Adsense

Jumaat, 29 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Album Kempen Harga Runtuh Warner Music Malaysia

Posted: 29 Apr 2011 09:26 PM PDT

Terbaru daripada Warner Music Malaysia – "KEMPEN HARGA RUNTUH" yang akan berlangsung pada pertengahan tahun ini, bermula 15 Mei 2011 sehingga 31 Ogos 2011.

Yang TERBESAR, yang TERHEBAT, yang TERHANGAT dan TIADA TANDINGAN adalah "KEMPEN HARGA RUNTUH" yang dianjurkan oleh Warner Music Malaysia menjelang Mei ini. Kempen yang melibatkan album-album daripada artis-artis hit sepanjang zaman ini adalah kempen terbesar yang dianjurkan oleh Warner Music bagi tahun 2011 ini.

Kempen ini adalah bertujuan untuk mengembalikan budaya melawat ke kedai-kedai CD bagi mendapatkan album-album yang original. Dengan melibatkan sebanyak 130 buah album, kempen sebegini semetinya kempen yang dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air, tanpa mengenal peringkat umur.

Dengan "KEMPEN HARGA RUNTUH", inilah peluang anda untuk mendapatkan album-album daripada artis-artis hit seperti Sudirman, Jamal Abdillah, Ella, Fauziah Latiff, Nash, Nora, Francissca Peter, Yasin, tidak lupa juga artis-artis berkumpulan seperti Raihan, KRU, Ahli Fiqir, Kangen Band, Sweet Charity, Lefthanded dan ramai lagi dengan harga terendah! Kempen kali ini menawarkan sebanyak 59 buah album daripada Warner Music Malaysia dan 71 buah album daripada EMI Malaysia yang dijual dengan harga hanya RM19.90!

Inilah peluang anda untuk mengabadikan album-album daripada artis kesayangan anda dan menambah koleksi peribadi daripada artis-artis hit ini! Jejakkan kaki anda ke kedai-kedai CD berhampiran dan dapatkan album-album original ini dengan harga terendah! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan mari SAPU BERSIH!!

HargaRuntuh-Poster5

"ALBUM COVER KEMPEN HARGA RUNTUH"

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Hafiz Lancar Album Baru Bersama Akim, Aril Yazid dan Isma
  • Album Terbaru Jinbara INTERPRETASI MENTAL
  • Pening Raya Lagu Raya Duet Salih Yaccob & M.Nasir
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Joe Flizzow Lancar Album Baru The President
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Album Terbaru Jinbara Interpretasi Mental
  • Album Solo Terbaru Irwansyah SOLITER
  • Rumah Dato' Siti Nurhaliza Selamat Dari Tragedi Tanah Runtuh
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run

    Posted: 29 Apr 2011 06:58 PM PDT

    ARTIS BERSAMA MERIAHKAN LARIAN AMAL

    Petaling Jaya, 29hb April: 3hb Julai ini, barisan artis ternama tanahair akan bersama memeriahkan sebuah larian amal Feel Good Run, anjuran ntv7, sempena ulangtahunnya yang ke-13. Dengan hanya yuran penyertaan sebanyak RM25, orang ramai berpeluang berlari bersama artis kegemaran mereka demi menjayakan kegiatan amal, bawah Kategori Selebriti untuk larian ini. Kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Yayasan AIDS Malaysia dan Persatuan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM).

    Feel Good Run celebs & Bosses

    Acara Feel Good Run ini merupakan larian terbesar bersama artis ternama tanahair yang pernah diadakan. Larian ini mengabungkan personaliti terkenal, dari pelakon, penyanyi, hinggalah penyampai berita.

    Antara mereka ialah:-

    1. Jaclyn Victor (penyanyi)
    2. Black Mentor (penyanyi)
    3. Yise Loo (penyanyi)
    4. Adrian Tan (penyanyi & pelakon)
    5. Jehan Miskin (pelakon)
    6. Dynas Mokhtar (pelakon)
    7. Cheryl Samad (pelakon & pengacara)
    8. Fouziah Ghous (pelakon)
    9. Leslie Chai (pelakon)
    10. Debbie Goh (pelakon)
    11. Brenda Chiah (pelakon)
    12. William San (pelakon)
    13. Wayne Cai Pei Xuan (pelakon)
    14. Coby (pelakon)
    15. Alan Yun (pelakon & model)
    16. Nazrudin Habibur Rahman (pengacara)
    17. Daphne Iking (pengacara)
    18. Aishah Sinclair (pengacara)
    19. Joanne de Rozario (pengacara)
    20. Sasha Bashir (pengacara)
    21. Mayjune Tan (pengacara)
    22. Baki Zainal (pelakon & pengacara)
    23. Julie Voon (pengacara)
    24. Megan Tan (pengacara)
    25. Adam (pengacara)
    26. Mohd Zulkifli (pengacara)
    27. Dennis (pengacara)
    28. Desmond (pengacara)
    29. Rickman Chia (pengacara)
    30. MeiSim (pengacara)
    31. Wind (pengacara)
    32. Nicholas Ong (DJ oneFM)
    33. AG (DJ Hot FM)
    34. Phat Fabes (DJ Fly FM)
    35. Ben (DJ Fly FM)
    36. Nadia (DJ Fly FM)
    37. Zher (DJ Fly FM)
    38. Niki Cheong (blogger)
    39. Daniel Tan (model)
    40. Linda Salim (penyampai berita)
    41. Charles Mohan (penyampai berita)
    42. Syarifah Salwa (penyampai berita)
    43. Zaiti Zubir (penyampai berita)
    44. Fazilah Hani Harun (penyampai berita)
    45. Melissa Ong (penyampai berita)
    46. Adriana Aris (penyampai berita)
    47. Azleena Najri (penyampai berita)
    48. Sheahnee Lee (penyampai berita)
    49. Lim She Ting (penyampai berita)
    50. Tan Ley Teng (penyampai berita)

    "Dalam Kategori Selebriti anda berpeluang mengenali personaliti terkenal dengan lebih dekat lagi, selain menyediakan platform kepada artis-artis untuk membalas sokongan peminat-peminat dengan kegiatan amal yang bermanfaat ini," kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan bagi ntv7 dan 8TV. "Kami amat berbesar hati dengan kehadiran mereka kerana dapat meluangkan masa untuk larian ini."

    "Sasaran kami adalah untuk mengumpul seberapa banyak sumbangan yang mungkin daripada kegiatan amal ini. Jadi, kami amat memerlukan sokongan daripada orang ramai, termasuklah penyertaan daripada badan korporat," kata Airin lagi.

    Dengan yuran hanya RM25 untuk peserta berumur 13 tahun dan ke atas dan RM10 untuk mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah, orang ramai boleh menyertai larian amal ini bawah kategori-kategori berikut:

    1) Feel Good Run – 7 km, umur 13 tahun dan ke atas
    2) Celebrity Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
    3) Fun Costume Run – 3 km, umur 13 tahun dan ke atas
    4) Kids Run – 700 m, umur 12 tahun dan ke bawah.

    Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di www.ntv7.com.my/feelgoodrun sebelum 3hb Jun. Peserta juga boleh mendaftar secara manual di tempat-tempat berikut:

    • Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
    • Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

    Setiap peserta akan mendapat sebuah pek larian yang mengandungi t-shirt, botol air, tuala muka, serta barangan lain daripada pihak penaja. Pek larian boleh didapati pada 1hb dan 2hb Julai di Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur, antara jam 10pagi hingga 6petang. Namun, mereka yang ingin pek larian dikirimkan kepada mereka hanya perlu membayar yuran tambahan sebanyak RM10 sahaja. Sijil dan cenderahati akan diberikan kepada mereka yang berjaya melengkapkan larian tersebut.

    Titik mula dan akhir untuk kesemua kategori larian adalah di Sri Pentas, No 3, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, yang mana laluannya adalah di sekitar Bandar Utama. Peserta dan orang ramai juga akan dihiburkan dengan karnival mini dan acara pentas pada hari tersebut.

    Mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau emelkan sebarang pertanyaan kepada feelgoodrun@ntv7.com.my atau dial 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

    Hero Tai & Alan Yun

    Hero Tai & Alan Yun

    Fazilah Hani Harun & Lim She Ting

    Fazilah Hani Harun & Lim She Ting

    Mohd Zulkifli, Joanne de Rozario, Jehan Miskin

    M. Zulkifli, Joanne de Rozario, Jehan Miskin

    Mayjune Tan, Brenda Chiah, Debbie Goh, Leslie Chai

    Mayjune Tan, Brenda Chiah, Debbie Goh, Leslie Chai

    Black Mentor & Jaclyn Victor

    Black Mentor & Jaclyn Victor

    Wind Lim, Sasha Bashir, Baki Zainal, Dennis Gan

    Wind Lim, Sasha Bashir, Baki Zainal, Dennis Gan

    Dynas Mokhtar

    Dynas Mokhtar

    Phat Fabes & Ben Fly FM

    Phat Fabes & Ben Fly FM

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • ntv7 anjurkan Larian Amal Feel Good Run 2011
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2009
  • Flop Poppy di With love Down Under Charity Gig
  • Acara Badminton Amal – Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • Pelancaran Muka Depan Majalah EH! Edisi DIVA dan AMAL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011
  • Marion Caunter New Host The Biggest Loser Season 2
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.