Adsense

Khamis, 6 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Day Out Budiey.com Menonton Filem Final Destination 5

Posted: 06 Oct 2011 07:21 PM PDT

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah lama betul, kita tak hang out dan tonton wayang citer Hollywood sama-sama kan? Okay berita baik untuk pembaca yang belum lagi tonton filem thriller suspen Final Destination 5, Budiey nak belanja korang. Tiket percuma untuk korang + korang akan dapat goodie bag istimewa dari budiey.com. Amacam?

Tak perlu nak citer banyak pasal Final Destination 5 ni sebab korang dah tahu tentang filem ini sebab pasti korang dah tonton sequel filem yang terdahulu. Budiey sebenarnya dah tonton dan sudah mengupas tentang filem ini di Carta Blockbuster musim pertama yang lalu. Kalau nak tonton, kenalah layari Portal Tonton ya. Jadi, Budiey rasa ini adalah peluang untuk korang yang belum tonton filem ini di pawagam sebab filem ini sangat sadis giler! Ngeri Giler! Seriau Giler!

Final Destination 5

ULASAN Filem Final Destination 5

FILEM: Final Destination 5
ARAHAN: Steven Quale
PELAKON: Nicholas D'Agosto, Emma Bell, Miles Fisher, PJ Byrne dan David Koechner
GENRE: Thriller seram
TAYANGAN: 25 Ogos 2011

LEBIH satu jam jantung penulis bagai terhenti. Ternyata Final Destination 5 (FD5) lebih berjaya berbanding empat siri lalu. Banyak elemen kejutan yang menyentak penonton. Mungkin bunyinya klise kerana elemen itu ditonjolkan dalam siri lalu, tapi FD5 jauh berbeza.

Secara jelas, kematian berlaku bila-bila masa saja dan tidak dapat ditolak bila sudah tertulis. Seperti filem terdulu, apabila seorang lelaki mendapat bayangan kejadian buruk akan berlaku berjaya menyelamatkan sekumpulan pekerja daripada maut. Pun begitu, mereka tidak sepatutnya selamat dan satu demi satu mula mati dengan ngeri dalam situasi yang tidak dijangka.

Jika anda mahu menonton FD5, pasti kerana anda tahu apa yang mahu diharapkan. Secara jujur, penulis rasakan ada plot yang dianggap basi, terutama selepas kejayaan FD2. Seperti dijangka, formulanya tidak banyak berubah walaupun ada sedikit 'permainan' baru. Antaranya mangsa yang terselamat daripada tragedi kini boleh membunuh orang lain dengan harapan nyawa mereka menjadi pengganti.

Menariknya, plot baru ini nyata berbeza daripada yang ditonjolkan dalam FD2, di mana hanya kelahiran baru dapat menyelamatkan mangsa daripada kematian. Bagi menambah debaran, mereka juga perlu bersedia melakukan apa saja untuk selamat yang akhirnya membawa elemen konflik antara karakter.

Pun begitu, penulis tetap beranggapan FD5 ialah sekuel terbaik. Malah seingat penulis, tidak pernah penulis dapat rasakan 'tekanan' yang sangat padat sepanjang lebih satu jam tontonan. Kreativiti juga dapat dilihat sejak awal FD menjentik perasaan penonton.

Secara praktikal, setiap babak diisi dengan satu tahap perasaan ingin tahu yang tidak dapat dinyatakan dengan kata-kata biasa. Kualiti kerja kamera dan pembikinan berjaya melepasi standard dulu. Ia tampak hebat dengan banyak 'twist' yang pasti membuatkan penonton tidak senang duduk. Namun demikian, secara logik akal, beberapa babak kematian agak pelik dan kurang meyakinkan minda sedar, pun begitu ia boleh diterima atas sebab ia sekadar filem.

Barisan pelakon walaupun masih baru dan tidak dikenali, mereka berjaya melontarkan rasa ngeri dan takut. Ekspresi wajah dan dialog yang ringkas tapi bersahaja dilontar membuatkan penonton terpanggil untuk terus menantikan apa akan berlaku seterusnya.

Watak protagonis Sam Lawton (Nicholas D'Agosto) sayangnya kurang menjadi untuk menambahkan drama. Dia tampak 'over-acting' dalam penyampaian dialog.
Lakonan Emma Bell sebagai Molly pula lebih baik berbanding hasil kerjanya dalam Frozen dulu. Menariknya Tony Todd yang pernah tampil dalam FD2 kembali semula beraksi dalam FD5.

Bagi penonton yang bercadang menonton filem ini, lebih baik bersedia dengan kejutan dan babak ngeri yang pasti menjarakkan ruang selesa dalaman. Selain paparan visual yang meyakinkan, lagu latar yang menyelimuti setiap babak memberi kesan sempurna kepada tontonan. Tidak mustahil akan ada penonton tidak dapat tidur lena untuk seminggu sebaik melangkah keluar dari panggung.

TRAILER Filem Tolong! Awek Aku Pontianak

Bila? Hari Sabtu, 7 OKTOBER 2011, Jam 11.45 tengahari

Waktu Tayangan: 12.00 TENGAHARI

Di mana? Pawagam GSC PAVILION KL

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 012 3800712 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – THE FINAL DESTINATION
  • THE FINAL DESTINATION The 1st 3D Live Action Horror Movie in Malaysia
  • The Final Destination Rest In Pieces
  • Peraduan Jom Menonton Filem THE FINAL DESTINATION
  • Ulasan Final Destination 5
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • Fly-Thru With Airasia From Hong Kong, Macau & Guangzhou
  • Poster Teaser Final Filem Setem
  • Peraduan Jom Menonton Filem Ong Bak 3 The Final Battle
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • Search Gegar Konsert Fenomena 30 Tahun Search

    Posted: 06 Oct 2011 06:34 PM PDT

    SEARCH BAKAL MENGGEGARKAN NEGARA DENGAN SIRI "KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH"
    - Konsert ulangtahun ke-30 Search adalah sebagai menghargai sokongan peminat-peminat setianya sepanjang bergiat di dalam industri muzik Malaysia

    SEARCH, kumpulan rock legenda yang amat disegani di dalam industri muzik Malaysia menyambut ulangtahunnya yang ke-30 pada tahun ini dan untuk meraikan detik bersejarah tersebut, SEARCH akan muncul di dalam siri konsert jelajah seluruh negara yang dinamakan KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH.

    Di dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Annexe Gallery, Central Market Kuala Lumpur, SEARCH yang di anggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar irama) dan Yazit (dram) telah mengumumkan secara rasmi berkenaan penganjuran konsert besar-besaran ini yang akan mula menggegarkan negara pada 19 November 2011 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Ini diikuti dengan konsert di Stadium Yunos, Larkin Johor Bahru pada 3 Disember 2011 dan seterusnya sebagai penutup, di Padang Astaka, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2011.

    Search

    Nasir Daud yang juga selaku ketua kumpulan SEARCH menyatakan, "Kami akan mempersembahkan lebih kurang 20 buah lagu dari album-album kami yang lama dan baru. Dari segi produksi pula, kami menjanjikan satu pengalaman yang hebat dengan rekaan pentas, sistem bunyi, pencahayaan dan aspek-aspek teknikal lain yang segalanya dirancang dengan teliti oleh pihak penganjur".

    Ketika mengulas di sidang akhbar tersebut, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy, berkata, "SEARCH amat berbangga dengan pencapaiannya yang mampu bertahan selama 3 dekad di dalam industri seni tanahair justeru mempertahankan muzik rock di Malaysia. Ini adalah sangat mustahil tanpa sokongan kuat para peminat setia kami yang tidak berbelah bahagi. Penganjuran konsert ini adalah sebagai menghargai sokongan tersebut".

    SEARCH yang ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, adalah kumpulan rock tersohor negara dan pernah menghasilkan lebih daripada 25 buah album yang mendapat sambutan hangat termasuk album rakaman studio dan "live". Sepanjang pembabitannya di dalam bidang seni, SEARCH pernah membuat persembahan bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di rantau Asia, Eropah dan juga di Amerika. Lagu-lagu kumpulan ini seperti Cinta Buatan Malaysia, Meniti Titian Usang, Fenomena, Rozana, Mentari Merah di Ufuk Timur dan Isabella, bukan sahaja masih menjadi siulan para peminat muzik negara dari generasi yang terdahulu, malah terus menjadi kegilaan generasi baru membuktikan pengaruh SEARCH yang besar ke atas peminat-peminatnya.

    Nasir Daud yang juga selaku ketua kumpulan SEARCH menyatakan, "Kami akan mempersembahkan lebih kurang 20 buah lagu dari album-album kami yang lama dan baru. Dari segi produksi pula, kami menjanjikan satu pengalaman yang hebat dengan rekaan pentas, sistem bunyi, pencahayaan dan aspek-aspek teknikal lain yang segalanya dirancang dengan teliti oleh pihak penganjur".

    Pihak penganjur KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH iaitu Oracle Accord menyatakan bahawa para peminat SEARCH akan dihidangkan dengan produksi yang dijamin berkualiti. Oracle Accord telah mengimport jurutera bunyi terkemuka dari Singapura iaitu Yamaguchi yang pernah terlibat dengan konsert-konsert bertaraf antarabangsa seperti konsert Black Eyed Peas. Ujar penganjur lagi, perancangan dan persediaan rapi adalah prioriti utama untuk memastikan semua pihak bukan sahaja berpuas hati, malah menganggap ini adalah konsert terhebat setakat tahun ini.

    Ketika mengulas tentang konsep konsert ini, Oracle Accord menyatakan bahawa ianya adalah lebih kepada satu festival di mana penonton akan disajikan dengan kehangatan muzik rock selama 7 jam bermula dari 5 petang. Sebelum kumpulan SEARCH sendiri akan naik ke pentas untuk menghiburkan peminat-peminatnya, mereka akan terlebih dahulu dihiburkan dengan beberapa buah kumpulan rock yang sedang meningkat naik di tanahair. Para peminat SEARCH juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang disediakan oleh para penaja konsert tersebut.

    "Saya bagi pihak kumpulan SEARCH berharap anda semua akan datang beramai-ramai untuk meraikan ulangtahun ke-30 SEARCH dan untuk berhibur bersama-sama kami. Konsert ini adalah hadiah kami untuk para peminat setia SEARCH dan kami berjanji akan memberikan persembahan penuh gegaran untuk memuaskan hati anda semua" jelas Nasir lagi.

    Tiket-tiket bagi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH boleh mula dibeli di cawangan-cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my dan berharga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Larkin, manakala harga tiket bagi konsert di Kuala Lumpur adalah RM69. Sebagai promosi, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa terdapat diskaun sebanyak 15% bagi harga tiket-tiket yang dibeli secara online bermula daripada 6 Oktober hingga 13 Oktober 2011. Peminat-peminat SEARCH juga boleh melayari laman rasmi KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH di http://www.facebook.com/SEARCH30 untuk maklumat lanjut.

    Search

    (Dari kiri): Jerome Lee, Pihak Penganjur, Oracle Accord; Anggota kumpulan SEARCH – Yazit (dram), Amy (vokalis) dan Nasir (gitar bass) di sidang akhbar "KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH".

    Search

    Lagu-lagu kumpulan SEARCH seperti Cinta Buatan Malaysia, Meniti Titian Usang, Fenomena, Rozana, Mentari Merah di Ufuk Timur dan Isabella, bukan sahaja masih menjadi siulan para peminat muzik negara dari generasi yang terdahulu, malah terus menjadi kegilaan generasi baru membuktikan pengaruh SEARCH yang besar ke atas peminat-peminatnya.

    Search

    Suasana gamat di Annexe Gallery selepas SEARCH mengumumkan secara rasmi berkenaan penganjuran konsert besar-besaran yang akan mula menggegarkan negara pada 19 November 2011 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Ini diikuti dengan konsert di Stadium Yunos, Larkin Johor Bahru pada 3 Disember 2011 dan seterusnya sebagai penutup, di Padang Astaka, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2011.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya
  • Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • Gambar Amy Search Berbaju Melayu di Aidilfitri
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Noorfara Atilia Pemenang Estee Lauder Model Search Grand 2011