Adsense

Isnin, 9 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Rintihan hati Susan, Louisa dan Kenchana

Posted:

Rintihan hati Susan, Louisa dan Kenchana

Rintihan hati Susan, Louisa dan Kenchana

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


Bakat sebagai pelakon komedi adalah bonus buat Louisa Chong.


PERSADA seni tanah air sememangnya meriah dengan kehadiran ramai pelakon berbakat besar dengan kredibiliti mereka tersendiri.

Berilah apa watak sekalipun, aktor dan aktres tempatan ini mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan produser atau pengarah sebaik mungkin.

Cuma, selaku pemerhati perkembangan dunia hiburan tanah air, terasa janggal apabila terdapat sebilangan pengarah yang cenderung untuk mengambil pelakon Melayu untuk membawakan watak kaum lain.

Justeru, muncul persoalan adakah industri di negara ini ketandusan pelakon bukan Melayu yang berbakat sehinggakan watak-watak kaum lain juga terpaksa dilakonkan oleh pelakon Melayu?

Atau adakah disebabkan dunia hiburan tempatan yang dimonopoli oleh orang Melayu membuatkan kaum lain kurang selesa untuk membabitkan diri mereka gara-gara penguasaan bahasa Melayu yang lemah?

Ke manakah perginya jiwa 1Malaysia di kalangan para pengusaha produksi program, drama mahupun filem dalam menerbitkan sebuah karya yang penuh dengan semangat muhibbah?

Bagi menjawab setiap persoalan yang timbul, Mega cuba mendapatkan komen daripada tiga selebriti bukan Melayu yang berjaya mencipta nama dan populariti masing-masing dalam komuniti Melayu.

Mereka ialah Susan Lancaster, pelakon berdarah kacukan Inggeris dan Cina yang popular menerusi sitkom 2 + 1 dan rakan seangkatannya, Louisa Chong Abdullah yang turut sama berlakon dalam rancangan arahan Othman Hafsham itu.

Dalam sesi fotografi yang berasingan pula, aktres komedi Kenchana Dewi turut menyuarakan pendapat dan nasihatnya kepada bakal pelakon bukan Melayu yang ingin mencipta nama sebagai selebriti tanah air.

Tanggungjawab produser dan pengarah

SUSAN yang kini bergerak aktif di pentas teater berpendapat, ketandusan pelakon bukan Melayu di kalangan industri hiburan tempatan disebabkan kurangnya peluang yang ditawarkan.

Oleh itu, produser ataupun pengarah memainkan peranan penting demi mewujudkan semangat 1Malaysia dalam sesebuah penerbitan itu tidak kira ia sebuah drama, filem mahupun program televisyen biasa.

"Sepanjang penglibatan saya dalam bidang teater, saya telah berjumpa dengan ramai pelakon bukan Melayu yang amat berbakat.

"Walaupun penguasaan bahasa Melayu di kalangan mereka agak lemah, saya percaya, jika mereka diberi peluang, kelemahan tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

"Masalahnya sekarang ini, mereka tidak diberi peluang. Balik-balik muka yang sama sahaja," luah Susan menceritakan senario yang berlaku dalam industri lakonan tempatan.

Tambah Susan, dirinya suatu ketika dahulu sama seperti kebanyakan pelakon bukan Melayu yang sedia ada. Tidak fasih berbahasa Melayu.

"Namun, apabila Hafsham memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menerajui 2 + 1, sekaligus ia memberi kekuatan kepada saya untuk mempelajari bahasa kebangsaan.

"Lagipun, ketika penggambaran dijalankan, ia juga merupakan proses pembelajaran kerana rakan-rakan artis tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar," jelas Susan yang pernah membintangi filem Mekanik, juga arahan Hafsham.

Prihatin dengan masyarakat majmuk

DALAM pada itu, Louisa sendiri agak sedih apabila mengenangkan bakat artis bukan Melayu dipandang sepi oleh sesetengah pihak.

Pada pandangannya, isu tersebut tidaklah sebesar mana asalkan ada pihak yang prihatin dengan komuniti majmuk yang terdapat dalam negara ini.

"Sebagai contoh, penulis skrip yang peka wajar mewujudkan karakter yang bersesuaian untuk digalas oleh pelakon bukan Melayu.

"Walau watak pelakon pembantu sekali pun, ia sudah memadai. Bukannya kami demand, tetapi diharap diberi peluang.

"Sekurang-kurangnya, kami rasa dihargai sebagai masyarakat minoriti yang hidup dalam sebuah negara yang berbilang kaum dengan semangat 1Malaysia," ujar pelawak yang telah membintangi puluhan sitkom itu termasuk Puteri arahan Aziz M. Osman.

Mengulas pandangannya sebagai artis komedi bukan Melayu pula, Louisa mengakui, bergelar pelawak bukanlah mudah berbanding pelakon biasa.

Bagaimanapun, pelat atau telor kaum lain ketika bertutur dalam bahasa Melayu mampu mewujudkan elemen komedi tersendiri.

"Oleh itu, sebagai seorang berketurunan Cina, pelat ketika bercakap Melayu saya jadikan sebagai salah satu unsur lawak untuk melakonkan sesuatu watak komedi.

"Secara tidak langsung, ia menjadi kelebihan buat pelakon bukan Melayu.

"Jadi, saya cuma mahu nasihatkan agar pelakon kaum lain memberanikan diri untuk bersaing dengan pelakon Melayu demi mewujudkan semangat 1Malaysia," katanya yang simpati dengan nasib pelakon bukan Melayu.

Perlu berani dan yakin

KENCHANA pula mendakwa, ketandusan pelakon pelapis bukan Melayu bukanlah terletak di tangan produser atau pengarah semata-mata.

Produser seperti Aziz M. Osman, Othman Hafsham dan allahyarham Yasmin Ahmad telah membuka pintu buat artis bukan Melayu untuk tampil selaku pelakon utama dalam karya terbita mereka.

Menurut Kenchana, kadang-kadang, artis itu yang kurang yakin dengan diri sendiri sehinggakan peluang yang terbentang luas di depan mata dibiarkan begitu sahaja.

"Saya percaya, masih ada ramai produser yang memberikan peluang untuk pelakon bangsa asing seperti kami.

"Namun peluang itu dilepaskan begitu sahaja kerana tidak yakin," kata Kenchana.

Pada masa yang sama, Kenchana berharap, agar ada stesen televisyen tampil dengan idea untuk menerbitkan sebuah program khas yang mengetengahkan bakat orang bukan Melayu.

Tegasnya, komuniti pelakon bukan Melayu dalam industri hiburan tanah air amat penting untuk mewujudkan nilai kemasyarakatan yang ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekangan bahasa masalah utama

Posted:

Kekangan bahasa masalah utama

Kekangan bahasa masalah utama

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

Ketandusan pelakon bukan Melayu dalam industri lakonan tempatan kala ini agak serius memandangkan kurangnya muka-muka baru di kalangan kaum lain.

Jika ada sekali pun, penampilan mereka hanya sekadar memegang watak tempelan yang diwujudkan kononnya untuk menggambarkan semangat 1Malaysia.

Hakikatnya, kalau dianalisis kembali, watak ciptaan tersebut sedikit pun tidak mendatangkan kecacatan kepada jalan cerita sekiranya ia dihapuskan.

Rata-rata, sama ada pengarah atau pun penerbit, mereka mewujudkan watak bukan Melayu dalam sesebuah penerbitan hanyalah untuk memberi peluang kepada golongan tersebut tanpa adanya keberkesanan dari aspek lakonan mereka.

Impak negatif generasi muda

Bagi pengarah tersohor yang pernah melonjakkan nama Kenchana Dewi menerusi sitkom Puteri, Aziz M. Osman memberitahu, masalah bahasa menjadi punca utama untuk menampilkan kaum lain dalam penerbitan program Melayu.

Katanya, masalah itu berpunca apabila generasi muda sekarang lebih cenderung untuk berkomunikasi dalam bahasa campuran Melayu dan Inggeris.

"Budaya sebegitu sekali gus mendatangkan impak kepada generasi muda bukan Melayu apabila mereka tidak dididik dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

"Dalam penulisan, saya akui mereka mampu menulis teks bahasa Melayu dengan bagus. Tetapi, apabila berdialog, mereka gagal.

"Kesannya, penghayatan dalam lakonan akan hancur lebur apabila penyampaian gagal dilakukan," jelas Aziz yang pernah memperkenalkan pelakon bukan Melayu seperti Jason Chong menerusi penerbitan sitkom Fara.

Pada masa yang sama, Aziz menjelaskan, kemungkinan kaum lain berasa tidak yakin untuk menceburi industri lakonan tanah air.

"Mereka mungkin rasa tidak stabil untuk bersaing dalam drama atau filem Melayu yang dimonopoli oleh orang Melayu.

"Itu juga menjadi faktor industri kita kekurangan pelakon daripada golongan berkenaan," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.