Adsense

Ahad, 24 April 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar seksi Linda Jasmine dan Que Haidar bersama arak

Posted: 24 Apr 2011 08:15 AM PDT

Sebenarnya ZoOm dah tengok gambar Que dan isterinya Linda Jasmine sedang meraikan sesuatu bersama rakan-rakan di sebuah pusat hiburan. Namun persoalan dan gossipnya gambar yang di ambil menunjukkan air arak dan rokok yang menjadi hidangan.

Menurut info pasangan ini hanya meraikan dan tidak menyentuh pun air arak tersebut dan berikut komen pasangan ini mengenai gossip gambar ini dalam akhbar Metro :


"Kami tak minum arak itu!" tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
"Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
"Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
"Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral," katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
"Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini," katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
"Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
"Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya," katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
"Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu," katanya.
Gambar konterversi : 
Seksinya Baju Linda

Rokok Kawan kot...

 HUrmm ada air mineral mungkin benar
No Komen




Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Ahmad Idham Sambung Belajar Di Universiti Utara Malaysia ( UUM )

Posted: 24 Apr 2011 07:32 AM PDT

Walaupun sudah sekian lama berkecimpung didalam industri hiburan dan sudah mempunyai arah tuju, namun pengarah dan pelakon Ahmad Idham membuktikan bahawa ilmu perlu dicari. Beliau telah mendaftar sebagai pelajar UUM dalam kursus Doktor Falsafah (PhD) bidang industri.

Dalam masa 2 tahun lagi jika beliau berjaya menamatkan pengajian gelaran PhD sudah tentu menggembirakannya kerana ia adalah cita-cita beliau sejak dulu lagi.

ZoOM rasa diluar sana artis kita yang mempunyai pendidikan diperingkat PhD boleh dikira dengan jari, semoga langkah Ahmad Idham akan menjadi pemangkin kepada artis kita diluar sana.



ZoOM : APa Komen Anda Mengenai Artis kita yang berpendidikan atau tidak !?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

VOTE ZoOMartis Dalam Contest Digi Awards !!

Posted: 24 Apr 2011 12:36 AM PDT

Hai kawan-kawan dan pembaca di ZoOMartis, Sehingga hari ini ZoOM telah bergerak dengan pantas dalam program Digi Awards sejak semalam. Tanpa pertolongan anda sudah pasti No 96 sudah pasti tidak akan berubah kepada No 36 hari ini.

Kalaulah ditakdirkan ZoOM menjadi salah seorang pemenang duit itu akan digunakan untuk 2nd Gathering ZoOMartis.NEt. Apa yang perlu anda lakukan ialah ikut langkah dibawah :


1. Click 2x --> http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=230411125059251
2. Login Facebook
3. Isi secret words
4.VOTE
5. FInish
6. Kalau Free Share lah dengan kawan2...TQ



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!