Adsense

Sabtu, 9 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Puaka ke Fina?

Posted:

Puaka ke Fina?

Puaka ke Fina?



Mak aih..apa yang puaka-puaka ni? Joyah pun terkejut juga bila ada yang berani nak jadi lebih lancang dari Joyah! Haha.

Semuanya pasal kisah Fina AF9 yang dikatakan berlagak diva dan tak jaga mulut semasa menjalani sebuah sesi penggambaran bersama sebuah agensi media baru-baru ini.

Banyak cemuhan yang diterima oleh Fina dek penangan insiden itu. Betul ke mulut dia memang jahat? Isk, Joyah macam tak percaya sahaja.

Joyah pun dah baca penafian Fina dalam beberapa blog hiburan tempatan baru-baru ini. Kata Fina dia mohon maaf andai ada salah dan silap daripada pihaknya.

Biasalah kalau ada yang terasa hati, hidup kita kan tak lari daripada melakukan kesilapan. Andai Fina sudah tersedar, itu sudah cukup baik untuk dirinya.

Hidup kita ni saling memerlukan, jadi tak perlu nak tunjuk belang kalau ada yang bersarang di hati. Ini nasihat Joyah pada Fina sahaja.

Joyah bukan nak tuju kata-kata nasihat ni kepada Fina seorang sahaja, artis lain pun kenalah prihatin juga bab-bab macam ni.

Senang cerita, kalau tak nak orang mengata, jangan buat perangai tak elok. Gitu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orang lemah sentiasa mencari salah orang lain

Posted:

Orang lemah sentiasa mencari salah orang lain

Orang lemah sentiasa mencari salah orang lain

DALAM dunia ini, ada macam-macam ragam manusia. Ada yang suka melakukan pelbagai kerja untuk memperbaiki status diri dan ada yang hanya suka duduk diam, sekadar berpuas hati dengan apa yang mereka sudah ada.

Dan yang lebih teruk lagi ialah, spesies yang tidak berbuat apa-apa, tetapi hanya pandai mengata kepada orang yang berbuat 'apa-apa' itu tadi.

Saya menulis begini apabila saya melihat ada usaha yang memburuk-burukkan artis yang muncul di Fiesta Bera yang sedang berlangsung di Tapak Expo, Majlis Daerah Bera bermula Jumaat lalu.

Khabarnya ada ruangan khas dibuka di laman sosial facebook untuk 'memulaukan' konsert Pancaindera di Fiesta Bera.

Bagaimanapun acara digelar Santai Pop Yeh-Yeh Pancaindera itu sudah pun berlangsung malam tadi. Syukurlah tak ada sebarang perkara luar jangkaan yang terjadi. Maknanya pada ketika ada sesetengah kerat manusia tidak suka, lebih ramai lagi yang suka dan cinta.

Kami bantah konsert Pancaindera di Fiesta Bera- demikian fanpage itu dinamakan.

Bagaimanapun penyertaannya tidaklah ramai mana, jadi fahamlah saya yang tidak semua orang tewas dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak berkenaan.

Suka saya jelaskan di sini, semenjak 10 tahun lalu, konsert Pancaindera dilangsungkan tanpa sebarang masalah.

Kami tidak sama sekali membawa anasir mengarut, jauh sekali menghidangkan hiburan penuh sosial.

Ini kerana apa yang Pancaindera bawa bukanlah hiburan yang melampaui batasan. Hiburan sekadar untuk membawakan keceriaan, riang-ria dan mengubat jiwa lara, sambil bertemu dengan pembaca kami yang selama ini sangat mendokong.

Ia bukan sekadar konsert atau acara hiburan gegak gempita yang dibayangkan oleh pihak berkenaan. Pancaindera hadir bagi menghulurkan persahabatan, menjalinkan kemesraan melalui anak-anak seni ini yang rela hati berkampung beberapa hari di lokasi pilihan kami.

Apatah lagi daerah Bera yang lokasinya agak tersorok, sememangnya jarang disinggahi oleh artis-artis kita, maka sejak lebih lima tahun lalu, hampir saban tahun Pancaindera hadir membawakan keceriaan itu di daerah berkenaan.

Sementelah kehadiran artis ini bukan hanya untuk berseronok-seronok. Sebelum dan selepas acara hiburan, mereka bersantai bersama orang kampung, bertanya khabar dan saling mendorong.

Pelbagai aturcara juga menanti mereka, termasuklah kerja-kerja kemasyarakatan.

Artis sanggup berkotor dan berlumpur untuk bersama dengan masyarakat mengecat surau, bergotong royong, menziarah orang susah dan macam-macam lagi. Sebelum ini, mereka pernah bersama-sama membersihkan kubur, menjengah orang tua dan menjengah anak-anak malang di rumah perlindungan, apakah ini anasir buruk?

Lalu, tidak adakah sedikit ruang untuk kita menghargai mereka dalam soal ini?

Mengaitkan artis dengan hal-hal hiburan semata-mata adalah sangat tidak adil. Dan meletakkan masalah moral remaja kita di bahu artis kononnya sebagai contoh buruk, lebih daripada sekadar tidak adil.

Peranan mereka sebagai insan yang menabur banyak bakti dan jasa kepada masyarakat juga wajar dilihat melalui skop yang lebih luas. Banyak kebaikan yang dibawa melalui seni, itu pun kalau kita melihat dengan mata hati.

Jadi sebelum mengundur diri, pesan saya kepada yang sering mencari salah, jangan pandang orang lain sebelah mata. Suatu hari nanti orang lain pula yang akan memandang kita tanpa sebelah mata pun. Renung-renungkanlah.

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada pelakon Fizo Omar dan keluarganya atas pemergian ayah tercinta ke rahmatullah. Al-Fatihah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.