Adsense

Sabtu, 2 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Eksplisit Maroon 5

Posted:

Eksplisit Maroon 5

Eksplisit Maroon 5



JIKA bukan kerana kebanyakan lirik lagu yang eksplisit dan beberapa unsur seks yang pernah ditonjolkan dalam beberapa klip video lagu mereka termasuk This Love, She Will Be Loved dan Harder To Breathe serta yang terbaru menerusi klip video untuk single pertama, Misery, daripada album terbaharu mereka, Hands All Over, Maroon 5 adalah sebuah band rock yang 'bersih'.

Mereka yang terdiri daripada lima sahabat sejati sejak bangku sekolah, Jesse Carmichael (keyboard) Ryan Dusick (dram) Adam Levine (vokal dan gitar), Mickey Madden (bass) dan James Valentine (gitar) tidak pernah dikaitkan dengan sebarang kontroversi seperti kebanyakan band rock lain.

Sejak meledak naik sekitar tahun 2004 walaupun debut mereka, Songs About Jane dilahirkan pada tahun 2002, Maroon 5 terus menjadi salah sebuah band yang digilai.

Tetapi, satu-satunya isu yang terus mengekori mereka adalah sensasi unsur seks yang kerap diselitkan dalam klip video serta lirik-lirik yang mempunyai makna kurang baik di sebaliknya.

Malah untuk kulit album terbaharu ini juga, Maroon 5 memaparkan tubuh seorang wanita bogel di atas katil dengan tangan menutup bahagian dadanya.

Apabila hal itu diajukan kepada vokalisnya, Levine yang memang terkenal dengan sikap terbuka tidak menafikan hal tersebut.

Dia malah menjawab secara sinikal: "Saya sukakan seks. Saya tidak akan tipu tentang itu kerana saya berpendapat seks adalah satu aktiviti yang baik."

Tambahnya lagi dia tidak mengerti mengapa sesebuah klip video harus menjadi terlalu klise dengan memaparkan aksi sesebuah band sedang memainkan instrumen mereka. Apa salahnya jika jalan lagu divisualkan dalam imaginasi tersendiri.

Di luar isu tersebut, Maroon 5 tidak mempunyai sebarang masalah untuk digilai. Jika tidak, masakan sejak album sulung mereka dilahirkan sehingga yang ketiga, band ini telah menjual lebih 25 juta unit album di seluruh dunia.

Bercakap tentang termometer sukses Maroon 5, Levine memberitahu, mereka hanya menjadi diri sendiri dan melahirkan karya yang jujur. Bagaimanapun katanya tidak mudah bagi mereka untuk berada pada tahap sekarang.

"Pada satu ketika, kami sendiri keliru untuk memilih muzik yang ingin kami berikan kepada khalayak. Kami juga mempunyai pengaruh muzik yang berbeza. Namun sebaik kami menukar nama Kara's Flowers kepada Maroon 5 pada awal kemunculan dulu, kami berjaya menyelaraskan muzik kami dan memilih pop rock sebagai paksi baru berbanding alternatif rock yang tidak menjadi," kata Levine.


MAROON 5 terdiri daripada Jesse Carmichael, Ryan Dusick, Adam Levine, Mickey Madden, dan James Valentine.


Dia turut memberitahu walaupun populariti kini melingkari mereka, itu tidak bererti Maroon 5 sudah boleh tersenyum bangga. Sebaliknya kata Levine ringkas: "Kami akan terus memberikan yang terbaik kepada peminat untuk setiap produk yang bakal dikeluarkan.

Levine yang juga menulis kebanyakan lirik lagu untuk album mereka menambah, pada kebanyakan lirik lagu yang dihasilkan, ia tidak dibikin secara formal di dalam studio atau bersama instrumen. Sebaliknya ia dihasilkan secara spontan.

"Kebanyakannya saya hasilkan dalam bilik mandi, bukan sewaktu saya sedang memetik gitar. Pelik bukan? Tapi saya rasa menghasilkan lagu secara spontan adalah seni yang lebih unik berbanding kita terlalu berusaha untuk melakukannya," katanya.

Rapat

Sejak ditubuhkan lebih 10 tahun lalu, mereka tidak pernah berpecah kecuali Ryan Dusick meninggalkan band tersebut kerana masalah kecederaan.

Ditanya rahsia mereka mampu mengekalkan keharmonian dalam band, Levine memberitahu, kerana hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama membuatkan mereka kekal bersama.

Mengaku sesekali bertengkar dan tidak sefahaman, katanya: "Tapi ia adalah proses biasa. Sebenarnya kami sudah lebih sekadar sebuah band. Kami adalah satu keluarga dan pertalian yang cukup utuh ini membuatkan kami bertahan bersama."

Bagaimanapun saat ditanya tentang sampai bila mereka akan bertahan bermain muzik bersama, Levine seperti memberi bayangan mereka tidak akan bermain muzik sehingga tua seperti mana yang dilakukan band-band lain.

Katanya, dia percaya bahawa Maroon 5 sudah berada di kemuncak dan tidak mustahil bubar selepas melahirkan sebuah lagi album yang tidak diketahui bila akan diterbitkan.

"Pada satu tahap nanti, saya mahu memberi fokus kepada hal lain dan saya tidak tahu sama ada saya mahu meneruskan kerjaya ini atau tidak apabila usia kami telah mencecah 40 atau 50 tahun. Saya tidak melihat kami akan menjadi seperti Rolling Stone," jelas Levine.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelangsungan Voices From The South 2011

Posted:

Kelangsungan Voices From The South 2011

Kelangsungan Voices From The South 2011

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my


ROTHIAH (tiga dari kiri) merasmikan Voices From The South 2011.


SETELAH empat tahun berlalu, program Radio Bicarawara Voices From The South masih menjadi sorotan menarik dan mengisi lagi carta rancangan saluran radio TraXXFM 90.3MHz.

Masih kekal dengan format yang sama, ia dipertingkatkan dengan paparan isu yang lebih informatif, interaktif serta global untuk tatapan audiens tempatan.

Program yang mempunyai pendekatan seperti forum perdana itu difahamkan terus disajikan atas respons positif yang diterima sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008.

Setiausaha Gerbang Maklumat Selatan-Selatan (SSIG), Asmawar Samat memberitahu, keunikan program radio bicarawara itu adalah ia akan melibatkan penyertaan yang membabitkan wakil-wakil kerajaan dari negara-negara selatan yang berpusat di Kuala Lumpur.

"Mereka akan mengupas dan berkongsi informasi serta pendapat yang bernas mengenai isu-isu yang melanda di negeri-negeri berkenaan.

"Ia termasuklah isu politik, ekonomi, sosial, teknologi, pelancongan, budaya dan sebagainya," ujar Asmawar pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sejak ia diperkenalkan, program tersebut telah disertai kira-kira 28 buah negara dan wakilnya. Pada tahun ini pula, sepuluh lagi negara bakal menyertainya.

Antaranya, Brazil, Brunei Darussalam, Kemboja, Ghana, Indonesia, Kyrsgyztan, Laos, Maldives, Myanmar dan Peru.

Asmawar turut memberitahu, pengisian program itu sememangnya luas dan berat, maka untuk menjadikan ia lebih interaktif serta menarik, ia diselaraskan dengan perbincangan dua hala yang disampaikan dalam keadaan lebih santai, sesuai untuk semua lapisan penonton.

Ujarnya lagi, perbincangan mengenai isu-isu pembangunan penting dalam membina hubungan diplomatik bersama negara-negara selatan secara tidak langsung mengutarakan idea untuk mengelakkan mana-mana konflik antara negara.

Durasi program itu adalah 45 minit dan ia ke udara setiap Rabu bermula pada minggu kedua April ini sehingga hujung tahun di saluran radio TraXXFM 90.3MHz.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr. Rothiah Omar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yovie & Nuno tak kecil hati

Posted:

Yovie & Nuno tak kecil hati

Yovie & Nuno tak kecil hati

Oleh HARYATI KARIM


YOVIE & NUNO bergambar dengan Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Adrian Lim pada majlis pelancaran album terbaru mereka, The Winning 11.


LAGU Menjaga Hati boleh dikatakan sebagai lagu pembawa tuah buat band dari Bandung, Indonesia, Yovie & Nuno. Lagu itu telah berjaya membawa mereka menembusi pasaran Malaysia pada tahun lalu.

Band yang sememangnya sinonim dengan lagu-lagu romantis itu juga cukup popular di kaca televisyen apabila single kedua yang berjudul Dia Milikku daripada album The Special One menjadi lagu tema sinetron popular Cinta Kirana yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.

Meskipun lagu mereka ligat diputarkan di stesen radio tempatan, namun, masih ramai peminat muzik tempatan yang tidak mengenali siapakah Yovie & Nuno.

Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan band yang dianggotai oleh Yovie Widianto (Yovie-keyboard), Pradikta Wicaksono (Dikta-vokal), Dudy Oris (Dudy-vokal) dan Muchamad Ahadiyat (Diat - gitar) gentar untuk meluaskan sayap muzik mereka.

Terang Yovie ketika ditemui pada majlis pelancaran album keempat mereka, Winning 11 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini: "Apa yang penting, pendengar muzik Malaysia suka dan menerima muzik kami, itu sudah satu kepuasan buat kami. Jika tidak, hari ini kami tidak akan berada di sini."

Akui Yovie, populariti lagu Menjaga Hati sememangnya cukup kuat, justeru itu mereka mengambil masa yang lama untuk membikin album Winning 11 iaitu dari Disember 2009 sehingga Mei 2010 dengan harapan lagu-lagu yang dihasilkan lebih hebat daripada lagu tersebut.

"Ternyata kelewatan itu ada hikmah sebaliknya apabila lagu-lagu hits album baru ini terhasil pada saat-saat akhir pembikinan album ini seperti lagu single pertama yang berjudul Manusia Biasa," ujar Yovie selaku ketua band.

Berbicara mengenai maksud di sebalik judul album Winning 11, jelas Yovie, judul itu dipilih berdasarkan jumlah lagu yang terpilih untuk dimuatkan dalam album itu.

Memberitahu mempunyai sebanyak 40 buah lagu, namun hanya memilih 11 sahaja yang terbaik, kata Yovie: "Jadi, lagu-lagu yang terpilih itu merupakan lagu-lagu yang menang. Sebab itu album ini diberi judul Winning 11 sebagai simbolik.

Telah dipasarkan sejak Julai tahun lalu di Indonesia, namun disebabkan kesibukan mengadakan konsert jelajah di 70 buah kota, baru kini mereka bertandang ke Malaysia untuk menjalani rangka promosi album tersebut.

"Saya rasa, ini masa yang tepat untuk kami melancarkan album serta membuat rangka promosi di Malaysia selepas di Indonesia sendiri, lagu Manusia Biasa telah dimuat turun sebanyak dua juta kali," jawabnya yang turut memberitahu ada menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert di Malaysia jika mempunyai peluang.

Album yang kini sudah berada di pasaran memuatkan lagu-lagu seperti Tak Setampan Romeo, Sampai Akhir Waktu, Manusia Biasa, Merindu Lagi, Malam Mingguku, Pada Hari Ini, Yang Pertama, Mengejar Mimpi, Cerita Untuk Dunia, Indahnya Berdua dan Manis.

Dua lagu daripada album ini iaitu Tak Setampan Romeo sempat menjalani penggambaran video muzik di Milan, Itali, dan lagu Merindu Lagi di Amsterdam, Belanda dan Paris.

Sekitar bulan Mei depan band ini sekali lagi akan berangkat ke Eropah untuk mengadakan persembahan dan menjalani pembikinan video muzik di sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.