Adsense

Khamis, 19 Mei 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Rozita Che Wan & Shahir

Posted: 18 May 2011 07:11 AM PDT




Akhirnya terkantoi sudah yang Shahir dan Rozita Che Wan keluar bersama-sama. Kali ini ada manusia yang hebat berjaya menangkap gambar mereka berdua di LCCT. Untuk pengetahuan anda, Rozita sememangnya mengakui yang dia sedang bercinta dengan Shahir tetapi Shahir sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut. Malu-malu lembu ke Shahir?

Kalau aku dapat awek macam Rozita Che Wan, bukan setakat malu malu lembu, esok terus ajak kahwin. Hehehehe. Tapi tak apalah, mungkin Shahir tak mahu popularitinya jatuh merudum. Mana tahu ramai peminat yang tak suka hubungan Shahir dengan RCW. Tak gitu?

Lagi gambar Shahir dan RCW di LCCT dengan membaca entri ini sepenuhnya.
















Kredit gambar kepada Forum Cari.

(GAMBAR) kaki Jasmin Hamid melecur!

Posted: 18 May 2011 07:05 AM PDT



Kaki kanan dan kiri Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.


"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena. Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin. Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar.