Adsense

Rabu, 14 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


Maher Zain Akan Bertandang Ke Sarawak Pada 19 Nov Depan

Posted: 14 Sep 2011 05:11 AM PDT

KONSERT MAHER ZAIN DI SARAWAK

Selepas menghangatkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari lalu, Maher Zain kini sedia kembali ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di sini. Cuma kali ini, penyanyi yang popular dengan lagu Insya-Allah itu memilih Bandaraya Kuching sebagai lokasi konsert.

Konsert yang dinamakan Maher Zain Live In Sarawak ini dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November hadapan.

Kepada yang teringin untuk menyaksikan konsert Maher Zain tu, anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM103, RM203 dan RM303. Bagaimanapun, jika anda membuat pembelian dari 19 September sehingga 2 Oktober, anda berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.

Untuk tempahan, anda boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian TicketCharge di 03-92228811. Untuk mendapatkan tiket VIP, anda boleh menempahnya dengan menghubungi talian hotline Marctensia iaitu 03-20921199 atau emel ticketing@marctensia.com

Zon Artis: Ada sesiapa nak sponsor tiket kat kitorang? Hee..

Related Posts with Thumbnails