Adsense

Selasa, 26 April 2011

Sensasi

Sensasi


Gambar hantu yang berjaya dirakam di Sumatera Selatan

Posted: 26 Apr 2011 10:59 AM PDT

Seorang penduduk mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan, lapor laman Berita8 semalam.

Dalam gambar itu, kuntilanak tersebut tidak menampakkan wajahnya tetapi rambut yang panjang mengurai.

Di Indonesia, hantu kuntilanak dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.

Gambar itu dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi Timur yang hanya dikenali sebagai Edi pada bulan lalu


Klik sini ..untuk tengok gambar tersebut...

Kaedah baru yang diuji berkesan untuk kurus, masukkan Belon dalam perut.

Posted: 26 Apr 2011 10:52 AM PDT

Huhuhu,letak belon daam perut?sungguh scary..bagaimanapun bagi mereka yang nak terdesak nak menurunkan berat badan pasti rasa nak mencuba kaedah ini..jom kita baca,kaedah Belon dalam perut nie..



HAMPIR lima tahun, Azhar Jamal, 35, telah mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.

Beliau berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 135 kigogram(kg), tetapi masih tidak berubah sehingga menyebabkan beliau sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.

Azhar mula mengalami masalah berat badan selepas tidak lagi aktif bersukan kira-kira lima tahun lepas dan ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.

"Ketika saya melakukan pemeriksaan kesihatan, kolestrol dan tekanan darah saya tinggi. Doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.

"Sejak itu macam-macam cara saya cuba untuk kuruskan badan seperti diet, minum jus, makan pil namun berat badan saya tetap sama," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Sehinggalah pada awal tahun lepas dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar diet di Pusat Perubatan Prince Court yang mengesyorkan jadual pemakanan dan diet seimbang dalam usaha untuk menguruskan berat badannya.

Pakar berkenaan juga telah mengesyorkan prosedur yang dinamai endoscopic placement of gastric balloon dan akhirnya kini beliau berjaya memperoleh berat badan yang ideal iaitu 93 kg hanya dalam masa enam bulan.

"Melalui prosedur ini saya tidak perlu 'mengorbankan' makanan kegemaran saya iaitu nasi kandar dan tetap makan lima kali sehari, saya hanya perlu kurangkan saiz makanan itu dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Belon yang diletakkan sementara dalam perut itu membuatkan kita cepat kenyang bila makan dan selepas enam bulan belon itu akan dikeluarkan, namun kita perlu meneruskan amalan pemakanan yang baik serta bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal.

"Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi, masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XXXL juga dah bertukar jadi XL," katanya.

Prosedur sementara

Sementara itu Perunding Pakar Gastroenterologi Prince Court Medical Centre, Datuk Dr. Ryan Ponnudurai berkata, belon gastrik yang diletak menggunakan endoskop adalah direka bagi membantu mengurangkan berat badan seseorang secara ideal iaitu purata 20 kg atau lebih.

Dr. Ryan Ponnudurai menunjukkan peralatan yang digunakan bagi merawat Azhar Jamal.


Untuk layak menjalani prosedur berkenaan yang tidak memerlukan pembedahan itu katanya, seseorang itu perlu mendapat motivasi dan bersedia untuk menjalani secara serius program yang diselia secara perubatan untuk diet dan senaman.

"Prosedur itu hanya dilakukan ke atas pesakit yang memenuhi beberapa kriteria. Pertama, pesakit hendaklah tidak begitu obes, tetapi hanya mempunyai berat badan yang lebih. Mereka mungkin baru sahaja naik berat badan atas beberapa sebab dan mahu kembali ke berat badan asal masing-masing," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, belon itu akan dimasukkan ke dalam perut untuk tempoh sementara selama enam bulan bagi menimbulkan rasa cepat kenyang dan sentiasa kenyang selepas makan.

"Mereka yang (pesakit) datang, perlu berpuasa semalaman sebelum kami memasukkan alat skop, letakkan belon di kedudukannya dan ia selesai. Dalam belon yang kecil itu, kami masukkan 500 cc air garam dan biarkannya dalam perut.

"Kami letakkan pesakit di pusat itu untuk satu malam. Sebenarnya mereka sudah boleh balik pada hari yang sama tetapi kami mencadangkan agar mereka bermalam sahaja di pusat itu.

"Kami masukkan belon itu dalam perut agar anda tidak boleh makan dengan banyak. Itulah tujuannya. Anda akan sentiasa kenyang dan tiada rasa nak makan," katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, jumlah berat yang patut dikurangkan dan dikekalkan oleh pesakit adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengikut arahan diet, senaman dan perubahan cara hidup dalam jangka panjang.

"Sebelum prosedur itu bermula, pesakit akan dinilai sepenuhnya oleh pakar psikologi dan diet untuk menentukan prosedur yang sesuai dijalankan ke atas pesakit dan faedah yang akan diperoleh oleh pesakit", katanya.

Dr. Ponnudurai berkata, pesakit akan mengalami ketidak selesaan untuk beberapa hari sementara perut dapat menyesuaikan diri dengan belon. Kemungkinan mereka akan mengalami rasa pening dan muntah selepas prosedur itu.

"Namun ia akan hilang mengikut masa. Mereka perlu mengambil makanan berbentuk cecair untuk dua hari. Setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan belon itu, mereka boleh meningkatkan diet," katanya.

Dr Ponnudurai berkata, kos untuk keseluruhan prosedur itu tidak lebih RM15,000.
"Seramai 15 pesakit telah menjalani prosedur itu sejak kami memulakannya kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya memuaskan setakat ini: kesemua pesakit dapat mengurangkan purata 20 kg," katanya.

Siti Sarah Hamil sebulan,dan Video sarah komen tentang Maharaja Lawak

Posted: 26 Apr 2011 10:45 AM PDT

Happynyer pasangan bahagia sarah dan Shuib nie..nampaknya mereka bakal menimang cahaya mata kerana Sarah kini hamil sebulan lebih.

Tahniah diucapkan.Sarah yang ditemubual semasa berlangsungnya Maharaja Lawak,kelihatan happy,gelak sakan..

Si penemubual memanggil sarah dengan nama Siti..okey fine nama dia memang lah Siti Sarah,tapi kan dia dikenali dengan Sarah Raisudin..
Lepas tue sarah cakap dia minat Johan,bukan Jozan..ahaha..kesian Zizan..zizan dia tak minat ker? :P



Sinopsis dan gambar disebalik tabir filem Seru

Posted: 26 Apr 2011 10:38 AM PDT

"Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku"..Tagline untuk filem arahan pertama Pierre Andre dan Woo Ming Jin.

Filem nie akan ditayangkan pada 28 April 2011,lagi esok jer..

Kalau korang nak tahu Yusry dengan Lisa tengok Filem nie la sampai berpegangan tangan gitu..uhu..Dari sumber yang boleh dipercayai,dengar cerita memang betul yusry dan Lisa kini tengah mengenali hati budi masing2. Even Edry sendiri memberitahu media,Yusry sibuk dengan kekasih barunya "L"....sape lagi kan yang nama start dr huruf L..

Lagipun Yusry sendiri tak menafikan yang dia bercinta dengan Lisa..ehem2..apepun semoga mereka bahagia..okey dah lari tajuk..


"Seru" mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba pelbagai kejadian aneh berlaku di luar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa. Namun seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan pembunuhan. Ini menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Apakah yang bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu? Nantikan kemunculannya di pawagam pada hari Khamis ini.

Pengarah sinematografi Wan Chung Hung
Pengarah Woo Ming Jin memberi arahan kepada pengarah sinematografi Wan Chung Hung

Proses untuk membuat solekan effect pada muka salah seorang para pelakon

Kila Fairy ada bakat menanyi

Posted: 26 Apr 2011 10:27 AM PDT

Kila Fairy nie sensasi mula kenal selepas gossip cinta dengan Yusry KRU,namun kedua mereka menafikan bersungguh2.Kata mereka cuma kenal masa bekerja sahaja dan tak lebih dari itu..

Kemudia timbul pula kontroversi Kila Fairy dikatakan cucuk botox,sehingga menyebabkan wajah lama dan wajah kini berubah.Namun Kila Fairy menafikan sekerasnya dia menyuntik Botox, Rohana Jalil ,ibu Kila pun ckp dia tak suntik botox,cuma teknik solekan saja.

Okey apa yang terbaru,rupanya Kila pun memiliki bakat nyanyian mcm ibunya jugak.Not bad suara dia,taklah power tapi tak pitchy,dan not bad,merdu jugak.Dengar cerita Kila memang aktif menyanyi sejak sekolah lagi..






Gambar Lama Kila Fairy

gambar kila fairy

Kontroversi Kila Fairy dikatakan cucuk botox

gambar kila fairy

Sai Baba meninggal Dunia akibat Serangan Jantung

Posted: 26 Apr 2011 10:13 AM PDT

Sebelum nie sensasi yakin ramai yang dah tahu cerita tentang Sai Baba,
bahkan ada yang mula percaya Sai Baba adalah Dajjal,kerana kuasa ajaib yang dimilikinya.Di India,ramai yang memujanya,bahkan kemasyhurannya tersebar keserata negeri,kononnya Sai Baba separuh tuhan bagi mereka.

Tapi nampaknya Sai Baba meninggal dunia akibat serangan jantung,jadi sahlah Sai Baba bukan Dajjal .


Pemimpin spiritual terkemuka dari India, Sathya Sai Baba, meninggal dunia pada 24/4/2011 pagi. Sebelum ini lelaki ini amat diyakini oleh pengikutnya bahawa Sai Baba adalah manusia setengah Tuhan kerana mempunyai beberapa kuasa-kuasa luar biasa.

Sai Baba sebelum ini menjalani rawatan intensif selama tiga bulan akibat penyakit jantung yang kronik.


Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi pengebumian mayat Sai Baba ke tempat lahirnya iaitu di bahagian selatan daerah Andra Pradesh.

Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926.

Ajaran spritual yang Sai Baba yang tersebarluas, mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.

Sai Baba yang sering dianggap sebagi orang suci itu menegaskan ajarannya bukan agama dan bukan pecahan dari agama yang sedia ada. Menurut jutaan orang di dunia yang mempercayainya, Sai Baba memiliki kekuatan supranatural termasuk menghilangkan benda begitu saja, mengetahui kisah kehidupan orang di masa lalu, mampu mengubati semua penyakit mematikan termasuk AIDS, bahkan ada yang mengatakan dia boleh menghidupkan kembali orang yang sudah mati.Sebab itu ada yang mengatakan Sai Baba adalah dajal.

Dengan kematian Sai Baba ini ternyata dia hanya manusia biasa sahaja. Sebelum ini banyak Video di youtube pendedahan Sai Baba hanyalah ahli silap mata.