati dan tidak lokek ilmu," kata Syazwan yang amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

    Ikat perut untuk sara hidup

    GARA-gara kilang tempat dia bekerja sebagai seorang jurutera gulung tikar pada 2008, pemuda dari Melaka ini terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidupnya.

    Dari Pulau Indah, Klang, Adam merantau ke Kuala Lumpur mahu meneruskan pengajian dalam bidang perniagaan tetapi akhirnya niat itu tersasar apabila dia menceburi bidang lakonan.

    Melalui profil yang dihantar pada Hari Terbuka FINAS, rezeki Adam dalam bidang lakonan terbuka sedikit demi sedikit. Bermula sebagai pelakon tambahan pada 2008, akhirnya tiga tahun selepas itu, dia ditawarkan menjadi pelakon pembantu. Biar pun lambat, Adam tetap bersyukur kerana bakatnya kian disedari.

    "Bermula watak tambahan, saya kemudian mendapat tawaran berlakon dalam drama Akademi Polis. Watak saya dalam drama itu boleh dikira penting juga. Selain menjadi pelakon, saya juga ada melakukan kerja-kerja di belakang tabir seperti membantu pengarah.

    "Saya beruntung dan bersyukur kerana akhirnya dilamar sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Saya berharap bakat lakonan saya dalam drama ini dihargai," katanya yang membawakan watak Ayam.

    Watak Ayam katanya, kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Oleh kerana bimbang dibuli, dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jawablah!: MUH berang

    Posted: 03 May 2011 05:10 PM PDT

    Hip

    Azlan langgar syarat nyanyi lagu bekas kumpulan

    SEBELUM ini ada tersiar gosip dalam sebuah akhbar yang mendakwa sebuah kumpulan muzik sudah buat hal hanya kerana tidak berpuas hati apabila seorang penyanyi solo menyanyikan lagu mereka pada majlis yang sama.

    Tidak lama selepas itu, Hip menerima kiriman emel yang menceritakan perkara serupa. Ia lebih kepada luahan perasaan kecewa individu yang mendakwa dirinya sebagai orang di sebalik tabir penganjuran acara berkenaan terhadap kumpulan yang dimaksudkan, iaitu Meet Uncle Hussain (MUH).

    Kandungan emel itu antara lain menceritakan betapa tidak profesionalnya pengurus kumpulan terbabit ketika mengendalikan isu itu. Malah mereka turut mempersoalkan tindakannya yang meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM2,000 atas dakwaan mereka melanggar perjanjian yang sudah dibuat awal. Tegas penganjur, apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan mereka dan meminta MUH menyelesaikan sendiri perkara berkenaan.

    Enggan mendengar kenyataan sebelah pihak, Hip menghubungi pengurus MUH, Kimi, untuk mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi terbabit. Sambil mengakui kebenaran perkara itu, Kimi juga mempertahankan tindakannya menuntut ganti rugi kerana yakin dia berada di pihak yang benar.

    Tegasnya, dua bulan sebelum acara diadakan, mereka sudah mengadakan perjanjian, setiap kali apabila MUH dan Azlan & The Typewriter diundang dalam satu persembahan, secara automatik, Azlan tidak dibenarkan membawa lagu MUH.

    Disebabkan Azlan tidak mematuhi syarat yang dikenakan, mereka tiada sebarang pilihan selain membuat tindakan menuntut ganti rugi, yang sehingga kini menurut Kimi, belum dijelaskan ejen penganjur persembahan.
    Hip: Dengar cerita pengurus Meet Uncle Hussain sudah bikin kecoh dalam satu majlis korporat baru-baru ini, boleh Kimi jelaskan apa sebenarnya yang berlaku?
    Kimi:
    Saya akui memang ada sedikit kekecohan berlaku, namun ia terjadi kerana saya mahu mempertahankan hak MUH. Baru-baru ini, kami diundang mengadakan persembahan untuk sebuah syarikat korporat. Dua bulan sebelum tarikh persembahan, saya diminta menyerahkan senarai lagu kepada pihak penganjur. Kebetulan, Azlan & The Typewriter turut dijemput menyanyi pada persembahan sama. Seperti yang sama-sama sedia maklum, jika MUH dan Azlan terbabit dalam pertunjukan pentas yang sama, penyanyi itu tidak boleh membawakan lagu MUH. Bagaimanapun, pada malam itu Azlan tidak menepati syarat yang dikenakan dan dia turut menyanyikan lagu Lagu Untukmu, yang sepatutnya kami sendiri nyanyikan malam itu. Saya ada sebab untuk mengamuk malam itu kerana saya sudah menyerahkan senarai lagu lebih awal kepada penganjur dan saya juga pasti Azlan juga membuat perkara yang sama. Malah mereka juga sudah berkali-kali memberi jaminan Azlan tidak akan menyanyikan lagu MUH pada malam itu.

    Hip: Mungkin Azlan menyanyikan lagu itu atas permintaan peminat, ataupun sengaja untuk mensabotaj kalian?
    Kimi:
    Saya tak fikir itu permintaan peminat. Azlan sendiri sebenarnya sudah sedia maklum dia tidak boleh menyanyikan lagu MUH jika kami mengadakan persembahan bersamanya. Kalau kami tiada di situ, suka hati dialah nak nyanyikan lagu MUH atau tidak. Saya hairan bagaimana penganjur persembahan boleh melepaskan dia menyanyikan lagu itu sedangkan mereka sudah tahu Lagu Untukmu sudah termasuk dalam senarai awal lagu yang kami berikan. Lagipun, sebelum ini saya sudah berkali-kali mengingatkan mereka supaya Azlan tidak menyanyikan lagu kami dan mereka turut memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku. Tapi tengoklah sendiri. Saya tak rasa dia nak sabotaj kami kerana kami yakin Azlan bukan seorang yang berperangai begitu. Cuma dia tidak cukup matang dalam menangani hal seperti ini. Selepas kejadian itu, saya bersemuka dengan pihak penganjur kerana mahukan penjelasan. Sepatutnya dia ada sekali dalam pertemuan itu. Tapi belum sempat kami bersemuka, dia sudah menghilangkan diri.

    Hip: Kalau begitu, mengapa sampai nak minta ganti rugi daripada pihak penganjur? Dalam emel itu pengirim mengatakan, ia masalah antara Azlan dan MUH dan tak ada kena mengena dengan mereka.
    Kimi:
    Kalau ikutkan hati kami, memang kami rasa nak balik masa itu juga. Tak payah nak teruskan persembahan. Bayangkan, betapa kelam kabutnya kami apabila terpaksa menyusun balik senarai lagu yang sudah dirancang awal. Perasaan masa itu memang membara kerana semua yang dirancang jadi tunggang langgang gara-gara tindakannya. Memang kami terasa mahu membatalkan saja persembahan MUH malam itu, namun disebabkan penganjur merayu-rayu supaya kami meneruskan juga persembahan, kami lakukan seperti diminta atas dasar kasihan. Sebagai syarat, ejen persembahan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM2,000. Itulah perjanjian bersama kami. Jadi kenapa perlu pertikaikan mengapa saya perlu tuntut ganti rugi?

    Hip: Nampaknya permusuhan antara MUH dan Azlan masih belum surut?
    Kmi:
    Bukan soal bermusuh, tetapi perkara ini sudah beberapa kali berlaku dan tindakan Azlan itu boleh menutup periuk nasi kami. Sebelum ini pun, jika kami diundang mengadakan persembahan tetapi kami tak dapat memenuhinya, kami berikan tawaran itu kepada Azlan. Saya tahu perkara ini berlaku kerana Azlan mengambil job itu tanpa pengetahuan pihak pengurusannya, Satu Entertainment. Selalunya, pihak pengurusannya, Felicia, tahu syarat itu tapi disebabkan job itu diambil tanpa pengetahuannya, jadi dia tidak boleh buat apa-apa.

    Hip: MUH tak bimbang akan disenarai hitamkan selepas apa yang berlaku?
    Kimi:
    Siapa yang mahu menyenaraihitamkan kami? Penganjur persembahan itu? Saya tak kisah kerana apa yang saya buat ini adalah untuk mempertahankan hak MUH. Sekarang ini pun saya masih menanti ejen yang berjanji untuk membayar wang ganti rugi terbabit. Saya tak salahkan penganjur kerana mereka sudah menjelaskan semua bayaran. Apa yang saya tunggu ialah wang ganti rugi yang dijanjikan. Bila saya bertanyakan hal itu, jawapan yang diterima adalah telefon tidak berjawab dan sebagainya. Tidak mengapa, jika saya sudah tidak mampu menahan sabar, akan saya adukan perkara ini kepada pihak Akademi dan tunggulah apa pula yang akan jadi pada mereka nanti.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Blog Sensasi Ohbayu

    Blog Sensasi Ohbayu


    Osama Laden Meninggal Dunia

    Posted: 03 May 2011 04:25 PM PDT

    Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa Osama bin Laden telah meninggal dunia. Isu hangat itu sudah disampaikan media massa AS.

    Menurut stesyen television Fox News, jenazah yang ditemui dalam serangan bom di Afganistan miggu lalu kemungkinan besar adalah Osama. Namun, kepastiannya baru akan dibuktikan melalui ujian DNA. Osama dikatakan selama ini bersembunyi di kawasan pegunungan antara Afganistan dan Pakistan.

    Osama berusia 54 tahun itu lebih dari sepuluh tahun menjadi buruan AS dan sekutu-sekutunya. Dia didakwa menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 di New York dan Washington. Jaringan al-Qaeda yang dia pimpin juga bertanggungjawab atas pengeboman dua Kedutaan Besar AS di Afrika dan kapal perang AS USS Cole pada 1998.

    Presiden AS, Barack Obama, telah melakukan persidangan media mengesahkan kematian Osama itu dan rakyat Amerika Syarikat bergembira mendengar berita itu.

    Innalillahiwainnailaihirojiun tapi kalau tak silap US pernah juga mengumumkan Osama Laden telah meninggal satu masa dahulu.

    sumber: isuhangat

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.