Adsense

Isnin, 20 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur

Posted: 20 Jun 2011 05:32 AM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • PESTA JORAN TAHUN MELAWAT KEDAH 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    DiGi Taja Konsert Rock GIG TV9 di i-City

    Posted: 20 Jun 2011 03:37 AM PDT

    GiG PENCETUS KREATIVITI REMAJA!

    Para remaja kita kini begitu menginginkan pembaharuan, khususnya penonton setia TV9. Kesedaran ini telah mencetuskan idea antara TV9 dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd ("DiGi") untuk menghasilkan satu acara yang pasti menggegarkan persada seni tanah air iaitu karnival dan konsert rock GiG pada 9 dan 10 Julai 2011 bertempat di I-City Shah Alam.

    DiGi selaku penaja utama kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada golongan remaja dan begitu juga TV9 kerana para remaja inilah yang bakal menjadi peneraju negara.

    Para remaja masa kini amat kreatif dan minat mereka terhadap muzik amat mendalam sekali. Karnival dan konsert rock GiG yang dibawakan oleh DiGi selama dua hari ini merupakan salah satu cara untuk mereka mengekspresikan diri dengan lebih kreatif iaitu menerusi muzik. Antara aktiviti menarik disediakan untuk mereka adalah pertandingan "Battle of the Indie Bands", sesi Karaoke, bengkel muzik yang dikendalikan oleh pemuzik yang berpengalaman dan profesional serta dua (2) konsert untuk 2 hari berturut-turut sebagai acara kemuncak.

    GIG logo final

    Selain daripada itu, bazaar indie juga turut disediakan kepada para remaja yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan mengusahakan produk-produk mereka yang tersendiri.

    Konsert GiG pertama yang berlangsung pada 9 Julai 2011 (Sabtu) akan menampilkan kumpulan Indie Rock tempatan yang popular seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay popular Hotfm iaitu Ikhwan dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

    Kumpulan Hujan

    Manakala bagi hari keduanya pula, iaitu 10 Julai 2011 (Ahad), Konsert GiG ini akan dijayakan oleh kumpulan muzik yang mempunyai nama besar dan terkenal di persada seni tanah air seperti Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Konsert meriah pada malam kedua ini akan diceriakan oleh Faizal Ismail selaku pengacaranya. Lebih menggegarkan adalah apabila konsert ini akan dibawakan oleh DiGi secara langsung di TV9 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

    Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Feisal Malik, "Kami percaya generasi muda kini lebih kreatif dan inovatif dalam mengekspresikan diri mereka dari pelbagai segi. Muzik terutamanya dapat meluahkan perasaan serta menyampaikan pesanan positif oleh seseorang dan itu yang ingin kami lakukan, iaitu memberi titik permulaan kepada golongan remaja Malaysia yang sedia menyahut cabaran ini."

    "GiG ini bertujuan untuk menghargai penonton sasaran remaja kami dan mengubah persepsi orang ramai perubahan TV9 yang kini lebih segar dan kontemporari. Perubahan ini mengaktifkan para remaja untuk sentiasa berinteraksi menerusi muzik. Ini juga merupakan permulaan kepada mereka untuk bertapak dalam memajukan diri mereka di dalam bidang yang diminati, dan paling utama, orang ramai sedar akan kewujudan mereka," tambah beliau lagi.

    Sementara itu, Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang pula berkata, "DiGi sentiasa mencari peluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik dan relevan dengan gaya hidup para remaja seperti muzik yang dapat membuka peluang untuk mereka berinteraksi dan berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan remaja yang lain. Pada masa yang sama, aktiviti ini mungkin juga menjadi platform bagi mereka menukar menjadikan minat kepada peluang kerjaya."

    Untuk memeriahkan lagi acara GiG, DiGi akan menganjurkan peraduan "Konsert GiG – VIP Treatment" khas untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GiG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 diantara 13 hingga 30 Jun 2011.

    Dua (2) peserta yang membuat isian semula tertinggi dalam tempoh pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Bersama dengan 4 orang rakan mereka, pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah yang berupa layanan VIP termasuk 5 pas VIP ke Konsert Rock GiG, penginapan 2 malam di hotel 5 bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, 5 helai kemeja-T edisi terhad dan 5 helai poster GiG.

    Battle of the Indie Bands yang akan diadakan pada 9 Julai akan menampilkan lapan (8) kumpulan Indie yang bakal bertanding bagi merebut tempat untuk meneruskan persembahan mereka pada keesokan hari. Kumpulan-kumpulan Indie tersebut adalah Skudap Skudip, Oh Chentaku, Bintang Batu, Pheelers, Broken Riffs, The Jespers, BeforeAfters dan Pop Konspirasi. Juara pertandingan Battle of The Indie Bands ini akan menerima wang tunai RM 8000.

    Untuk memulakan kehangatan acara GiG ini, satu showcase GiG TV9 telah diadakan di Klang Parade pada 18 Jun 2011 lalu bersama Aizat dan diikuti dengan kemunculan kumpulan Hujan di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 25 Jun depan dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

    Noh Hujan

    Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar

    Ketua Pengurusan Perhubungan Pelanggan & Analisis, Francis Chang

    upacara menandatangani gitar

    _DSC4541

    bersama kumpulan yang akan terlibat dalam Konsert GiG TV9

    8 kumpulan terpilih untuk Battle of the Indie Bands (2)

    Pesawat

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • MTV World Stage Malaysia With 30 Seconds To Mars & Pop Shuvit
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • ROCK THE WORLD 10 di Stadium Bukit Jalil
  • Wings Cipta Sejarah Siar Konsert Live Streaming
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • DiGi Live K-pop Party 2011
  • Konsert Ungu di Ruums Life Centre Kuala Lumpur 9 Ogos
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.