Adsense

Jumaat, 1 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Misteri status kekasih Misha

Posted:

Misteri status kekasih Misha

Misteri status kekasih Misha



MAKIN matang, makin bijak mematahkan 'peluru berpandu' yang dimuntahkan kepadanya, makin cantik dan makin 'panas', penyanyi Misha Omar pada usia 29 tahun ini sedang menempuh gelombang hidup yang agak ganas.

Ini kerana dia terus diserang barah cerita sudah berkahwin secara rahsia. Lebih memanaskan cerita tersebut, lelaki yang dikahwini Misha itu didakwa sebagai suami orang dan Misha menjadi isteri ketiga kepada lelaki dengan status seorang usahawan berjaya itu.

Sudah puas dia menepis. Puas juga menafikan dakwaan kurang berasas itu. Namun ia datang juga, mengikut angin taufan yang belum mahu berhenti melanda dirinya.

Sehingga akhirnya dia lelah, penyanyi ini dengan tegas memberitahu: "Selepas ini jangan marah jika saya mula menjawab soalan tentang peribadi saya dengan jawapan tak mahu komen.

"Selama ini, saya telah berusaha jujur dengan semua pihak. Saya tidak salahkan media apabila cerita ini terus berulang kerana saya faham selagi ada sumber, selagi itu ia akan dipaparkan. Dan selagi saya melayan pertanyaan, selagi itu akan ada cerita.

"Justeru, saya fikir, jika saya tidak menjawab lagi pertanyaan yang boleh menjadi panjang, tetapi hanya mengatakan tiada komen, mungkin itu lebih baik," katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi Dia...Misha di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PADA usia 29 tahun, Misha sudah cukup matang untuk mengharungi nista dan cabaran yang datang kepadanya.


Menurut anak kelahiran Kelantan ini, sebagai seorang wanita yang sudah meningkat usia, dia mempunyai keinginan berkahwin, malah sudah bersedia untuk menjadi isteri orang. Dia juga mengaku takut terkena badi tidak berkahwin kelak.

Tetapi katanya, selagi kekasih hati tidak melamar atau menghantar rombongan meminang, bagaimana dia hendak melangkah ke alam perkahwinan yang hangat disensasikan segelintir pihak.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memang sudah punya kekasih, tetapi saya menafikan saya telah berkahwin. Jangan risau, saya tidak akan menyorokkan kisah saya berkahwin kepada umum. Jika tiba masanya nanti, akan saya kongsi bersama.

"Hanya buat masa ini, memang saya belum berkahwin. Sebagai wanita yang sudah berusia 29 tahun, saya juga ingin berkahwin. Jujur, saya takut badi tak kahwin. Dan saya tidak mahu berkahwin hanya kerana tekanan seperti sekarang," katanya lagi.

Didesak membocor rahsia adakah benar dia kini menjalin cinta dengan suami orang, pemilik suara gemersik ini ringkasmenjawab: "Itu adalah misteri yang belum boleh saya jawab."

Namun apabila terus diasak, pendek juga jawapan Misha. Dalam tawa namun penuh makna, Misha menjawab: "Bagi isteri yang sempurna, tak perlu risau dengan Misha Omar, tapi mungkin kalau kurang sempurna, perlu ada kerisauan sedikit."


MISHA sempat mendendangkan empat buah lagu pada majlis pelancaran album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu itu.


Ditanya adakah gosip tersebut mampu membunuh karier sembilan tahun yang dibina dan bolos kontroversi, Misha mengangguk kecil. Kemudian secara rasional dia memberitahu, gosip tersebut tidak sehingga memusnahkan kariernya, tetapi mengaku, ia melumpuhkan sedikit semangatnya sebagai anak seni.

"Saya faham benar, inilah pakej yang datang seiring dengan kerjaya yang saya pilih. Walaupun kadang-kadang saya fikir ia melelahkan, tapi saya harus bertenang. Sebagai seorang wanita yang semakin dewasa dan matang, saya rasa saya boleh menangani hal ini dengan sebaik mungkin," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Posted:

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


BARISAN karyawan muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an bergambar selepas sidang akhbar yang diadakan di Restoran Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.


USAI pementasan beberapa siri teater sejak awal tahun, kini tiba giliran Belbis Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya mementaskan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an (KMJ) yang akan menemui penonton pada 25 Mei depan.

Menariknya tentang KMJ 60-an, barisan pelakon yang membintangi teater muzikal itu bukan hanya terdiri daripada muka-muka baru seperti Dafi, Ana Raffali dan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih), tetapi turut dilakonkan oleh penyanyi-penyanyi dari era 60-an.

Antaranya ialah Datuk Ahmad Jais, A. Rahman Onn, L. Ramlee, J. Sham, A. Halim, Husin Ismail, A. Rozaimi, Fatimah M. Amin termasuk dua buah band yang akan mengiringi keseluruhan teater tersebut iaitu The Rhythm 60's dan The Wanderers.

Menurut pengarah persembahan yang juga merupakan pengarah skrip, Lokman Abdul Ghani, meskipun ia merupakan sebuah teater muzikal, namun ia masih dilengkapi dengan sebuah jalan cerita.

"Teater berkenaan akan mempersembahkan lakonan dari tiga era berasingan iaitu era 60-an, 70-an dan 80- an.

"Begitupun, 80 peratus merupakan babak pada era 60-an termasuk elemen imbau kembali, manakala selebihnya akan berkisar pada tahun 1970-an dan 80-an sebagai penyambung cerita," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar memperkenalkan para pelakon di Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Ditanya tentang pemilihan Dafi, Anna dan beberapa muka baru dalam dunia teater, Lokman memberitahu, dia amat yakin dengan kemampuan semua pelakon yang telah dipilih.

"Selain Dafi dan Ana, kita juga ada Gambit, Azrul (Raja Lawak) dan Anne Ngasri. Secara keseluruhan, saya yakin dengan mereka meskipun ia merupakan percubaan pertama Ana dan Dafi.

"Sebenarnya sejak awal, saya sasarkan mahu mencari pelakon, bukan penyanyi. Tetapi semua pelakon terikat dengan komitmen masing-masing. Atas sebab itu, saya tawarkan kepada penyanyi dan mereka berminat.

"Lagipun pada saya, penyanyi juga sudah tidak asing dengan pentas kerana mereka menyanyi pun di atas pentas," ujarnya.

KMJ 60-an mengisahkan Rey yang kembali ke kampung halaman selepas sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi moden, dia telah ditemukan semula dengan rakan karibnya, Azizan selepas hampir 30 tahun berpisah.

Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba mencungkil berita tentang kekasihnya, Rose yang dikenali semasa menuntut di kolej yang sama sekitar tahun 60-an.

Sementara itu, bagi Dafi dan Anna, peluang ditawarkan berlakon teater merupakan peluang untuk mereka mengorak selangkah lagi ke arah cabang industri hiburan.

"Saya memang minat teater sejak menuntut di universiti dan tawaran ini saya terima sebagai salah satu peluang untuk saya mencuba bakat dalam teater.

"Sebagai persediaan, saya perlu bersedia mental dan fizikal serta vokal kerana saya juga akan menyanyi sebanyak dua atau tiga buah lagu nanti," ujar Ana.

Dafi pula memberitahu dia teruja kerana berpeluang berlakon teater untuk kali pertama. "Lebih mengujakan saya kerana ia dipentas di Istana Budaya," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pegawai Eksekutif Belbis Sdn. Bhd., Afandy Alias dan antara barisan pelakon seperti Ifa Raziah, Siri Nursaida Tarudin dan Radhi Khalid.

Teater muzikal KMJ 60-an akan dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanta lekap seksa Pattinson

Posted:

Kanta lekap seksa Pattinson

Kanta lekap seksa Pattinson


ROBERT PATTINSON


DI sebalik populariti dan kekayaan yang dikecapi melalui filem Twilight, aktor kacak, Robert Pattinson sebenarnya perlu membayar sejumlah pengorbanan yang lebih mahal untuk menjayakan wataknya sebagai pontianak.

Aktor kelahiran Britain itu sebenarnya 'terseksa' dengan kanta lekap yang terpaksa dipakai sepanjang penggambaran filem untuk menjayakan wataknya.

"Saya amat gembira apabila semuanya sudah berakhir," katanya yang menggambarkan betapa leganya dia apabila bahagian terakhir filem itu telah selesai menjalani penggambaran.

Selain 'membenci' kanta lekap, Pattinson turut berdepan dengan masalah untuk memakai alat itu dan khabarnya dia memperlukan dua orang pembantu untuk membantunya.

"Sebenarnya ia amat memalukan setelah bertahun-tahun. Setiap pagi, ia (memakai kanta lekap) menjadi proses yang panjang. Semua orang sudah bisa melakukannya sendiri dan saya masih perlu dua orang untuk membantu saya kerana saya tidak boleh melakukannya sendiri," tambah Pattinson kepada Splash News.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.