Adsense

Selasa, 22 Februari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Zizan (Raja Lawak) & Dira Abu Zahar Pengacara Baru Melodi

Posted: 22 Feb 2011 05:50 AM PST

PENGACARA BARU MELODIPENGACARA BARU MELODI

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengantikan tempat Wahid dan Fara Fauzana sebagai pengacara baru Melodi terjawab sudah dimana mereka yang bertuah itu ialah Zizan (Raja Lawak) dan juga Dira Abu Zahar.

So, tahniah kami ucapkan kepada Zizan dan juga Dira kerana diberi kepercayaan untuk mengacara rancangan berbentuk hiburan nombor satu Malaysia itu. Dah diberi kepercayaan tu, hopefully anda buat yang terbaik la yer.

Oh ya, untuk info anda semua, Zizan dan Dira akan mula menjadi pengacara baru Melodi berkuatkuasa pada bulan April nanti kerana kontrak Wahid dan Fara Fauzana akan tamat secara rasminya pada penghujung Mac ini.

Actually kami tak kisah pun siapa yang mengacara Melodi tu kerana apa yang penting bagi kami adalah kandungannya. Yer la, pengacara bagus bagai nak rak sekalipun tapi pengisian'nya hampeh tak best juga kan?

Psstt: Facebook ada kedai buku rupanya. lol

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER

Posted: 22 Feb 2011 06:21 PM PST

Antara band indie yang turut bersama-sama dengan rombongan Xpresi Kembara – RTM bersantai di Pulau Perhentian Kecil ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka COUPLE.

Kumpulan COUPLE ini yang terdiri daripada Aidil (vokalis), Ariana (gitaris), Shahrin (drummer) dan Masrin (pemain bass). Ditubuhkan pada tahun 1995 yang bermula semasa mereka masih belajar di kolej. Couple mengetengahkan muzik berkonsepkan Power Pop. Lagu diorang ni lebih kurang macam The Beatles tapi lebih muzik lebih ganas sikit.

Couple pernah ke Cameran Highland untuk rakaman Xpresi Kembara. Akan datang, dengarnya, Couple akan mengikuti sesi rakaman Xpresi Kembara di Pulau Tioman.

Terbaru, Budiey dikhabarkan oleh vokalis Couple yang mana lagu mereka yang berjudul Now That I Can See akan digunakan dalam filem antarabangsa berjudul SUPER arahan James Gunn lakonan Ellen Page dan Rainn Wilson. Filem ini bakal ditayangkan 1 April 2011 di Los Angeles dan New York. Filem Super diedarkan oleh IFC Films.

Filem ini mengisahkan tentang remaja yang tiada power tapi nak jadi super hero. Lebih kurang macam Kick Ass tapi kurang imaginasi. Lagu Now That I Can See yang menjadi salah satu dari 11 buah lagu ini akan dimuatkan dalam album Soundtrack. Album ini bakal memasuki pasaran pada 29 Mac 2011 yang diedarkan Lake Shore Records.

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Aidil bersama Ariana di Pulau Perhentian

Aidil Couple menerima email dari pengarah James Gunn yang berminat dengan lagu ini melalui MySpace pada tahun 2008. Menganggap ini satu rezeki dan tuah, Aidil terus menerima pelawaan James Gunn. Pada mulanya agak terkejut dan seperti tak percaya, Aidil sangat gembira dengan tawaran ini. Sekaligus beliau mengharapkan nama Couple akan lebih dikenali di luar negara dan juga di Malaysia.

Sebelum ini, X-box juga ada mengambil lagu Now That I can See untuk dimasukkan dalam trailer dan pilot episod.

Lagu Now That I Can See dicipta dan ditulis sendiri oleh Aidil ini menceritakan tentang pasal agak cinta dan kehidupan. Namun, maksud dan pengertian lagu ini agak subjektif.

Budiey ucapkan tahniah kepada Couple atas kejayaan ini.

Kenali COUPLE dengan lebih dekat melalui Twitter: @wearecouple, Myspace Couple, facebook: WeAreCouple dan blog Couple.

Klip sedutan dari filem SUPER semasa scene dari watak Crimson Bolt & Boltie (Rainn Wilson & Ellen Page)

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • TOM CRUISE & CAMERON DIAZ IN KNIGHT & DAY
  • Avatar Special Edition Limited Digital 3D
  • Poster Film & Synopsis Brave Movie – Afdlin Shauki
  • Hannah Montana The Movie
  • Sandra Bullock Sah Bercerai
  • Discover The Secrets Behind Digital Film Making With Scott Billups
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • The Black Eyed Peas Global Launch of Full HD 3D LED TV
  • Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010
  • Across The Universe Review: ABOUT THE CHOREOGRAPHY
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?

    Posted: 22 Feb 2011 04:55 PM PST

    Minggu lalu, Budiey ada terbaca gossip di akhbar yang mengatakan kumpulan Bunkface telah berpecah. Ini berikutan dari kenyataan vokalis Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Bahron yang mengatakan beliau kini sibuk bersama dengan sebuah kumpulan band indie, The Azenders. Khabar angin juga mengatakan tempat Sam akan digantikan oleh seorang vokalis dari sebuah kumpulan band indie.

    Budiey mulanya melihat khabar angin ada benarnya setelah mendapati Sam tidak hadir bersama dengan dua anggota Bunkface yang lain iaitu Youk dan Paan semasa rombongan ke Pulau Perhentian bagi menjayakan rakaman Xpresi Kembara. Yang hadir bersama Youk dan Paan ialah artis di bawah naungan Bunkface Productions iaitu Mior atau nama sebenarnya, Mior Luqman Hakim Mohd Zain.

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Meor bersama Youk semasa sesi snorkling di Pulau Perhentian semalam.

    Semasa di Majlis Santai Media & Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru yang diadakan di Pulau Perhentian Kecil semalam, desas-desus mengatakan Bunkface telah berpecah telah dinafikan oleh Youk dan Paan. Kata mereka, itu cuma rumors dan pihak Bunkface masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang Sam keluar dari Bunkface.

    Antara sebab timbulnya gossip ini adalah kerana mungkin kebelakangan ini, Sam dilihat bersama kumpulan lain di mana Sam ada projek band bersama kumpulan itu yang kini sedang sibuk berada di studio untuk merakam album. Selain itu, Sam juga sedang sibuk dengan pertandingan Hard Rock Calling anjuran Hard Rock Cafe,

    Kerana sibuk dengan projek band dan sedang merakam album, Sam tak dapat datang bersama Bunkface di Pulau Perhentian.

    Youk dan Paan menafikan mereka dan Sam bergaduh dan ada isu dalaman. Hubungan mereka masih lagi baik.

    Bunkface juga turut menafikan akan mengambil Meor, artis residen Bunkface Productions sebagai vokalis menggantikan tempat Sam.

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    jangan salah sangka ya, ini bukan grup Bunkface yang terbaru. Meor (dua dari kiri) cumalah artis residen Bunkface. Tiga dari kiri tu, PR Bunkface bernama Peah.

    Memetik kata Paan, ini semua adalah satu dugaan bagi Bunkface, mungkin ada hikmah. Kalau Tuhan kata esok Bunkface berpecah, kami akan berpecah. Ini semua bergantung pada takdir Tuhan. Namun, kalau boleh mereka tak nak ini berlaku kerana Bunkface sudah ada nama dan masih terikat dengan komitmen yang lain. Ternyata, Youk dan Paan rasa sangat sayang dan belum tiba masanya untuk mereka berpecah.

    Kata mereka, sekiranya berlaku juga pertukaran vokalis ia tidak berlaku pada pada masa terdekat ini memandangkan Bunkface masih lagi terikat dengan kontrak bersama dengan beberapa buah syarikat sebagai duta.

    Apa-apa pun, perkara ini akan diselesaikan dengan cara baik. Satu sidang media akan diadakan tak lama lagi untuk memberitahu tentang hal ini.

    Bunkface kini mahu lebih fokus kepada pembikinan album selain akan membuka sebuah studio mereka sendiri dan butik baju di Subang Jaya. Selain itu juga Bunkface akan menubuhkan satu production TV yang akan menerbitkan drama dan program TV.

    Gambar Bunkface di Pulau Perhentian – Xpresi Kembara

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    Xpressi Kembara Perhentian Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mila dan Akim Bercinta?
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Lirik Lagu Benar-Benar Adam
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Promo: Jams With PETERPAN Live in KL
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat
  • Quotes of the Day: Rima Melati Adam Sudah Ada Kekasih?
  • Gosip Selebriti: Isu Panas Artis Songsang & gay?
  • Gambar Kekasih Faralyna
  • Konsert Hujan VS Bunkface di KL Life Centre
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Exclusive!) Imran Ajmain Versi Remix Dilancarkan, Download Percuma.

    Posted: 22 Feb 2011 03:44 PM PST

    (Exclusive!) Imran Ajmain Versi Remix Dilancarkan, Download Percuma.


    Sebuah lagi kempen yang dijalankan oleh penyanyi ternama, Imran Ajmain untuk mendekatkan lagi diri dengan peminatnya di seluruh tanah air. 'Hilang Punca' merupakan koleksi lagu-lagu Imran Ajmain, asalnya dari album kedua-nya "Punca Dan Tindakan" yang kini telah dapat sentuhan remix oleh beberapa produser berbeza dari Malaysia dan Singapura.

    Lagu-lagu ini semua dibenarkan untuk dimuat-turun oleh orang ramai tanda terima kasih atas sokongan peminat kepada album keduanya. Kelainannya, setiap hari Imran Ajmain akan melancarkan sebuah lagu yang telah di-remix berdasarkan jadual-jadual yang telah ditetapkan. Kempen 8 hari ini telah pun bermula pada 22 Februari 2011 dan akan berakhir pada 1 Mac 2011.

    Peminat lagu-lagu Imran boleh burn lagu-lagu tersebut dalam cd kompilasi, malah turut disediakan artwork high resolution supaya boleh dicetak dan dijadikan CD koleksi peribadi. Antara lagu yang akan dimuatkan dalam Projek Remix Imran Ajmain ialah seperti berikut :

    1. Selamat Ulang Tahun Sayang – Rafikoncept Remix – 22hb Feb 2011
    2. Selamat Ulang Tahun Sayang – Spacebar Remix – 23hb Feb 2011
    3. Yang Ku Perlu – Boonyi Remix – 24hb Feb 2011
    4. Jika Engkau Pergi – Acoustic – 25hb Feb 2011
    5. Jika Engkau Pergi – Saerah's Cut – 26hb Feb 2011
    6. Jika Engkau Pergi – Rafikoncept Remix – 27hb Feb 2011
    7. Perjalanan – Maxlane Remix – 28hb Feb 2011
    8. (Elysia) Tak Mungkin – Young Remix – 1hb Mac 2011

    Paling menarik, Imran Ajmain turut menghasilkan sebuah lagu baru berjudul Yang Ku Perlu – Boonyi Remix. Kami baru dengar versi asal, itu pun sudah meremang bulu roma. Belum lagi dengar versi remix, sure fuh!

    Lirik lagu ciptaan Shah Shamshiri ini pernah menjadi lagu tema telemovie yang berjudul Siti Tivi. Lagu ini mengandungi sample lagu "Budi Setahun Intan Segunung" Nyanyian Ahmad Jais berduet bersama Kartina Dahari.

    Ikuti Projek Remix Imran Ajmain bermula hari ini!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Liyana Jasmay Covergirl Cosmopolitan Edisi Mac 2011

    Posted: 22 Feb 2011 11:35 AM PST

    Seperti satu hobi pula, kami kerap memaparkan artikel mengenai selebriti itu, selebriti ini yang menjadi gadis penghias untuk sesebuah majalah.

    Untuk edisi Mac 2011, Liyana Jasmay telah dipilih sebagai covergirl oleh majalah Cosmopolitan. Kali ini, Liyana Jasmay berkongsi cerita mengenai kisah cinta. Ehem, menakluki dunia dan cinta si dia. Siapakah si dia tersebut?

    Dalam keluaran sebuah akhbar minggu lepas, Aizat dikatakan telah menemui pengganti Liyana Jasmay dan kelihatan berpegang tangan ketika hadir di sebuah konsert. Nampaknya, aktres Liyana Jasmay turut tidak ketinggalan untuk menayang kekasih baru. Cold war, isn't it?

    Dapatkan majalah Cosmopolitan terbaru, banyak cerita yang menarik dipaparkan dalam edisi Mac. Kami tertarik dengan artikel Tak Ada Bajet – Panduan Kekal Hebat Walau Poket Kering. Huh, memang padan dengan perangai kami. Biar papa, asalkan bergaya. Ha ha.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    [Sedih] Anak kecil baru pandai berjalan meninggal dunia dihempap buah kelapa

    Posted: 22 Feb 2011 09:00 PM PST


    Malang  nasib Aira Putri Dwi Agustin (1 tahun 7 bulan). Putri pasangan Susiono (35) dan Kristiyanti (33), berasal Desa Jajag, Kecamatan Gambiran, Kabupaten Banyuwangi ini tak sempat merasakan indahnya hidup. Dia meninggal dunia akibat kejatuhan sebiji kelapa. Dia meninggal dunia setelah koma selama tujuh jam.

    Peristiwa memilukan itu terjadi, Isnin  (21/2/2011) . Kala itu, anak kecil yang baru belajar jalan itu sedang bermain ditemani oleh ibu, datuk, dan juga pak ciknya. Tanpa diduga, Aira dengan segala keluguan dan kelucuannya, mendekati sebuah pohon kelapa setinggi 30 meter yang berada di depan rumah keluarga itu.

    Entah apakah sudah memiliki firasat, kerana khuatir, sang ibu spontan  memanggil Aira seraya mendekatinya. "Nak, ke sini, ," ujar sang ibu.

    Kristiyanti sudah berhasil memegang tangan Aira dan hendak mengangkatnya,  tiba-tiba saja sebiji kelapa muda jatuh dan menimpa kepala anak kecil itu. Aira langsung tidak sedarkan diri.

    Melihat kejadian itu, ibunya menjerit. Keluarga yang menyaksikan pun bergegas menolong Aira.

    Anak kecil yang sedang lucu itu langsung dilarikan ke Hospital Ar-Rohmah Jajag. Namun malang,sekitar pukul 24.00 WIB, Aira meninggal dunia setelah koma selama tujuh jam.

    "Kelapa itu mengenai kepala bahagian belakang dan bahu kirinya," ujar Sunarno, pak cik Aira.

    Buah kelapa yang jatuh mengenai Aira sebenarnya masih muda. Warnanya hijau. Tetapi ukuran kelapa tersebut besar dan jatuh dari pohon yang tinggi.

    Ini membuat luka yang dialami Aira di kepala bahagian belakang dan bahu kiri tersebut serius. Dia  tidak dapat diselamatkan, meskipun paramedis sudah berusaha memberikan pertolongan.

    Kedua orangtua Aira sangat terkejut dan tergaman dengan meninggalnya anak kedua mereka tersebut. Sang

    ibu  berkali-kali pengsan setelah Aira dikebumikan, Selasa (22/2) pagi, di perkuburan awam desa setempat.

    Ayahnya nampak berusaha tabah dengan menemui para tamu yang menziarahi. Namun dia tidak banyak berbicara tentang kejadian yang menimpa anak perempuannya itu.

    [Gila] Isteri rakam suami perkosa anak perempuan sendiri yang berumur 4 tahun

    Posted: 22 Feb 2011 08:48 PM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan yang merakam adegan saat suaminya memperkosa anak perempuan mereka yang baru berusia 4 tahun dipenjara selama 29 tahun. Demikian dilaporkan AP. Kejamnya lagi, hasil rakaman itu kemudian disebarkan di internet.

    Perempuan bernama Hollie Beston (32) dinyatakan bersalah pada Disember lalu atas kejahatan pemerkosaan anak-anak tingkat pertama, kejahatan tingkat pertama pelecehan seksual terhadap anak, serta melakukan pornografi anak.

    Sementara, suaminya bernama Brian Beston (36) dinyatakan bersalah atas kejahatan yang sama dan dijatuhi hukuman minimun 26 tahun penjara dan maksimum seumur hidup pada Jun tahun lalu. Hakim Pengadilan Washington, Amerika Syarikat (AS), Mariane Spearman menjatuhkan hukuman pada Hollie.

    Kejahatan mereka terbongkar setelah FBI menangkap mereka pada Oktober 2009 dari seorang lelaki bernama Richard Hockaday. Pasangan ini bertemu Hockaday melalui Craiglist dan berjanji melakukan pertemuan. Setelah itu Hockaday menyaksikan ayah memperkosa anak kandungnya sendiri melalui webcam.

    Hockaday, yang kini menghadapi ancaman hukuman 42 tahun penjara kerana melecehkan remaja laki-laki yang sedang diawasinya, menerima gambar porno dari Beston selama mereka melakukan hubungan melalui email. Hollie didapati bersalah kerana mengoperasikan kamera dan mengirimkan gambar melalui handphone dan internet.

    Ular sawa hamil dilanggar,anaknya berterabur di jalanraya

    Posted: 22 Feb 2011 07:48 PM PST


    Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kendaraan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular itu berterabur  keluar hingga bersepah di jalan raya.

    Masih banyak orang bingung sebenarnya ular itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar. Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa 'mengerami' telur-telurnya.







    sumber : ruanghati.com

    Nenek 103 tahun dedah rahsia panjang umur dan kekal dara

    Posted: 22 Feb 2011 06:30 PM PST

    Panjang umur nenek ni..kekal dara lagi...
    saya petik dari myMetro

    CONVENTRY: Seorang wanita berusia 103 tahun semalam mendedahkan rahsia panjang umur - kekal dara.

    Gladys Gough berkata, dia tidak pernah tergerak untuk menjalinkan hubungan cinta.


    Dia juga tidak menghisap rokok, minum arak atau mengambil ubat.


    "Saya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman lelaki. Ia mungkin menyumbang kepada umur saya yang panjang. "Saya langsung tidak pedulikan lelaki. Saya sentiasa makan malam. Saya sentiasa memastikan saya makan secukupnya. "Lelaki tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya.


    Gladys yang berasal dari Conventry berkata, dia menghabiskan hidupnya dengan melancong ke seluruh dunia bersama adiknya, Edna yang mati pada 1996 ketika berusia 85 tahun.


    Katanya: "Kami sering didekati oleh lelaki tetapi memilih untuk melancong dan berbual sesama kami." - DM

    Ada suara tangisan dari kubur

    Posted: 22 Feb 2011 05:48 PM PST

    Macam-macam kejadian pelik..
    saya petik dari kosmo online

    JAKARTA - Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.

    Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.

    Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.

    Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.

    Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.

    Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya. - Agensi

    Pisau Menancap di Muka Remaja Ketika Kupas Buah Appel

    Posted: 22 Feb 2011 04:36 PM PST

    TRIBUNNEWS.COM – Seorang remaja berusia 13 tahun berhasil lepas dari kematian setelah dia secara tak sengaja menancapkan pisau ke wajahnya sendiri.

    Remaja bernama Ren Hanzhi berasal kota Zhumadin, Daerah Henan, China, menancapkan pisau ke wajahnya sendiri dengan panjang 23,3 sentimeter di pipi kirinya tepat di bawah matanya.

    Insiden ini berlangsung ketika dia sedang mengupas appel dan dia terjatuh dan pisau kemudian menancap di pipi kirinya. Kejadian luar biasa ini kerana pisau itu tidak menusuk otaknya yang boleh membuatnya meninggal dunia .

    "Ia sedang berjalan ke sofa ketika ia mengupas apel. Ia tiba-tiba terjatuh dan pisau itu kemudian menancap tepat di wajah," kata ayah remaja itu. Dia mengaku takut menarik pisau dari wajah anaknya dan lalu membawanya ke hospital.

    Sayangnya, ketika ke UGD dia tidak boleh dilayani dan kemudian dirujuk ke hospital dengan fasiliti yang lebih lengkap. Doktor sangat terkejut dengan kejadian tersebut namun berhasil mengeluarkan pisau itu dari wajah Ren.

    Beg tangan termahal didunia

    Posted: 22 Feb 2011 10:01 AM PST

    JIKA Anda berfikir beg tangan 18 ribu poundsterling  milik Victoria Beckham merupakan begvtermahal di dunia, Anda salah! Pasalnya, beg tangan yang dilancarkan Mouawad, 1001 Nights Diamond Purse merupakan beg paling mahal di dunia.

    Beg tangan berbentuk hati yang berharga 2,3 juta poundsterling itu masuk dalam rekod dunia Guinness World Records sebagai beg tangan yang paling mahal di dunia.

    Mouawad terbuat dari emas 18 karat yang bertatahkan 4.517 berlian. Berlian yang menghiasi beg tangan berbentuk klasik itu terdiri dari 105 berlian kuning, 56 berlian pink, dan 4.356 berlian tanpa warna. Beratnya mencapai 381,92 karat. Lebih dari sepuluh pekerja yang membuat beg tangan ini menghabiskan waktu 8.800jam untuk menyelesaikannya. Demikian yang disitat okezone dari Daily Mail.

    Beg tangan itu dipamerkan oleh Co-guardians of the House of Mouawad,  Fred, dan Pascal Mouawad, dalam Doha Jewellery and Watches Exhibition. 1001 Nights Diamond Pursue didesain oleh Robert Mouawad. Beg tangan ini menjadi label fesyen kedua yang berhasil memecahkan rekor dunia.

    Pada 2003, perusahaan perhiasan Mouwad pernah berkolaborasi dengan Victoria's Secret merilis bra kelima termahal di dunia. Bra tersebut berhiaskan berlian seberat 70 karat dan berharga 6,8 juta poundsterling atau setara dengan Rp97,4 juta. Bra berlabel Very Sexy Fantasy Bra itu dipamerkan oleh Heidi Klum.

    1001 Nights Diamond Pursue terinspirasi oleh kisah epik romantis dan intrik.

    Pascal Mouawad berkata, "Sama seperti kisah Syahrazad telah terpikat pembaca dengan plot mereka yang rumit, dan tenunan dari ghairah 'liar' dan berani, 1001 Nights Diamond Pursue dirancang untuk menghipnotis orang dengan perhatian mewah yang kaya detail dan pengerjaan rumit yang menggabungkan ribuan berlian."

    Mouawad Fred menambahkan, "Karya yang luar biasa ini adalah sebuah masterpiece unik. Bukan hanya satu-satunya tapi juga salah satu yang paling berharga di dunia.

    Brand perhiasan mewah Mouwad didirikan oleh David Mouawad pada tahun 1890. Selebriti termasuk Angelina Jolie, Nicole Kidman, Jennifer Lopez, Gisele Bundchen, Janet Jackson, dan Mariah Carey memiliki semua perhiasan Mouawad.

    Pemuda meninggal dunia gara-gara main game selama tiga hari berturut-turut

    Posted: 22 Feb 2011 09:30 AM PST

    BEIJING – Seorang pemuda di China meninggal dunia gara-gara main game internet tiga hari berturut-turut di sebuah cafe internet di pinggiran Beijing. Seperti dilaporkan media setempat, Selasa (22/02), selama main game pemuda 30 tahun itu tidak tidur sama sekali dan tak banyak makan. Dia juga jarang berpindah dari komputernya selama tiga hari itu.

    Tapi laki-laki malang yang tak disebutkan identitinya itu, tiba-tiba saja jatuh koma di cafe tersebut. Dia langsung dilarikan kehospital. Sayang nyawanya tak tertolong.

    Menurut laporan, pemuda tersebut telah menghabiskan 10 ribu yuan (S$1.900 ) dalam bulan lalu untuk bermain game internet. Untuk siasatan pihak polis menyita sejumlah komputer di cafe tersebut. Tapi sejauh ini operator cafecyber kecil itu tidak ditahan.

    Seperti disebutkan peneliti, ketika ini ada 33 juta anak muda China yang suka internet. Kerana itu pemerintah berjuang keras membasmi kebiasaan tersebut.

    Pamer Baju Nikah di Facebook, Seorang Ibu Dipenjara

    Posted: 22 Feb 2011 08:20 AM PST

    INILAH.COM, Jakarta- Pose dengan gaun putih elegan membuat banyak teman Hazel Cunningham irihati di Facebook. Namun pose itu juga membuat Cunningham dipenjara.


    Hazel Cunningham menposting foto pernikahan di Barbados pada halaman Facebook agar semua temannya melihat peristiwa paling bahagia dalam hidup. Namun penyelidik dari dewan tempatan juga melihat gambar-gambar itu.

    Mereka menemukan Cunningham, 47, yang mengaku sebagai ibu tunggal, padahal memiliki suami, sudah melakukan kebohongan pembayaran pajak senilai ribuan poundsterling dengan klaim palsu. Dia bersikap seolah tidak memiliki wang, namun melakukan kegiatan yang menghabiskan banyak biaya. Pihak berwajib mengambil bukti dari Facebook milik Cunningham.

    Dia berbohong soal jumlah pendapatan, nilai rumah serta memanipulasi sumber kewangan kepada pihak dewan. Mengaku tidak punya wang, padahal di saat yang sama, Cunningham bercuti tiga kali ke Turki setiap tahun serta menyelenggarakan pernikahan mewah di Karibia.

    Persidangan Folkestone Magistrates di Kent,England memutuskan Cunningham melakukan penipuan pendapatan rata-rata 170 poundsterling per minggu. Perempuan berasal Ashford, Kent, England ini juga berbohong atas biaya bersalin kepada perusahaan tempat dia bekerja.

    Cunningham dijatuhi hukuman 120 hari penjara setelah mengaku bersalah atas empat tuduhan membuat pernyataan palsu dan satu tuduhan terkait gagal memberitahukan perubahan situasi kewangan. Dia juga diminta membayar ganti rugi sebanyak 15 ribu poundsterling .

    Perempuan ini tipu polis hidup-hidup

    Posted: 22 Feb 2011 07:40 AM PST

    Seorang perempuan di negara bahagian Washington berhasil mengundang simpati rami warga Amerika Syarikat (AS) setelah mengaku jadi korban penyiraman asid oleh seorang wanita tidak dikenal.

    Namun, setelah diselidiki polis, perempuan bernama Bethany Storro itu mengeluarkan pengakuan yang mengejutkan publik. Ternyata dia sendiri yang menyiram cairan berbahaya itu ke wajahnya.

    Tak jelas apa motif Storro sampai dia berbuat nekat. Yang jelas, wajah perempuan berusia 28 itu menjadi rosak.


    Cairan yang disiramkan ke wajahnya itu sejenis hydrochloric atau asam belerang. Sebelumnya, berita penyerangan atas Storro merebak di banyak media AS. Kerana hebatnya kebohongan yang dia buat, polis bahkan sempat membuat sketsa wajah pelaku berdasarkan rekaan Storro.

    Pengakuan Storro itu diungkapkan Clifford Cook, ketua polis Vancouver, yang merupakan salah satu kota di negara bahagian Washington, AS. Cook mengaku belum mengetahui motif dibalik tindakan nekad Storro ini.


    "Selama penyiasatan, beberapa keganjilan muncul terkait tuduhan serangan atasnya. Pada ketika dimintai keterangan, akhirnya Storro mengaku dia melukai dirinya sendiri," ujar Cook seperti dilapor dari laman Associated Press.

    Storro pada awal September mengaku bahawa seorang wanita tidak dikenal telah menyiramkan sejenis cairan ke wajahnya. Saat itu Storro hendak menuju ke sebuah kedai Starbuck Coffee di daerah Vancouver, Washington.

    Kepada polis dan media, dengan wajah seluruhnya diperban, Storro menggambarkan pelaku adalah seorang wanita kulit hitam berusia antara 25 sampai 35 tahun. Pelaku ini mengenakan kaus dan seluar hijau.

    Menurut Strorro, sebelum menyiramkan cairan tersebut, wanita itu mengatakan "Hey, wanita cantik, mahu minum ini?". Wanita imajinasi Strorro ini langsung menjadi buruan nombor satu polis.

    Akibat kes buatannya ini, Strorro mendapatkan simpati dari seluruh Amerika, bahkan dari dunia. Dia mengaku mendapatkan surat dari seluruh dunia perihal kesnya. Strorro juga rencananya akan muncul di salah satu episode Oprah Winfrey Show, namun dibatalkan.

    Publik yang prihatin juga sempat menggalang dana di Bank komuniti Umpquah dan Riverview. Saat ini, para detektif di Vancouver tengah berusaha untuk mengembalikan semua wang yang disumbangkan untuk Storro.

    Komandan polis Vancouver, Marla Schuman, mengatakan bahawa kes penyerangan terhadap Storro telah membuat pejabat polis kecil itu sibuk.

    "Kami menghabiskan waktu ratusan jam untuk melakukan penyiasatan .Kes ini benar-benar menguras dana dan SDM kepolisian yang kita punya," ujarnya seraya menambahkan bahawa Storro akan dikenakan dakwaan atas laporan palsu kepada polis.

    Tidak jelas apakah Storro mendapat gugatan hukum atas kebohongan yang dilakukannya

    Pecat pekerja kerana sehiris keju

    Posted: 22 Feb 2011 06:00 AM PST

    KOMPAS.com — Sebuah restoran McDonald's dinyatakan bersalah kerana memecat seorang pekerjanya hanya keranasi pekerja menambahkan irisan keju pada sebuah hamburger untuk rakannya

    "Pemecatan itu keterlaluan sebagai sebuah sanksi," kata sebuah pengadilan wilayah Leeuwarden, di utara Belanda, dalam keputusan tertulis.. "Itu hanya seiris keju," demikian pertimbangan pengadilan tersebut sebagaimana dikutip Telegraph,

    Sebuah surat peringatan sesungguhnya sudah merupakan hukuman yang pantas, kata pengadilan itu, yang memerintahkan jaringan makanan cepat saji tersebut membayar gaji si pekerja untuk lima bulan masa kontrak yang tinggal, iaitu sebanyak 4.265,47 euro. Perusahaan itu juga diharuskan membayar biaya pengadilan.

    Pekerja itu, seorang perempuan, dipecat dari sebuah cabang McDonald's di kota Lemmer . Pemecatan itu terjadi hanya kerana pada masa rehat memberi seorang rakannya sebuah burger keju yang lebih mahal dari seharusnya yang dia peroleh sesuai harga yang dia bayar.

    McDonald's beralasan pekerja itu telah melanggar aturan yang melarang pemberian gratis apa pun kepada keluarga, teman. Putusan pengadilan Belanda itu datang beberapa hari setelah jaringan makanan cepat saji tersebut melaporkan sebuah kenaikan keuntungan bersih sekitar 25 persen pada suku terakhir tahun 2009.

    Selamat walaupun jatuh dari tebing 161 meter

    Posted: 22 Feb 2011 05:46 AM PST

     Seorang wanita secara ajaib selamat setelah jatuh dari tebing setinggi 161 Meter di Eastbourne, Sussex, England. Wanita tersebut sebelumnya diketahui jatuh dari tebing Beachy Head, yang seringkali dijadikan lokasi bunuh diri. Khabar mengenai jatuhnya wanita tidak dikenal tersebut diketahui setelah seorang warga melihat wanita itu sedang berdiri di tepi tebing setinggi 161 meter tersebut.


    Ketika pasukan penyelamat yang menggunakan helikopter, perahu penyelamat dan pasukan pendaki tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan  perempuan yang diduga berusia sekitar 40 tahun tersebut tersangkut di antara celah tebing dalam ketinggian 60 meter.

    Namun ajaibnya perempuan tersebut masih hidup dan hanya mengalami patah tulang pada kakinya.Pasukan penyelamat akhirnya memindahkan perempuan tersebut ke hospital terdekat untuk menjalani proses rawatan lebih lanjut. Sementara pihak berwajib sendiri masih menyelidiki penyebab jatuhnya wanita tersebut, apakah memang terjatuh atau sengaja melompat untuk melakukan aksi bunuh diri. (faj) (rhs)

    Manusia yang taksub dengan duit syiling

    Posted: 22 Feb 2011 04:00 AM PST

    Cuba perhatikan gambar-gambar dibawah
    betapa taksubnya pasangan ibi dengan duit
    syiling....








    Aksi kura-kura membantu rakannya

    Posted: 22 Feb 2011 03:00 AM PST


    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Ramalan cuaca jadi lamaran cuaca

    Posted: 22 Feb 2011 02:00 AM PST

    Seorang pembaca berita ramalan cuaca dilamarketika siaran langsung.Dia adalah Kim Perez yang ketika itu sedang menjelaskan akan adanya hujan di Florida, tiba-tiba kekasihnya, Marty Cunningham  seorang polis datang dengan di iringi soundtrack "tear-jerkers".. dengan di saksikan penonton semuanya.Dia melamar Kim Perez dan untung sahaja lamarannya tidak di tolak bahkan diterima dengan sepenuh hati.



    Kebodohan Profesor yang Menganggap Agama Sebuah Mitos Terjawab

    Posted: 22 Feb 2011 01:30 AM PST

    Apakah tuhan menciptakan segala yang ada? Apakah kejahatan itu ada? Apakah tuhan menciptakan kejahatan? Seorang Profesor dari sebuah universiti  terkenal mencabar mahasiswa-mahasiswa nya dengan pertanyaan ini.

    "Apakah tuhan menciptakan segala yang ada?".

    Seorang mahasiswa dengan berani menjawab, "Betul, Dia yang menciptakan semuanya".

    "Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi.

    "Ya, Pak, semuanya" kata mahasiswa tersebut.

    Profesor itu menjawab,
    "Jika Tuhan menciptakan segalanya, berarti Tuhan menciptakan Kejahatan. Kerana kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahawa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita boleh ertikan bahawa Tuhan itu adalah kejahatan."

    Mahasiswa itu terdiam dan tidak boleh menjawab hipotesis professor tersebut.

    Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahawa sekali lagi dia telah membuktikan kalau agama itu adalah sebuah mitos.

    Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Profesor, boleh saya bertanya sesuatu?"

    "Tentu saja," jawab si Profesor

    Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Profesor, apakah dingin itu ada?"

    "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja dingin itu ada. Apakah kamu tidak pernah sakit flu?" Tanya si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya.

    Mahasiswa itu menjawab,
    "Kenyataannya, Pak, dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas. Suhu - 460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak boleh bereaksi pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas."


    Mahasiswa itu melanjutkan, "Profesor, apakah gelap itu ada?"

    Profesor itu menjawab, "Tentu saja gelap itu ada."

    Mahasiswa itu menjawab,
    "Sekali lagi anda salah, Pak.Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, gelap tidak."

    "Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna."

    "Tapi Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa intensitas cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."

    Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?"

    Dengan bimbang professor itu menjawab,
    "Tentu saja, seperti yang telah kukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di SuratKhabar dan TV. Banyak perkara jenayah dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut adalah manifestasi dari kejahatan."

    Terhadap pernyataan ini mahasiswa itu menjawab,

    "Sekali lagi Anda salah, Pak. Kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan. Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan."

    "Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Tuhan di hati manusia. Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."

    Profesor itu terus terdiam.

    Muzik Rock & Rap Merupakan Tiket Kematian

    Posted: 22 Feb 2011 12:45 AM PST

    TASHKENT – Telivisyen nasional Uzbekistan  mengeluarkan kenyataan bahawa musik rock dan rap dari barat, merupakan pengaruh dari sadisme, ketergantungan kepada dadah dan perlakuan tidak bermoral.


    Dalam tayangan dokumentari berjudul "Melody and Calamity" stasenvtelevisyen kedua terbesar di Uzbekistan tersebut memperingatkan betapa jahatnya pengaruh muzikk rock dan rap barat yang membuat awan hitam di atas kepala kaum muda di Uzbekistan.


    Uzbekistan merupakan wilayah Asia Tengah dengan populasi terbanyak, sekira 90 peratus dari 28 juta  penduduknya merupakan muslim.

    Pemerintahan sekuler tersebut, khuatir akan ideologi ekstrim dan demokrasi barat yang berlebihan. Pemerintah pun dalam beberapa bulan ini menunjukkan rasa ketidaksabarannya dengan meningkatnya budaya import tersebut.

    "Muzik setan tersebut dibuat oleh kekuatan jahat untuk membuat kaum muda di negara barat memiliki moral yang buruk," demikian isi dokumentari tersebut.

    Film dokumentari itu pun memberikan penjelasan mengenai efek dari kesihatan manusia terhadap muzik tersebut, dengan mengatakan bahawa muzik klasik merupakan penyembuh dari segala penyakit, sementara musik rock dan rap merupakan tiket kematian, demikian laporkan AFP

    Sumber : http://www.okezone.com

    Bekas 'Dewa Gitar' kini menyeru untuk Islam

    Posted: 21 Feb 2011 11:30 PM PST

    REPUBLIKA.CO.ID, TORONTO – Dulu, Bilal Philips pernah digelar "Dewa Gitar" di negerinya, Kanada.  Kini, dia menyerukan agar kaum Muslim sesedikit mungkin mendengarkan petikan gitar, kerana "terlalu banyak muzik akan menutup hati dari seruan Allah."


    Philips menyatakan, larangan itu bukan hanya untuk gitar, tapi semua aliran musik. "Hati yang diisi dengan muzik tidak akan memiliki ruang untuk kata-kata Tuhan," tulisnya dalam bukunya,  Contemporary Issues. Buku ini membahas persoalan-persoalan aktual umat Islam, mulai dari perkaHwinan anak di bawah umur, pemukulan isteri, poligami, dan membunuh kaum murtad, hingga homoseksual.

    Philips berpendapat, Islam tidak melarang semua muzik. Namun, muzik yang dianjurkan adalah yang dinyanyikan kaum lelaki dan anak perempuan belum dewasa. Lagu-lagunya pun berisi kandungan yang dapat diterima umum. "Instrumen bertali sebaiknya dihindari," ia melanjutkan.

    Philips adalah imigran asal Jamaica. Masuk ke Kanada di usia 11 tahun, dia mengambil pendidikan gitar. Dia bermain di kelab malam selama belajar di Universiti Simon Fraser di British Columbia.  Namanya makin terkenal setelah itu.

    Di puncak kepopularannya, jiwanya gelisah. Dia memutuskan mengasingkan diri dari hiruk-pikuk muzik negerinya dan mengikut ayahnya yang juga tenaga ahli di Canadian Colombo Plan berpindah ke Malaysia, menjadi penasihat menteri pendidikan. Di Malaysia itu, dia dikenal sebagai "Jimi Hendrix dari Sabah".

    Tapi setelah memeluk Islam pada tahun 1972, dia meletakkan gitarnya untuk selamanya. Dalam biografi di  web dia mengatakan, "ketika saya menjadi seorang Muslim, saya merasa tidak nyaman melakukan hal ini dan menyerah baik secara profesional mahupun peribadi."Bagi banyak orang, muzik menjadi sumber hiburan dan harapan dari Allah. Musik membawa mereka ketenangan untuk sementara, seperti ubat. "AL Quran, kata-kata Allah yang penuh dengan bimbingan, juga boleh memainkan peranan itu."

    [Gila] Ibu Paksa Anak Berpura-pura Sakit Demi Sumbangan

    Posted: 21 Feb 2011 10:40 PM PST

    Sanggupnya ibu ini memaksa anak lelakinya yang kini berusia lapan tahun untuk menggunakan kerusi roda, memakai tiub oksigen, dan memakan ubat-ubatan yang sebenarnya tak diperlukan agar dikira sakit parah dan mendapat sumbangan sosial dan simpati dari kalangan selebriti. Kerana perbuatan yang sudah dilakukan selama enam tahun itu, Lisa Hayden-Johnson dipenjarakan.


    Hayden-Johnson telah mendapat perhatian media nasional Inggris kerana "keadaan" anaknya itu. Dia sempat bertemu keluarga kerajaan Inggris dan bekas PM Tony Blair di samping mendapatkan sumbangan tunai, tiket  menonton acara X Factor, bercuti di kapal mewah, dan juga berhasil melobi agar anaknya mendapat penghargaan keberanian "Anak Pemberani" pada 2005.


    Namun seperti yang terungkap di pengadilan Exeter Crown, demi semua itu anaknya tersiksa sepanjang hari bahkan juga mengira dirinya memang sakit parah. Jaksa penuntut Andrew Macfarlane mendakwa, " Tertuduh mengatur, menjalankan, dan memastikan rawatan mediK, fisiologi, dan psikologi yang menjadi siksaan 24 jam sehari pada tiap aspek kehidupan  anaknya."

    "Hasil dari kepura-puraan sadis ini,  tertuduh mendapatkan banyak perhatian publik dan nasional," kata pendakwa, "Tak boleh dipastikan apa pengaruh jangka panjangnya bagi mental sang anak."


    Hayden-Johnson telah menyertakan anaknya pada 325 pemeriksaan dan prosedur medik, termasuk juga pemasukan tiub kepada anak di bawah pengaruh ubat bius, serta mengaku bahawa anaknya menderita diabetes, alergi makanan, gangguan otak, cystic fibrosis, dan kerentanan terhadap sinar matahari. Untuk meyakinkan pihak kedoktoran, ibu itu sengaja memanipulasi keadaan fizik anaknya, contohnya dengan menaikkan kadar gula darah sang anak sebelum pemeriksaan diabetes.


    Jumlah sumbangan yang dia terima dikirakan sebanyak 130.000 poundsterling . Kini anaknya diasuh oleh ayahnya yang telah berpisah dengan wanita tersebut.