Adsense

Selasa, 31 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelajar SK Magandai Terima Bangunan Hostel Baru

Posted: 31 May 2011 09:05 AM PDT

PARA PELAJAR SK MAGANDAI TERIMA BANGUNAN HOSTEL BARU

Hampir 200 orang pelajar SK Magandai kini boleh belajar dalam keadaan yang lebih selesa apabila Astro melalui cabang tanggungjawab korporat sosialnya; Astro Kasih menghadiahkan tiga blok bangunan yang serba lengkap dengan kemudahan asas sesebuah hostel seperti ruang dapur, istirehat dan bilik stor. Segala kemudahan yang disediakan juga dilengkapi  dengan prasarana asas seperti bekalan elektrik dan saluran air.

Projek Hostel Astro yang telah dijalankan secara berperingkat itu tidak hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan hostel dan kemudahan asas tetapi juga memberi penekanan dalam meningkatkan mutu pendidikan.

Para pelajar gembira dengan majlis penyerahan hostel Astro

Bukan itu sahaja, pihak Astro dan Kementerian Pelajaran Malaysia juga kini dalam proses perbincangan lanjut untuk membekalkan bekalan tenaga elektrik secara solar hybrid secara berterusan yang membolehkan para pelajar untuk mengulangkaji pada waktu malam.

Yang Berhormat Dato Seri Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Encik Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro hadir bagi memeriahkan lagi acara penyerahan bersama-sama para pelajar dan tenaga pengajar di SK Magandai.

Dalam kenyataan beliau, Yang Berhormat Dato Seri Maximus Ongkili berkata, "Tindakan Astro ini secara tidak langsung telah menyokong kepada perkongsian bijak di antara pihak kerajaan dan badan swasta dalam membekalkan kemudahan komuniti serta perkhidmatan yang berkaitan yang juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat seperti yang dilaung-laungkan kerajaan.  Di samping itu juga dengan adanya kemudahan penyiaran pembelajaran Astro, ianya dapat membantu mempertingkatkan pencapaian UPSR SK Magandai.  Ini amat bertepatan dengan NKRA pelajaran untuk memberi peluang meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Menurut Encik Henry Tan pula, "Melalui Astro Kasih, pihak Astro dan kakitangannya berbesar hati kerana dapat mendekati penduduk di Kg Magandai. Projek Hostel Astro ini merupakan kesinambungan daripada pelbagai inisiatif tanggungjawab korporat sosial Astro yang memberi penekanan dalam bidang pendidikan dan komuniti. Projek Hostel Astro ini turut melibatkan seramai 40 orang kakitangan Astro yang mendaftar  di bawah program sukarelawan Astro iaitu Astro Kasih untuk  menyumbang tenaga pada hujung minggu terpilih membantu menyiapkan bangunan hostel. Selain itu, mereka juga telah diberikan peluang untuk menyumbang secara peribadi berupa tajaan keperluan asas persekolahan seperti set pakaian seragam sekolah, set alat tulis peralatan asrama untuk kesemua pelajar-pelajar di SK Magandai."

Selain dari pembinaan hostel, para pelajar di SK Magandai juga telah menerima sistem serba baru yang merangkumi sebuah set dekoder media, kad pintar, unit luar (ceper) dan alat kawalan jauh  secara percuma. Bagi mencapai objektif untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang memberangsangkan sepanjang hayat serta pengetahuan am, pihak Astro turut menyediakan 15 buah saluran terpilih yang terkandung dalam pakej Kampus Astro. Di antara saluran-saluran yang dimaksudkan adalah Disney, National Geographic, Discovery, Discovery Science, Animal Planet, History serta saluran-saluran tempatan berjenama Astro yang lain seperti Astro TVIQ, Astro Tutor TV, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria termasuk saluran berita seperti Astro Awani dan saluran sukan tempatan; Astro Arena.

Semenjak Astro Kasih dilancarkan pada 1 Ogos 2009, lebih 3,000 orang kakitangan Astro telah melibatkan diri di dalam lebih 400 aktiviti-aktiviti komuniti serta kegiatan masyarakat pada setiap hujung minggu. Sehingga kini, 10,000 buah sekolah telah menerima perkhidmatan pakej Kampus Astro dan Astro berhasrat untuk terus memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr Maximus Ongkil dan Encik Henry Tan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pejabat Facebook Sedang Dibina di Malaysia
  • Sinopsis Filem Histeria : Cerita Seram di Kolej Usang
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB
  • Akhirnya Rini dan Obri Tersingkir
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu Ini
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Kad Raya Dari Kimi
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Biodata Francissca Peter

    Posted: 31 May 2011 09:04 AM PDT

    BIO FRANCISSCA PETER

    Francissca Peter atau lebih dikenali sebagai Fran telah menikmati karier yang begitu mengagumkan dengan memperolehi lebih dari 20 nombor 1 lagu hit di carta muzik tanahair yang telah menjulang nama beliau sehingga dimahkotakan gelaran 'Vokal Terbaik Wanita' untuk lima tahun berturut-turut pada zaman 80-90an.

    Beliau juga dikenali ramai seluruh negara melalui lagu 'Setia' yang dikatakan lagu kebangsaan yang kedua selepas lagu 'Negaraku'.

    DSC_2009_e

    Fran adalah duta kepada Organisasi Bantuan Antarabangsa 'World Vision' di Malaysia dan ini adalah tahun keenam Fran menaja seorang kanak-kanak di bawah naungan 'World Vision Child Sponsorship Programme'. Kini beliau menaja seorang lagi dari Indonesia. Selain daripada itu, Fran juga melibatkan diri dalam pelbagai kempen kebajikan yang lain.

    Tahun 2011 meupakan penglibatan Fran dalam industri muzik tanahair selama 33tahun. Selama ini, beliau juga menggubah lagu dan berlakon.

    Fran yang pernah membuat persembahan untuk Presiden Singapura pada tahun 2008, telah juga menyanyi di konsert 'Tahun Baru Petronas 2008' dan 'Ambang Merdeka KLCC Petronas 2008'

    Pada 2000, Fran telah membintangi pementasan muzikal "The King & I" di Asia. Beliau telah memegang watak utama iaitu "Lady Thiang". Muzikal itu diarah oleh Ian Robinson dan Julian Grant yang merupakan salah seorang composer yang ternama di persada Opera Britain terbitan Rupert McCowan. Pementasan "The King & I" di adakan selama 9 malam berturut-turut dan kesemua tiket laris dijual.

    Pada 1990, setelah merangkul 3 cakera platinum, 2 cakera emas dan pelbagai anugerah lain, Fran berhijrah ke Amerika Syarikat untuk meluaskan karier beliau ke persada antarabangsa.

    Selama berada di Amerika Syarikat, beliau telah bekerjasama dengan pelbagai artis termasuk Jazz Fusion, Brian Simpson, Sam Simms, Michael Winans dari gospel group "The Winans", Vassal Benford, Kirk Whalum, Scott Maio dan Himalaya. Beliau juga adalah vokal undangan dalam album 'Jazz Saxophonist Cal Bennett' iaitu "Stolen Moments" dengan lagu "Librarian Girl". Majalah 'Jazziz' dan 'Bre' di Amerika Syarikat menggelarkan persembahan beliau "A Lush Standout, An Ingenious Outing and most Outstanding Track".

    Pada 1987, Fran berjaya membawa lagu Melayu ke persada antarabangsa dengan menewaskan peserta-peserta negara Asia yang lain dengan merangkul anugerah 'Lagu Terbaik' di pertandingan 'Asian Song Festival'.

    Walaupun Fran dikenali ramai sebagai penyanyi Pop, beliau juga diingati sebagai penyanyi Jazz pertama yang telah menlancarkan kelab "All That Jazz", iaitu Kelab Jazz yang pertama di Malaysia. Sebagai penyanyi jazz, beliau telah bekerjasama dengan 'maestro' Michael Veerapan, Lewis Pragasam, Leonard Yeap, Wan, Jose Thomas, Dato' Mokhzani, David Gomes, Eric Li, Steve Thornton, Mac Chew, Greg Lyons dan banyak lagi.

    Fran juga pernah membuat persembahan di bandar-bandar terkemuka dunia seperti Los Angeles, London, China, Brunei dan Singapura.

    Fran merupakan artis Asia pertama yang membuat persembahan di New Derby Jazz Bar, sebuah tempat yang berprestij di Jockey Club, Hong Kong pada 2003. Penyanyi jazz yang bertaraf antarabangsa ini juga pernah bergabung dengan pemain bass Pau Candelaria yang telah bermain berulangkali di 'World Jazz Festivals' termasuk 'The Montreal Jazz Festival' bersama pemain piano, Adonis V De J.

    Untuk meraikan kejayaan Fran di persada industri muzik selama 29 tahun, Warner Music Malaysia telah mengeluarkan CD berkembar yang memuatkan kompilasi 19 lagu-lagu ternama dan sebuah lagu baru pada 2007. Warner juga mengeluarkan dua kompilasi Fran iaitu 'Nostalgia Abadi' pada 2008 dan 'Memori Hit' pada tahun 2009.

    Setakat ini, Francissca telah merakamkan lebih dari 30 buah album sepanjang karier beliau di dalam dunia seni.

    Album "Keunggulan Francissca Peter" yang memuatkan 37 buah lagu kompilasi terkenal Fran, telah dilancarkan pada Januari 2010. Dengan sokongan peminat setia Fran yang meminta syarikat rakaman Warner Music menambah lagu-lagu lain kegemaran individu, maka lahirlah album ini.

    Ini nyata terbukti bahawa beliau mempunyai peminat-peminat setia yang bukan sahaja dari golongan zaman 80an malah bejaya menarik peminat-peminat muzik muda zaman ini. Peminat-peminat Fran bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan juga Eropah.

    Anugerah:
    _ Juara Asian Song Festival 1987
    _ Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular Berita Harian1987
    _ Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1986 – Sekadar Di Pinggiran
    _ Tempat Ketiga Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1987 – Kerna Terpaksa
    _ Naib Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 1988 – Diriku Terbelenggu
    _ Jualan Album – Anugerah Platinum Berkembar 2 for album 'Sekadar DiPinggiran'
    - Anugerah Platium for albums 'Kau Bintangku', 'Fran Harapan' & 'Pasti Kembali'
    _ Anugerah Platinum Berkembar 2 for album Sekadar Di Pinggiran
    _ Anugerah Platium for album Kau Bintangku, Fran Harapan & Pasti Kembali
    _ Anugerah Emas for album Aku Hanya Pendatang & Mawar Terpinggir

    Lagu- Lagu:
    _ Sekadar Di Pinggiran
    _ Kerna Terpaksa
    _ Aku Kehilanganmu
    _ Aku Hanya Pendatang
    _ Siapa Dia Sebelum Daku (duet bersama Roystan Sta Maria)
    _ Tak Kenal Maka Tak Cinta (duet bersama Roystan Sta Maria)
    _ Bersama Pertemuan Ini (duet bersama Roystan Sta Maria)
    _ Si Kunang-Kunang
    _ Ku Keudara Lagi
    _ Oh La La Tropika
    _ Begitulah Aku (lagu baru ciptaan Manan Ngah)
    _ Rindu Memaksaku Menyayangimu
    _ Diriku Terbelenggu
    _ Akulah Kekasihmu
    _ Hingga Ke Akhir Waktu
    _ Kehebatan Cinta (lagu duet bersama Jamal Abdillah)
    _ Nasib Si Kembang Pagi
    _ Dia
    _ Ku Menari Untuk Mu
    _ Komputer Muzik
    _ Andainya
    _ Salah Siapa
    _ Mawar Terpinggir
    _ Masih Belum Tamat
    _ Pasti Kembali
    _ Loverman
    _ Now's The Time
    _ Kau Lilin Cinta Ku
    _ Setinggi Angkasa
    _ Liberian Girl (Duet Bersama Jazz Saxophonist Cal Bennett USA album Local Hero)
    _ Masih Merindu
    _ Jangan Simpan Rindumu (duet bersama VE)
    _ Cinta Abadi ( duet bersama Willam Clark)
    _ Lagu Setia (RTM National Anthem Kedua)
    _ Tomorrow (30hr famine hit for The International Aid Organisation World Vision MAL)
    _ Mirror Mirror (Duet with Paul Ponnodurai)
    _ Ku Pohon Kemaafan
    _ Bukan Salah Mu
    _ The Power Of We (2010) single (dance music)

    INFORMASI MENGENAI KONSERT

    Venue : Istana Budaya Kuala Lumpur

    Date : 5 – 6th February, 2011

    Time : 8.30pm – 11.45pm

    Ticket Price : RM99 / RM149 / RM189 / RM239 / RM299

    Special Appearance : Royston Sta Maria, Imran Ajmain & Cheryl Samad

    Music Director : Ramli M.S.

    Charity Beneficiaries : World Vision Malaysia and Yayasan Salam

    Organizer : Eye Design

    01

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
  • Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
  • Biodata Akim Akademi Fantasia 7
  • Biodata Qhaud Akademi Fantasia 7
  • Biodata Rini Akademi Fantasia 7
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Biodata AISHAH Akademi Fantasia 7
  • Biodata Claudia Akademi Fantasia 7
  • Biodata Ahmad Nubhan Bin Ahamad Calon Pelajar AF 6
  • Biodata Pierre Andre
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.