Adsense

Ahad, 12 Jun 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Saerah buka gerai tepi sungai

Posted: 12 Jun 2011 12:11 AM PDT


Desas-desus dakwa adik Siti Nurhaliza tak lagi hidup mewah selepas kahwin

SEMPENA cuti persekolahan baru-baru ini, Zubir mengambil kesempatan membawa keluarga bercuti panjang ke sebuah resort di Pantai Timur. Selepas menikmati ikan patin gulai tempoyak dan keropok lekor, sebelah malamnya pula Zubir dipelawa beberapa rakan melepak di sebuah pusat hiburan menyaksikan persembahan live band terbaru dari Filipina.
Sedang asyik melayan beberapa lagu kegemaran, tiba-tiba melintas di depan Zubir seorang pemuda yang pernah Zubir lihat sebelum ini, tapi tak ingat di mana. Zubir dimaklumkan seorang kenalan, pemuda berkenaan ialah Saiful Anuar atau Epul, suami Siti Saerah Tarudin. Saerah pula ialah adik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Zubir macam kena loteri saja pada malam itu.

Selang beberapa minit, Epul menghampiri Zubir dan kami bersalaman, namun tidak bercakap apa-apa. Mata Zubir pula melilau mencari kelibat Saerah, manalah tahu dia mengikut suaminya ke pusat hiburan itu. Tidak lama kemudian, Zubir terpandang wajah Saerah di celah-celah ratusan pengunjung yang sedang ligat berdansa pada malam minggu itu. Saerah terus menghampiri Zubir dan melemparkan senyuman, sekali gus bertanya bila Zubir sampai ke sana (Pantai Timur).

Zubir sekadar memberitahu baru sehari dua bercuti, namun tidak berkesempatan bersembang lebih lanjut kerana keadaan sekeliling begitu bingit ditambah bunyi muzik yang kuat, tidak mengizinkan kami meneruskan perbualan pada pertemuan singkat itu. Sebaik saja band berkenaan selesai membuat persembahan, Zubir bersama beberapa rakan, sempat menjamu selera di sebuah gerai berdekatan.

Maka, cerita terbaru Saerah bersama suaminya, Epul rupa-rupanya bersambung pula pada tengah malam itu. Seorang kenalan memaklumkan kepada Zubir, sudah lebih sebulan Saerah dan Epul membuka sebuah gerai kecil di kawasan peranginan popular, Midtown D'Muda atau Esplanade, Benteng di tepi Sungai Kuantan, Pahang.

Saerah dan suaminya menjual kek cawan (cupcakes). Tambah kenalan tadi, Saerah dan Epul turut membawa anak mereka ketika berniaga dan mereka bergilir-gilir menjaga bayi berkenaan sambil melayan pengunjung. Sebiji kek cawan dijual RM4.00.
Maka terdetik di hati Zubir, kenapa begitu terdesak kehidupan Saerah selepas mendirikan perkahwinan sehingga terpaksa membuka gerai yang hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu itu?

Seorang kenalan lain memberitahu, Saerah perlu menambah pendapatan keluarga membantu suaminya yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuantan. Khabarnya pendapatan Epul tidak menentu, justeru, Saerah terpaksa melakukan perniagaan sampingan, maklumlah dengan kehadiran anak yang baru lahir, pastinya pendapatan isi keluarga akan bertambah.

Tapi, ada juga suara nakal di kalangan teman Zubir memberitahu, sekalipun Saerah adik Siti Nurhaliza, dia tidak kisah orang ramai memerhatikannya menjual kek cawan. Gerai Saerah pula hanya selang satu dengan gerai menjual minyak wangi, apabila ada kenalan memaklumkan, ada kalanya Saerah berkaraoke di tepi sungai itu, maklumlah dia pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.

Maka, timbul lagi suara lebih nakal, Saerah ni tak jaga nama baik Siti Nurhaliza ke, kakaknya seseorang yang dihormati dan disanjung, adiknya pula hanya peniaga gerai! Bagi Zubir, apa salahnya Saerah berniaga menambah pendapatan keluarga, asalkan kerja itu halal. Tapi, daripada dia menjual kek cawan, lebih baik dia menjual dan mengedar produk kakaknya, Simply Siti, gerenti berduyun-duyun orang membeli!

Seperkara lagi, ada juga yang membisikkan ke telinga Zubir, kalau benar sekarang Saerah tak hidup senang sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, tapi dia masih berkesempatan berhibur di pusat hiburan! Ooops.... itu Zubir tak mahu komen apa-apa.

Tapi, sebagai adik kepada seorang penyanyi yang begitu berpengaruh di Malaysia dan Indonesaia, Saerah perlu menjaga nama baik kakaknya dengan tidak terlalu menonjol bersuka ria di khalayak ramai. Tapi, kalau dah berniaga tu, nak buat macam mana, mungkin orang beli kek cawan yang dijual Saerah kerana dia adik Siti Nurhaliza!

Harap Saerah dan suaminya tidak berkecil hati dengan kata-kata Zubir. Ia sekadar nasihat dan pandangan peribadi. Tapi, dalam pada bercuti itu, sempat pula bergosip. Nak buat macam mana, gosip dah jadi sebahagian kehidupan Zubir, dah sebati.

ZUBIR: Putri Mardiana yang dikenali menerusi filem Santau, baru saja keluar MIG, khabarnya ada masalah dalaman.

Fara setia bersama HotFM

Posted: 12 Jun 2011 12:09 AM PDT

Penyampai radio popular tolak tawaran berpindah ke Astro

"IA bukan keputusan yang mudah untuk dibuat dan saya juga tidak boleh terus bermain tarik tali. Itu tidak adil kepada majikan, juga Astro yang menawarkan peluang kerja baru. Selepas memikirkan segala kemungkinan, menimbang apa yang terbaik untuk masa depan, saya nekad menolak tawaran lumayan Astro.
"Memang berat untuk melepaskan tawaran itu tetapi saya perlu jujur kepada diri saya sendiri. Saya terpaksa lepaskan kerana cinta masih mendalam kepada dunia penyampaian radio," kata Fara Fauzana secara eksklusif kepada B*POP.

Pengakuan Fara itu sekali gus mengakhiri teka-teki mengenai penghijrahan penyampai radio popular Hot FM itu ke Astro yang kembali hangat diperkatakan, sejak seminggu lalu.

Pemilik nama lengkap, Farah Fauzana Mohd Fadzil, 31, menjelaskan dia sudah bersedia untuk berdepan pelbagai persepsi peminat apabila mengambil keputusan itu. Gadis kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu juga tidak akan berkecil hati jika segelintir peminat menyifatkan tindakannya bodoh kerana menolak 'dulang emas' yang menanti di depan mata.

"Orang cuma menilai tawaran itu dari sudut wang ringgit tetapi saya harus melihat lebih jauh daripada itu. Bohong jika saya cakap saya tidak perlukan duit. Sebagai wanita berusia 31 tahun dan membantu menanggung kedua-dua ibu bapa yang sudah bersara selain adik yang masih belajar, saya perlu bekerja keras untuk memberi keselesaan kepada mereka.

"Namun selepas beberapa perbincangan yang tidak mencapai titik persefahaman yang dicari, saya terpaksa melepaskan tawaran itu dengan hati berat. Banyak faktor mengapa saya melepaskan tawaran itu. Ia mungkin hanya akan difahami apabila seseorang itu di tempat saya," katanya.
Fara berkata, dia tidak ralat mengambil keputusan itu biarpun pada permulaan hatinya pernah terdetik untuk beralih angin dan mencuba sesuatu yang baru. Fara bagaimanapun, menafikan tawaran lumayan daripada Astro itu sebagai punca dia mengundurkan diri daripada Melodi pada akhir Mac lalu.

Populariti bukan keutamaan

"Saya ingin mencari cabaran baru dalam kerjaya penyiaran. Perubahan perlu kerana saya mengharapkan lonjakan dalam memantapkan perjalanan karier saya. Jika saya bekerja untuk mengejar populariti, saya tidak akan meninggalkan Melodi. Tetapi ketika ini populariti bukan lagi keutamaan saya.

"Tawaran Astro datang selepas seminggu saya berhenti daripada Melodi. Tawaran itu meletakkan saya dalam dilema, apatah lagi ganjaran diberikan juga memuaskan. Saya mengambil masa panjang sebelum membuat keputusan. Selepas memikirkan segala kemungkinan, saya nekad menolak biarpun terlalu berat untuk dilakukan," kata sambil akur, setiap keputusan yang dibuat pasti akan ada untung dan ruginya.

Semua itu akui Fara, memerlukan kematangan fikiran dan tidak mengikut perasaan. Dia boleh memilih untuk menerima tawaran itu jika mahukan jaminan dari sudut kewangan. Namun akuinya lagi, apakah itu akan memberi keselesaan berpanjangan kepadanya?

"Saya akan terima jika tawaran itu eksklusif untuk program televisyen. Tetapi apabila turut membabitkan kerjaya sebagai penyampai radio, saya dalam dilema. Mana mungkin saya meninggalkan bidang yang masih saya cintai? Perkara itu turut menjadi agenda penting dalam perbincangan bersama Astro, namun mungkin sudah tertulis bukan rezeki saya di sana.


Muncul dalam Astro

"Alhamdulillah, mereka menghormati keputusan saya. Biarpun antara saya dan Astro tiada jodoh, namun mereka masih menawarkan peluang untuk muncul dalam beberapa program pada musim Aidilfitri nanti," katanya.

Diusik pertanyaan, bagaimana nanti jika pengorbanan besarnya itu tidak memberikan pulangan seperti diharapkan, Fara berkata, dia perlu realistik dan menerima apa saja ketentuan takdir. Baginya, kehidupan itu sendiri pada hakikatnya menuntut seseorang supaya berani membuat keputusan. Dia belajar untuk tidak menyesali kerana percaya, Tuhan merencana sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

"Dulu saya pernah mengambil risiko apabila meninggalkan stesen radio nombor satu untuk bekerja di Hot FM. Saya nekad berhijrah biarpun ketika itu saya sudah selesa di Era. Saya seorang yang praktikal dan bukan jenis melihat sesuatu itu untuk jangka masa pendek. Sebelum menolak, saya berfikir di mana saya nanti selepas dua atau tiga tahun akan datang?

"Apakah saya akan terus bertahan di situ atau sebaliknya? Memikirkan semua itu, saya bersedia melepaskan tawaran itu. Mungkin itu yang terbaik untuk saya. Sebagai manusia, siapa pun tidak mahu rugi. Insya-Allah keputusan dibuat ini juga tidak akan merugikan saya," kata Fara yakin.



Fara bernilai RM1 juta?

MENGAKUI ganjaran yang ditawarkan oleh Astro sememangnya lumayan, namun kata Fara, ia tidak sebesar jumlah yang digembar-gemburkan oleh pihak media sehingga mencecah RM1 juta.

Fara menjelaskan, dia tidak pernah meletakkan bakatnya setinggi itu dan sekiranya benar Astro memberikan tawaran RM1 juta, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaannya.

"Kurang atau lebih tawaran yang diberikan, saya enggan komen. Cuma apa yang dapat saya katakan, ia memberi keselesaan kepada saya yang menanggung keluarga.

"Saya pernah lalui fasa di mana wang ringgit menjadi taruhan. Namun, saya juga perlu memilih sama ada wang atau kepuasan ketika bekerja.

"Memang saya perlukan duit untyuk tanggung kos kehidupan tetapi sekali lagi saya ingin nyatakan, keputusan itu dibuat atas beberapa faktor yang mungkin tidak difahami orang lain.

"Manusia mana yang mahu rugi tetapi saya berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk peminat tidak kira apa juga keputusan saya," katanya.

google: farah fauzana, farah fauzana profil, farah fauzana facebook, farah fauzana blog, farah fauzana twitter, farah fauzana myspace, farah fauzana seksi, farah fauzana hot, farah fauzana 2011, farah fauzana gambar terbaru terkini

Izara Aishah: 'Usah gula-gulakan saya'

Posted: 12 Jun 2011 12:07 AM PDT

Izara Aishah beri peringatan pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap dirinya

PADA awal lagi gadis yang memakai nama komersial, Izara Aishah ini memohon khalayak supaya tidak pantas meletakkan pelbagai persepsi tanpa terlebih dulu memberi ruang kepada dirinya membuktikan kemampuan.
Izara, 19, menerima kenyataan ketika ini industri hiburan terutama penerbitan drama dan filem sedang dibanjiri bakat baru yang lengkap pakej mahu mencuba nasib bergelar anak seni. Kebangkitan serentak itu membuatkan gadis dari Bakar Batu, Johor Bahru ini resah. Bukan memikirkan saingan, sebaliknya Izara yang ditemui pada sesi fotografi di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya ini gusar dengan pandangan khalayak.

Kebimbangan utama Izara jika umum melabel kehadirannya sekadar bersandar kepada paras yang jelita, bukan bakat yang menjamin perjalanan panjang seseorang anak seni.

"Dulu saya tak terlalu memikirkan soal itu. Tetapi apabila mula berlakon dan diberi peluang mempamerkan bakat, saya mula takut.

Saya paling gerun jika dituduh cuma menjual muka, bukan bakat. Peminat juga semakin selektif, mereka tidak lagi peduli atau melihat kepada kecantikan serta kejelitaan seseorang itu.

"Jadi saya perlu bekerja keras. Biarlah kerja saya dulu yang berkata-kata, bukan cerita peribadi yang cuma menjengkelkan peminat," kata gadis bertubuh tinggi yang murah senyuman ini.
Portfolio karier Izara masih boleh dibilang dengan jari. Bakatnya mula diuji dengan drama bersiri, Keranamu Laila yang bersiaran di TV3 setiap Jumaat disusuli Kasih Najihah dan Jejaka J selain sebuah telefilem, Hantu Gigi. Melihat perjalanannya yang baru bermula, gadis yang mencipta nama selepas memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu sentiasa mengingatkan diri supaya tidak lemas diulit populariti.

Membaca pelbagai pandangan skeptikal segelintir masyarakat membuatkan Izara lebih berhati-hati. Dia kerap mengingatkan dirinya supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang membuat khalayak memandang rendah kepada mereka.
Tidak menolak kecantikan dan populariti mampu memancing perhatian lelaki berdahi licin untuk mendekatinya tetapi gadis yang dilahirkan pada 28 September 1982 sudah menyiapkan perisai untuk menepis semua godaan itu.

"Mereka yang kenal siapa keluarga saya pasti akan berfikir dua kali jika ingin mengheret saya ke kancah kejahatan. Mungkin saya masih muda tetapi saya tidak mudah digula-gulakan. Saya tidak akan memberi ruang kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, jadi sudah masak dengan segala macam ragam penghuninya.

"Barangkali kerana itu, saya tidak terlalu memikirkan soal mencari populariti atau kemewahan yang pantas dikecapi jika saya mahukannya," kata penuntut tahun pertama jurusan seni persembahan di sebuah kolej di ibu kota ini.

Kejelitaan kata Izara, tidak langsung memberi laluan mudah atau bonus yang membentangkan pelbagai keistimewaan ketika di lokasi.

Seperti pelakon baru lain, Izara juga terpaksa menahan telinga dan bersabar setiap kali lakonannya dikritik pengarah.

Izara berkata, untuk berjaya dia belajar menebalkan muka dan selalu bertanya sama ada kepada pengarah atau pelakon senior yang turut bersamanya membintangi sesebuah produksi.

"Saya bernasib baik kerana belum pernah dikritik hingga melemahkan semangat untuk terus berlakon. Bukan bermakna saya tidak pernah kena marah tetapi saya belajar untuk tidak menyimpannya dalam hati. Pelakon berpengalaman, Juhara Ayub banyak menasihatkan saya ketika di lokasi Keranamu Laila. Dia memberitahu, saya memiliki kriteria pelakon yang mahu berjaya kerana berani dan muka tembok.

"Saya kena sedar diri, pengalaman saya masih sekelumit. Kalau dari awal saya sudah menunjukkan belang dan meninggi diri, rasanya perjalanan saya dalam bidang lakonan tidak lama. Saya tidak mahu cari pasal kerana saya berlakon didorong oleh minat yang mendalam. Sejak kecil saya mahu berada di sini dan apabila sudah memperolehnya, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada," kata Izara yang sebaris dengan bakat muda sensasi, Neelofa.



Izara mahu elak gosip kurang enak

RANCAK berkongsi cerita, Izara Aishah menjelaskan, kebebasan yang diberikan keluarganya cukup dihargai. Malah janji anak sulung daripada dua beradik ini untuk tidak sesekali memperjudikan maruah keluarganya hanya kerana ingin pantas dikenali.

Izara mengakui, ibunya cukup tegas dalam mendidik mereka kerana tidak mahu nama baik keluarga dipalit dengan cerita kurang enak terutama selepas dia memilih untuk menjadi pelakon.

"Sekali pun mengelak, lambat laun gosip pasti akan datang menyinggah. Pada usia 19 tahun, Insya-Allah saya sudah mampu membezakan mana yang baik, mana yang buruk.

"Saya perlu bijak merencana perjalanan karier. Dari dulu, jika mahu ke mana-mana saya akan ditemani keluarga. Kalau ada yang berjumpa saya keluar dengan lelaki, dia bukan orang lain kecuali ahli keluarga saya.

"Mama kenal dengan siapa saya berkawan, malah saya pun selesa begitu kerana tidak mahu membuat dia bimbang. Bukan mudah untuk dia membesarkan saya dan saya hargai segala pengorbanannya," katanya.

Izara juga menjelaskan, dia menyedari minatnya untuk menjadi anak seni sejak masih di bangku sekolah rendah. Ketika berusia tujuh tahun, Izara sudah mula membiasakan diri dengan pentas.

"Sekadar mencuba tetapi belum terfikir mahu serius. Cuma selepas tamat sekolah dan meneruskan pelajaran di kolej, saya mula mengintai peluang untuk serius dalam bidang ini. Langkah seni saya dipercepatkan selepas menyertai Dewi Remaja 2010, Alhamdulillah, biarpun penat saya seronok kerana melakukan perkara yang disukai," katanya.

Beralih bicara mengenai soal glamor, popular dan perhatian, Izara pantas mencelah dan menolak jika dirinya dikatakan menceburi lapangan komersial untuk memburu semua itu. Industri seni akui Izara, tidak akan berpihak kepada mereka yang memilihnya untuk mengecap populariti sementara.

"Tidak mengapa jika ada yang mungkin tidak suka kepada saya. Saya tidak boleh memaksa mereka untuk terus menerima tanpa terlebih dulu melihat kemampuan dan kebolehan saya. Saya cuma mencari rezeki dalam bidang ini. Saya tidak mahu orang pandang rendah, malah lebih selesa jika semua pihak memberi fokus kepada bakat dan bukan cerita peribadi saya,"katanya.

INFO

Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi

google: izara aishah, izara aishah facebook, izara aishah blog, izara aishah myspace, izara aishah seksi, izara aishah hot, izara aishah bogel, buah dada izara aishah, izara aishah profil, izara aishah 2011, drama izara aishah, gambar terbaru terkini izara aishah 2011, skandal izara aishah, gosip izara aishah