Adsense

Isnin, 25 April 2011

Celebrity News

Celebrity News


Ayah Ally Iskandar Meninggal Dunia - AL FATIHAH

Posted: 25 Apr 2011 11:24 AM PDT

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk ayah Ally Iskandar semoga beliau tabah menghadapi takdir ilahi yang lebih menyayangi ayah beliau.


Sumber : Hazrey & Forum Cari




AL-FATIHAH !!


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Posted: 25 Apr 2011 10:05 AM PDT


Nampaknya si penulis didalam laman forum menipu ramai rakyat Malaysia khasnya sesiapa sahaja yang rapat dengan Anne serta masyarakat yang mengikuti perkembangan dunia hiburan. Mana tidaknya ZoOm sendiri terkejut apabila membaca berita dilaman forum da portal yang mengatakan Anne kena Strok.

Nak tau dari mana info tersebut baca ayat dalam gambar kat atas tu,

Dan penjelasan daripada empunya diri dibawah :


"Saya terkejut apabila ramai yang telefon saya hari ini dan bertanyakan tentang hal tersebut.
"Memang saya ada ke hospital minggu lalu tapi bukan sebab penyakit tersebut tetapi kerana demam biasa sahaja,"
"Saya dah sihat dan sedang bekerja, Cuma apa yang saya hairan siapa yang sebarkan perkara tidak benar ini.
"Malah ada juga yang beritahu saya di masukkan ke hospital pada pukul 3 petang semalam," ujarnya.
Dalam pada itu, Anne tidak mahu perkara tersebut dijadikan bahan lawak jenaka atau khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit, strok bukan sakit yang boleh dibawa main.
"Lagi pula saya ini bekerja, saya takut ada yang anggap perkara ini serius sehingga takut untuk menggambil saya berlakon," ujarnya.

ZoOM : Puas mencari info namun tidak menjumpai kisah sebenar, akhirnya terjawap jua. Apa PUla Komen Anda mengenai Gossip yang dicetuskan oleh seorang penulis di laman forum ni.?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gambar seksi Tengku Putri Najwa Bekas Kekasih Shaheizy Sam

Posted: 25 Apr 2011 12:47 AM PDT

ZoOM ternampak gambar ini dekat laman blog teman seperjuangan dalam blog hiburan Izyan, mengenai gambar seseorang gadis didalam majalah Mangga yang boleh dikategorikan seksi kerana menampakkan belahan aset utama seseorang wanita. Memang susah nak mencari siapakah gerangan gadis ini jika sekali pandang, dan jika diamati wajah gadis ini seiras wajah Maya Karin ( Ops menurut komen orang je ). Google dan Yahoo search akhirnya ZoOM tahu siapakah gadis ini.

Info Sinema Malaysia :

Dia yang pernah putus cinta dengan pelakon baru, Tengku Putri Najwa (Wawa) yang popular menerusi drama Dari KL ke Queenstown (DKLKQ) juga mencari wanita yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan. "Ciri-ciri wanita idaman saya mestilah suka tersenyum dan tidak cakap banyak. Selain itu, dia mestilah mempunyai ciri-ciri wanita sejati. Saya juga tidak kisah dia daripada golongan artis atau tidak," katanya. 



ZoOM : Majalah Mangga biasalah..gambar macam ni je jadi pelaris kot...Apa pula komen anda di ZoOMartis @ Facebook ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gambar Konsert Michael Learns To Rock ( MLTR ) di KLCC

Posted: 25 Apr 2011 12:16 AM PDT



Gambar ini ZoOM dapat daripada kawan yang pergi ke konsert Michael Learns To Rock ( MLTR ) di KLCC semalam. Nak pergi tapi disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, bak kata orang yang penting perlu diutamakan.

Lagi gambar semasa konsert tersebut :






Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gambar Ani Mayuni Seksi Berbaju Merah !!

Posted: 24 Apr 2011 08:39 PM PDT

Dah lama tak dengar penyanyi dangdut kita ni mungkin kerana sibuk dengan tugas seharian, namun penampilan semula beliau mengejutkan ZOoM dan orang diluar sana. Berbaju merah yang berenda-rendah ( Spell Betul kot ) menjadi subjek dan tatapan "public" di luar sana.

Namun Ani Mayuni sudah lali dengan gossip berpakaian seksi ni dan berikut jawapan beliau dalam utusan :

Katanya, sebagai artis beliau perlu tampil dengan satu imej tersendiri dan apa yang dipakai untuk sesi foto atau persembahan, bukanlah penampilannya semula jadi.

"Kalau hari-hari biasa, seperti wanita lain, Ani akan mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa. Takkanlah nak pakai macam ini pergi membeli belah dengan anak-anak.
"Pakaian yang berbeza daripada biasa itu, umpama uniform Ani sewaktu tampil sebagai artis. Imej perlu ada ikut kesesuaian acara," katanya.
 
ZoOM : Apa komen anda ?

Notes :  VOTE Zoomartis ( DIGI AWARDS )


1. Click 2x --> http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=230411125059251
2.
Login Facebook
3. Isi secret words
4.VOTE
5.Selesai
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Diperdaya RM1,000 berlakon di samping Rozita Che Wan

Posted: 24 Apr 2011 08:14 PM PDT

Kesian ZoOM baca kisah Danial Ridwan ni  yang ditipu bulat-bulat oleh syarikat jualan langsung ni, sampaikan mengeluarkan duit 1k+ dek kerana penangan ingin menjadi artis. Namun apa yang ada ? duit melayang, tawaran berlakon pun hanya menjadi igauan mimpi.

Nak tau lebih lanjut bacalah "Statement" daripada Metro Online ni :

MUAR: Impian seorang lelaki menjadi pelakon dan beraksi bersama aktres Rozita Che Wan selain berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam berkecai apabila menyedari dirinya ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang mendakwa agensi mencari bakat di ibu kota, baru-baru ini.

Danial Ridwan, 26, bukan setakat berkali-kali datang ke pejabat agensi terbabit di bangunan bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KLCC) malah terpaksa membayar ratusan ringgit setiap kali datang kononnya sebagai bayaran mendapat tempat dalam filem lakonan aktres serta pengarah berkenaan.

"Saya datang ke ibu kota awal tahun lalu sebelum ditawarkan menjalani uji bakat di agensi terbabit dengan janji akan digandingkan bersama pelakon serta pengarah filem terkemuka tanah air.  
"Impian menjadi pelakon terkenal hampir menjadi kenyataan apabila saya kononnya ditawarkan berlakon dalam filem Khurafat dan Damping Malam," katanya.

Danial yang terpedaya dengan tawaran berkenaan kemudiannya diminta supaya membuat sejumlah bayaran iaitu 10 peratus daripada hasil bakal diterima apabila berlakon dalam filem dijanjikan itu.

Menurutnya, dia datang beberapa kali ke pejabat agensi terbabit sejak awal tahun hingga penghujung 2010 bagi menandatangani kontrak lakonan selain membuat bayaran antara RM300 hingga RM1,000. 

"Saya mula syak diperdaya apabila filem Bohsia mula ditayangkan sedangkan menurut kakitangan agensi terbabit, saya antara yang bakal beraksi.
"Selepas itu, saya menghubungi Suhan Movie Production dan Skop Production bertanyakan status filem yang bakal saya bintangi tetapi kedua-dua syarikat itu memberi jawapan tidak pernah menawarkan apa-apa watak atau mengenali agensi terbabit," katanya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Mamat Khalid, Dato' AC Mizal dan isteri Datin Emylia Sertai UMNO

Posted: 24 Apr 2011 08:07 PM PDT

Jika sebelum ini Zoom ada artis yang mengumumkan dia masuk PAS, kini timbul pula  kisah artis, pengarah dan ahli perniagaan yang menjadi ahli UMNO. Berita terbaru ini ZoOM jumpa daripada laman blog Pengundisetiarapat yang mengikuti perkembangan politik di Perak.

Program Jom sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat yang diketuai oleh saudara Syamsul Baharin Putra yang diadakan di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, Ipoh.

AC Mizal pula turut ditanya adakah beliau bersedia jika UMNO memerlukan tenaga beliau untuk membuat 'road show' bagi menarik ahli baru ke dalam UMNO?

Dato AC Mizal berkata, "jika saya sudah memasuki UMNO sudah semestinya saya bersedia apa sahaja demi untuk membantu UMNO bagi memenangi PRU13 nanti"
Tambahnya lagi, "saya bukan masuk untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti UMNO dan sama-sama bergiat cergas.

Dan berikut gambar yang sempat ZoOm Upload untuk dikongsi bersama pembaca :

 1 Malaysia..Ops abang Mamat Khalid pun ada.. :)


Ketika sidang media, AC menjawap soalan wartawan

ZoOM : Apa kata anda mengenai cerita ini ?

Notes : Jangan lupa undi ZoOMartis ( DIGI AWARDS )

1. Click 2x --> http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=230411125059251
2. Login Facebook
3. Isi secret words
4.VOTE
5.Selesai
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!