Adsense

Khamis, 12 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Drama Bait Cinta Lakonan Riz Ainuddin

Posted: 12 May 2011 09:29 PM PDT

ISTERI RELA KONGSI SUAMI DALAM BAIT CINTA

Benarkah cinta memerlukan pengorbanan? Atau mungkinkah pengorbanan dapat mengukir kebahagian? Itulah antara teka-teki yang dapat dilihat menerusi drama terbaru slot Ratu TV9 iaitu Bait Cinta yang bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 17 Mei 2011.

Drama bersiri yang penuh dengan unsur-unsur kasih sayang dan pengorbanan ini bermula dengan Hazri, lakonan Riz Ainuddin yang merupakan anak tunggal kepada seorang hartawan. Sejak kematian bapanya, Hazri dipertanggungjawabkan untuk mengurus perniagaan bapanya, Khalifah Holding. Hazri tidak pernah merasai kesusahan kerana ibunya Maria, lakonan Rozie Othman, tidak pernah menolak permintaan anak kesayangannya sejak kecil sehinggalah apabila dewasa, Hazri tidak lagi tahu membezakan yang mana halal dan haram. Hazri amat boros dan suka berjoli, apatah lagi dengan kehadiran Jeff (Azhar Sulaiman), sahabat baiknya yang sentiasa menunggu peluang menumpang kesenangan Hazri.

Pengarah, penerbit dan pelakon Bait Cinta

Maria berasa kesal dengan perbuatan dan perangai Hazri yang telah jauh menyimpang. Akhirnya Maria membuat keputusan untuk menjodohkan Hazri dengan seorang gadis kampung bernama Ana. Ana, lakonan Eira Syazira, merupakan seorang ustazah dan Maria berharap kemunculan Ana dapat membantu Hazri kembali ke jalan yang benar. Hazri tidak setuju dengan cadangan ibunya tetapi terpaksa akur apabila ibunya ingin menarik semula semua saluran kewangannya dan memecat Hazri dari Khalifah Holding.

Selama perkahwinan mereka, Ana tidak dilayan oleh Hazri sebagai suaminya. Hazri sering keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar. Pada hari ulangtahun Hazri, Ana telah menyediakan kek untuk menyambutnya bersama Hazri tetapi tidak diendahkan oleh Hazri. Malah Hazri keluar menyambutnya bersama kawan-kawannya. Tetapi ketika di dalam perjalanan, Hazri teringatkan isterinya yang kesedihan dan timbul perasaan bersalah dan kasihan kepada isterinya, lalu pulang ke rumah.

Ana dan Maria berasa sangat bersyukur dengan perubahan Hazri yang lebih mengutamakan keluarga terutamanya isterinya, Ana. Namun di dalam kebahagian itu, mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan yang melibatkan kandungan Ana dan cinta yang tidak diduga oleh Hazri terhadap rakan sekerjanya Shahnaz lakonan Natasha Hudson. Pada masa yang sama Ana pula berasa simpati terhadap seorang wanita mualaf, Nur Syuhada (Charmaine Poo) yang sentiasa didera oleh suaminya, Iqmal. Ana dan Hazri cuba menasihati suami Nur Syuhada namun lain pula yang timbul. Fikiran Iqmal telah diracun oleh Jeff dan menuduh Hazri mempunyai hubungan sulit dengan isterinya Nur Syuhada lalu menjatuhkan talak ke atasnya.

Adakah Ana akan membuat pengorbanan terhadap cintanya kepada Hazri dengan membenarkan Hazri berkahwin dengan Shahnaz atau Nur Syuhada? Mungkinkah Nur Syuhada tersasar jalan sebagai mualaf kerana kecewa diceraikan oleh suaminya?

Semuanya pasti terjawab menerusi slot Ratu : Bait Cinta yang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam bermula 17 Mei 2011 ini di TV9

Selamat menonton !

Eira, Riz, Natasha, Chermaine

Eira, Riz, Natasha, Chermaine

Chermaine Poo

Chermaine Poo

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Riz Ainuddin

Riz Ainuddin

Eira Syazira

Eira Syazira

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Riz Ainuddin Pegang Watak Penjaga Kereta Dalam Kecuali Cintamu
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak
  • Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo
  • Lirik Lagu Hati Siti Nurhaliza Hadiah Dari Hati
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Sinopsis Drama Kecuali Cintamu
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Chit Chat Dengan Lee DeWyze Secara LIVE di Gua Star Chat!

    Posted: 12 May 2011 09:24 PM PDT

    Lee DeWyze "Secara Langsung" di Gua Star Chat!

    Jangan lepaskan peluang berbual bersama Juara American Idol Musim ke-9 secara 'online'! Lee DeWyze bakal menjawab pelbagai soalan anda malah mungkin akan turut menunaikan permintaan lagu daripada anda secara langsung!

    Sila layari : www.gua.com.my/starchat
    Hari / Tarikh: Rabu, 18 May 2011
    Masa: 3.15ptg – 3.45ptg

    Jangan lupa temujanji 'online' anda bersama beliau!
    Dibawakan eksklusif oleh Gua Malaysia dan Sony Music Malaysia.

    Lee DeWyze

    Tags: , , , , , , ,

    Tags: , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Star World Presents Lee DeWyze Live in Kuala Lumpur
  • Chat Shawal & Heliza: Antara Teruja & Teruji
  • Roslan Shah Pengacara No.2, Azwan Ali Makan Hati?
  • Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli
  • Mahu Tiket Percuma Malam Final One In A Million?
  • OUTSOURCED Season 1 Concept
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Photo Simon Cowell is Shirtless, Half Nude Naked Pix Celebrities
  • Konsert Star Live 2009 Catat Rekod Membanggakan
  • Hallmark Channel is the #1 Astro English Channel in Malaysia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.