Adsense

Ahad, 17 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Simpang siur jalan Yuna

Posted:

Simpang siur jalan Yuna

Simpang siur jalan Yuna



PEMBULUH darah seorang wanita muda bernama Yunalis Zarai kini seperti ada suntikan cecair keberanian. Selama ini elemen itu sudah mengalir deras dalam dirinya yang membuak dengan perasaan ingin berkarya. Cuma kali ini elemen itu semakin mewarnai arteri kehidupannya. Ironi kepada lagu popularnya, Penakut.

Melangkah kaki ke New York, Amerika Syarikat (AS) sendirian, umum sudah tahu pancarobanya. Dia pergi kerana cintakan muzik dan mahu produk Malaysia diperdengarkan di sana. Kerja keras, dia tekun membikin album keduanya di perantauan. Khalayak melihat daripada mata kasar, seakan perjalanan itu bertunjangkan kata dasar 'senang' tapi hakikatnya ia bukan sebuah jalan pintas yang senang dilalui di jambatan tidak berliku.

Yuna bercerita rentas-rentas kompas jalanannya. Sepertinya mengutip setiap batu dan awan lalu, semuanya menjadi saksi perjalanannya berstatus anak seni, setakat ini. Namun memetik kata Rose F. Kennedy, hidup ini bukan hanya sekadar perjalanan tetapi momen. Dia berkongsi momen-momen itu.

Sukar puaskan hati

"Bersimpang siur," ketawanya di hujung talian ketika diminta mendefinasikan jalan seninya. Jelas laluan yang sama itu membuat dia dinobat sebagai Penyanyi Wanita Paling Popular masa kini.

"Saya bersyukur dengan apa yang dilalui, kontroversi dan sebagainya. Di sebalik adanya peminat, masih juga ada yang tidak menyokong dan membenci saya. Pernah satu ketika membuatkan saya terfikir 'Apa lagi yang tidak betul pada mata mereka'," ujar Yuna terdiam.

"Kemudian saya tinggalkan soalan itu dan bersikap positif. Apa yang penting buat saya ialah membuat sesuatu dengan lebih baik. Buat kerja untuk memberikan semula kepada Malaysia," dia berpatah kembali pada niat asal.

"Saya kerja keras sejak zaman universiti. Membahagikan masa antara tahun akhir dan persembahan. Dulu saya berimaginasi, alangkah bagusnya jika ada peluang ke negara orang, mungkin ke New York atau London dan memperkenalkan muzik kita di sana. Alhamdulillah kini jalan itu sudah menuju ke sana," butiran ceritanya keluar satu persatu mengingatkan sebuah hobi kini bertukar menjadi karier serius.

"Pernah saya diketawakan oleh sebuah syarikat rakaman ketika menyatakan niat untuk mengketengahkan lagu Inggeris saya ke luar. Itu pengalaman," ujar penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini yang tidak terkesan dengan getaran ketawa itu dan membuktikan kedegilannya berbuah manis. Hasilnya EP berjudul Decorate edisi AS yang dilancarkan pada Mac lalu.


TERSENYUM riang Yuna di lokasi titik persilangan dunia popular Times Square, New York.


Seperti membalas tawa itu, Yuna kini membuktikan segalanya tidak mustahil dengan niat suci. Dia bergelar artis di bawah pengurusan Indie Pop. Sah juga menandatangani syarikat rakaman Fader Label. Pernah juga menyanyi di rumah Russel Simmons, seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics. Sudah menjejakkan kaki Mac lalu ke sana, dia bakal pulang lagi ke negara tersebut pada Mei ini untuk melanjutkan kerja-kerja rakaman album Inggeris miliknya.

"Takut juga awalnya. Saya hanya seorang gadis dari Malaysia, sendiri ke sana. Terdetik juga bolehkah saya bekerja dengan mereka? Tetapi semuanya berjalan lancar dalam aura keselesaan," cerita Yuna yang kini sudah mempunyai kenalan di Los Angeles.

Penulis meminta dia bercerita tentang regim kerja di sana.

"Paling penting saya pelajari cara kerja. Itu ketara. Saya dapat rasa cara kerja yang berlainan. Mereka sangat serius bila masuk bab kerja. Seperti yang saya katakan, saya hanya budak dari Malaysia, berusia 25 tahun yang mahu bekerja dengan penulis lagu untuk Michael Jackson, James Scott dan ramai lagi artis besar. Tapi mereka melayan saya pada tingkat yang sama. Malah mengalu-alukan kedatangan saya. Disiplin sangat penting, sihat dan memberikan idea," ujarnya yang dapat menyiapkan sebuah lagu dalam masa satu malam.

Yuna kebaratan

Seronok dia berbicara, pengalaman dan pengisian emas dalam dirinya. Ya, realitinya bukan mudah berada di tempatnya sekarang.

Tidak lupa dia berkongsi cerita berjalan di karpet merah sewaktu MTVU Woodie Award yang diadakan di Austin, Texas pada 16 Mac lalu. Menambah cemburu khalayak yang meminati Foo Fighters, Wiz Khalifa, Zoe Kravitz dan Erykah Badu.

"Saya berdepan dengan Dave Grohl (Foo Fighters). Kaget dan kelu. Tetapi sempat bergambar bersama Erykah Badu dan Zoe Kravitz mendatangi dan berborak dengan saya, memuji serba sedikit," kongsinya malu-malu namun menambah cemburu penulis.

Dia berdepan momen enak dalam hidupnya namun semua itu diletakkan atas kanvas pembelajaran. Menghadiri sebuah festival di luar negara, matanya tertumpu dan memerhati apa yang perlu ditokok tambah dalam pengalamannya.

Penulis meminta dia memberi sedikit kata-kata, hint untuk pemuzik lokal mengikut jejaknya. Bergerak dengan segala kemampuan yang ada.

"Saya pernah dicop kebaratan kononnya, terlalu American kerana menjejak Amerika untuk membuat album. Fikiran sebegini perlu dibuka. Saya bukan ke arah kebaratan, saya mempromosikan lagu-lagu kita di sana. Saya kekal dengan imej sendiri, cara bernyanyi, bunyi-bunyian serta muzik sendiri," cerita si penggemar Velvet Underground, Iggy Pop, David Bowie dan Bob Dylan ini.

"Pemuzik kita sangat berbakat cuma mungkin tidak tahu kaedah dan perlu pemikiran yang terbuka. Penting juga untuk yakin. Jika ada bakat, cari petunjuk yang betul dan dengar kata orang berpengalaman," tips Yuna yang berpendapat menjadi artis antarabangsa bukan bermaksud perlu berbunyi Amerika.

"Perlu ada nilai internasional untuk ke pasaran luar," tambahnya.

"Ramai kawan saya yang boleh tulis lagu tapi tidak mahu membuatkan lagu mereka 'marketable.' Ada yang mahu terus bebas dan bila mahu dibawa ke arus perdana, mereka enggan. Kata mereka, tidak mahu tukar stail. Jangan keras kepala. Mentaliti perlu diubah," nasihatnya jujur.


SIAPA sangka, anak Malaysia bukan hanya bergambar di The Fader sebaliknya menjadi artis residen syarikat itu.


Wangian Yuna

Melihat stail yang dibawakan pemilik album Decorate ini, tidak dinafikan ramai sudah terjebak mengukti caranya. Masih dalam ritma berfesyen tetapi berkelubung dan menutup aurat. Pemilik butik IAMJETFUEL di Subang Jaya, Selangor ini mengulas.

"Itu satu cabaran sebenarnya. Faktanya saya gadis Muslim yang berhijab dan mahu bereksperimen gaya. Berdepan dengan kekangan tetapi sebenarnya teruja kerana itulah cabarannya terletak. Saya menutup aurat dan masa yang gaya mencari identiti. Masih mencari siapa diri saya sebenar. Sekarang masih dalam fasa mencuba dan terus mencuba sehingga berjumpa stail tersendiri," ujarnya yang lahir pada 14 November 1985.

"Seperti jatuh cinta dengan muzik, saya juga sukakan fesyen. Mungkin kalau saya bukan seorang pemuzik, saya akan meneroka fesyen. Kata kuncinya adalah pakaian itu harus sopan dan selesa," petahnya yang bakal muncul dengan dua jenis wangian pada bulan Jun nanti hasil kolaborasi dengan jenama Follow Me.

Berdepan soal citarasa, penulis kembangkan perbincangan agar sedikit berbunga wangi . Meletakkan esen cinta pada perbincangan melalui talian telefon tanpa melihat reaksi wajahnya. Tapi terdengarkan gelak tawa dan suaranya, seakan tahu dia memang di alam yang wangi, alam bunga-bunga.

"Saya dan Qi memang sedang dalam fasa dating. Bila kami tukar status di laman Facebook kepada 'dalam perhubungan', itu kerana kami mahu melihat aksi rakan-rakan dan peminat. Ternyata mereka memberi respons positif dan comel," ketawanya yang memberitahu Qi kini di Argentina, sibuk mengendalikan rancangan US Field Trip.

Menyentuh tentang Qushairi Razali, jejaka yang merupakan bekas pemain dram grup OAG dan juga hos pengacara Destinasi Bajet, dia senang bercerita.

"Mungkin umum rasa muzik adalah topik utama kami bercerita tetapi sebenarnya bukan. Tetapi Qi memang akan setiap hari beri saya input lagu-lagu baru dan kami berhubung melalui Skype. Begitu juga saya, kalau jumpa lagu baru, saya akan berikan padanya.

"Selain itu kami juga berborak tentang penerbitan dan pembikinan filem. Borak tentang banyak perkara yang semuanya menghubungkan kami. Kami sama seperti pasangan di luar sana. Normal dan tidak mahu dilihat atau dilabel sebagai pasangan selebriti," ujar Yuna yang beza sembilan tahun dengan Qi dan mengaku merupakan peminat OAG ketika berumur 10 tahun.

Mei nanti dia bakal kembali lagi ke AS membawa nama Malaysia dalam setiap hela nafasnya. Terhambat bersama rasa rindu buat Malaysia, juga buat seorang jejaka di Malaysia. Doa buat semua kesungguhan Yunalis Zarai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabariah setia tunggu Ameng

Posted:

Sabariah setia tunggu Ameng

Sabariah setia tunggu Ameng


SEBAB nila setitik rosak susu sebelanga, sebab dadah durjana, keluarga penyanyi popular bernama Ameng ini berdepan situasi yang perit. Semoga kisah Ameng, penyanyi kelahiran Besut, Terengganu ini menjadi iktibar kepada semua kerana setiap manusia itu tidak pernah sempurna kejadiannya.


BENARLAH, melepaskan insan tersayang untuk berdepan sebuah hukuman itu terlalu perit. Pedihnya sampai tidak tergambar oleh kata-kata. Mungkin, hanya individu terpilih sahaja diberikan ujian sebegitu dan mampu menangani saat itu.

"Sampai akhir hayat saya sekalipun, saya akan tetap tunggu Ameng. Sebusuk-buruk mana sekalipun dan sejahat-jahat mana sekalipun, dia tetap suami saya, bapa kepada anak saya, Haikal. Dia suami dan bapa yang baik," itu kata-kata seorang isteri yang masih menebal traumanya.

Sebaknya dapat dikesan walaupun penulis sekadar berhubung di talian telefon. Tangisnya bermula seawal khabar dirinya, penulis usulkan. Dia Sabariah Zakariah, 41, seorang isteri dan ibu yang sedang teruji di segenap penjuru.

"Saya kenal Ameng sejak 1992. Dia tidak jahat seperti sangkaan sesetengah pihak, dia tidak jahat. Jahat sangatkah dia sampai begitu sekali hukuman yang diterima," rintihnya dalam nada yang tersekat-sekat, bagai tangis yang basah bersiram di setiap urat darah.

Tambah Sabariah, Ameng berpesan, supaya dia selalu ingatkan anak mereka, Wan Amar Haikal.

"Selalu ingat dan kenal akan ayahnya. Pesanan Ameng juga, supaya saya kerap memutarkan apa sahaja klip video karaoke lagu-lagu nyanyian Ameng ketika bersama Spring mahupun solo.

"Dia juga pesan, supaya saya tidak terlalu memikirkan tentang dirinya, takut memudaratkan saya pula. Kalau datang melawatnya di Penjara Kluang, Johor, tolong bawa Haikal bersama," kata Sabariah.

Hari-hari kelam Sabariah bermula seawal dia dan Ameng ditangkap pada 1 Februari lalu di sebuah hotel di Taman Melaka Raya berikutan tuduhan memiliki dadah.

Sejak saat itu, lebih dua bulan mereka merengkok di dalam penjara di Sungai Udang, Melaka dan dipisahkan oleh dua blok bangunan yang berbeza.

Pada Rabu lepas, Ameng dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah. Ameng mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu. Dakwaan ke atas Sabariah digugurkan, dan dibebaskan daripada sebarang hukuman.

"Sehari sebelum keputusan dibacakan, peguam ada datang berjumpa saya. Katanya, saya mungkin akan dibebaskan jika Ameng membuat pengakuan atas semua dakwaan.

Serik hidup di penjara

"Ameng rela hati mahu mengaku bersalah supaya dia yang menanggung segala hukuman. Dia reda dan mahu saya bebas untuk terus menjaga amanah kami (anak). Dia tak mahu melibatkan saya dan anak. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya tapi setidak-tidaknya, saya sudah kenal perit hidup dipenjara. Dua bulan saya terkurung, terpinga-pinga dan menanggung sengsara yang amat sangat, rindukan anak dan suami. Perasaan dalam penjara itu sangat berlainan.

"Itu baru dua bulan, inikan pula untuk tempoh selama lapan tahun. Saya boleh bayangkan azab yang akan ditanggung Ameng tambah lagi dengan 10 sebatan. Saya tahu, dia bukan jenis yang kuat," luah Sabariah.

Bukan merintih merayu simpati, jauh sekali meminta bantuan, Sabariah hanya mahukan pengertian. Dia juga tidak sedih atau terkilan. Sepanjang kes berjalan, tiada seorang pun rakan atau pihak dalam industri hiburan yang muncul bertanya khabar. Sampai ke tahap itu, hinanya mereka di mata umum.

"Ameng sudah reda, dia juga pesan supaya saya jangan berdendam dengan sesiapa, jangan menidakkan kerja pihak media, jangan marah jika dicemuh masyarakat. Saya reda dengan semua ini. Selepas saya dibebaskan, hanya Iskandar, salah seorang bekas ahli kumpulan Spring yang berhubung dengan saya. Dia yang banyak memberi sokongan. Saya hargai sangat sesiapa yang hubungi saya bertanyakan khabar," katanya yang kini menetap bersama anak dan keluarga di Melaka.

Nasib ada keluarga serta kawan-kawan yang memberi sokongan dan setelah hampir seminggu dibebaskan, wanita itu masih tidak ke mana-mana, tidak mampu untuk bertemu sesiapa.

"Saya jadi takut untuk jumpa orang. Nak tengok akaun Facebook pun takut. Pantang duduk seorang, pasti menangis," katanya yang sudah memasang tekad untuk pulih daripada sejarah hitam.

Tutup perbualannya, doa Sabariah, biarlah Ameng tenang menadah hukuman dunia.

"Semoga dia tenang dan sentiasa mengingati Tuhan," ungkapnya perlahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kisah cendawan agung Ramli

Posted:

Kisah cendawan agung Ramli

Kisah cendawan agung Ramli



TERBIASA digelar Papa Rock, figura bervokal serak ini jujurnya, sangat sopan melayan pertanyaan-pertanyaan yang barangkali sudah terlalu kerap disuakan ke wajahnya.

Tenang dan senyum yang basah di bibir, sambil membahasakan penulis sebagai adik, Ramli bercerita tentang cintanya terhadap alam nusantara yang belum tamat penjelajahannya selama ini. Dalam setiap karya, nusantara menjadi elemen yang sudah sebati, tidak banyak setitis esen nusantara adalah pelengkap kepada resipi lagunya untuk halwa telinga peminat muziknya.

Jika difikirkan sepintas lalu, dia sudah ada senarai diskografi sebagai khazanah seni untuk hari esok, namun, Ramli Sarip yang dikenali ramai sebagai ikon rock itu tidak pernah beku untuk berkarya.

Terbaru, dia bakal muncul dengan sebuah album kompilasi edisi terhad, yang mengandungi 23 buah lagu hit sepanjang zaman. Turut diselitkan, empat lagu bonus Musafir Rindu, Keroncong Di Sape dan Sayang Papa serta sebuah lagu lama, Nyanyian Serambi yang disusun semula. Album berkenaan akan dilancarkan pada 26 April ini.

Pada Rabu dan Khamis ini, Ramli juga dipilih sebagai penghibur sempena persembahan Minggu Setiusaha di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

ALBUM KOMPILASI

Saya anggap kompilasi yang bertajuk Mutiara Zaman itu nanti sebagai sebuah karya teristimewa. Semua lagu yang terkandung ialah pilihan saya sendiri, saya buat sendiri dan anggap ia sebagai album mesti beli, mesti dengar dan mesti simpan. Siapa yang minat, yang ada akar Melayu dalam dirinya, pasti orang itu akan sukakan album itu.

PERJUANGAN DALAM MUZIK

Saya masih berjuang dalam roh nusantara. Saya anggap lagu boleh mendatangkan perasaan yang indah. Memanglah orang lihat saya masih dengan imej rock, tetapi akar budaya Melayu itu segar dalam diri saya. Dari situlah lahirnya benda (muzik dan lagu) saya.

LAGU DUET

Ya, dalam album berkenaan ada lagu duet bersama dua wanita hebat. Saya berduet dengan Dayang Nurfaezah untuk lagu Musafir Rindu dan Sayang Papa bersama Ana Raffali. Lagu Sayang Papa ada sedikit elemen inang dan Jawa manakala lagu Musafir Rindu pula sudah 10 tahun terperap. Asalnya, saya tulis lagu berkenaan untuk Tan Sri SM Salim, tapi dia pun dah sakit-sakit, jadi tak kesampaian hajat itu.

KONSERT LUAR KUALA LUMPUR

Saya seronok jika dapat ke Sabah, Sarawak atau kawasan pedalaman. Penonton di sana lebih jujur. Kalau ke Sabah, saya sukakan alam semula jadi. Di sana nyaman dan banyak benda yang asli. Saya ada sebuah lirik tentang perjalanan ke Sabah. Bila saya nampak Gunung Kinabalu, saya sebutkan ia sebagai cendawan agung, paksi alam yang gagah perkasa. Banyak lagi perkataan yang menggambarkan rasa dan perasaan saya. Semua itu ada tertulis dalam album kompilasi nanti. Ada 10 buah lagu yang dilengkapkan bersama perasaan dan situasi sebenar saya ketika lagu ditulis.

TREND MUZIK DAN MUAT TURUN

Saya tak puas jika hanya ada lagu yang dimuat turun sebab saya sendiri akan beli dan simpan semua album saya. Bukan nak kata saya tidak mengikut trend tapi dalam aspek pemilihan lagu, saya ikut konsep makanan. Macam nasi lemak dan masak lemak cili api, makanan itu akan terus jadi santapan untuk berpuluh tahun akan datang. Tapi bukan bermakna saya jenis yang tidak mengikut trend. Biarlah lagu-lagu itu ada nilai kerana saya orang lama yang berjiwa terbuka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.