Adsense

Khamis, 30 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Fazura & Fauziah Gous Bertudung Dalam Tahajjud Cinta.

Posted: 30 Jun 2011 05:16 AM PDT

Selebriti popular seperti Fazura & Fauziah Gous tampil bertudung litup ketika sesi beramah mesra bersama pelakon Tahajjud Cinta yang berlangsung di Sri Pentas, semalam. Sejuk mata kami memandang keayuan kedua-dua pelakon ini, bagaikan gadis melayu terakhir.

Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Kredit gambar : TV3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Preview Baju Perkahwinan Tomok & Ayu.

Posted: 29 Jun 2011 11:43 PM PDT

Ramai yang sudah maklum dengan perkahwinan Tomok & Ayu yang akan berlangsung di rumah pengantin perempuan, esok hari. Kali ini, Hatta Dolmat telah diberi kepercayaan untuk menyiapkan baju perkahwinan mereka berdua.

Sedikit preview untuk kalian, tapi sayang tak boleh nak tengok baju perkahwinan tersebut dalam versi berwarna. Mungkin Hatta Dolmat tak nak pengantin hilang serinya besok, kan?

Menurut Hatta Dolmat, busana perkahwinan Ayu mendapat inspirasi daripada royal wedding sentuhan kontempori moden. Di bahagian bahu, terdapatnya kemasan yang berkonsepkan bidadari iaitu failing angel, sesuai dengan judul sebuah lagu Tomok.

Semalam, OHBULAN! menerima panggilan telefon daripada Tomok yang menjemput pihak kami ke majlis perkahwinannya pada 6hb di Saloma Bistro. Tak sabar rasanya nak tengok Tomok naik pelamin, congrats bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.