Adsense

Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hubungan seperti adik-beradik

Posted:

Hubungan seperti adik-beradik

Hubungan seperti adik-beradik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


HUBUNGAN Aznil dengan bekas alumni Akademi Fantasia ini sudah menjadi seperti adik-beradik.


TIADA siapa menyangka Akademi Fantasia (AF) yang mula diperkenalkan Astro pada tahun 2003 telah mencipta fenomena baru dalam industri penyiaran negara.

Harus diakui, perjalanan AF sebenarnya banyak dihidupkan oleh pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi selama lima musim dia mengendalikan AF dari tahun 2003 hingga 2007.

Malah, Aznil sendiri mengakui AF telah mengubah hidupnya secara total dan terus mengangkat namanya di puncak tertinggi seperti mana hari ini.

Kini, selepas tiga musim 'berehat' dan menjadi pemerhati, Aznil kembali mengemudikan rancangan kegemaran ramai itu untuk musim kesembilan yang juga merupakan AF yang terakhir.

Untuk itu, Hits memberikan penghormatan kepada pengacara unggul negara ini dengan mengadakan sesi fotografi khas bersama lima alumni AF yang dipilih sendiri oleh Aznil.

Mereka yang dimaksudkan ialah Nurul Hana Che Mahazan atau Nana dari AF1, Ahmad Zahid Baharuddin (Zahid - juara AF2), Syaiful Reza Mohamed (Reza Mohamed - AF3) serta juara dan bekas peserta AF5, Noorsyarmilla Jirin (Mila Jirin) dan Muhammad Aizat Amdan (Aizat).

"Jujurnya, memang sukar untuk saya membuat pilihan. Namun saya melihat sesuatu yang istimewa dalam diri mereka yang membuatkan saya tidak teragak-agak untuk memilih mereka dalam sesi fotografi ini.

"Hubungan kami yang rapat itu juga telah menjadikan kami seperti adik-beradik," kata Aznil tanpa selindung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamal ada harga sendiri

Posted:

Jamal ada harga sendiri

Jamal ada harga sendiri

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar MOHD NOOR AMIN


JAMAL Abdillah meletakan harga bagi menjamin nilai eksklusif sebagai seorang anak seni.


SETELAH lebih tiga dekad menjadi anak seni, Raja Pop negara Jamal Abdillah kini mengakui meletakkan harga bayaran yang tinggi bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai anak seni.

Apa yang dilakukan oleh juara Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun 1979 itu dirasakan bersesuaian dengan kualiti persembahannya yang akan diberikan.

Sebagai orang lama dalam industri hiburan tanah air, Jamal mengakui akan menapis setiap tawaran yang datang padanya.

Baginya, sebagai anak seni, seseorang artis itu perlu menjaga nilai eksklusif sendiri agar tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu yang hanya tahu mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan.

Tidak hanya memilih tawaran berlakon, penyanyi lagu Kau Lupa Pada Janji itu juga turut mengakui memilih tawaran dalam bidang nyanyian.

"Saya tidak mahu orang meluat dan jemu melihat persembahan saya. Jadi biarlah persembahan yang mahu saya lakukan itu agak terhad tetapi kesannya ada dan kemunculan jarang-jarang saya itu diingati.

"Namun sekiranya sesuatu majlis itu dianjurkan untuk tujuan amal dan melibatkan pihak kerajaan saya sudi untuk merundingkan harga yang lebih rendah," katanya ketika ditemui pada sidang media sambutan Hari Ibu anjuran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Demi menjaga hak eksklusifnya, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali turut menolak tawaran untuk tampil dalam filem Azura 2011.

Baginya tawaran untuk melakonkan watak utama filem itu Zack ketika meniti usia tua tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan oleh pihak produksi Ace Motion milik pengarah Aziz M. Osman.

Jelasnya, apabila dia meletakkan harga untuk bersama dalam filem itu ia tidak dipersetujui oleh pihak produksi.

"Tidak terlintas di hati saya untuk menolak tawaran itu tetapi mereka yang tidak dapat menuruti harga yang saya cadangkan.

"Saya bukan demand tetapi tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah apa yang telah terjadi kepada saya dengan filem Azura dahulu.

"Filem itu popular dan terus-terusan ditayangkan sedangkan apa yang saya perolehi tidak setimpal dengan pengorbanan dan penat lelah saya berlakon," ujarnya.

Tambah bapa kepada dua orang putera itu, dia kini lebih selesa menerima tawaran menyanyi daripada berlakon memandangkan bayaran yang diterima lebih memuaskan hati.

Namun, semua itu tidak sekali-kali membuatkannya serik untuk terus menerima tawaran sekiranya apa yang ditawarkan itu berbaloi dengan pengorbanan yang akan diberikan.

"Saya akan terus berlakon apabila ada tawaran yang sesuai. Cuma buat masa ini kebanyakan tawaran saya terima tidak memuaskan hati," kata pelopor watak Zack dalam filem Azura yang diterbitkan pada tahun 1984.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.