Adsense

Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Lega suami tak marah dia

Posted:

Lega suami tak marah dia

Lega suami tak marah dia



BILA Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar mengatakan pemandu perempuan selalunya memandu dalam keadaan bahaya, Joyah turut menyokong. Joyah tabik sebab Bung berani bercakap tentang realiti, walaupun ada yang menjadi emosi dengan kata-kata Bung itu.

Pada Joyah apa yang dikatakan oleh Bung banyak kebenarannya sebab kebanyakkan pemandu perempuan 'terlebih berhati-hati' semasa di jalan raya. Orang kampung Joyah kata 'terkemut-kemut' nak pusing stereng, nak lintas, nak masuk kiri atau kanan.

Sebab tu banyak orang marah perempuan memandu termasuk Datuk Bung kita. Tetapi bukan semua tau, ada juga perempuan yang gaya pemanduannya okey dan selamat. Orang lelaki pun ada juga yang terlebih 'tak selamat' bila bawa kereta sebab selalu perasan mereka hebat.

Okey, bila Bung buat kenyataan rupanya si isteri yang jelita, Zizie Izzette pun terasa juga. Kata Zizie dia terfikir Bung turut mengaitkan dirinya tergolong dalam kategori wanita yang tidak selamat memandu itu.

Tetapi rupanya lain yang dimaksudkan Bung. Jadi Zizie reda sebab tak masuk dalam senarai perempuan 'malang' yang dikatakan oleh suaminya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima kasih wahai Astro!

Posted:

Terima kasih wahai Astro!

Terima kasih wahai Astro!

Selamat berhujung minggu. Kita bertemu lagi pada minggu pertama bulan April 2011. Lama juga saya bercuti sehingga ruangan Katarsis pun turut bercuti. Sesekali bercuti sakan, memang seronok sampai sudah tak ingat hendak ke pejabat. Jangan marah ya bos!

Maaf juga kepada pembaca yang bertanya mana Katarsis menghilang, terima kasih atas keprihatinan. Saya bukan hilang cuma berehat melepaskan lelah barang seketika.

Semoga dapat menjana lebih banyak idea yang baik dan cerdas tubuh badan untuk mencatat anekdot seni kepada pembaca tersayang bersama dengan team Pancaindera yang lain.

Masuk saja pejabat, banyak berita gembira saya terima. Rasa bersyukur sangat sebab kegembiraan itu ada kaitan dengan hal-hal tentang kerja.

Ini termasuklah mulai Mac yang lalu, Pancaindera muncul dengan wajah baru. Wajah yang lebih segar gabungan unit kreatif kami ini menjadikan saya cukup teruja. Saya harap kalian suka dan semakin sayang dengan akhbar kita ini.

Walaupun Katarsis sudah berpisah dengan sahabat baiknya, Siti Jarum, dalam penyelarasan semula Mingguan Malaysia, anda janganlah risau.

Siti Jarum masih bersama cuma di dalam akhbar utama Mingguan Malaysia dan jarum dia di situ saya rasa lebih tajam berbisa berbanding ketika di Pancaindera. (Sebenarnya saya lega sebab akhirnya orang tidak lagi menganggap saya sebagai Siti Jarum. Hehehe!)

Apa sekalipun, di mana sekali pun anda berada, teruskan menyokong Mingguan Malaysia ya, kerana tanpa anda siapalah kami.

Sejajar dengan perubahan, kami juga mengharapkan maklum balas pembaca terhadap perubahan yang telah dilakukan. Tak kira, positif ke negatif ke, silalah komen. Jangan malu dan segan, kerana kita semua adalah kawan.

Jangan lupa e-mel kepada Pancaindera kalau ada sebarang idea menarik untuk dikongsikan dengan kami. Atau boleh juga undang kami sebagai rakan anda di laman sosial Facebook, insya-Allah, banyak manfaat yang boleh kita kongsi bersama.

Satu lagi cerita gembira yang saya dan anda juga terima, sudah tentunya tentang apa yang berlaku semalam. Malam tadi, pihak Astro telah menamatkan segala teka teki dengan mengumumkan pengetua Akademi Fantasia yang baru. Nyata, orangnya bukanlah 'mamat Indonesia' si Ahmad Dhani, tetapi lagenda rock kita sendiri, Amy Search. Hilang segala debaran.

Saya mewakili seluruh pembaca Katarsis rakamkan terima kasih kepada pihak Astro kerana peka dengan kehendak masyarakat.

Sejujurnya saya kena akui, saya bukanlah peminat AF yang tegar, menonton hanya sekadar ada kaitan dengan tugasan, itu sahaja. Tidaklah saya sampai 'bertunggu-tangga' depan TV setiap kali AF membuka tirai. Sebab itu sepanjang AF bersiaran selama sembilan musim (hampir 10 tahun), saya sangat bangga dengan diri sendiri sebab satu sen pun duit saya tak habis untuk mengundi mana-mana bintang baru yang dicipta AF.

Tetapi saya sangat prihatin apabila mendengar desas-desus Astro ingin mengundang Ahmad Dhani sebelum ini. Sudah ada beberapa perbincangan, dan kalau sumber saya tak salah Dhani pun nampaknya cukup berminat dengan tawaran yang diberikan. Hari ini, kalau tak ada yang suara-suara untuk menghalang, mungkin Dhani akan berkampung di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Tetapi apabila kita (media dan masyarakat) bersatu dan melahirkan pandangan termasuklah dalam ruangan Kartasis ini bahawa kita tidak menyokong AF kalau ia dipimpin oleh Ahmad Dhani, pihak Astro pun prihatin juga.

Meskipun banyak yang terpaksa diubah dan ditukar, mereka akhirnya mendengar keluh kesah rakyat Malaysia yang tidak mahu ketua kumpulan Dewa yang terkenal dengan imej tidak berapa baik itu, dibawa masuk ke sini.

Sebenarnya memilih Ahmad Dhani, bukan hanya sekadar isu AF dan pengetuanya, tetapi seperti yang saya sudah katakan sebelum ini ia menghantar banyak makna yang boleh memberi konotasi kurang menyenangkan, termasuklah kepada dunia seni tanah air secara keseluruhannya.

Ada yang kata saya ni jenis wartawan yang emosi, buruk sangka kepada Ahmad Dhani, tetapi kepada saya orang kita pun ada yang hebat juga. Bangsa Malaysia yang berdaulat tidak kurang hebat, anda setuju?

Memilih Amy adalah pilihan yang bijak dan tepat kerana dia lagenda yang cukup hebat. Sifat rendah diri, sentiasa berfikiran positif dan sarat dengan daya juang sedari zaman susah sehingga ke tempat seperti sekarang, memang banyak ilmu yang boleh diperturunkan kepada budak-budak yang baru nak naik ni. Syabas Astro!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.