Adsense

Selasa, 21 Jun 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


PRODUKSI MAKIN BESAR KEPALA??

Posted: 20 Jun 2011 10:56 PM PDT

Dunia penerbitan filem dan drama tempatan makin berkembang ibarat cendawan tumbuh dewasa ini. Ia bukan sahaja menyemarakkan industri seni, malah memberi pulangan besar pada penerbit, pengarah dan pelakon itu sendiri.

Namun dalam keriuhan jadual yang padat dan kesungguhan produksi-produksi terbabit menyiapkan filem, drama dan produk lain terbitan mereka, terdapat beberapa pihak yang mula tidak senang dengan sikap segelintir produksi yang ada. Dakwa mereka, krew penerbitan ibarat virus atau samseng yang tidak memperdulikan masyarakat sekeliling atau 'ikut suka dia sahaja'.

"Apa yang mereka tahu ialah mahu menyiapkan sesuatu produk tersebut tanpa mengira kesuaian masa dan tempat. Adakalanya sampai habis sesak jalanraya semata-mata mahu memberi ruang kepada krew penerbitan tersebut membuat shooting. Memanglah ada polis trafik yang menjaga... tetapi polis tu tutup jalan untuk beri ruang pada mereka sampai kami terpaksa menunggu lama," ujar seorang pengadu yang enggan namanya disiarkan.

Tambah seorang lagi pengadu, krew penerbitan filem, drama atau yang lain-lain juga sering mungkir janji bila diberi peluang melakukan shooting. Dakwanya, dia mempunyai pengalaman pahit dengan sebuah produksi drama di mana krew-krew mereka gatal tangan menyelongkar pejabat dan menyepahkan bekas makanan serta minuman merata-rata.

"Kita dah beri mereka peluang melakukan penggambaran di pejabat, tapi mereka sesuka hati menyelongkar meja dan menyepahkan bekas makanan dan plastik minuman. Bukan itu sahaja, malah perjanjian untuk membayar kos elektrik yang berjumlah ratusan ringgit juga tidak dibayar hingga kini," ujarnya penuh emosi.

Tinjauan myartis di Lembah Kiara, Taman Tun Doktor Ismail (TTDI), Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati sebuah produksi yang mahu melakukan penggambaran di situ telah membuat jalanraya bersebelahan sekolah rendah dan taman perumahan sesak dengan kenderaan. Ini kerana, masa penggambaran yang dipilih amat tidak sesuai iaitu ketika ibu bapa sibuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Lebih teruk, ketika itu juga ramai penduduk TTDI sedang bersenam di Taman berhampiran, manakala krew penerbitan tersebut sibuk pula meletakkan kenderaan besar di dalam Taman dan ditepi-tepi jalan tersebut. Meja makan untuk krew dan pelakon pula diletakkan sesuka hati hingga membuat jalan menjadi sempit untuk kenderaan keluar masuk.

Dalam hal ini, sepatutnya sesebuah produksi haruslah pandai menyesuaikan masa melakukan penggambaran tanpa menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang ramai. Janganlah merasa besar kepala disebabkan ada pihak berkuasa yang membantu menjaga jalanraya hingga merasakan dunia ini anda yang punya. Fikir-fikirkanlah....!!


Klik untuk imej besar...


Sesuka hati buat penggambaran... tak kira masa


Letak kenderaan ikut suka...


Tembuk sekolah juga jadi tempat gosok baju...


Tempat jamu selera - macam buka kedai makan...


Ganggu orang ramai bersenam...


Habis jalanraya jadi sesak...



(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011