Adsense

Khamis, 22 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Datuk Ramli MS Berpindah Daripada Hotel Selepas 10 Tahun

Posted: 22 Dec 2011 09:06 AM PST


Menakjubkan dan tidak ramai orang diluar sana mengetahui bahawa Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS tinggal di Hotel selama 10 tahun. Kos yang ditanggung olehDatuk Ramli MS sudah tentu anda dapat memikirkannya berapa banyak yang telah dibelanjakan untuk penginapan 10 tahun di Hotel.

Dan berikut beberapa sebab yang Datuk Rami MS ingin katakan mengenai perpindahan beliau :

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak
fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Dan apabila ditanya dengan wartawan Ramli MS menidakkan gossip panas mengenai beliau digossipkan dengan Alyah suatu ketika.Dan berikut jawapan beliau :

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.
"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.
"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," selorohnya.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Mface Network Website Target 1 Juta Akaun Dalam 6 Bulan | Hadiah Ipad2 Untuk User Mface

Posted: 22 Dec 2011 08:40 AM PST

Hadiah Mingguan Buat User mface

Semalam ZoOM dah terbaca berita Mface ini dalam forum Cari, namun dek kerana kesibukan dengan perkara yang perlu ZoOm selesaikan terpaksala baca dan CLOSED je. Malam ini ZoOM ingin berkongsi serba sedikit mengenai laman sosial yang dikatakan pertama di Malaysia (Menurut Datuk AC Mizal) kita.


Bagi memastikan target atau sasaran pengerusi Mface (AC) beliau telah menyatakan penyertaan 60 artis tempatan akan merancakkan lagi fenomena terbaru yang bakal beliau ketengahkan.

Semasa perasmian laman sosial mface baru-baru ini

Idea mface dicetuskan oleh Datuk AC Mizal bersama rakan kongsi dan pengasas laman itu iaitu Tedy Teow.
Side atas mface

Side bawah mface

ZoOM Apa Kata Anda Mengenai Laman Sosial ciptaan Tedy Teow dan Datuk AC Mizal ni.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Gambar Mesra Dan Manja Lisa Surihani Dan Yusry Kumpulan KRU

Posted: 21 Dec 2011 10:42 PM PST

Alahai manja dan sweet couple @Picture, kepada peminat Lisa Surihani jangan marah dekat ZoOM sebab terpaksa menyebarkan gambar pasangan teman tapi mesra ini. Desas desus semakin bergoncang kuat bak lautan yang semakin ganas menghempas pantai.

Gambar ini ZoOM jumpa dekat sahabat seperjuangan dalam laman blog (Izyan.Com), sorry pinjam gambar untuk post ZoOM mengenai pasangan bahagia ni.

Nasib baik ada satu gambar je kalau tak "Sure" sentap je peminat fanatik diluar sana, tapi apa yang ingin ZoOM katakan, pasangan ini cool and profesional :).


ZOoM : Apa komen peminat Lisa @ Yusry diluar sana ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Pelakon 80an Lydiawati Kini Bertudung

Posted: 21 Dec 2011 10:35 PM PST

Alhamdulillah, mungkin kerana hidayah yang diterima, pelakon bernama Lydiawati atau nama sebenar beliauSalina Saimon akhirnya mengenakan tudung yang sudah sekian lama ditinggalkan. Bagi ZoOm walaupun kadang-kadang ketika kita mengejar harta duniawi yang memerlukan pengorbanan namun tidak bererti tanggungjawap kita sebagai umatnya di lupakan..

Dan Berikut beberapa "Statement" Beliau mengenai penampilan terbaru beliau ini :

"Apa yang penting ialah niat kita bertudung kerana memenuhi tuntutan ajaran Islam dan bukannya kerana mahu berfesyen. Bagi saya, bertudung bukannya kerana dipaksa dan terpaksa atau mengikut trend, tetapi ia lahir daripada hati dan kesedaran si pemakai itu sendiri.

"Saya bertudung kerana ia datangnya daripada hati dan kesedaran sendiri. Tidak timbul soal berfesyen kerana sewaktu saya mula-mula memakai tudung tujuh tahun lalu, ketika itu belum ada fesyen tudung seperti yang dipakai oleh Wardina atau Yuna.

"Sebab itu, saya anggap bertudung bukan sahaja wajib bagi setiap wanita agar menutup aurat kerana mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, mereka juga berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya wajib menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.

ZoOm : Apa Kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Azwan Ali Canang Azmin Ali bakal Menteri Besar Selangor

Posted: 21 Dec 2011 09:12 PM PST

Apa nak jadi dengan abang Azwan Ali kita ni, tak habis satu...satu lagi gossip panas menimpa beliau. ZOoM tidak dapat mengesahkan gossip ini benar ke tak sebab daripada sumber ada menunjukkan gambar ayat-ayat di akaun Twitter Azwan Ali (Gambar Di atas).

Tweet tersebut pada 18hb Disember jam 8.24 malam.

Kalau orang politik dapat tahu mengenai gossip ini mungkin sampai ke Parlimen juga kisahnya, al maklumlah kisah sekecik zarah pun akan menjadi panas jika disimbah dengan minyak.


Namun persoalannya bagi anda yang tidak mengetahui kisah artis bernama AA ni :

1.Azwan Ali - Artis (tak tau sokong sape)
2.Azmin Ali -Pakatan Rakyat
3.Ummie Hafilda Ali - Pro Umno


So Fikir-fikirkanlah..dah apa kata anda yang sudah mengetahui atau ingin mengetahui kisahnya....??


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!