Adsense

Khamis, 22 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


12 Peserta Sedia ‘Geletek’ Perut Penonton, Raja Lawak Musim Keenam Buat Pembaharuan!

Posted: 22 Dec 2011 09:14 PM PST

Raja Lawak musim Keenam Kembali lagi! Instalasi musim keenam ini menyaksikan penyertaan 11 peserta berkumpulan dan seorang peserta solo sudah siap siaga berentap di Gelanggang Raja Lawak sekaligus menjadi pelapis bagi menyemarakkan lagi industri hiburan tanahair terutamanya dalam medan lawak dan jenaka yang semakin rancak berkembang.

Apa yang pasti, program kegemaran seluruh rakyat Malaysia ini kembali dengan sedikit injeksi pembaharuan apabila ia bakal bersiaran setiap hari Jumaat, 10 malam bermula 13 Januari 2012 secara eksklusif di Astro Warna menerusi saluran 132 dalam pakej Mustika.

12 Finalis terbaik yang terpilih adalah kumpulan Zero, Kumpulan SKEMA, Kumpulan CUIT, Kumpula 2YOL, Kumpulan GMAN, Kumpulan ALBOB, Kumpulan SHIRO, Kumpulan RIKI, Kumpulan SELAK, Kumpulan KETUPAT, Kumpulan KING serta satu-satunya peserta solo iaitu, KODAN.

Pengumuman 12 Finalis ini telah diumumkan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani lewat sebuah acara terbuka di Wangsa Walk, Amptheater, Rabu lalu.

Jika sebelum ini, semua peserta ditempatkan di sebuah lokasi dan menerima latihan serta bimbingan profesional oleh pengkritik jemputan pada setiap minggu sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung. Kini, buat pertama kalinya  Raja Lawak menggunakan khidmat pelawak tanahair yang dicungkil bakatnya melalui platform Raja Lawak itu sendiri.

Angah dan Kumpulan Jambu yang terdiri daripada duo serasi, Yus dan Tauke dipilih bagi menggalas tanggungjawab sebagai 'Cif Kecik' yang mana setiap mereka akan menjadi 'abang long' menasihati dan memberi galakan motivasi kepada peserta-peserta yang berada di bawah pemerhatian masing-masing.

Manakala, pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Ahmad Idham pula yang sebelum ini pernah duduk di kerusi pengkritik tetap program 'Maharaja Lawak' akan dilantik sebagai 'Cif Besar' yang akan akan memantau kesemua 'Cif Kecik' dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka.

12 Finalis Raja Lawak Musim keenam yang akan menggamatkan Gelanggang Raja Lawak Januari Depan

Di samping itu, tiga juri tetap ditugaskan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah di tetapkan-lucu dan ada elemen jenaka persembahan, keaslian persembahan juga kreativiti dari segi kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi di ketengahkan sebagai pelawak.

Walaubagaimanapun, nasib peserta akan ditentukan menerusi sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan di singkirkan.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal di hadapkan dulu sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al-Kisah Raja Lawak sebanyak dua episod pada 11 & 12 Januari depan (Rabu & Khamis), jam 9 malam. Untuk setiap gelagat dan diari harian peserta pula akan disiarkan  di Kapsul Raja Lawak pada setiap Isnin hingga khamis pada jam 9.55 malam bermula 16 Januari 2012.

Sudah pasti,  Raja Lawak musim keenam ini sekali lagi mengekalkan pengacara duo pujaan ramai, Johan & Zizan menjadi hos Gelanggang Raja Lawak musim ke-6  yang akan mula bersiaran pada 13 Januari 2012, setiap hari Jumaat, jam 10 malam, saluran Astro Warna (132) bersiaran secara langsung dari studio 1, Astro Bukit Jalil.

Full content generated by Get Full RSS.

Foto Latihan Lagak Ngeri Farid Kamil Di Australia Stunt Academy

Posted: 22 Dec 2011 09:03 PM PST

Sebelum ini, kehilangan Farid Kamil selama beberapa bulan telah terjawab apabila dia mendedahkan sebenarnya dia pergi ke sebuah akademi stunt di Australia.

Sebagai seorang pengarah muda dan juga pelakon muda yang berbakat, Farid Kamil ingin membuat satu pendekatan baharu untuk memajukan industri filem negara. Dengan menyertai Australia Stunt Academy, pelakon yang popular dengan filem "Remp-it" ini ingin memajukan lagi skill-skill dan seni lagak ngeri dalam sesebuah filem yang jarang dititikberatkan oleh pengarah filem tempatan.

Semuanya bermula apabila saya terlibat dengan lagak ngeri terutama dalam filem Apokalips X arahan Mamat Khalid. Sebelum itu juga sewaktu saya mengarahkan Sam dalam filem Kongsi. Saya hanya boleh beri arahan tanpa tahu sesebuah lagak ngeri secara terperinci. – dipetik dari Kosmo! Online.

Gambar yang diambil dari FaridKamil.com ini adalah sebahagian dari beberapa babak latihan Farid Kamil berlari sambil memegang pistol dan latihan drift ketika menuntut di akademi tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.