Adsense

Isnin, 11 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis

Posted: 11 Jul 2011 05:41 PM PDT

Pada jam 12 tengahari semalam, sesudah selesai rehersal & briefing untuk Anugerah DiGi Wwwow di KL Pac, Budiey terus ke The Gardens, Mid Valley City untuk hadir di Sidang Media Program TV terbaru di Astro Oasis yang diberi nama CUBAAN.

Berkenaan dengan Anugerah DiGi Wwwow yang akan berlangsung pada jam 8 malam ini di KLPac, Budiey bukannya finalis yang dicalonkan dalam anugerah pertama anjuran syarikat telekomunikasi terkenal, DiGi ni, Budiey sekadar hadir untuk menjadi penyampai anugerah untuk pemenang kategori Fave Malaysian Male Online Celebrity. Mmm… agak-agak korang siapa yang akan menang ya. Budiey rasa, kalau diberi pilihan Budiey pilih Aaron Aziz. Huhu, penangan Nora Elena katanya.

Sebenarnya, ramai yang tak tahu tentang anugerah yang menghargai pengguna internet khususnya blogger-blogger yang semakin ramai tumbuh macam cendawan. Rasanya promo untuk awards ini ada disiarkan di kaca TV. Ala, biasa la kan, anugerah tahun pertama memang macam tu, tak berapa orang nak tahu. Tapi kalau setiap tahun dianjurkan mesti orang akan ingat.

Apa-apa pun, kepada semua pemenang dan finalis Anugerah Wwwow DiGi malam ini, selamat maju jaya buat korang. Tahniah sebab korang dipilih sebagai finalis pun dah kira satu kejayaan besar. Budiey juga turut membawa seorang pembaca ke anugerah ini, memandangkan tiket sangat terhad dan pihak DiGi tidak dapat memberi tiket kepada pembaca budiey.com. Sorry eh.

Akhil Hayy Waheeda

Berbalik kita kepada program TV Cubaan ini, setelah melihat trailer, beberapa klip sedutan dari program ini, dapat Budiey katakan program ini adalah satu program prank yang berbentuk dakwah, di mana Akhil Hayy sebagai pengacara akan menerjah orang ramai untuk menguji sejauh mana orang Islam di Malaysia peka dengan isu hukum hakam agama.

Semalam, pengacara dan pendakwah bebas terkenal ini turut hadir bersama isterinya, Waheeda yang bertudung hijab. Lama betul Budiey tak jumpa dengan Waheeda ni, teringat masa mula-mula kerja dengan budiey.com dulu, Budiey pernah buat contest album Waheeda kat blog ni. Kalau korang pembaca setia budiey.com dari dulu, korang mesti ingat lagi. Tapi sekarang Waheeda dah lain dah, tak macam dulu, maksud budiey, imej dan penampilan beliau.

Akhil Hayy Waheeda

Program itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.

Budiey kira, bukan senang untuk buat program prank dalam acuan dakwah seperti ini sebab perancangan dan strategi kena betul dan dirancang sebaik mungkin. Kalau silap perancangan, akan jadi benda lain pulak.

Menjadi hos dan turut sama menerjah orang ramai, membuatkan Akhil Hayy benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.

"Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat. Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri."

Akhil Hayy Waheeda

Hos Program terbaru CUBAAN di Astro Oasis

Sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota, Akhil akui banyak pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.

"Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu. Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu," ceritanya.

Akhil Hayy Waheeda

Turut hadir ialah Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar pula, "Kami di Astro Oasis sentiasa berusaha dan mencari idea baru yang lebih segar dan cocok dengan jiwa penonton masa kini. Dalam masa yang sama mahu menjadi perintis kepada program dakwah dengan formula utama iaitu setiap ilmu yang ingin dikongsi, disampaikan dengan cara yang lebih santai dan menarik. Yang jelas, matlamat kami adalah untuk mendidik masyarakat menerusi setiap program yang ditayangkan."

Jadi, apa kelainan program Cubaan ini dengan program dakwah yang lain. Selain ada drama prank, di mana ianya dilakonkan oleh pelakon upahan yang menyamar sebagai pencetus kepada topik atau isu dan situasi tertentu, Cubaan juga memberi mesej yang jelas dan menarik di mana orang kita mesti suka tengok situasi atau reaksi spontan dari orang ramai. Wah, satu lagi Budiey nak cakap, Cubaan menggunakan lagu tema dari grup Hujan sebagai muzik latar montaj.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita," katanya lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.

Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya.

Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu. via Mstar Online.

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Akhil Hayy Waheeda

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Cafe Akhil Hayy Astro Oasis Dihentikan
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Maizawati Tidak Mahu Jadi Pengacara
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Quotes of The Day: "Cukuplah Menghukum Waheeda" – Akhil Hayy
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Akhil Hayy Akan Saman Blogger
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    16 Peserta Perfect Gentleman Kini Diumumkan

    Posted: 11 Jul 2011 06:23 AM PDT

    16 PESERTA 'PERFECT GENTLEMAN' KINI DIUMUMKAN

    Hanya yang terbaik akan dipilih…

    Kuala Lumpur, 8 July – Pencarian peserta program peserta peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, The Perfect Gentlemen di ntv7 kini berada di peringkat akhir. Selepas 467 orang calon peserta melalui beberapa tapisan dan proses di seluruh negara, hanya 16 jejaka tampan peserta terpilih untuk menyertai rancangan ini. Hos kesayangan ramai, Hoong Jia Hui akan mengacara rancangan realiti berprestij ini dan bakal menghiburkan penonton dengan kehadiran peserta-peserta yang tampan dan bakal mencuri hati penonton.

    _MG_1560

    Saingan sengit bakal bermula! 16 peserta terbaik yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 41 tahun berasal daripada pelbagai negeri termasuklah Kedah, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Mereka telah pun Berjaya menawan hati juri dengan bakat mereka ketika sesi ujibakat. Sesi ujibakat ini telah diadakan di empat lokasi di Malaysia– Johor Baru, Penang, Kuala Lumpur, dan Kuching – yang bermula daripada april sehingga Mei.

    Rancangan The Perfect Gentleman akan bersiaran selama 13 minggu bermula 17 Julai, setiap hari Ahad jam 6.00 petang hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Para penonton bakal menyaksikan peserta kegemaran mereka cuba melepasi pelbagai peringkat yang mencabar yang telah disediakan. Bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober di mana para penonton akan menyaksikan rancangan hebat 'Perfect Gentleman' ynag buat julung-julung kalinya diwujudkan di Malaysia. Menambahkan lagi sensasi rancangan ini, penonton juga akan melihat ragam 16 peserta ini di belakang tabir dengan segmen selama dua minit yang akan disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat , jam 9. 59 malam bermula 11 Julai ini.

    IMG_029536

    Lai Cheah Yee, Pengurus Kumpulan Penjenamaan ntv7 yang bakal menunjukkan trofi berprestij di sidang akhbar hari ini berkata, "ntv7 telah mengambil langkah inisiatif yang besar dengan mengadakan rancangan TV realiti pertandingan peragaan lelaki yang pertama di Malaysia, di mana ia akan member peluang untuk jejaka tempatan mempamirkan pesona dan bakat mereka. Ujibakat yang telah diadakan di empat lokasi di Malaysia, telah berjaya menarik minat seramai 467 peserta yang berani menyatakan keyakinan dan member yang terbaik dari dalam diri mereka."

    Ketika siding akhbar, 16 orang peserta teratas yang dipilih ini akan sekali lagi diberi cabaran ,emperagakan koleksi terkini Lord's Tailor di hadapan tetamu dan media yang hadir. 16 peserta yang terpilih ialah:

    Nama Umur Negeri Pekerjaan
    1. Anson 21 Selangor Agen Insuran
    2. Chris 21 Kuala Lumpur Pelajar
    3. Wilson 21 Johor Pelajar
    4. Vicca 20 Kedah Pelajar
    5. Shyang Wen 18 Kuala Lumpur Pelajar
    6. Ivan 28 Selangor Jurutera
    7. Dennis 41 Selangor Jurulatih Yoga
    8. Jake 24 Johor Jurutera Minyak & Gas
    9. John 19 Sabah Pelajar
    10. Ming Yang 20 Sarawak Chef
    11. Ryan 21 Malacca Pelajar
    12. Joel 30 Selangor Agen Projek
    13. William 27 Johor Pengurus Bistro
    14. Fung 21 Selangor Guru Sekolah Swasta
    15. Kong Jie 21 Sarawak Jurujual/Pemain Bola Keranjang
    16. Gir Shen 21 Kuala Lumpur Pelajar

    Beberapa selebriti tempatan dan antarabangsa akan dijemput menjadi hakim dan tetamu khas antaranya termasuklah pakar penggaya terkenal, pereka pakaian dan usahawan terkenal pada sesi permulaan dan pertandingan akhir nanti. Peserta juga akan mendapat tunjuk ajar dari para personaliti yang berpengalaman mengenai penjagaan penampilan, gaya, komunikasi yang berkesan dan pelbagai lagi.

    Dengan pengalaman dan pembelajaran yang akan mereka timba, mereka akan diuji dalam pelbagai cabaran yang telah disediakan dan hanya 6 orang peserta kan layak mara ke pertandingan akhir. Antara cabarannya ialah pengurusan perniagaan, cabaran fizikal dan mental, etika social, penggayaan diri, rakaman video dan banyak lagi

    Sementara itu, JiaHui yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pengacaraan merupakan pilihan tepat dalam mengacara rancangan The Perfect Gentleman. Pengacara bertubuh genit ini biasa dilihat mengacara rancangan seperti E-Space di ntv7, Eve's Diary, Resipi Warisan, Blissful Life, Heart to Heart dan bermacam-macam lagi. Dia juga pernah dijemput oleh Stesen TV Hunan untuk mengacarakan pertandingan akhir Ratu Cantik Miss STAR dan Ratu Cantik Universe Malaysia yang benar-benar mempamirkan keupayaannya mengacara.

    Dalam rancanagan ini nanti, Cheah Yee menambah, " Sebagai salah seorang penyedia kandungan di dalam Negara ini, ntv7 akan sentiasa cuba mencari bayak lagi bakat rakyat Malaysia dan tiada cara yang lebih baik daripada rancangan siri realiti The Perfect Gentleman".

    'Perfect Gentleman' atau jejaka sempurna akan membawa pulang hadiah- hadiah lumayan serta wang tunai sebanyak RM200,000. Tidak seperti rancangan reality lain, pemenang rancangan ini akan diberi peluang mengasah bakat lakonan dan mengacara sebagai personaliti TV ntv7.

    "Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang bermurah hati di atas tajaan dan sumbangan mereka dalam menjayakan rancangan ini," One FM merupakan rakan media manakala majalah Newicon For Him and Newtide adalah majalah Cina rasmi rancangan ini.

    Siapakah yang akan memenangi The Perfect Gentleman? Jangan melepaskan peluang menyaksikan rancangan realiti ini bermula 17 Julai, setiap hari Ahad, 6.00 petang, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Pertandingan akhir pula akan bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 9 Oktober nanti.

    Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari laman web rasmi The Perfect Gentlemen di www.ntv7.com.my/theperfectgentleman atau laman Facebook rasmi (ntv7.perfectgentleman).

    IMG_029587

    FA_TPGposter_30x40inch_mail

    TV3_2683

    TV3_2702

    TV3_2729

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Show My Starz LG Bertemakan Movie Soundtrack
  • Elyana Tetamu Undangan di My Starz LG
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Fiq Tetamu Istimewa Program Realiti My Starz LG
  • Raja Azura, Azfar OIAM, Ikhwan Hotfm Dalam Friskies… Meow Belai Si Comel
  • PERADUAN TEMAN 2 THE PERFECT GATEWAY
  • Amylea Tersingkir Dari One In A Million
  • Adila & Yazid Peserta Oo La La Pertama Tersingir
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Mentor
  • Aswara Menang Awards di 13th Lyon Asian Film Festival
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.