Adsense

Khamis, 14 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD

Posted: 14 Apr 2011 10:55 PM PDT

Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD
Teraju Utama SAFI RANIA GOLD

SAFI RANIA GOLD jenama produk penjagaan kulit halal dan suci nombor satu tempatan baru baru ini memperkenalkan kepada wakil media duta terbaru mereka, pelakon popular Rozita Che Wan.

Sinonim dengan imej produk SAFI RANIA GOLD yang moden tetapi masih mengekalkan kelembutan serta keayuan wanita kita, membuatkan Rozita menjadi pilihan yang tepat bagi menjadi teraju utama jenama ini.

Rania

"Beliau adalah ikon dan inspirasi wanita kini" Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Produk SAFI. Menurut beliau lagi, Rozita adalah ikon buat wanita moden kini yang berjaya mengukir nama di dalam lapangan kerjaya masing masing namun masih menitik beratkan penampilan mereka. Kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat para wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan, justeru itu, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Rozita membuktikannya sendiri dengan raut wajahnya yang kelihatan bermaya, anjal dan penuh keremajaan walaupun beliau berada di dalam usia 30an.

Sejak jenama SAFI RANIA GOLD diperkenalkan pada tahun 2009, ia terus membangun dan terus memberikan inspirasi kepada para wanita. Seiring dengan jenama ini, Rozita juga adalah inspirasi kepada wanita kini. Komitmen beliau terhadap kerjaya serta kehebatan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah gambaran tepat buat wanita moden kini.

Nantikan kemunculan beliau yang bakal menemui para peminatnya di seluruh Negara di lokasi rangka promosi anjuran SAFI. Ayuh kita beramah mesra bersama Rozita dan dapatkan tawaran eksklusif daripada SAFI RANIA GOLD.

Dilancarkan pada tahun 2009, SAFI RANIA GOLD adalah produk anti – penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.

Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

Rania

Lengkapkan rejim anti penuaan anda dengan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD berikut:

1) Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

3) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)
Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.

5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)
Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.

6) Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)
Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!

7) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)
Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!

8) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)
Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.

9) Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)
Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

Dengan penggunaan rangkaian produk penjagaan kulit SAFI RANIA GOLD secara berterusan, anda bukan sahaja akan tampak jelita, tetapi juga merasa hebat kerana mengetahui kulit anda jauh lebih muda dan cantik berseri! SAFI berbangga kerana dapat memanfaatkan teknologi antipenuaan untuk membantu wanita Malaysia memiliki kulit yang cantik berseri menerusi ramuan khusus yang bertindak secara bersama dengan kulit.

Rania

Jelitawan Safi Rania Gold

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Juvana Lakonan Zahiril Adzim Izreen Azminda

    Posted: 14 Apr 2011 10:48 PM PDT

    "AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA"

    Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang dipersalahkan dan dihukum atas kesalahan pihak lain? Adakah dia akan bangkit semula dengan semangat baru?

    Ikuti perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh menerusi siri drama terbaru, JUVANA mulai 25 April 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.

    Juvana

    Sesi pelancaran JUVANA telah diadakan di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka pada petang Khamis lalu 14 April 2011 bersama para penghuni sekolah tersebut dan barisan artis yang menjayakan drama itu.

    JUVANA terbitan Filmscape yang menyaksikan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarea, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010; Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

    Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, "TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. Kami juga ingin memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA."

    "Tidak dapat dinafikan bahawa TV3 selesa untuk bekerjasama dengan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak dari Filmscape Production. Mereka sentiasa berfikiran kreatif dan berani, amat teliti dalam kerja-kerja produksi dalam mendapatkan visual-visual yang menarik serta membentuk watak-watak yang berkesan. Kami berharap agar JUVANA akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton-penonton TV3 nanti. " tambah Puan Nurul.

    Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

    Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

    Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

    Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan JUVANA, setiap hari Isnin jam 9.00malam mulai 25 April 2011, hanya di TV3!

    Juvana

    Juvana

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim
  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.