Adsense

Khamis, 6 Oktober 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Wan Sharmila tahu batasan pakaian seksi

Posted: 05 Oct 2011 07:05 PM PDT

PENAMPILAN pelakon yang popular menerusi drama bersiri Kisah Kaisara, Wan Sharmila Wan Mohamed atau Wan Sharmila, 29, sering menarik perhatian ramai. Lebih-lebih lagi selepas memegang status janda sejak dua tahun lalu.

Berperwatakan lincah dan sentiasa ceria bagaikan cukup sinonim dengan imej Wan.
Penampilan menggoda di majlis hiburan tidak kurang juga menjadi bualan ramai.
sebelum   selepas


Dia muncul seksi menampakkan bahagian paha pada majlis sidang media drama tarian, Tari Tirana.





Pemakaiannya di Majlis Anugerah Skrin dua tahun lalu diikuti Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 turut mengundang bualan ramai.

Terbaru, Wan dikatakan tampil mengenakan pakaian menjolok mata pada Festival Antarabangsa Muzik, Seni dan Gaya 2011 (MASiF 2011) di ibu negara pada minggu lalu.

Adakah Wan gemar mengenakan pakaian menarik perhatian ramai setiap kali terbabit atau dijemput menjayakan pelbagai aktiviti seni?

"Setiap kali menghadiri majlis atau program seni saya sentiasa memastikan pakaian yang dipakai sesuai dengan konsep selain selesa dan sedap mata memandang.

"Saya juga tahu batas dalam menggayakan pakaian. Bukan pakai tangkap muat saja.

"Berbeza bagi program pertunjukan fesyen, kadang kala saya diberi kebebasan untuk memilih pakaian yang hendak dipakai pada pertunjukan berdasarkan perbincangan dengan pereka fesyen. Jika saya selesa dan bersetuju mengenai jenis pakaian itu, baru saya akan memakainya," katanya.

Pada masa sama, penampilan di layar perak nampaknya semakin membuahkan hasil.
Malah, dia berasa bangga dan bersyukur melihat sokongan penonton pada filem, Raya Tak Jadi arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen yang mendapat sambutan memberangsangkan apabila mencatatkan kutipan kasar RM3.1 juta selepas empat hari ditayangkan.

Melakonkan watak Shila dalam percubaan pertamanya di layar perak itu membuatkan dirinya mula berasa seronok. Walaupun membawakan watak pembantu dan tidak banyak cabaran yang dihadapi menerusi

filem terbitan Primeworks Studio yang turut dibintangi pelakon dan pelawak popular, Saiful Apek serta Johan Raja Lawak namun ia satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya.

Pengalaman terbabit dalam penggambaran filem berkenaan cukup berbeza daripada drama.

Memandangkan perlu mempunyai persediaan yang cukup termasuk membuat latihan sebelum memulakan setiap babak, penggambaran mengambil jangka masa yang agak panjang.

"Cabaran besar yang saya hadapi apabila terpaksa berdepan dengan dua pelakon yang asyik mahu buat orang ketawa dengan aksi dan lawak jenaka mereka.

"Ini filem pertama saya. Boleh dikatakan ia juga sebagai pengukur kemampuan untuk pergi lebih jauh di layar perak. "Tidak dinafikan saya banyak membuat persediaan untuk terbabit dalam filem ini.

"Bukan hanya mengurangkan tawaran berlakon drama, malah memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap babak lakonan.

"Alhamdulillah, selepas Raya Tak Jadi, saya diberi peluang terbabit dalam filem seram, Syaitan Nirrojim juga di bawah terbitan Primeworks Studio arahan Faizul.

"Filem berkenaan turut menampilkan Fizz Fairuz dan Nabila Huda.

"Berbeza dengan watak Shila dalam filem kedua itu saya dirasuk oleh kuasa jahat. Peluang membintangi filem memang sudah lama saya nantikan.

"Jadi setiap tawaran yang hadir jika sesuai dengan watak dan kena pada waktunya sudah pasti saya tidak akan tolak," katanya.

Filem berkenaan mengisahkan Kamil dan Soraya yang terjerat dengan amalan ilmu hitam akibat kesempitan hidup. Bagi memiliki kemewahan, mereka sanggup bersekongkol dengan syaitan dengan melakukan perkara di luar batasan agama dan norma hidup.

Bercerita lanjut mengenai sisi peribadi pula, Wan memaklumkan dia selesa dengan kehidupannya kini.

Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami.

Bagaimanapun, buat masa ini dia belum memikirkan untuk berkahwin lagi walaupun ada yang menunjukkan minat kepadanya.


PROFIL

NAMA PENUH: Wan Sharmila Wan Mohamed
NAMA KOMERSIAL: Wan Sharmila
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1981
UMUR: 29 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
STATUS: Janda
DRAMA BERSIRI: Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya
FILEM: Raya Tak Jadi, Syaitan Nirrojim

Surat Hitler anti-Yahudi dipamerkan

Posted: 05 Oct 2011 06:59 PM PDT

LOS ANGELES - Sepucuk surat bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang bertaip pada 1919 yang diperoleh Pusat Simon Wiesenthal dipamerkan di Muzium Toleransi di sini.

Surat itu ditulis semasa Hitler menjadi askar Jerman dan sebelum dia menjadi pemimpin Nazi.

Ia merupakan surat yang mengandungi komen bagi mendesak supaya kaum Yahudi dihapuskan.





Pusat tersebut membeli surat tersebut pada harga AS$150,000 (RM478.180) daripada seorang pengedar di Calabasas.

Dalam satu bahagian dalam surat itu, Hitler menyatakan hak penduduk Yahudi perlu dinafikan.

Hitler merupakan pemimpin Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. - Agensi

Peserta tarian tanggal pakaian, program realiti disiasat

Posted: 05 Oct 2011 06:58 PM PDT

BUENOS AIRES, Argentina - Pihak berkuasa sedang menyiasat program realiti tarian selebriti Dancing With The Stars versi Argentina selepas dua pesertanya menanggalkan pakaian dan melakukan simulasi aksi seks semasa sesi tarian mereka di sebuah studio di sini, lapor laman hiburan Gawker semalam.

Persembahan lucah bekas peserta program realiti Big Brother, Cinthia Fernandez dan pasangan menarinya, Marcello Tinelli menyebabkan hos program tersebut malu besar. Dia sebelumnya terkejut melihat pasangan itu membuka pakaian masing-masing.





Lebih teruk, ibu bapa Fernandez turut berada di studio berkenaan, lapor laman hiburan tersebut.

Pasangan tersebut memulakan rutin tarian mereka sambil berbaring di atas katil putih dengan memakai jubah era Greek kuno dikenali sebagai toga.

Tarian mereka kemudian semakin hangat dengan Tinelli mencurahkan wain merah ke dada Fernandez yang terdedah.

Pada penghujung tarian itu, Tinelli membuka seluar dalam pasangannya menyebabkan Fernandez bogel sepenuhnya.

Aksi mereka disiarkan di laman YouTube.

Namun, ia kemudian ditarik balik kerana mempunyai imej bogel. - Agensi

Bagi kondom untuk mangsa banjir.

Posted: 05 Oct 2011 06:57 PM PDT

BANGKOK - Thailand semalam mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir bagi mengelak peningkatan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima buah helikopter mula memindahkan bekalan perubatan termasuk kondom daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh buah lokasi di Lop Buri.

"Para sukarelawan memberitahu kami bahawa penduduk kampung tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir, justeru bagi mengelak satu pertumbuhan pesat bayi, kami menambahkan kondom," kata seorang pegawai di Institut Perubatan Kecemasan Thailand. - AFP

Nikah 11 Disember, Hantaran Ana Dahlia RM20,000

Posted: 05 Oct 2011 06:55 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak, Rabu.

Ana berkata, mengikut perancangan awal, majlis pernikahan itu nanti akan diadakan secara sederhana yang mana di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang, pada 18 Disember.

"Buat masa ini, tidak banyak perbincangan mengenai urusan perkahwinan dilakukan. Sebaliknya, kedua-dua belah pihak hanya bersetuju mengenai pemilihan tarikh pernikahan terlebih dahulu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.





Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala pihaknya pula menanti lebih daripada 100 orang.

"Majlis berlangsung secara sederhana pada pukul 1 tengah hari dan tamat pada dua jam selepas itu. Memandangkan saya tunggu di dalam bilik, rasa hati tidak tenang dan ingin tahu apa yang mereka bincangkan.

"Selepas perbincangan mengenai perkahwinan selesai, barulah keluarga kami saling berkenalan. Saya gembira, keluarga ayah Riz, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah," tuturnya.

Dalam pada itu, Ana juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuknya mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya itu.

"Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai.

"Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status 'janda'. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu.

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh," ujarnya.

Mana Satu Betul? Mamat Dakwa Sepah Belum Bubar

Posted: 05 Oct 2011 06:54 PM PDT

PETALING JAYA: Konflik pembubaran kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Mamat, Jep dan Shuib bertambah rumit apabila salah seorang anggotanya mendakwa kumpulan tersebut masih lagi wujud.





Mamat berkata, Sepah masih lagi terlibat meneruskan perjuangan termasuklah menerima tawaran berlakon untuk projek-projek terbitan Astro.

"Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktivitimelibatkan Sepah," kata Mamat.

mStar Online, Rabu melaporkan Jep dan Shuib membuat pengakuan membubarkan Sepah dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Sepahtu yang dianggotai mereka berdua.

Mamat bagaimanapun tidak ditawarkan menyertai kumpulan tersebut kerana dipercayai mempunyai masalah disiplin selepas beberapa kali diberi peluang untuk memperbaiki dirinya.

Mamat memberitahu hubungan dia dengan dua rakannya itu tidak mempunyai masalah dan boleh bekerjasama tetapi dia agak terkilan dengan beberapa kenyataan kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

"Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nakkomen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata," jelasnya.

Namun, Mamat membidas kenyataan Jep yang mendakwa dia hanya mahu bekerja dengan orang yang menghargai karya seni sahaja

"Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kitasebenarnya tiada apa-apa," ujarnya.

Mamat turut berpesan kepada semua pihak agar tidak menindas antara satu sama lain jikamahu berjaya.

Sheera Iskandar Tiada Sebab Mahu Jumpa A.Aida

Posted: 05 Oct 2011 06:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Sheera Iskandar menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berjumpa dengan penerbit drama, A.Aida bagi membincangkan mengenai kontroversi yang masih belum selesai di antara mereka berdua.





Sheera yang ditemui mStar Online pada Rabu berkata, kekecohan yang berlaku di antara mereka sebelum ini bukan berpunca daripadanya dan dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

"Daripada awal bukan saya yang memulakannya oleh sebab itu saya rasa tidak ada keperluan untuk saya bertemu atau berbincang mengenai perkara yang tercetus di antara kami berdua.

"Lagipun saya telah menyelesaikan semua tanggungjawab saya dengannya malah pihak Astro yang menyiarkan drama Halimah Jongang tidak mempunyai masalah dengan apa yang dikatakan masalah sebelum ini," ujarnya.

Pun begitu, Sheera memberitahu dia tidak mahu lagi isu itu dibangkitkan kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya.

Sebelum ini, A.Aida mendakwa Sheera melanggar kontrak termasuk mengambil tawaran daripada produksi lain ketika penggambaran Halimah Jongang.

A.Aida turut menyifatkan Sheera sebagai kurang ajar kerana memotong rambut sehingga menyebabkan berlakunya rombakan skrip dalam drama tersebut.

Akibat tindakan Sheera itu, A.Aida berhasrat mengambil tindakan mahkamah ke atasnya

Dalam pada itu, Sheera memberitahu rezekinya dalam bidang lakonan bertambah murah dan memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah filem iaitu Aku Bukan Tomboy dan Datin Ghairah.

Malah katanya, dia juga baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama arahan Rashid Sibir berjudul Terowong.

"Alhamdulillahlah rezeki saya dalam bidang lakonan masih murah di sebalik pelbagai cerita kurang enak mengaitkan diri saya.

"Saya berlakon bukan baru setahun dua tetapi sejak kecil dan saya pasti ramai pengarah dan penerbit yang telah saya bekerja sebelum ini percaya akan kebolehan saya dan bukan menilai saya dengan satu insiden remeh seperti itu," ujarnya.

Mengambil iktibar tentang perkara yang telah berlaku kepadanya, Sheera menganggap kejadian tersebut sebagai pengajaran untuk mematangkannya sebagai seorang pelakon.

Search Hargai Peminat Anjur Konsert Fenomena

Posted: 05 Oct 2011 06:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock popular Search akan mengadakan 'KonsertFenomena 30 Tahun Search' di tiga lokasi berbeza sebagai tanda menghargai peminat yang menyokong kumpulan itu sejak sekian lama.





Menurut Pengarah Oracle Accord, Jerome Lee, konsert itu akan diadakan di StadiunBatu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November depan, Stadium Yunos, Larkin, JohorBaru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

"Konsert ini akan berlangsung selama tujuh jam bermula dari 5 petang dengan turutmenampilkan band-band tempatan yang lain.

"Peminat Search juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan olehpara penaja," katanya ketika sidang media mengumumkan konsertitu di Annexe Gallery, Central Market, di sini, Rabu.

Search dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitarutama) dan Yazit (dram).

Sementara itu, Amy yang masih dalam rangka perbincangan tentang konsep persembahandan lagu berharap peminat dapat mendoakan kelancaran konsert selama dua jam itu.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat tidak kira generasi baru atau lama yangbanyak memberikan sokongan.

"Saya berharap mereka mendoakan agar segalanya dipermudahkan kerana bukan senanguntuk Search bertahan sehingga menjangkau usia 30 tahun," ujarnya.

Dalam pada itu, pemain gitar bass, Nasir menganggap kejayaan Search diukurberdasarkan tahap kegemilangan genre rock yang kini telah memasuki arus perdana.

"Saya masih ingat pada tahun 80-an, band-band rock hanya dikenali di kenduri kahwindan acara kecil.

"Namun, kami tetap setia dengan perjuangan ini dan akhirnya muzik rock diterima ramaidan berada dalam arus perdana. Kami lihat ibu bapa turut memberikan sokongan kepadaanak-anak untuk menjadi pemuzik.

"Malah kami juga berjaya menarik penajaan daripada badan korporat. Jika dulu genrerock sukar mendapat sokongan tetapi sekarang badan korporat sudah yakin untukmelabur dalam konsert-konsert band rock," katanya.

Tiket konsert ini akan dijual pada harga RM59 di Pulau Pinang dan Larkin manakalaRM69 di Kuala Lumpur bermula 6 Oktober di www.ticketonline.com.my.

Pihak penganjur turut memberikan diskaun 15 peratus jika orang ramai membeli tiket bermula daripada 6 Oktober hingga 13 Oktober depan.

Peminat-peminat Search juga boleh melayari laman web rasmi konsert ini diwww.facebook.com/SEARCH30.

Bagi peminat bertuah yang klik 'like' pada laman sosial itu bakal berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua tiket konsert.

Jep & Shuib (Sepah) Tubuh Sepahtu Tanpa Mamat

Posted: 05 Oct 2011 06:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

"Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

"Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini," katanya sewaktu sidang media 'Sepahtu Bikin Album' di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.





Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
Sheikh Qalam selaku penerbit album Sepahtu.

"Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

"Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan," ujarnya lagi.

Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem "Sepah The Movie" yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

"Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

"Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah," ujar Jep.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.

Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.

Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.

Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.

"Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.

"Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.

"Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single "Cinta Itu Nyawa" yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah," kata Sheikh Qalam.

Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.

"Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment," ujarnya lagi.

Wilma Tepis Tuduhan Ganggu Suami Orang

Posted: 05 Oct 2011 06:50 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Wilma Muhammad (gambar) belum terbuka hati untuk bercinta atau berkahwin lagi selepas suaminya, juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Mahir Effendi meninggal dunia pada Januari lalu.

Lantaran itu katanya tiada istilah untuk dia bercinta dengan suami orang seperti didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu.

"Saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan suami orang sedangkan saya belum terfikir ke arah itu buat masa ini.

"Buat pengetahuan semua, saya belum ada perancangan untuk berkahwin kerana belum terbuka hati," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Nama Wilma kembali hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan suami orang sehingga menyebabkan rumah tangga lelaki berkenaan yang juga aktif dengan kegiatan tabligh berantakan.





Bagaimanapun, pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah ini tidak menolak jika ditakdirkan Allah mengenai jodohnya pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain Wilma turut memberitahu ada terdengar tentang hajat seseorang untuk merisiknya selepas dimaklumkan oleh keluarga.

"Keluarga saya ada memberitahu bahawa ada orang yang bertanya sama ada saya bersedia untuk menerima lamaran atau tidak.

"Tetapi terus terang saya masih menyayangi arwah suami dan sekarang ini mahu menumpukan kepada kerja yang baru bermula pada tiga bulan lalu selain mahu menyara lima orang anak yang masih kecil," katanya yang bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat swasta di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.

Kini dia menyewa di sebuah rumah di Damansara Utama bersama-sama anak-anak yang dijaga oleh ibu mertua dan pembantu rumah.

"Saya perlu teruskan kehidupan dengan kembali bekerja. Namun, saya belum bersedia untuk berlakon walaupun ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk watak wanita bertudung.

"Tetapi untuk masa akan datang saya tidak pasti sama ada akan menerima atau tidak," ujarnya lagi.

Pelakon Elizad Alami Ketumbuhan

Posted: 05 Oct 2011 06:49 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Elizad Sharifuddin (gambar) dijangka berehat selama sebulan daripada aktiviti seni selepas menjalani pembedahan ketumbuhan dalam perut dan apendiks di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Menurut Elizad yang kini sedang berehat di rumahnya, dia tidak mengetahui tentang ketumbuhan tersebut sehingga membuat pemeriksaan doktor gara-gara tidak dapat menahan kesakitan pada bahagian perutnya.

"Saya tidak memberitahu kawan-kawan tentang pembedahan ini dan hanya diketahui oleh orang terdekat. Saya terkejut juga apabila doktor memberitahu saya perlu dibedah untuk membuang ketumbuhan yang besar dalam perut saya.





"Pada mulanya saya ingatkan perut menjadi buncit disebabkan terlalu banyak makan. Rupa-rupanya ketumbuhan itu telah membesar dan merebak ke buah pinggang sehingga menyebabkan perut saya rasa teramat sakit.

"Apabila saya membuat pemeriksaan doktor, terus saya ditahan di hospital itu untuk menjalani pembedahan ketumbuhan serta apendiks," ujarnya kepada mStar Online.

Memandangkan pembedahan tersebut melibatkan bahagian dalaman, jadi pelakon drama Jamilah, I Love You! ini terpaksa mengawal pemakanannya dan mengikut nasihat doktor agar cepat sembuh dan boleh kembali aktif bekerja.

"Selepas pembedahan, saya rasa masih sakit dan berdenyut walaupun doktor ada memberikan ubat tahan sakit dan antibiotik. Kadangkala, saya menangis kerana tidak tahan menanggung kesakitan lebih-lebih ini merupakan pertama kali saya menjalani pembedahan.

"Sekarang, saya sedang menunggu kesan jahitan betul-betul pulih dan kemungkinan boleh kembali bekerja selepas sebulan. Pada 12 Oktober ini, saya perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut," ujarnya lagi.

Temui Bakal Isteri, Halim Othman Rancang Nikah

Posted: 05 Oct 2011 06:48 PM PDT

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 50 tahun.

Halim yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke 47 tahun yang disambut pada 28 September lalu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun hadapan.

Ditanya mengenai bakal isterinya itu, Halim berkata dia tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut kerana takut perancangan untuk berkahwin tidak menjadi.

"Apa yang pasti saya akan mengakhiri zaman bujang sebelum usia mencecah 50 tahun.





"Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik kerana arwah ayah saya juga berkahwin ketika usia 50 tahun," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Halim berkata dia semakin selesa mengendalikan pagi Breakfast @Suria bersama-sama Sharifah Shahira (Sheera) dan Zizi.

Baginya tumpuan mereka adalah bukan untuk mengejar kedudukan siapa paling hebat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati pendengar dengan menyediakan hiburan serta informasi berguna.

"Untuk saya untuk mengejar nama dalam bidang ini sudah berlalu kerana kini apa yang lebih penting adalah untuk memenuhi kehendak pendengar," ujarnya.

Album Pertama Buat Akim (AF7) Teruja

Posted: 05 Oct 2011 06:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Afiq Hakim Ahmad atau Akim (AF7) memberitahu teruja dengan pembikinan album pertamanya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Akim berkata, dia berasa seronok kerana dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam pembikinan album itu dan tidak hanya mengharapkan pihak penerbit melakukan untuknya.

"Saya terlibat secara keseluruhan pembikinan album tersebut daripada mencipta lagu kepada proses rakaman.






"Memandangkan ini adalah album pertama saya gembira pandangan dan idea saya diterima untuk menghasilkan album ini," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu Akim berkata, menerusi album yang masih belum mempunyai judul itu, ia bakal memuatkan lapan buah lagu.

Tambahnya, dia bekerjasama sepenuhnya dengan komposer tempatan untuk menghasilkan album tersebut.

Sementara itu, Akim turut memberitahu dia gembira apabila filem pertama lakonannya, Horay Horay bakal ditayangkan pada Mac tahun hadapan.

Filem arahan Saw Teong Hin itu turut menampilkan Killa Fairy, Adibah Nor dan Harun Salim Bachik.

"Saya sudah bekerja dengan Teong Hin sebelum ini melalui drama "Kau dan Aku" dan apabila mendapat tawaran tersebut saya tidak berfikir panjang.

"Melalui filem pertama ini juga saya dapat melebarkan sayap dalam bidang lakonan apabila ke tahap seterusnya dan tidak sabar untuk melihat reaksi penonton terhadap filem ini," ujarnya.

Selain itu, Akim memberitahu untuk filem berkenaan dia turut merakamkan tiga buah lagu nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman.

"Filem berkenaan ada menyelitkan elemen muzikal dan di dalam tersebut ada babak di mana saya akan menyanyikan lagu dendangan Allahyarham," katanya.

Akim berkata, walaupun mempunyai pengalaman berlakon dalam drama bersiri sebelum ini, "Horay Horay" memerlukan dia bersedia dengan lebih teliti sebelum datang ke set penggambaran selain banyak membuat kajian terhadap watak yang dibawa.