Adsense

Rabu, 6 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour

Posted: 06 Jul 2011 06:26 PM PDT

Suria Wheels Goreng Tour di seluruh Semenanjung dan Sabah

Salah satu aktiviti bagi memesrakan dan mendekatkan Suria FM dengan pendengar-pendengar setianya, stesen radio yang semakin dikenali dengan konsep lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaru ini akan menganjurkan siri jelajah di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah. Siri jelajah ini diberi nama Suria Wheels Goreng Tour yang mana Crew Suria Wheels akan menjelajah ke beberapa tempat terpilih di seluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah di sepanjang bulan Julai ini.

Hampir 52 tempat yang terpilih akan dikunjungi dan siri jelajah ini juga membawakan konsep busking yang mana artis-artis terkenal tanahair akan turut bersama dan bermain alat muzik secara 'busking' beramai-ramai. Bukan itu sahaja, siri jelajah ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai Suria FM yang akan bersama-sama dengan pengunjung yang hadir nanti.

Pada minggu ini, siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour akan berada di Zon Utara manakala pada minggu hadapan pula akan menjelajah di beberapa kawasan di Zon Selatan. Pada 18 hingga 22 Julai pula siri jelajah diteruskan di Zon Timur manakala pada 25 hingga 29 Julai siri ini akan mengakhiri jelajahnya di sekitar negeri Perak. Antara artis-artis yang terlibat untuk siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour ini ialah Ezad Lazim, Kumpulan Data, Zenny Salihuddin, Kumpulan Slash, Nadia, Yazer, Iqa Mentor, Fiq dan ramai lagi.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti permainan gelung, bola ping pong dan bermacam-macam lagi. Siri jelajah 'Suria Wheels Goreng Tour' ini pastinya mampu memberikan kenangan manis untuk pengunjung yang hadir kerana diberikan peluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka dan ia merupakan peluang yang sukar diperolehi.

Pengunjung yang hadir dan memeriahkan siri jelajah ini sudah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik yang dibawakan oleh Crew Suria Wheels untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma. Layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui jadual lintasan serta orang ramai boleh mengikuti perkembangan siri jelajah ini melalui laman social Facebook ' Crew Suria Wheels Suria FM ' dan Facebook ' Suria FM ' sendiri untuk melihat gambar-gambar yang telah dimuat turun.

Untuk melihat jadual Suria Wheels Goreng Tour dan info lanjut, sila layari: www.suriafm.com.my

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Temui Asfan & Suria Wheels Di Dataran Merdeka
  • Joey BPR, Saleem, Noraniza Idris, Arm di Suria FM Rancak Tour
  • Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • Sekitar Suria FM Rancak Tour di Plaza Metro Kajang
  • SESI ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM DI KUALA TERENGGANU
  • Tagline Baru Suria FM – MUZIK TERBAIK TANPA HENTI
  • Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin di Road Tour Lelong Amal Suria FM
  • Suria FM Rancak Tour Di Kluang Mall & Mydin MiTC
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Feel Good Run Larian Ceria Buat Semua

    Posted: 06 Jul 2011 06:09 PM PDT

    Feel Good Run – HARI YANG MENCERIAKAN BUAT SEMUA

    Seramai lebih 10,000 pengunjung membanjiri Sri Pentas semalam termasuklah 5,000 orang pelari yang mengambil bahagian dalam acara Feel Good Run yang julung kalinya diadakan pada hari ini. Kehadiran lebih daripada 70 selebriti menceriakan lagi acara larian amal ini pada Ahad, 3 Julai 2011, yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Jika itu belum mencukupi, penganjur telah pun membariskan 10 persembahan hebat dan sebuah karnival yang tak mungkin dilepaskan termasuklah pesta riang-ria, permainan 'inflatable' dan pelbagai lagi acara sampingan lain untuk menceriakan semua peserta larian dan pengunjung yang hadir.

    Dikira sebagai salah satu acara larian selebriti yang paling berprestij di negara ini, Feel Good Run menggabungkan ramai artis dan personaliti termasuklah Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Nazrudin Habibur Rahman, Phat Fabes, Rina Omar, Julie Woon, Alan Yun, Leslie Chai, Debbie Goh, Cheryl Samad serta blogger seperti Mohd Zulkifli, Niki Cheong dan ramai lagi. Senator Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia turut hadir untuk menyokong dan berlari dalam kategori 3 km.

    Larian amal riang ria ini adalah antara acara larian terbesar yang pernah diadakan di Bandar Utama bersempena ulangtahun ke-13 ntv7 dengan tujuan menyebarkan kegirangan diantara sahabat handai dan seisi keluarga agar sentiasa kekal sihat dan ceria. Saluran Ceria Anda meraikan ulangtahun ke-13 kali ini bersama-sama para pengunjung yang hadir ke karnival semalam.

    Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, "Selamat menyambut ulangtahun yang ke-13 buat warga ntv7! Perjalanan yang ntv7 lalui selama ini amatlah bermakna dan acara hari ini yang disambut meriah bersama keluarga dan rakan-rakan cukup sesuai untuk menandakan signifikannya."

    "Kami lakukannya atas nama kebajikan dan juga keseronokan. Saya ingin mengucapkan tahniah buat keluarga ceria saya di ntv7 untuk ulangtahunnya yang ke-13 dan atas kejayaannya dalam menganjurkan acara yang begitu bermakna ini," kata pengacara The Breakfast Show, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz yang turut serta dalam larian 3km bersama isteri dan anak mereka yang baru sahaja berumur 16 bulan. Naz menggendong anaknya sepanjang larian untuk menunjukkan sokongan.

    Dengan pelbagai tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, acara larian Feel Good Run ini telah pun berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM 142,730 di mana ianya disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM), National Cancer Society of Malaysia (NCSM), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), dan Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

    "ntv7 sangat berbesar hati menerima penyertaan dan sumbangan amal yang amat menakjubkan melalu acara larian amal ini," kata Airin.

    "Kami berharap acara Feel Good Run ini akan menggalakkan rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang sihat dan aktif. Yang paling penting adalah untuk membuat suatu perubahan kepada mereka yang memerlukan. Kami juga berharap dapat melihat acara yang penuh makna ini untuk tahun-tahun yang mendatang," tambah Airin.

    Larian amal yang bermula 7.00 pagi ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan dibimbing oleh rakan rasmi Feel Good Run iaitu pusat kesihatan Celebrity Fitness. Pelepasan larian pula bermula sejurus 7.30 pagi dimana titik mula dan akhir untuk semua kategori ialah di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. Laluan larian ini ialah di sekitar kawasan Bandar Utama.

    Hujan yang turun sejurus acara larian tamat tidak menjejaskan kemeriahan acara berprestij ini. Bintang hebat daripada siri realiti TV, seperti Dina (naib juara Malaysian Idol musim pertama), John Wee (juara Project Superstar musim pertama), dan Shila Amzah (naib juara One In A Million musim kedua) meneruskan acara ini dengan menyampaikan lagu-lagu hits mereka di pentas utama. Turut tidak ketinggalan, persembahan menarik daripada Dreamgirls: The Broadway Musical Sensation, Glitz, Maestro NASOM, BMX Freestyle, persembahan yo-yo, serta persembahan daripada pasukan sorak, Pirates All Boys.

    Dengan harga penyertaan sebanyak RM 25 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak, para peserta bukan sahaja dapat menyertai larian ini bersama selebriti kegemaran dan menyihatkan tubuh badan mereka, malah mereka akan diberi satu kit larian yang disertakan dengan dengan kemeja-T, botol air, tuala muka, dan pelbagai lagi barangan daripada pihak penaja. Para pelari juga menerima cenderahati dalam bentuk pingat dan dianugerahkan dengan sijil tamat larian. Antara barisan kategori-kategori yang memeriahkan larian amal ini ialah:

    1) Feel Good Run – 7 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    2) Run with Celebrities – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    3) Costume Fun Run – 3 km, berumur 13 tahun dan ke atas
    4) Kids Run – 700 m, berumur 12 tahun dan ke bawah

    Acara Feel Good Run dianjurkan bersempena sambutan ulangtahun ntv7 yang ke-13 dan bertujuan untuk membawa keseronokan bersama rakan-rakan, mahupun bersama seisi keluarga selain untuk kekal sihat dan ceria.

    u

    h

    m

    f

    b

    a

    k

    j

    l

    i

    g

    r

    p

    v

    s

    o

    n

    d

    e

    c

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Feel Good Run NTV7 2011
  • ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011
  • Jom Lari Bersama Selebriti di Feel Good Run ntv7
  • Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009
  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.