Adsense

Isnin, 20 Jun 2011

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Dayang Nurfaizah Buat Album RM100,000

Posted: 20 Jun 2011 04:31 AM PDT

Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah kini tampil dengan album terbarunya, Sayang & Cahaya khas buat semua peminatnya. Dayang tampil dengan album terbarunya setelah 4 tahun tanpa sebarang album, album terakhir sebelum ini ialah Dayang pada tahun 2007.

Sayang & Cahaya merupakan sebuah album dari Dayang yang di hasilkan dengan menggunakan duit sendiri dan memakan kos sebanyak RM 100,00.  Album terbaru dari Dayang kali ini mengandungi sebanyak 12 buah lagu dan Dayang yakin yang ianya akan diterima peminatnya dan mampu memberi inspirasi kepada semua. Dayang juga berkata kesemuanya berkisarkan tentang lagu-lagu cinta yang mempunyai nilai positif.

Antara lagu dimuatkan adalah Sayang ciptaan Omar K lirik oleh Nuur Iman, Rahsia Cinta hasil nukilan Zain Almohdzar dan Nuur Iman, Sabarlah (Syed Zain Almohdzar/Omar K), Kau Bintang Ku (My Sunshine) (Stella Reid/Zuriani Zonneveld/Nuur Iman) dan lagu popular Freedom, Mulanya Di Sini yang diberi nafas baharu.

Dayang turut berduet dengan dua penyanyi terkenal dari negara seberang, Tompi dan Marcell di dalam album terbarunya itu.

Matkepoh- Tahniah Dayang kerana berjaya menghasilkan album baru. Korang semua bila lagi nak dapatkan album Dayang ni? Dapatkan yang original ya.. :)

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon komedi ‘Pak Uda’ meninggal dunia

Posted: 19 Jun 2011 09:15 AM PDT

Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia, "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).


Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. 

Bulan lepas Allahyarham pernah menerima rawatan di Hospital Ampang.  Ahmad Yamashita juga berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya kepada Bernama di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami Ismail pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.

MatKepoh- Al-Fatihah buat Allahyarham Zami Ismail, ingatlah ajal maut adalah ketentuan-Nya. Ini adalah kehilangan besar dalam industri seni negara secara khususnya dunia lawak Malaysia. Memang MatKepoh minat lakonan Pak Uda terutama sekali dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Semoga arwah di tempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Kita yang masih hidup ni kena lah sentiasa beringat.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.