Adsense

Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mahu terus luas empayar

Posted:

Mahu terus luas empayar

Mahu terus luas empayar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RIDUAN ZAINAL
dan ihsan KRU STUDIOS



SEMUANYA bermula dengan wang sejumlah RM2,000 yang diberikan oleh syarikat rakaman ternama, EMI untuk trio adik-beradik ini merakamkan album sulung mereka, Canggih pada tahun 1992.

Meskipun menerima pelbagai kritikan hanya kerana memperjuangkan irama rap yang masih lagi baru ketika itu, namun KRU tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang.

Visi mereka hanya satu iaitu menghasilkan muzik yang berkualiti sekali gus meletakkan nama mereka di tahap tertinggi.

Siapa sangka muzik KRU berjaya memecah tradisi pasaran muzik pada waktu itu yang didominasi genre pop dan rock sekali gus menjadi penyanyi berkumpulan kegilaan remaja.

Dalam diam, usia pembabitan KRU dalam bidang seni sudah mencapai 19 tahun yang pastinya bukan satu jangka masa yang singkat.

Sudah pasti dalam tempoh itu, pelbagai onak duri telah ditempuhi oleh Norman Abdul Halim dan dua adiknya, Yusry dan Edry dalam memperjuangkan misi KRU dalam bidang seni.

Kesungguhan dan kesabaran merupakan tunjang utama kepada kejayaan KRU sehingga berjaya mencipta sebuah empayar seperti mana yang dapat dilihat hari ini.

Semuanya dapat dibuktikan dengan penubuhan KRU Studios yang tersergam indah di tanah seluas 15 ekar di Cyberjaya, Sepang, Selangor yang mula beroperasi sejak 1 April tahun lalu.

"Kalau kami renungkan kembali apa yang sudah kami lalu, KRU sendiri tidak pernah menyangka begitu banyak pengalaman yang kami perolehi.

"Semuanya sudah kami rasai. Pahit, manis, susah dan senang semuanya kami telah harungi untuk membina jenama kami. Sudah pasti, ia bukan satu tempoh yang singkat dan laluan yang mudah untuk diambil.

"Namun begitu, kami tidak pernah lupa asal-usul kami bagaimana mula-mula kami mahu menapak dan membina nama sebagai artis. Semua itu menjadi pegangan kami sehingga ke hari ini," ungkap Norman penuh luhur sewaktu ditemui pada sidang akhbar usai majlis ulang tahun ke-19 penubuhan KRU di KRU Studios, Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Daripada menjadi seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik, Norman, Yusry dan Edry, perlahan-lahan mengembangkan sayap seni mereka dengan mengorak cabang lain.

Yusry dan Edry misalnya, masing-masing sudah membuktikan kehebatan mereka sebagai pengarah filem dengan meneroka genre filem baru yang berjaya mendapat tempat di hati peminat.

Lihat sahaja bagaimana Yusry mencipta fenomena luar biasa menerusi filem Cicak-Man dan Hikayat Merong Mahawangsa manakala Edry pula dengan Magika.

Norman pula lebih selesa memainkan peranan sebagai penerbit eksekutif untuk filem-filem terbitan KRU Studios dan mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan skrip.

Buktinya, filem Karak yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini telah mendapat kutipan pecah panggung sehingga mencecah RM4 juta.

Ditanya mengenai resipi kejayaan mereka sehingga mampu bertahan selama 19 tahun di dalam industri, Edry menjelaskan semuanya berlandaskan profesionalisme di mana mereka bertiga sama sekali tidak mencampur aduk antara peribadi dan kerjaya.

"Masing-masing ada tugas tersendiri dan sejak dulu lagi, kami ada portfolio masing-masing. Memang ada yang berkata kalau menjalankan perniagaan keluarga ini tidak akan mampu bertahan lama.

"Tetapi kami telah membuktikan sebaliknya. Apa yang penting adalah sentiasa bersama dan bersatu antara kami adik-beradik. Setiap masalah diselesaikan dengan cara baik dan penuh diplomasi.

"Walaupun ada kalanya kritikan pedas perlu kami telan tetapi kami menganggap semuanya adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Dalam konteks ini, kami menjadikan Walt Disney dan Warner Bros. sebagai inspirasi untuk meluaskan pengaruh empayar kami. Siapa tahu ada orang lain yang akan meneruskan legasi kami nanti," jelas Edry yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-23 tahun lalu menerusi filem Magika.

Melihatkan keseriusan KRU dalam merancakkan industri perfileman tempatan, ada yang bertanya apakah trio popular ini tidak mahu meneruskan lagi bidang nyanyian yang telah melonjakkan nama mereka dulu?

Sambil ketawa kecil, Norman menjelaskan dalam usia mereka sekarang ini agak mustahil untuk mereka kembali mewarnai dunia nyanyian lantaran komitmen dan kesibukan masing-masing.

Lagipun katanya, zaman mereka sudah berlalu dan bagi mereka untuk kembali seperti dahulu adalah mustahil.

"Dengan ini, saya mengumumkan secara rasmi bahawa kami memang sudah bersara dari dunia nyanyian tetapi kami tetap akan menghasilkan lagu terbaru yang sesuai dengan usia kami.

"Alhamdulillah, percubaan kami menghasilkan lagu Ganas membuahkan hasil dan diterima dengan baik oleh peminat setia kami serta peminat baru," ujar Norman sambil dipersetujui Yusry dan Edry di sebelahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lisa Wong muka baru Bella

Posted:

Lisa Wong muka baru Bella

Lisa Wong muka baru Bella

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NURUL AKMA SAMSUDIN dan SITI ASMAD MAMAT (Pelatih Unimas)


LISA akan menemui penonton setia Bella pada siaran setiap hari Ahad rancangan berkenaan.


SETELAH dilanda kontroversi rentetan daripada pengunduran Shasha Saidin sebagai salah seorang daripada empat pengacara rancangan Bella, kini rancangan bual bicara fokus kepada wanita itu menampilkan muka baru sebagai pengacara bersama.

Mula mengendalikan rancangan Bella untuk siaran Ahad, Bella menampilkan Lisa Wong sebagai kolaborasi terbaru di samping tiga lagi pengacara tetap rancangan berkenaan iaitu, Daphne Iking, Deborah Henry dan Elaine Daly.

Kehadiran Lisa sebagai pengacara bersama itu dilihat memberikan sinar baru kepada Bella dalam mengupas isu-isu berkaitan wanita, keluarga dan gaya hidup yang menjadi teras rancangan terbitan NTV7 itu.

"Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang bersama dalam Bella memandangkan saya sememangnya berminat dengan rancangan ini.

"Setelah bersama dengan Bella lebih kurang dua bulan bermula April lalu, saya semakin seronok dalam mengacara rancangan ini," jelas Lisa Wong ketika ditemui pada majlis sepetang bersama Bella yang dianjurkan oleh Bvlgari di Suria KLCC, baru-baru ini.

Tambah wanita berdarah campuran Sri Lanka dan Cina itu, apa yang membuatkannya tertarik dengan Bella adalah kandungan yang diketengahkan.

Baginya, Bella adalah landasan terbaik dalam usaha memberikan maklumat berguna kepada para wanita selain memangkin semangat untuk wanita terus bersedia menempuhi cabaran kehidupan.

"Saya sendiri sememangnya berminat dengan topik-topik berkaitan dengan gaya hidup. Itu membuatkan saya semakin teruja untuk bersama dalam Bella.

"Selain itu, Bella saya lihat sebagai satu rancangan yang membolehkan saya berkongsi minat dan maklumat dengan wanita-wanita lain di luar sana.

"Saya juga boleh memberikan panduan dan dorongan agar wanita lebih bersemangat untuk terus memajukan diri sekali gus menjadikan kehidupan ini lebih bermakna," jelasnya yang kini sudah 12 tahun terlibat dengan dunia penyiaran.

Selain itu katanya, apa yang cuba disampaikan melalui segmen yang dikendalikan melalui Bella adalah kupasan topik berkaitan gaya hidup.

"Saya cuba untuk mengupas isu-isu berkaitan dengan kehidupan kini dan saya cuba untuk bersama menaikkan semangat wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan," kata personaliti berusia 34 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.