Adsense

Khamis, 30 Jun 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Rozita Che Wan Rehat Seminggu Akibat Jatuh Tangga

Posted: 30 Jun 2011 08:39 PM PDT

Pelakon jelita Rozita Che Wan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya malam Rabu lalu.

Menurut Rozita, disebabkan kejadian tersebut ligamen kakinya itu koyak menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

"Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga, saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh.




"Pada awalnya saya fikir hanya jatuh biasa tapi ketika hendak tidur kaki mula sakit yang teramat sangat," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia segera menghubungi abang kandungnya untuk ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini, bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Semasa hendak mendapatkan rawatan itu, kaki saya terlalu sakit dan saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung oleh abang saya untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital.

"Semasa doktor buat pemeriksaan x-ray dia hanya mendapati ligamen kaki saya hanya terkoyak. Nasib baik ia tak patah," katanya yang memberitahu kakinya masih lagi dibalut pada ketika ini.

Katanya, disebabkan kecederaan tersebut dia diberi rehat selama seminggu dan terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran drama.

"Doktor kata ia tidak teruk tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh.

"Saya terpaksa membatalkan beberapa sesi fotografi dengan beberapa majalah dan tangguhkan beberapa penggambaran drama dalam masa seminggu ini," katanya.

Rozita bakal memulakan penggambaran untuk drama khas Hari Raya iaitu Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung. - mStar




facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Perkahwinan Nurul Syuhada Dibuat Secara Tertutup

Posted: 30 Jun 2011 08:36 PM PDT

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, akan mengadakan majlis pernikahannya dengan seorang pegawai bank , Raja Amir Raja Azwa,29, pada 23 Julai depan secara tertutup.
Sumber pihak TV3 yang dihubungi memberitahu majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Manakala, upacara pernikahan akan dijalankan seminggu lebih awal.

 Nurul Syuhada bersama kekasihnya, Raja Amir.


"Kad undangan sudah diedarkan tetapi majlis tersebut dibuat secara tertutup untuk keluarga kedua-dua pengantin sahaja," ujar sumber itu mStar Online, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, majlis sebelah pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada September atau Oktober depan di Negeri Sembilan.
Sementara itu, Nurul Syuhada yang dihubungi untuk bercerita tentang majlis itu tidak dapat memberi komen lanjut kerana perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak TV3 terlebih dahulu.
Sebelum ini pengacara tersebut memberitahu telah mengenali bakal suaminya sejak dua tahun lalu dan rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lepas.
Dia juga pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama. -mStar

facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Freddie Fernandez Kekal Presiden Karyawan

Posted: 30 Jun 2011 08:26 PM PDT

Barisan AJK baru penggal 2011-2013 Persatuan Karyawan Malaysia selepas sesi pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 persatuan itu, Khamis. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 (AGM12) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyaksikan Datuk Freddie Fernandez mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden untuk tiga penggal berturut-turut pada sesi pemilihan ahli persatuan berkenaan, Khamis.

Mesyuarat kali ini dihadiri kira-kira 200 orang ahli bagi pemilihan jawatankuasa untuk penggal 2011-2013.

Menurut Freddie, kehadiran ahli Karyawan dalam jumlah tersebut membuktikan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan persatuan itu.


"Kehadiran kira-kira 200 ahli pada mesyuarat ini sudah membuktikan bahawa mereka semua yakin pada perjuangan persatuan walaupun kami berdepan pelbagai fitnah dan serangan daripada pihak luar.

"Berdasarkan sokongan yang diperoleh untuk AGM kali ini, saya yakin barisan AJK untuk tempoh tiga tahun akan datang adalah lebih perkasa berbanding sebelumnya.

"Saya berharap agar barisan jawatankuasa yang dipilih ini akan dapat bergerak bersama-sama melaksanakan segala tanggungjawab dan perancangan untuk memperjuangkan hak-hak ahli dalam industri ini," katanya yang ditemui sejurus berakhirnya AGM12 yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, di sini, Khamis.

Selain Freddie, turut mengekalkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden adalah pelakon Radhi Khalid selepas mendapat 67 undian menewaskan Datuk Mat Noor.

Datuk Freddie Fernandez kekal Presiden Karyawan untuk tiga penggal berturut-turut tanpa bertanding.

Penyanyi veteran Datin Paduka Julie Sudiro pula kekal sebagai Setiausaha manakala pelakon dan model Mahzin dipilih sebagai Bendahari selepas mendapat 56 undian.

Turut dilantik sebagai barisan AJK adalah penyanyi Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis, Fazli Zainal, komposer S. Atan dan pelakon Din Maidin.

Freddie turut menambah, Karyawan juga bakal melantik lima lagi AJK dalam masa terdekat untuk menarik lebih ramai golongan artis menyertai persatuan itu dan membantu pelaksanaan perjuangan mereka.

Dalam pada itu, Freddie turut bersyukur kerana desas-desus ancaman pihak luar untuk mengganggu mesyuarat berkenaan tidak berlaku dan majlis berjalan dengan lancar dan selamat.

"Kami telah bersiap sedia dengan melaporkan ancaman itu kepada polis. Ada 10 polis dan pasukan Rela berkawal di sini untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Nampaknya ancaman yang kita terima itu tidak berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat," katanya.

Selain sesi pemilihan AJK baru persatuan berkenaan bagi penggal 2011-2013, AGM12 turut mencapai matlamatnya dalam mengesahkan minit mesyuarat penggal sebelum ini, pembentangan laporan kewangan persatuan yang telah diaudit dan menerima laporan pelaksanaan kerja persatuan. - mStar




facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Michelle Yeoh Sedih Diusir Dari Myanmar

Posted: 30 Jun 2011 08:21 PM PDT

HONG KONG: Bintang Hollywood Datuk Michelle Yeoh yang memegang watak pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya menzahirkan rasa sedih terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadapnya.


Pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak dibenarkan memasuki negara tersebut dan telah disenaraihitamkan ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.
Dalam kenyataan pertamanya terhadap isu tersebut, Yeoh berkata dia terkejut dan sangat kesal dengan tindakan kerajaan junta tentera itu.
Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat, malah menyayangi negara dan rakyat Myanmar.
Yeoh telah bertemu Suu Kyi pada Disember tahun lalu. Filem berjudul The Lady yang mengisahkan tentang perjuangan dan kisah hidup Suu Kyi ini akan ditayangkan pada akhir tahun ini. - mStar

facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Julia Roberts Belajar Menjahit, Main Piano

Posted: 30 Jun 2011 08:19 PM PDT

LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Julia Roberts mengambil kelas menjahit dan bermain piano bagi mengasah daya fikirannya agar tidak menjadi lemah ketika menjangkau usia 40 tahun.

Seperti dipetik portal femalefirst, aktres yang memiliki anak kembar berusia tujuh tahun bernama Hazel, Phinnaeus dan Henry ini juga telah mencuba beberapa hobi baru demi menjaga otaknya pada usia tua.



"Saya sudah memasuki kelas menjahit. Saya buat beberapa bantal besar untuk anak-anak dan beberapa pakaian buat mereka.

"Selain itu saya turut serta mencuba belajar bermain piano bersama anak-anak.

"Pada usia begini, kita seharusnya mempelajari banyak benda baru agar otak kita sentiasa bergerak dan tidak lemah," katanya.

Bintang Eat, Pray, Love ini lebih menghargai waktu terluang dengan menghabiskan masa bersama keluarga. - mStar



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.