Adsense

Ahad, 20 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Posted: 20 Mar 2011 07:29 PM PDT

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Fuh, power giler vokal Salma Mentor 5 ni. Walaupun juri profesional Zainal Abidin kata, suara yang tinggi tidak bermakna dapat menyanyi dengan baik, tapi persembahan pertama Salma sangat outstanding kalau dibandingkan dengan peserta yang lain.

Tahniah buat Salma dan mentornya, Erra Fazira kerana menang juara mingguan Mentor grup B dengan kutipan markah tertinggi sebanyak 80 markah.

Rasanya, tak perlu lagi menimbulkan atau membangkitkan isu Salma tak cantik. Yang penting, Salma cantik pada persepsi Erra Fazira dan peminatnya. Betul kata Erra Fazira, cantik itu sesuatu yang subjektif. Tapi semalam, Budiey nampak Salma cantik je. Celah mana Salma Mentor ni tak shantek? Okay je Budiey tengok. Cume mata Salma sepet je la sikit. Apa-apa pun, sepet bukan bermakna Salma tak cantek okay! Sekali nampak macam Elly Mazlein. Dua kali tengok macam Ramlah Ram. Hehe..

Ada juga komen yang Budiey dengar, suara vokal Salma ni lagi superb kalau nak dibandingkan dengan mentornya, Erra Fazira. Ish, macam tu sekali ke? Tak patut, tak patut. Yang penting, Erra Fazira nampak sangat lawa meletop semalam. Performance masa kolaborasi dengan Salma mengembalikan ingatan Budiey masa zaman-zaman kegemilangan Erra Fazira dulu-dulu.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5
  • Salma Dapat Pujian Melambung di Konsert Mentor 5
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Nieyl Mentor Perlu Masuk Sekolah Balik?
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Gambar & Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • Drama Cinta Tidak Berdosa dan Mahligai Yang Terpasung di TV2
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Kahwin Kris Dayanti Raul Lemos

    Posted: 20 Mar 2011 03:08 AM PDT

    Majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta baru saja selesai berlangsung pagi tadi. Selamat pengantin baru buat pasangan ini. Gambar kahwin Kris dah disiarkan di semua media di Indonesia dan Malaysia. Sekarang, boleh gelarkan diva popular ni sebagai Kris Lemos.

    Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti tentunya sudah boleh menarik nafas lega kerana selepas ini dia tidak perlu lagi gusar memikirkan apa lagi pandangan kurang enak terhadap personalitinya yang disifatkan banyak pihak sebagai kurang elok.

    Semuanya kerana dia sudah sah menjadi isteri kepada Raul Lemos, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas dia bercerai dengan penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    Pagi tadi, pasangan itu diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul.

    Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.

    Kasih sayang Raul terhadap Kris cukup terserlah. Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris. Dia juga turut mengucup dahi wanita baru yang bakal mendampinginya sebagai teman hidup.

    "Saya sangat mencintai Kris. Dia akan menjadi pelengkap baru dalam kehidupan saya," ujar Raul seorang usahawan yang dikenali ramai di negara kelahirannya, Timor Leste.

    Sebetulnya, bukan mudah untuk Kris dan Raul dapat merealisasikan kenangan indah dalam hidup mereka itu. Ini kerana, semasa menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, kedua-duanya sering menjadi sasaran gosip-gosip liar.

    Bahkan banyak cerita kurang manis mengenai Kris dan Raul dijaja media-media tempatan sehingga kedua-duanya kurang senang untuk bercakap kepada wartawan mengenai hubungan mereka.

    Bagaimanapun, selepas merancang dengan teliti, Kris dan Raul akhirnya dapat disatukan sebagai suami isteri. Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini.

    Kata Kris, biarpun berdepan dengan pelbagai kesulitan sebelum ini, namun dia sentiasa yakin dengan kebesaran Allah dan percaya bahawa hari bahagia buat dia dan Raul akan tiba juga.

    "Ternyata semuanya benar. Alhamdulillah, hari ini kami berdua sudah berkahwin. Inilah berkat kesabaran saya dan Raul. Saya terlalu bersyukur," ujarnya.

    Bagi Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos, pernikahan dia dengan Kris sudah cukup membuatkan hatinya gembira kerana tidak perlu lagi risau memikirkan pandangan negatif orang-orang yang kurang senang dengan hubungan mereka.

    "Semoga selepas ini tiada lagi perkara tidak betul yang diceritakan mengenai kami berdua," ujarnya ringkas kepada wartawan pada sidang media.

    Hadir sama pada majlis pernikahan pasangan popular Indonesia itu ialah ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal . Tidak ketinggalan artis-artis terkenal seperti Rossa, Desi Ratnasari, Maia Estianti dan lain-lain. GUA difahamkan Anang tidak hadir ke majlis tersebut kerana menghidap selsema.

    Foto tersebut dikirim menerusi twitter milik Koresponden Utusan Malaysia di Jakarta, Saharuddin Musthafa. – via Portal GUA & gambar kredit Kapan Lagi

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Krisdayanti Cium Raul Lemos
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Red Carpet AIM 17
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Lirik Lagu Perlu Kamu – Ajai & Krisdayanti Lagu Tema 1957 Hati Malaya
  • Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club
  • Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Gambar) Krisdayanti & Raul Lemos Selamat Bernikah

    Posted: 20 Mar 2011 03:53 AM PDT

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS
    Foto diambil dari Twitter Dean_Musthafa

    Akhirnya, pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi, Krisdayanti dan Raul Lemos telahpun sah bergelar suami isteri pada pagi tadi. Pernikahan mereka berlangsung di masjid Shaid Nurul Iman di Hotel Grand Sahid jaya, Jakarta.

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS

    Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Krisdayanti menerima mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat.

    Jangan tak tahu, sejurus mereka sah bergelar suami isteri, Raul Lemos telah merangkul Krisdayanti dan mengucup bibir'nya. Bukan sekali Raul Lemos mengucup bibir Krisdayanti, tetapi sebanyak 3 kali. Perghhh.. Romantik sungguh.

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS

    Tahniah dari kami kepada Krisdayanti dan Raul. Semoga pernikahan anda ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS

    GAMBAR NIKAH KRISDAYANTI DAN RAUL LEMOS

    Oh ya, Anang tidak hadir ke majlis pernikahan Krisdayanti dan Raul kerana dia dikatakan sedang menghidap selsema.

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Tahniah!) Faizal Tahir Terima Kehadiran Cahaya Mata Ke-4

    Posted: 20 Mar 2011 01:24 AM PDT

    GAMBAR ANAK FAIZAL TAHIR

    Walaupun banyak cerita kurang enak yang kami dengar mengenai rumahtangga Faizal Tahir, namun yang pastinya dia dan isteri tetap bahagia. Buktinya, isteri Faizal Tahir iaitu Siti Raihanim Noran telah selamat melahirkan anak keempat mereka, bayi perempuan seberat 3.28kg pada hari Sabtu (semalam bersamaan dengan 19 Mac 2011) pukul 1.55 pagi.

    Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Faizal Tahir diatas kehadiran cahaya mata yang keempat ini. Kami turut mendoakan agar rumahtangga Faizal Tahir terus utuh. Amin..

    KLIK: Dah macam pertandingan gusti la pulak diorang ni

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    ‘Pemimpin Tertinggi Pembangkang’ Kantoi Video Seks.

    Posted: 20 Mar 2011 10:52 PM PDT

    Ai terkejut dengan berita tergempar sebentar tadi yang dipaparkan di The Star Online bertajuk, Top 'Opposition leader' caught on sex video. Walaupun Ai menulis untuk bahagian hiburan, tapi Ai juga merupakan rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa mengundi, jadi Ai tetap nak tulis pasal kes video kantoi ni.

    Menurut The Star, video tersebut mempunyai wajah mirip seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan pelacur asing. Video yang berdurasi 30 minit dirakam pada 20 Februari, telah dijumpai dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Datuk T.

    Beberapa pihak media seperti The Star, Bernama, Utusan Malaysia, NST, & China Press telah dijemput untuk menonton rakaman video di sebuah bilik hotel bagi mengesahkan dakwaan Datuk T. Kesemua media telah diperiksa dan tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa alat rakaman untuk mengelakkan video tersebut tersebar. Video tersebut kemudiannya akan dihantarkan kepada ahli politik & isterinya dalam masa seminggu dari sekarang.

    Ai tak sangka, lepas kejadian video seks Chua Soi Lek yang mengegarkan satu dunia pada tahun 2008, nampaknya ahli-ahli politik ini tidak ambil pengajaran. Ai tahu, ada juga pemimpin tertinggi yang baik-baik, tapi disebabkan kes macam ni, habis rosak susu sebelanga.

    Ai tak mahu, kalau negara kita nanti diketuai oleh pemimpin yang perangainya buas macam Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi. Habis semua anak dara, pelacur & escort girl dikekahnya. Ai memang tak suka yuh!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Selebriti Wanita Yang Gorgeous Di Malam Gala Rafflesia 2011

    Posted: 20 Mar 2011 09:58 PM PDT

    Fuh, lip lap lip lap baju Rozita Che Wan di Malam Gala Rafflesia 2011. Kalau pasang spot light, boleh terang satu hall. Itu belum lagi anda tengok baju-baju selebriti wanita yang lain seperti Nasha Aziz, Natasha Hudson, Intan Ladyna, confirm rambang mata. Pernah terfikir tak, berapa kos buat baju untuk selebriti-selebriti ni? Kami jamin, cecah ribuan.

    Kredit penuh kesemua gambar kepada Hafiz, pemilik blog fesyen CuteCarry. Katakan hi kepada dia. Layankan gambar-gambar selebriti wanita kita yang gorgeous ini tanpa rasa dengki. Enjoice!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    [Gila] Guru sembur murid dengan air kencing lembu untuk halau setan dan menyucikan mereka

    Posted: 20 Mar 2011 09:00 PM PDT

    Para guru di sekolah di suatu desa di negara bahagian Maharashtra, India menyemburkan air kencing lembu ke murid berkasta rendah untuk "menyucikan" mereka, tulis berita pada Sabtu.

    Guru besar sekolah Sharad Kaitade, dituduh melakukan doa ritual lalu menyuruh seorang guru menyemburkan air kencing lembu ke kelas-kelas untuk "menyucikan" tempat itu dan mengusir setan, tulis surat khabar"Times of India."

    Kaitade, dari kasta tinggi, melakukan hal itu segera setelah memulakan tugas awal bulan ini .

    Sapi adalah haiwan yang dianggap suci di agama Hindu sedangkan sistem kasta yang berumur 3.000 tahun asalnya  adalah darjat berdasarkan pekerjaan, namun kemudian menjadi garis keturunan..

    Guru Madhavi Raut berjalan keliling kelas menyemburkan air kencing lembu dan minta sekelompok anak berkasta rendah, datang untuk  menyembur dan meyapu mereka dengan air tersebut dengan mengatakan hal itu akan menyucikan mereka. Air kencing itu membasahi sebahagian wajah mereka mahupun kertas jawaban, kata  murid kelas itu.

    Mereka merasa dipermalukan dan membuat aduan lapor saluran berita CNN-IBN. "Dia (Raut) mengatakan, kamu akan belajar dengan baik setelah disucikan," kata seorang murid, Rajnik Washnik.

    Pemerintah setempat telah memerintahkan pemeriksaan dan polis telah mnyoal guru dan pihak terbabit di sekolah.

    Antara news

    Gila, Ibu Ajak Anak Kecilnya Bunuh Diri Bersama

    Posted: 20 Mar 2011 08:35 PM PDT


    RIMANEWS - Seorang ibuyang berasal  dari Blitar nekad membunuh diri sambil membawa anaknya yang masih kecil dengan cara terjun ke dalam Sungai Brantas. Mayat  ibu itu baru ditemukan empat hari kemudian setelah tersangkut di pusaran air Sungai Brantas.

    Linawatai, warga Desa Plosokerep, Kecamatan Sanawetan, Kabupaten Blitar ditemukan warga sekitar terapung-apung di pusaran air DAM desa setempat sejak Sabtu lalu. Namun jasad Linawati baru boleh diangkat pada Minggu (20/3/2011) kerana arus sungai yang deras.

    Dalam penyelamatan, warga hanya melakukan cara-cara manual dengan cara menggunakan ranting-ranting pohon yang diikat dengan tali untuk menyepit mayat korban dan menggunakan perahu .

    Menurut Pak cik mangsa yang bernama Mulyadi, sebelumnya korban sempat dihalang oleh para nelayan  ketika cuba terjun  Sungai Brantas untuk kali pertama. Tapi, ketika para pemancing dan nelayan terlengah, korban kemudian langsung melompat ke dalam sungai yang berarus deras.

    Ketika itu, mereka sempat terlihat anak korban, Abidin Husein yang meronta-ronta kerana  dipaksa sang ibu yang ingin membunuh dirinya. Mayat Abidin ditemukan empat jam kemudian di daerah Boro, Tulungagung.

    Linawati diketahui nekad terjun  ke sungai kerana mengalami tekanan berat akibat persoalan keluarga yang sedang dialaminya.

    Di Thailand pondan kena jalani kerahan tentera

    Posted: 20 Mar 2011 07:00 PM PDT

    Bags macam ni..boleh jadi keras sikit..
    saya petik dari kosmo online

    BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.

    Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.

    Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.

    "Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintah Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong. 

    Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010. -AFP

    Betul ke nikah dalam masjid ikut amalan Kristian?

    Posted: 20 Mar 2011 06:40 PM PDT

    betul ke macam ni?
    saya petik dari kosmo online

    KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

    Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

    Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini

    Pegawai di China dipecat kerana pakai jam berjenama dan hisap rokok mahal

    Posted: 20 Mar 2011 05:45 PM PDT

    Seorang pegawai pejabat pemerintah China dipecat kerana menjalani gaya hidup mewah

    Zhou Jiugeng yang bekerja sebagai ketua Biro Perumahan Distrik di kota Nanjing menjadi terkenal kerana pemecatan itu, setelah foto yang menunjukkan Zhou menggunakan jam berharga 100.000 Yuan dan menikmati rokok berharga 150 Yuan sebungkus tersebar melalui internet.

    Selain itu Zhou juga dilaporkan sering memandu Cadillac, kereta buatan General Motors, ke pejabatnya, sebuah kebiasaan yang jauh melampaui gaya hidup normal seorang pegawai negeri di China.

    Pemecatan itu terjadi kurang dari sebulan setelah Zhou pernah memancing reaksi keras dari masyarakat menengah ke bawah di China yang tidak mampu membeli rumah. Pegawai perumahan itu mengatakan pada awal bulan ini perusahaan perumahan yang menjual produk mereka di bawah biaya produksi harus dihukum. (tempointeraktif.com)

    Polis tangkap peserta pertandingan oral seks

    Posted: 20 Mar 2011 11:01 AM PDT

    ATHENS - Sembilan perempuan ditangkap dengan tuduhan terlibat pelacuran Tetapi sebenarnya mereka ditangkap keraaa ikut bertanding dalam  pertandingan oral seks.

    Menurut keterangan polis, pertandingan aneh ini berlangsung di pantai Laganas, di bahagian selatan Pulau Zakynothos. Menurut Daily Mirror, para perempuan ini, umumnya orang Britain, datang bercuti ke pulau yang memang menjadi salah satu tumpuan utama kunjungan pelancong di Greek.

    Ketika mereka datang ke sebuah bar, mereka ditawari ikut dalam pertandingan oral seks dan untuk itu mereka dibayar. Aksi itu pun dirakam dan rencananya akan ditayangkan melalui internet.

    Namun di tengah aksi berlangsung, polis datang dan menangkap mereka. Tentu tidak adil kalau hanya para perempuan itu yang ditahan, tetapi para pria yang menjadi objek lpertandingan juga ditahan dengan tuduhan mendorong perbuatan tidak senonoh.

    [Sedih] Tsunami : Pelajar Jepun masih menunggu ibubapa mereka menjemput dari sekolah

    Posted: 20 Mar 2011 10:01 AM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, JEPUN– Tsunami tak hanya meninggalkan kerugian material yang begitu besar di Jepun. Efek lain adalah terguncangnya moral warga, khususnya anak-anak yang kehilangan orangtua mereka.

    Pascagempa bumi dan tsunami, keadaan wilayah timur laut Jepun, porak poranda. Banyak orang kehilangan anggota keluarga dan harta bendanya. Tak terkecuali 30 kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Dasar Kama, di kota Ishinomaki.

    Daily Mail melaporkan, keadaan mereka sangat menyedihkan. Mereka tetap duduk di ruang kelas mereka yang ada di ltingkat tiga. Duduk membisu, menunggu orangtua mereka datang menjemput mereka. Mengingatkan pada kesetiaan, Hatchiko, anjing legenda yang memiliki kesetiaan luar biasa terhadap majikannya.

    Beberapa waktu lalu tsunami memporakporandakan kota Ishinomaki, dan hingga saat ini, tak satu pun dari orang tua mereka yang datang ke sana. Beberapa pelajar sepertinya yakin mereka akan tetap boleh bertemu orang tuanya.

    Guru-guru di sekolah tersebut meyakini, para pelajar, yang berusia antara 8 hingga 12 tahun, tahu jika ayah dan ibu mereka menjadi korban hilang dan tidak akan pernah memasuki gerbang sekolah untuk menjemput mereka. Namun mereka tidak pernah mengatakan apa-apa.

    Sembari menunggu, mereka duduk membaca atau bermain kad, ditemani para guru. Pihak sekolah juga mencegah siapapun berbicara dengan mereka, tak terkecuali para wartawan.

    Pihak sekolah khuatir, jika suara pintu yang terbuka akan menimbulkan harapan palsu pada pelajar. Kebisuan mereka bertolak belakang dengan keadaan di tingkat empat. Di ruangan ini, anak-anak boleh bermain dengan orangtuanya yang selamat.

    "Tsunami datang ketika orangtua mereka datang untuk menjemput. Sehingga kami mengajak mereka masuk ke dalam gedung dan selamat," ujar Masami Hoshi, salah seorang guru.

    Menurut Hoshi, pelajar kelas lebih rendah telah meninggalkan sekolah bersama orang tuanya.

    "Mereka yang rumahnya di belakang sekolah mungkin selamat, namun entah bagaimana nasib mereka yang pergi ke arah lain," imbuhnya.

    Saat ini, sekolah tersebut tidak mempunyai air bersih yang mengalir, elektrik mahupun pemanas ruangan. Sekitar 657 orang tinggal tinggal di koridor dan ruang kelas, tertutup lumpur dan debu.

    Di Ishinomaki, diperkirakan 25.000 orang tewas dan 10.000 orang lainnya masih hilang. Kemungkinan, di antara korban ini terdapat orangtua 30 pelajar tersebut. Entah sampai bgila mereka harus menunggu.

    Untuk memahami Islam ,paderi ini sanggup berpuasa dan bersembahyang

    Posted: 20 Mar 2011 09:01 AM PDT

    Ketika seluruh dunia mencaci maki Islam dan Muslim saat tragedi serangan 11 September 2001, sebuah situasi yang tak terduga terjadi. Peristiwa itu membuat ramai non-Muslim di seluruh dunia, utamanya di AS, ingin tahu lebih jauh tentang Islam, mereka mempelajarinya dan akhirnya banyak yang masuk Islam. "Blessing in disguise", sebuah berkah yang tersembunyi, begitu kata pepatah Inggris.

    Sekarang, perdebatan Islam dan Muslim kembali menghangat di AS setelah Kongres AS mengabulkan usulan Senator Peter King untuk menggelar rapat dengar pendapat soal meluasnya radikalisasi di kalangan umat Islam Amerika. "Berkah tersembunyi" bukan tak mungkin terjadi lagi, gelombang orang Amerika yang ingin belajar Islam atau masuk Islam akan semakin bertambah.

    Salah seorang warga AS yang jadi berminat mempelajari Islam menyusul kontroversi idea Peter King itu adalah seorang pendeta gereja Episkopal bernama Steve Lawler.Dia cuba berpuasa, mempelajari Al-Quran dan melakukan solat untuk memahami agama Islam.

    Pada harian St. Louis Post-Dispatch, Pendeta Lawler menyatakan, ia boleh saja cuma duduk dan mempelajari literatur ilmiah tentang Islam. Tapi itu berbeza dengan jika ia mempraktikkan sendiri apa yang diajarkan Islam.

    "Anda boleh berpikir tentang melakukan sesuatu, tapi begitu Anda melaksanakannya, Anda benar-benar akan merefleksikannya," kata Pendeta dari Gereja Episkopal St. Stephen di Ferguson.

    Oleh sebab itu, dia mulai solat lima kali sehari dan berpuasa selama satu bulan, seperti puasa bulan Ramadan. Pendeta Lawler juga mempelajari Al-Quran serta tidak minum minuman keras serta tidak makan daging babi yang dilarang dalam ajaran Islam.

    Dikecam Gereja

    Apa yang dilakukan Pendeta Lawler dikritik dari para pemuka gereja di AS, yang bahkan mengancam akan memecat Lawler dari jabatannya sebagai paderi

    "Dia tidak boleh menjadi seorang Kristian sekaligus seorang Muslim. Jika ia memilih untuk menjalankan peribadahan seorang Muslim, maka ia harus melepas identiti kekristianannya dan melepas jawatan paderinya di gereja," kritik Uskup Bishop George Wayne Smith dan Keuskupan Episkopal di Missouri.

    Smith berpendapat, Pendeta Lawler sudah "mempermainkan" agama orang lain dan akan menimbulkan anggapan bahawa dia melecehkan agama lain, dalam hal ini agama Islam.

    "Saya meyakini bahawa dia berusaha atau sedang berusaha untuk mencapai pemahaman yang dalam tentang Islam. Itu mengagumkan. Tapi apa yang dilakukannya, dengan berpura-pura sebagai seorang Muslim, itu namanya sudah melecehkan agama lain," tegas Smith.

    Menanggapi kritikan itu, Lawler menyatakan memahami kekhauatiran Uskup Smith. "Saya tahu, saya melangkah ke dalam semua ini, sebagai sebuah penemuan. Apa yang terjadi jadi berbeza dengan yang saya fikir selama ini, dan lebih kaya dari yang saya kira," jawab Lawler.

    Lawler yang juga seorang profesor, mengajar tentang kepemimpin serta organisasi di Universiti Washington ini, sudah lapan tahun menjadi pendeta di Gereja Episkopal. Berbeza dengan gereka yang mengkritiknya, komunitas Muslim di AS menyatakan sama sekali tidak tersinggung dengan apa yang dilakukan Pendeta Lawler.

    "Saya fikir itu idea yang bagus untuk memahami Islam dengan lebih baik," kata Mohammed Ibrahim, ketua direksi Islamic Foundation of Greater St. Louis.

    "Kami menerimanya. Semua orang boleh datang dan melihat bagaimana kami solat di masjid dan boleh ikut solat jika mereka mahu," sambungnya. Siapa tahu hidayah Allah Swt akan segera menghampiri Pendeta Lawler setelah dia merasakan sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang muslim.

    Kesian ..jururawat terkunci selama 11 hari dalam kereta

    Posted: 20 Mar 2011 08:35 AM PDT

    11 hari dicari-cari ternyata seorang wanita ditemukan terkunci dalam keretanya yang diparking di  Airdrie. Meski lemah, namun wanita itu ditemukan dalam keadaan selamat.

    Ceritanya begini, Magdeline Makola hilang pertengahan Disember, 11 hari lalu. Dia tidak kembali ke rumahnya setelah berhenti bekerja bahagian penyakit jantung  Hospital Edinburg. .

    Namun dijelaskan bahawa sejak dia dilaporkan menghilang, polis telah mencarinya ke mana mana, sampai  kereta warna merah vauxhall Astra ditemukan di parking pada tengah hari. Wanita berusia 38 tahun ini cedera ringan dan segera dibawa ke hospital.

    Magdeline pindah dari Afrika Selatan enam tahun lalu dan tinggal di Scotland sendirian. "Sekarang kami menunggu penjelasan dari Magdeline kenapa hal ini boleh terjadi. Selain itu kami juga minta penjelasan pada siapa saja yang sempat melihat Magdeline sebelum menghilang," ungkap petugas polis.

    Dugaan kami, kata polisi, kereta itu sampai di Airdrie bukan kerana Magdeline yang membawanya tapi ada seseorang yang memandunya ke sana. Kami yakin ada orang yang membawa kereta itu ke sana.

    Kesaksian orang yang melihatnya, Magdeline terlihat meninggalkan parking hospital Edinburgh pada pukul 8 pagi pada 15 Disember. Keterangan bekas teman sekerjanya, Magdeline seperti binggung setelah ia berhenti dari kerjanya. Selain soal masalah kerja, Magdeline yang telah menjadi warga negara Britain, tidak punya masalah peribadi apapun.

    Ketika polis mencari ke rumahnya, polis menemukan beg kerjanya yang berisi seragam dan makanan. Pasport dan kad kreditnya juga ditemukan di rumah tapi keretanya tidak ada di sana sampai akhirnya dia ditemukan di M8 Airdrie.***dailymail.co.uk

    Nenek 69 tahun jadi DJ

    Posted: 20 Mar 2011 07:00 AM PDT

    Hebat juga itu nenek. Pada usia 69 tahun, Mamy Rock menunjukkan kehebatannya sebagai DJ (disc jockey) di tengah lebih dari 3.000 pengunjung, beberapa hari lalu, pada even Anaheim's Electro Festival di AS.

    Yang membuat nenek tersanjung adalah sambutan para pengunjung muda. "Mereka ingin mencium saya. Mereka melempari saya hadiah, juga gelang dari lengan mereka," katanya.

    "Ada dua mawar merah dilemparkan ke saya oleh pemuda. Ini tentu sangat indah orang setua seperti saya ini," tambahnya.

    Mamy Rock mulai tertarik menjadi DJ tahun 2005  ketika menghadiri sebuah kelab malam di London, menemani cucunya yangmenyambut harijadi..

    Dalam sebuah wawancara yang dilanporkanTelegraph, nenek ini menggambarkan kesan pertama dia datang ke kelab malam. "Bising, tapi indah kerana semua lampu berkedip dan begitu banyak anak muda bersenang-senang," kenangnya.

    Kepada cucu, Mamy Rock berkata, "Kamu akan lihat, saya boleh membuat yang begini ini untuk anak-anak muda di tempat kita." katanya

    Lima tahun berlalu, Mamy Rock telah menyiapkan dirinya untuk menjadi DJ. Dia segera membuktikan dirinya sebagai seorang DJ . Di Los Angeles, dia kini bekerja di studio rakaman.

    Hebat ...Raksasa dan Ultraman sama-sama berdoa untuk Jepun

    Posted: 20 Mar 2011 06:30 AM PDT

    Barulah betul sama-sama berdoa untuk negara...jangan
    asyik bergaduh aje...

    Aksi bangau culik anak Alligator

    Posted: 20 Mar 2011 05:00 AM PDT






    LAWAK..LUKISAN YANG INGIN MEMOTONG TANGAN PELUKISNYA

    Posted: 20 Mar 2011 04:00 AM PDT





    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Inilah Asal-Usul Bedah Jantung

    Posted: 20 Mar 2011 03:00 AM PDT

    SEMASA Perang Dunia kedua (1939-1945), para doktor menemukan langkah maju bidang tranfusi darah, pembiusan (anastesi-red) dan antibiotik yang mendorong pengembangan bedah jantung moden. Seorang ahli bedah Angkatan Darat Amerika Syarikat doktor Dwight Harken mengeluarkan pecahan peluru meriam dari jantung seorang perajurit yang masih berdenyut dengan memasukan jemarinya ke lubang luka, menemukan serpihan logam dan mengeluarkannya.

    Kendala utama dalam bedah jantung terbuka adalah ketika jantung berhenti berdenyut untuk melakukan operasi, ahli bedah hanya memiliki waktu empat minit untuk melakukan tindakan terhadap jantung pesakit. Lebih dari itu, pasokan darah yang berhenti akan mengakibatkan kekurangan oksigen pada otak yang meni mbulkan kecacatan.

    Terobosan bedah jantung dilakukan doktor Bill Bigelow (1913-2005) dari Universitas Minesotta yang mempelajari perilaku tidur musim dingin mamalia (hibernasi-red) yang memberi gagasan untuk mengurangi suhu tubuh pesakit dari 98 deraja t Fahrenheit menjadi 81 derajat Fahrenheit. Dalam keadaan tersebut, doktor dapat memperpanjang waktu bedah jantung terbuka menjadi sepuluh minit.

    Perkembangan teknologi memunculkan mesin paru-paru jantung (heart-lung machine) yang ditemukan John Gibbon (1903-1973) di Philadelphia tahun 1953. alat tersebut dihubungkan ke pesakit sehingga jantung dapat tetap berfungsi di saat pembedahan berlangsung. Ahli bedah pun lebih leluasa dalam menjalankan operasi kerana waktu operasi lebih panjang.

    Upaya pertama bedah jantung terbuka dengan mesin paru-paru jantung dilakukan pada15 Mei 1953 atas pesakit Cecilia Bavolek (18). Cecilia terhubung dengan mesin selama 27 minit di ketika doktor Gibbon menjalankan operasi jantung.

    Prosedur operasi pun berkembang hingga memperbaiki lubang pada jantung. Operasi pertama untuk menangani lubang pada jantung dilakukan pada 2 September 1952 oleh dokter F. John Lewis dan doktor Walton Lillehei (1918-1999) atas kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

    Sedangkan operasi by-pa ss jantung pertama dilakukan tahun 1967 oleh ahli jantung Argentina doktor Rene Favaloro (1923-2000) di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

    Fail..aksi wanita dan lelaki sedang pegang anunya

    Posted: 20 Mar 2011 02:00 AM PDT


    nampak menarik tapi terlampau kurang ajar....

    Wow..dapur gas dihias denga berlian

    Posted: 20 Mar 2011 01:00 AM PDT

    Liputan6.com, London: Logam mulia yang biasanya hadir menjadi peralatan rumah tangga, seperti spatula perak dan teko berlapis emas, sudah biasa ditemui. Kini, dapur gas pun dihasi dengan berlian untuk merayakan Tahun Berlian Denman College, Britain. Dapur gas dengan berlian setengah karat yang terpasang di muka, merupakan hasil karya Perusahaan perhiasaan Seventy Seven Diamonds.



    Harga batu permata bersertifikat di dapur gas itu senilai 1400 Poundsterling dipasang di bahagian depan. Dapur gas ini juga dicat khusus dengan efek berlian. yang lebih mengejutkan lagi, dapur gas itu seharga 4000 Poundstreling  ternyata dibuat sebagai hadiah undian yang hasilnya disumbangkan ke lembaga kemanusiaan.

    "Dapur gas ini benar-benar sesuatu yang istimewa dan akan menjadi hadiah terindah di dapur pemenang. Pemiliknya akan merasa bengga mempamerkan dapur gas terunik ini," ungkap Anne Harrison perwakilan dari Institut wanita.

    [Pelik] Alat bantuan pendengaran dipasang di gigi

    Posted: 20 Mar 2011 12:00 AM PDT

    Berbeza dengan alat bantu dengar konvensional yang dimasukkan ke liang telinga, kini tersedia alat bantu dengar moden yang dipasang di gigi sehingga tidak akan mengganggu penampilan.

    Alat bantu dengar t yang disebut SoundBite ini bekerja dengan mengantarkan suara lewat tulang rahang ke dalam telinga. Alat berukuran kecil ini diletakkan di bahagian atas kanan atau kiri geraham. Soal ukuran tidak perlu khuatir karena tiap alat didesain khusus (custom) pada tiap pesakit.

    Jika alat bantu dengar konvensional menggunakan hantaran udara untuk meningkatkan volume suara yang ada di udara, SoundBite menggunakan pendekatan konduksi tulang. Alat ini akan mengirimkan getaran suara melalui gigi dan tulang secara langsung ke koklea melewati telinga tengah dan dalam.

    Perusahaan pembuat alat ini, Sonitus Medical, mengatakan, mekanisme penggunaan konduksi tulang ini merupakan yang pertama kali dipakai dalam alat tanpa bedah. SoundBite kini sudah diluluskan badan kesihatan di seluruh Eropa.

    Walaupun terlihat nyaman, The Royal National Institute for Deaf People, Britain, mengatakan, alat ini belum tentu sesuai untuk semua orang yang memiliki masalah pendengaran.

    Kerana YouTube, Pelajar Jepun Tahu Keluarganya Selamat

    Posted: 19 Mar 2011 11:00 PM PDT

    KOMPAS.com — Begitu gempa berkekuatan 9 di Jepun menggoncang, minggu lalu, jaringan telefon di Jepun terganggu. Semua sibuk mencuba menghubungi sanak saudara, temandi Jepun, ingin segera tahu khabarnya. Namun, apa daya, telefon tak jua tersambung.

    Akiko Kosaka, pelajar asal Jepun yang sedang belajar di University of California di Riverside, Amerika Syarikat, sudah kehilangan harapan mengenai keselamatan keluarganya di Minami Sanriku. Apalagi, desa yang dihuni sekitar 17.000 kepala keluarga tersebut diberitakan telah hancur dan ramai korban jiwa akibat terjahan gelombang laut setinggi lebih dari 3 meter.

    Tiga hari lamanya Kosaka berusaha mencari tahu keadaan keluarganya. Baru pada hari ke-4 pascabencana ia menerima e-mail bahwa adiknya, Yukiko, telah diselamatkan dan  berada di sebuah sekolah. Akan tetapi, apa yang terjadi pada kedua orangtuanya, datuk dan nenek, serta kakaknya yang sebelumnya tinggal satu rumah, ia belum tahu.

    Hingga akhirnya ia mendapatkan khabar dari salah satu teman yang menghubunginya tentang keberadaan sebuah video berdurasi sekitar 45 minit di situs YouTube yang menunjukkan bahawa rumah keluarga Kosaka adalah satu-satunya rumah yang masih berdiri . Video tersebut dikhabarkan menunjukkan kakaknya sedang melambai-lambaikan tangan ke kamera wartawan sambil mengatakan, "Kami semua selamat."

    Kosaka panik ketika seharian mencari di internet, tapi tidak menemukan video yang dimaksud. Pertolongan akhirnya datang melalui sebuah e-mail yang melampirkan link dari video tersebut kepadanya.

    "Saya pikir mereka tidak selamat. Saya menangis selama tiga hari ini, Jumaat, Sabtu, Minggu." katanya sambil terisak-isak saat diwawancarai CNN, Selasa (15/3/2011) malam.

    Ketika menyaksikan video itu untuk pertama kalinya di rumah kontrakannya di Riverside, California, reaksi Kosaka mengejutkan semua penghuni rumah. "Saya berteriak, membuat penjaga rumah terbangun dan membuat mereka mengira sesuatu yang buruk telah terjadi. Mereka bertanya apa yang terjadi, saya berkata, mereka selamat!" teriaknya.

    Dalam video tersebut, kakak Kosaka, Shoko yang berusia 24 tahun, sedang berdiri di beranda lantai dua rumahnya, tepat di luar kamar Kosaka. Ia berusaha menarik perhatian media yang membawa kamera video dan berpesan tolong sampaikan kepada saudaranya di California bahwa keluarganya baik-baik saja.

    Saat diwawancarai, Kosaka masih berusaha mengirimkan pesan melalui video dan media lainnya dengan tujuan menyampaikan pesan ke Jepun bahawa dia sudah menerima pesan yang dikirim keluarganya. Kosaka masih harus melihat video yang menampilkan keadaan ayahnya, Natsumi, ibunya, Noriko, serta kakek dan neneknya.

    Rumah keluarga Kosaka menjadi satu-satunya yang bertahan di desa Minami kerana sekitar 5 tahun lalu ayahnya membangun rekonstruksi baru yang membahagi rumah menjadi dua bahagian lengkap dengan ruang bawah tanah. Rumah-rumah lain di desa itu sudah dimakan usia dan tidak diperbarui.

    Dalam video YouTube yang melegakan tersebut tampak kakak Kosaka memegang papan bertuliskan "KELUARGA KOSAKA" lalu berteriak "Kerana adik kami sedang berada di Amerika, tolong sampaikan bahawa kami semua selamat."(Kompasiana/Afandi Sido)

    Wanita Ini Pernah Derita Tumor Sebesar Appel

    Posted: 19 Mar 2011 10:00 PM PDT

    VIVAnews - Seorang jururawat bernama Jaki Karaata, 43 tahun, disahkan menderita tumor sebesar buah appel di belakang mata kiri, ketika usia kehamilannya baru berusia 35 minggu. Jaki dan bayinya yang diberi nama Raman itu akhirnya selamat setelah doktor King College Hospital, London, berhasil mengangkat kanser.

    Operasi dilakukan dengan menyedut benjolan yang terletak di belakang mata Jaki yang berasal dari Dartford, Kent. Dikutip dari The Sun, ini merupakan prosedur operasi pertama yang dilakukan di IBritain.

    Setelah selamat dari maut, kemudian Jaki menceritakan pengalamannya. Awalnya, saat hamil, dia hanya mengeluhkan hidung dan telinga yang seakan-akan tersumbat.

    "Ketika akan tidur, saya berharap rasa itu akan hilang setelah bangun pagi, tapi ketika terbangun, ternyata masih sama dan mata saya sedikit bengkak."

    Lama-lama, dia khuatir mengalami pre-eklampsia, tekanan darah tinggi yang boleh membahayakan kehamilan. Maka, pergilah dia kehospital.

    Setelah selesai diperiksa, doktor menyarankannya pergi ke doktor pakar mata kerana selain bengkak, ternyata juga mengalami gangguan pada mata sebelah kiri.

    "Saya diberitahu bahawa saya mungkin memiliki mata malas dan saya harus menderita penyakit ini selama beberapa waktu," kata Jaki. "Tidak lama kemudian hospital menelepon dan menanyakan apakah saya boleh kesana untuk MRI scan."

    Begitu mengetahui hasilnya, dia betul-betul terkejut. Pertama kali yang dia fikirkan ialah bayi dalam kandungan.

    Dua hari kemudian, Jaki dibawa ke King's College Hospital. Dia dipantau selama beberapa hari sebelum dioperasi Caesar.

    "Para ahli bedah melakukan biopsi tumor pada saat yang sama, tapi saya tidak tahu hasilnya hingga beberapa hari," kata Jaki. "Saya mengalami dua pendarahan setelah caesar dan kehilangan banyak darah, sampai harus tinggal di unit-dependensi tinggi dari bayi saya selama beberapa hari."

    Pada bulan Oktober, Jaki kembali ke King's. Operasi dilakukan oleh ahli bedah saraf Nick Thomas dan spesialis THT David Roberts.

    Mereka menggunakan teknik perintis, dimana suatu endoskopi, kamera video kecil, dimasukkan melalui hidung untuk mencapai tumor. Operasi ini tanpa proses sayatan. Akhirnya tumor berhasil diambil melalui rongga hidung.

    "Ini adalah prosedur yang sangat baru. Saya beruntung tumor itu tidak menyentuh saraf optik saya atau saya mungkin akan kehilangan penglihatan saya."