Adsense

Ahad, 24 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Karnival Ulangtahun TV9 Nasi Lemak Kopi O

Posted: 24 Apr 2011 09:34 PM PDT

Meraikan Ulang Tahun TV9 di Karnival

TV9 Di Hatiku kini memasuki tahun kelima ia bersiaran dan Nasi Lemak Kopi O merupakan salah satu program bual bicara di TV9 yang turut meraikan ulang tahun tersebut. Sambutan ulang tahun TV9 bakal diraikan dengan mini karnival Nasi Lemak Kopi O yang diadakan pada 22 April 2011, hari Jumaat bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bersiaran secara langsung di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama.

krew Nasi Lemak Kopi O

Acara meriah ini telah dihadiri oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, En. Feisal Malik.

Anuar Zain

ANUAR ZAIN

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang dua jam ia bersiaran menerusi Nasi Lemak Kopi O. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O ini sambil menyaksikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan persembahan istimewa yang akan memukau mata sesiapa yang hadir. Kehadiran artis tempatan iaitu Anuar Zain untuk memeriahkan karnival dengan single terbarunya, Sedetik Lebih, telah menggamatkan suasana karnival. Turut hadir bersama untuk memeriahkan pentas persembahan karnival adalah Misha Omar dan Alyah.

Karnival Nasi Lemak Kopi O yang berlangsung selama dua jam itu membawa para pengunjung menyaksikan kehebatan persembahan Fire Eater yang bermain dengan api, kemudian para pengunjung berkesempatan melihat pertunjukan silap mata, demonstrasi guntingan rambut oleh pemenang Best Daring Hairstylist dalam Indonesia Hair Show dan persembahan band. Para pengunjung juga dijemput ke stesen Nasi Lemak untuk menikmati Nasi Lemak dan minuman Kopi O yang telah disediakan khas untuk anda.

Nasi Lemak Kopi O yang memasuki tahun ke-empat bersiaran di TV9 dengan pengacara dan personaliti TV9 akan turun padang memeriahkan karnival Nasi Lemak Kopi O antaranya Aziz Desa, Farah Anuar, Sharifah Shahira, Fateen Gadis Melayu, Ashraf Muslim dan Sharifah Nur.

Krew dan pihak penerbitan berbesar hati berpeluang bersama-sama menyambut ulang tahun ke-lima TV9 atas sokongan daripada penonton setia TV9 dan Nasi Lemak Kopi O meraikan ulang tahun ini dengan penuh kemeriahan. TV9 turut menjemput 40 anak-anak yatim dari Rumah Al-Ijabah, Puchong, 40 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, serta 15 pesakit kanak-kanak dari Institut Pediatrik Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Kopi O bersiaran di TV9 pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

TV9 – Lima Tahun Di Hatiku.

_DSC7569

ANUAR ZAIN

En. Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

En. Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

Farah Anuar dan Fatheen

Farah Anuar dan Fatheen

Persembahan api

Persembahan api

Persembahan menari sambil potong rambut

Persembahan menari sambil potong rambut

Alyah

ALYAH

Farah Anuar, Syarifah Nur bersama pelajar Sek Men Agama Al-Maidah

Farah Anuar, Syarifah Nur bersama pelajar Sek Men Agama Al-Maidah

En. Feisal Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9

En. Feisal Malik, Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam
  • Sekitar Karnival Nasi Lemak Kopi O
  • Nasi Lemak Kopi O Musim Baru
  • The Fabulous Cats Lebarkan Sayap Ke Indonesia
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Malam Gema Puisi Gaza TV9
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Jom Singgah di Booth SIY di Karnival RIA
  • Nikki, Colabr8, Elyana di Karnival Jom Heboh 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Konsert Gadis Semasa Sunsilk

    Posted: 24 Apr 2011 07:51 PM PDT

    Melda menghiburkan Kuala Lumpur dan memburu impian beliau di atas pentas!

    Sunsilk memenuhi impian Melda dan memberi inspirasi kepada wanita muda untuk menikmati kehidupan mereka dengan semangat membara.

    Kuala Lumpur – Selepas satu perjalanan menarik yang penuh emosi, keputusan dan pembelajaran bernilai, Melda Ahmad kini sudah sampai ke perjalanan akhir sebagai Gadis Semasa Sunsilk di pentas, memberikan persembahan kepada ribuan peminat beliau. Bukti nyata kepada tunjukajar berharga yang beliau terima daripada Sunsilk dan tiga pakar industry, Melda dengan penuh keyakinan menyambut cabaran mengadakan sebuah konsert dan memberikan persembahan bersama artis-artis terkenal lain seperti Ella, Yuna, Hujan dan One Nation Emcees.

    Pic 2

    "Perjalanan sebagai Gadis Semasa Sunsilk tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bagaimanapun, pengalaman dan pembelajaran yang diterima telah memupuk dan menghidupkan keberanian dalam diri saya untuk hidup dan mengekspresikan diri dengan yakin sambil menaikkan semangat saya untuk muzik. Ini akan sentiasa menjadi detik penuh kegemilangan dan saat paling berharga dalam hidup saya dan saya amat terhutang budi kepada Sunsilk untuk semua ini," jelas Melda Ahmad.

    Acara kemuncak unggul buat perjalanan penuh inspirasi di mana seorang gadis pemalu dan pendiam bertukar menjadi seorang individu yang penuh keyakinan dan keanggunan, melalui pengajaran dan bimbingan pakar-pakar Sunsilk, kini telah mencapai impiannya dan menjadi inspirasi kepada semua. Para peminat yang telah mengikut kisah menyentuh hati beliau di televisyen telah diberi peluang berjumpa dengan Melda secara peribadi, dan dihiburkan dengan dua buah lagu yang telah melonjakkan beliau ke dalam radar Sunsilk serta 'single' terbaru beliau berjudul Aku Adalah Aku. Melda Ahmad juga telah berduet dengan idola muzik beliau, Yuna dan Ella sebagai sebahagian daripada persembahan beliau.

    "Sunsilk amat berbangga dengan transformasi Melda dan individu yang terbentuk setelah melalui perjalanan Gadis Semasa Sunsilk. Kami memang berniat untuk menaikkan dan membimbing Melda menjadi seorang individu yang tidak teragak-agak untuk memburu impian beliau dengan penuh keyakinan dan kecantikan. Ia adalah misi Sunsilk untuk mendidik dan membangunkan wanita Malaysia muda dengan kegembiraan, kebebasan dan jaminan diri untuk mengejar semangat mereka, dengan bantuan pakar-pakar. Dan Melda baru sahaja membuktikan yang ia dapat dicapai dan memberi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia," kata Emily Chong, Pengurus Jenama (Sunsilk), Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

    Pic 13

    Falsafah asas Sunsilk adalah bahawa aksesibiliti kepada pakar dapat membantu kaum wanita tampil menawan serta berkeyakinan untuk hidup dengan penuh bersemangat. Kolaborasinya dengan tujuh daripada pakar rambut terkemuka bagi menghasilkan Sunsilk Co-Creations membolehkan para wanita menghasilkan rambut cantik di rumah dan hidup dengan penuh gaya, kecantikan dan keyakinan. Konsep ini ditransfus dalam Gadis Semasa Sunsilk di mana interaksi Melda dengan tiga pakar tempatan telah menyerlahkan nilai komersial beliau, sekaligus memperkasakan beliau untuk mempelbagaikan gaya muzik beliau.

    "Bukan mengejar glamor tetapi didorong semangat ingin berkongsi muzik beliau, segala usaha gigih dan ketekunan Melda melalui bimbingan pakar-pakar yang telah berkolaborasi bersama Sunsilk telah membuka peluang untuk berkongsi kisah beliau melalui persembahan konsert yang menarik. Kami berpendapat bahawa konsert adalah cara baik untuk meraikan kemuncak perjalanan beliau kerana Melda amat meminati muzik dan Sunsilk percaya bahawa setiap wanita seharusnya dibenarkan memburu impian masing-masing, jadi cara terbaik untuk mengakhiri perjalanan beliau adalah dengan satu persembahan unggul," tambah Chong.

    Turut bersama meraikan saat indah ini bersama Melda, artis seperti Ella dan Yuna juga amat teruja untuk acara kemuncak ini. Selaku artis yang telah dikenali ramai, mereka memahami kesukaran dan cabaran yang boleh menghalang seseorang daripada mengejar impian mereka dan kedua-dua wanita berbakat ini sedia menjadi sebahagian daripada perjalanan Melda ke arah mencapai potensi penuh dan menikmati detik paling indah dalam hidup beliau.

    Kini tiba saatnya Melda Ahmad memainkan peranan beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk. Berbekalkan pengalaman menarik untuk dikongsi, Melda kini akan menjadi pemangkin kepada kaum wanita di Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka dengan yakin dan inspirasi kepada mereka untuk mengejar kehidupan yang sempurna. Konsert ini pasti menjadi gabungan minat sejati, persembahan bertenaga dan kemahiran persembahan yang unggul daripada Melda dan semua artis yang terlibat.

    Memaparkan konflik dalaman, cinta, cabaran persahabatan, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda, audien di seluruh negara telah terpukau oleh Gadis Semasa Sunsilk sejak 11 Januari 2011. Bagi mereka yang terlepas menyaksikan episode lalu dan ingin menyaksikan perjalanan beliau, sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod yang terlepas dan mendapatkan maklumat serta acara terkini Gadis Semasa Sunsilk.

    Sinopsis Gadis Semasa Sunsilk
    Gadis Semasa Sunsilk, sebuah siri drama realiti, mengisahkan kehidupan seorang pelajar muzik dengan bakat terpendam dalam bidang penulisan lagu. Malu tetapi berbakat, beliau mengekspresikan bakat beliau dengan memuat naik lagu gubahan sendiri ke laman sosial di internet tanpa menunjukkan diri beliau. Beliau tidak pernah terfikir untuk merealisasikan impian beliau di atas pentas.

    Sebuah jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui sentuhan pakar, Sunsilk pakar penjagaan rambut berganding bahu dengan jurulatih vokal tempatan terkenal, Ajai; personaliti TV popular, Wardina; dan pendandan pakar, Bambang Soteto, bagi menawarkan aksesibiliti kepada pakar, pengalaman luas dan bimbingan untuk memberikan Melda suntikan keyakinan dan membantunya merealisasikan impian beliau. Sunsilk percaya bahawa dengan akses kepada bimbingan pakar, semua wanita seperti Melda akan memiliki kecantikan, keyakinan dan impian mereka.

    Gadis Semasa Sunsilk akan merakamkan seluruh pengalaman Melda daripada ikatan persahabatan dan cinta, saat ceria dan sedih, tawa dan tangisan serta kejutan sepanjang perjalanan ini dalam 13 episod.

    Pic 1

    Rangkaian Co-Creations Sunsilk
    Semua orang berhak memiliki rambut cantik. Sunsilk percaya bahawa rahsia rambut cantik tidak harus dihadkan kepada lawatan ke salon dan telah bekerjasama dengan pakar rambut antarabangsa terkemuka untuk menghasilkan rumusan bertaraf dunia buat semua orang yang ingin mengekalkan mahkota keanggunan mereka.

    Salah satu daripada jenama penjagaan rambut paling lama dan terbesar di dunia, Sunsilk telah buat kali pertamanya dalam industri penjagaan rambut, membentuk kolaborasi jangka panjang dengan tujuh daripada pakar rambut terkemuka di dunia untuk menghasilkan bersama rumusan khas buat semua jenis rambut, setiap seorang menghasilkan penyelesaian unik untuk jenis rambut tertentu. Sunsilk membawa kepada jutaan suatu perkara yang dulunya hanya boleh diperolehi di salon elit – kepakaran produk bertaraf dunia kepada setiap wanita di seluruh dunia, agar mereka boleh memiliki "pakar dalam botol" mereka sendiri bagi memiliki rambut cantik di rumah.

    Rangkaian produk Sunsilk Co-Creation bertujuan memberikan jutaan pengguna sentuhan pakar dalam penjagaan rambut, memberikan wanita moden keanggunan, kecantikan dan keyakinan yang mereka perlukan.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Aku Adalah Aku Melda Ahmad
  • Video Aku Adalah Aku & Putus Melda Ahmad
  • Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk
  • Gadis Semasa Sunsilk
  • Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad
  • Sunsilk Revolutionises Hair Care with Nanotechnology
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • Revolusi Penjagaan Rambut Sunsilk dengan Nanoteknologi
  • Miliki Rambut Sentuhan Pakar daripada SUNSILK
  • Gambar Search di Konsert Search Di Awan Biru Seberang Jaya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.