Adsense

Rabu, 27 April 2011

Zon Artis

Zon Artis


Sinopsis Drama Cita & Cinta Yang Disiarkan Di TV9

Posted: 27 Apr 2011 10:32 PM PDT

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF

Mana lebih penting? Cita atau cinta? Itulah yang ingin disampaikan menerusi slot Aurora terbaru TV9 dengan judul Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof terbitan Radius One Sdn Bhd yang ditayangkan pada setiap Khamis, jam 8.30 malam yang sudahpun bermula pada 21 April lepas.

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Azma Aizal Yusof, pengarah Cita & Cinta

Cita dan Cinta mengupas isu terkini remaja yang melibatkan percintaan, kasih sayang antara keluarga dan persahabatan. Dalam usia remaja sebegini, mereka kini sentiasa dilanda masalah antara melayani cinta dihadapan mereka ataupun cita-cita yang boleh melibatkan masa hadapan mereka. Sudah semestinya dikala usia muda ini, mereka tidak terlepas daripada mempunyai perasaan jatuh cinta, disayangi dan menyayangi, namun pada masa yang sama mereka juga ingin mengejar cita-cita mereka. Cita & Cinta yang mengandungi 13 episod ini memperkenalkan lima watak remaja yang menjadi tunjang kepada drama ini.

Berikut adalah sinopsis Cita & Cinta:

Bermula dengan pertemuan Azlan lakonan Izzue Islam berasa tertekan kerana penyanyi utama kumpulannya iaitu Indah (Chomel Fana) telah menarik diri dan sekaligus memutuskan hubungan dengan Azlan. Azlan pula bercita-cita untuk mempunyai kumpulan muzik terkenal suatu hari kelak. Ini membuatkan Azlan berada di dalam situasi yang sangat tertekan. Apatah lagi Azlan sememangnya mempunyai sikap baran telah memarahi sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya termasuklah sahabat baiknya iaitu Fiq (lakonan Beto Khusyairi). Sharifah Amani yang melakonkan watak kembar kepada Azlan iaitu Zalia berasa amat rimas dengan kelakuan Azlan.

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Izzue Islam sebagai Azlan

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Chomel Fana sebagai Indah

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Beto Khusyairi sebagai Fiq

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Sharifah Amani sebagai Zalia

Fiq amat memahami sikap Azlan, apatah lagi masalah keluarga yang dihadapi oleh Azlan dan Zalia. Pada masa yang sama, Zalia pula telah lama menaruh hati kepada Fiq tetapi hanya memendamkan sahaja hasrat tersebut. Suatu hari, muncul Diya anak saudara kepada pemilik café dan bekerja di situ. Diya yang dilakonkan oleh Nadia Aqilah, mempunyai sikap yang pendiam dan suka membawa diri. Fiq pula sering melihat Diya menangis seorang diri dan ini menimbulkan perasaan kasihan terhadap Diya. Fiq cuba merapatkan diri dengan Diya dan kebetulan pula Diya amat menyenangi Fiq yang senitasa mengambil berat tentang dirinya.

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Nadia Aqilah sebagai Diya

Azlan pula masih kebingungan mencari penyanyi bagi kumpulannya. Tanpa disangka, Diya mempunyai kebolehan menyanyi dan mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Diya mula menyanyi lagu-lagu yang digubah oleh Azlan sementara lirik pula ditulis sendiri oleh Fiq. Diya amat menyukai lirik-lirik yang dihasilkan oleh Fiq. Ini membuatkan mereka semakin akrab. Keadan ini tidak disenangi oleh Zalia yang menaruh hati terhadap Fiq dan berasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kini Zalia lebih rapat dengan Jimmy (lakonan Keifli Idir) yang sentiasa menjadi sahabat setia untuk meluahkan masalah.

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Keifli Idir sebagai Jimmy

Suatu hari berlaku pertelingkahan antara Azlan dan Diya. Tanpa disangka, Azlan juga turut menaruh hati kepada Diya. Fiq terpaksa memberi laluan kepada Azlan kerana Azlan merupakan sahabat baiknya, Diya pula aterpaksa berterus-terang dengan semua sahabat barunya yang dia baru sahaja bercerai dan kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Ketika mereka sedang bertelagah itu, Zalia tiba-tiba menerpa mereka dan memberitahu yang Jimmy telah dimasukkan ke hospital. Jimmy sebenarnya menghidapi penyakit kronik dan tidak pernah berkongsi dengan sesiapa masalah penyakitnya. Apatah lagi Jimmy menghadapi masalah kewangan kerana tidak dapat menampung perbelanjaan pembedahannya.

Apakah kesudahan hubungan cinta tiga segi Azlan, Diya dan Fiq? Berjayakah Azlan memujuk Diya untuk menjadi penyanyi utama kumpulannya? Bagaimana pula dengan Zalia yang menaruh hati dan perasaan terhadap Fiq dan perasaan kasihannya terhadap Jimmy yang kini terlantar sakit?

GAMBAR PELAKON DAN SINOPSIS DRAMA CITA DAN CINTA TV9 ARAHAN AZMA AIZAL YUSOF
Pelakon, penulis skrip, pengarah Cita & Cinta dan Kumpulan Gabba-Gabba

Nantikan jawapannya menerusi slot Aurora di TV9: Cita dan Cinta yang disiarkan pada setiap Khamis, 8.30 malam bermula 21 April 2011.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Maizawati Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Posted: 27 Apr 2011 10:24 AM PDT

GAMBAR BAYI LELAKI MAIZAWATI ZAINAL

Maizawati Zainal, atau lebih mudah dikenali apabila kami menyebut bekas isteri Akhil Hayy telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy. Dia dilaporkan bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur, pada pukul 4.15 pagi, Rabu.

Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim dimana mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

Untuk info, Mouhammad Qhabel Izz Qhushairy merupakan anak ketujuh Maizawati dimana dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya, Akhil Hayy. Sementara dua lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

Psstt: Adakah anda MILLIONAIRE yang seterusnya?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.