Adsense

Jumaat, 15 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Album Imam Muda Memecah Tradisi Kini Di Pasaran

Posted: 15 Jul 2011 08:08 PM PDT

Album Imam Muda 'Memecah Tradisi' Kini Di Pasaran.

Penantian lebih 10 minggu akhirnya terjawab apabila pensyarah berusia 26 tahun, Mohd Hassan Adli Bin Yahaya @ Yahuza diumumkan sebagai Imam Muda Terunggul di malam Kemuncak Imam Muda Musim Kedua yang turut disiarkan secara langsung di Astro Oasis saluran 106. Susulan daripada sambutan dan respon baik yang telah diberikan umum, KRU Studios dengan kerjasama Astro Oasis mengambil langkah strategik dengan menerbitkan album kompilasi Imam Muda 'Memecah Tradisi'.

imam-muda

Album yang julung kali diterbitkan ini mengandungi 8 buah lagu yang terdiri daripada 2 buah lagu baru ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Edry Abdul Halim iaitu `Pejuang Agama' nyanyian Imam Muda 2 dan `Ujian Hidup' nyanyian Imam Muda 1 pada musim yang pertama. Istimewanya album ini turut memuatkan sebuah lagu bonus yang juga merupakan lagu tema Imam Muda, dinyanyikan secara berduet oleh penyanyi-penyanyi yang diminati ramai iaitu Mawi dan Akhil Hayy. Selain itu terdapat 'Zikir' dan 'Selawat Ke Atas Nabi S.A.W ' yang didendangkan oleh Imam Muda 1. Khas buat penggemar yang menggemari muzik instrumental, album ini tidak ketinggalan menampilkan lagu-lagu bonus instrumental seperti `Pejuang Agama',`Ujian Hidup' & `HambaMu'.

album-imam-muda

Kemuncak Imam Muda Musim Kedua telah menampilkan 2 Imam Muda iaitu Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul sebagai 2 calon Imam Muda yang terpilih ke Kemuncak Imam Muda. 8 Imam Muda yang lain iaitu IM Ali, IM Azlan, IM Fadli, IM Fattah, IM Najdi, IM Ammar, IM Mujahid dan IM Fakhrul telah menamatkan pengajian mereka di Imam Muda terlebih dahulu. Imam Muda Musim Kedua ini juga telah menampilkan 2 peserta dari Brunei dan Singapura iaitu Imam Muda Fadhli dari Brunei dan Imam Muda Mujahid dari Singapura.

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat. Pogram ini diterbitkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pogram ini bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia, mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Album Imam Muda 'Memecah Tradisi' kini dipasaran dan boleh didapati di rangkaian Giant, Rock Corner dan Speedy yang berhampiran dengan harga RM19.90 atau anda boleh melayari ke Facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Senarai Peserta Imam Muda Astro Oasis
  • Astro Mencari Imam Muda Terbaik di Malaysia
  • Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda
  • Senarai Nama Peserta Calon Imam Muda 2
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Hizbur & Asyraf Siapa Juara Imam Muda Musim Pertama
  • Senarai Murshid Imam Muda Musim 2
  • Asyraf Juara Imam Muda Musim 1
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Maxis Perkenal Blackberry Playbook di Malaysia

    Posted: 15 Jul 2011 08:02 PM PDT

    MAXIS MEMPERKENALKAN BLACKBERRY PLAYBOOK KEPADA PELANGGAN DI MALAYSIA
    Pelanggan boleh mendapatkan BlackBerry PlayBook digabungkan bersama Pelan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) untuk telefon pintar BlackBerry mereka serendah RM990

    Para pelanggan Maxis akan berupaya menikmati peranti tablet ultra-mudah alih pertama di Malaysia berikutan pelancaran BlackBerry® PlayBook™. Maxis Berhad ('Maxis'), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, telah melancarkan tablet tersebut di sebuah majlis eksklusif yang berlatarkan pemandangan Kuala Lumpur di The View di Aras 29, G Tower. Acara eksklusif itu menyaksikan seramai 300 ahli-ahli media dan juga para pelanggan berkumpul bersempena satu malam yang bertemakan peranti-peranti terbaru, makan malam, tarian serta cabutan bertuah. Sebanyak 20 tetamu bertuah turut membawa pulang pelbagai peranti dari BlackBerry.

    photo 1

    Jean-Pascal Van Overbeke, Ketua Pegawai Operasi Maxis berkata, "Maxis sentiasa giat dalam membawa masa depan kepada pelanggan kami; dan menghiburkan mereka dengan pelbagai pengalaman komunikasi yang mantap. Kami telah melabur ke arah pembinaan satu ekosistem yang memenuhi keperluan komunikasi mereka – dengan membekalkan mereka dengan peranti-peranti, pelan, liputan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Kami amat berbangga pada hari ini kerana dapat melancarkan tablet terbaru yang sofistikated ini, iaitu BlackBerry PlayBook, secara julung-julung kalinya, eksklusif buat para pelanggan kami. Selain itu, kami juga memberikan tawaran istimewa bagi Pelan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) kepada para pelanggan kami dalam usaha membekalkan suatu pengalaman komunikasi yang bermakna kepada mereka. Pada hari ini, pelanggan Maxis menikmati rangkaian jalur lebar tetap dan tanpa wayar yang terluas di Malaysia. Komponen yang penting dalam perkhidmatan Maxis ini membekalkan para pelanggan dengan kelajuan yang lebih tinggi serta liputan yang lebih meluas; yang semestinya akan membekalkan suatu pengalaman BlackBerry yang optimum, dan membolehkan mereka menikmati penyambungan yang lancar walaupun ketika dalam perjalanan."

    Jean-Pascal menambah, "Maxis secara konsistennya merupakan peneraju telekomunikasi pertama yang menawarkan pelbagai peranti canggih dan yang terbaru kepada pelanggan kami, dan kami juga amat berbangga untuk menjadi peneraju telekomunikasi pertama di Malaysia yang melancarkan pelbagai variasi telefon bimbit, peranti, serta penyelesaian tanpa wayar BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004. Sejak itu, kami terus memperkembangkan pilihan peranti BlackBerry kami; sekaligus menawarkan suatu variasi pilihan yang tiada bandingannya bagi para pelanggan kami yang amat mementingkan penggunaan data. Kami juga menawarkan pilihan peranti Android yang terluas di pasaran pada hari ini. Kami amat berbesar hati di atas sokongan lebih 14 juta pelanggan kami di seluruh negara, yang telah membolehkan kami menjadi peneraju utama bidang telekomunikasi negara ini. Acara pada hari ini adalah suatu tanda penghargaan Maxis diatas sokongan mantap yang telah kami terima dari para pelanggan dan juga ahli media selama ini."

    Maxis menawarkan BlackBerry Playbook pada harga yang berpatutan iaitu RM1,599 untuk 16GB, RM1,899 untuk 32GB dan RM2,199 untuk 64GB. Lebih baik, pelanggan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) Maxis yang sedia ada boleh mendapatkan tablet PlayBook ini dari serendah RM990 apabila mereka mengambil pelan data PlayBook 3GB bersama telefon pintar BlackBerry mereka.

    "BlackBerry PlayBook adalah suatu tablet yang berkuasa tinggi serta kaya dengan pelbagai ciri-ciri yang amat bersesuaian untuk kegunaan bisnes mahu pun peribadi," kata Dany Bolduc, Naib Presiden, Malaysia di Research In Motion (RIM). "Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Maxis dalam membawa BlackBerry Playbook ke Malaysia," tambahnya lagi.

    Tablet BlackBerry PlayBook, iaitu penerokaan pertama Research In Motion (RIM) ke dalam arena perkomputeran dan peranti tablet, merupakan salah satu peranti yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2011 di pasaran Malaysia. Antara ciri-ciri menarik tablet ini termasuk berbilang tugas (multi tasking), pengalaman media terbaik, pelayaran web tanpa batasan dengan sokongan Adobe® Flash®, prestasi kelajuan terbaik di dalam industri, serta akses selamat ke data perniagaan (enterprise). Tablet ini juga merupakan suatu peranti sahabat yang baik bagi para pengguna telefon pintar BlackBerry yang mementingkan nilai yang ekonomikal, kebolehpercayaan serta kaya dengan pelbagai fungsi. Ianya bertindak sebagai suatu pintu yang selamat ke dalam data pengguna telefon pintar BlackBerry yang membolehkan mereka mengakses emel, BBM™ (BlackBerry® Messenger), dan pelbagai data lain di dalam telefon pintar mereka.

    Pada awal 2011, Maxis telah menyelesaikan beberapa percubaan untuk teknologi Evolusi Jangka Panjang Generasi Seterusnya ("LTE"), yang meningkatkan kelajuan data serta kapasiti rangkaian sebanyak empat kali ganda. Rangkaian IP Berkelajuan Tinggi Maxis kini telah bersedia untuk menampung lebih banyak lagi perkhidmatan terbaru. Maxis kini bersedia dan komited sepenuhnya untuk mula membuka tirai kepada rangkaian LTE sebaik sahaja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan pengagihan spektrum LTE. Melangkah ke hadapan, Maxis akan terus memperkenalkan teknologi rangkaian dan kandungan yang akan meningkatkan kebolehan para pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan perkhidmatan Internet mudah alih pada peranti pintar mereka; yang meliputi pelbagai bidang termasuk hiburan, bisnes, kesihatan dan pendidikan – perkhidmatan yang akan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia.

    Photo 2

    Ciri-ciri prestasi tinggi utama tablet BlackBerry PlayBook termasuklah:

    • 7" 1024×600 WSVGA skrin sentuh LCD kapasitif
    • Ultra-mudah alih dengan berat kurang satu paun dan ketebalan kurang satu inci setengah: 0.9 lbs (425g) dan 5.1" x 7.6" x 0.4" (130mm x 194mm x 10mm)
    • Pemproses 1 GHz dual-core
    • Sistem operasi (OS) Tablet BlackBerry® dengan sokongan multi-pemprosesan simetrik
    • Pemain semula (playback) audio MP3, AAC dan WMA
    • Sokongan untuk pemain semula (playback) video resolusi tinggi (H.264, MPEG4, WMV) output 1080p HDMI
    • Kamera-dual HD 1080p untuk persidangan video dan rakaman video (3MP depan dan 5MP belakang)
    • Memori 1 GB RAM
    • Kapasiti simpanan dalaman sehingga 64 GB (model 16, 32 dan 64 GB)
    • GPS, Sensor Orientasi (Accelerometer), Sensor Pergerakan 6-Paksi (Giroskop), Kompas Digital (Magnetometer)
    • Pembesar suara dan mikrofon stereo
    • Sambungan Wi-Fi® (802.11 a/b/g/n)
    • Bluetooth® 2.1+sokongan EDR

    Tablet BlackBerry PlayBook boleh didapati di semua cawangan Maxis Center serta cawangan-cawangan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai 17 Julai 2011. Pelanggan Maxis boleh mendail 123 dari telefon bimbit Maxis mereka atau layari www.maxis.com.my/playbook untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry PlayBook dan pakej-pakej yang berkaitan dari Maxis.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The BlackBerry is More Affordable with Hotlink
  • Maxis Delivers Revolutionary BlackBerry® Storm™ in Malaysia
  • Maxis Offers The Blackberry® Curve™ 8900 Smartphone In Malaysia
  • MAXIS TO OFFER FIRST BLACKBERRY PEARL FLIP SMARTPHONE IN MALAYSIA
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Celcom Rewards Its 100,000th Blackberry Customer
  • Maxis Launches The First White Beauty Blackberry
  • The XBerry Party Celcom di Republic Sunway Pyramid
  • Maxis Lancar Google Nexus S Keluaran Samsung
  • PRICE MAXIS IPHONE 3G LAUNCH KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.