Adsense

Selasa, 26 April 2011

borak kosong

borak kosong


Hebat..Lelaki ini tumbuk tepat mata buaya untuk lepaskan gigitan buaya

Posted: 26 Apr 2011 09:00 PM PDT

SYDNEY - Seorang lelaki Australia berhasil menyelamatkan diri dari terjahan seekor buaya hanya dengan tangan kosong. Dirinya digigit buaya ketika hendak  memancing.

Lengan lelaki tersebut luka parah akibat serangan yang terjadi di Sungai Adelaide tersebut. Insiden ini berlangsung ketika dia bersama seorang teman tertidur di bahagian belakang bot yang ditumpanginya.

Ketika diterkam, mangsa pun melawan. Dia pun melepaskan pukulan tepat di bahagian mata buaya tersebut. Pukulan ini berhasil melepaskan terkaman buaya yang telah menggigit tangannya..

Seperti dilapor AFP, Rabu (27/4/2011), setelah berkali-kali memukul, buaya itu pun berhasil melepaskan gigitannya.

Kini pria tersebut dirawat di hospital untuk merawat luka-luka yang dialaminya. Keberanian lelaki tersebut menghindarkannya dari kematian akibat dimangsa buaya air tawar Australia yang memang dikenal ganas.

Tiap tahunnya, buaya air tawar Australia menyebabkan kematian terhadap dua orang. Buaya yang disebut "salties" oleh warga tempatan, dapat membesar hingga tujuh meter dan dengan berat mencapai berat satu tan.
(faj)

Pelakon Mexico amalkan kahwin palsu untuk tinggal di Amerika Syarikat

Posted: 26 Apr 2011 08:45 PM PDT

Macam-macam hal..
saya petik dari Berita Harian

LOS ANGELES: Seorang bintang drama bersiri Mexico didakwa mengamalkan kahwin palsu untuk tinggal di Amerika Syarikat dihukum penjara selama 30 hari selepas mengaku berbohong ketika satu proseding imigresen.

Fernanda Romero dan suaminya, Kent Ross, dilaporkan berusaha agar tidak dihukum selepas mengemukakan rayuan dalam kes itu.

Bagaimanapun, Hakim daerah Amerika Syarikat, Manuel Real menyifatkan kes itu sebagai serius di mana kedua-dua mengaku bersalah membuat kenyataan palsu dan mengarahkan mereka untuk menjalani hukuman pada hujung minggu mulai Jun.
Pendakwa meminta Romero membayar denda berjumlah AS$5,000 (RM15,100) dan menjalani tempoh pengawasan selama lima tahun. Real juga bersetuju menukarkan hukuman Romero dan Ross, kedua-duanya berusia 28 tahun dengan pengawasan tetapi tidak meminta mereka membayar denda.

"Ia amat mengecewakan. Romero kesal dengan apa yang berlaku," kata peguam Romero, Vicki Podberesky, selepas perbicaraan.

Aktres kelahiran Mexico itu terbabit dalam beberapa filem Amerika Syarikat seperti filem seram 2009, Drag Me to Hell tetapi lebih dikenali kerana sering muncul dalam 'soap opera' Mexico, Eternamentu Tuya.

Kehidupan Romero dan Ross sejak beberapa tahun lalu adalah seperti sebuah telenovela di mana ejen persekutuan menahan mereka pada April kerana disyaki menipu pegawai imigresen.
Pasangan itu mengaku saling menyayangi tetapi perkahwinan mereka runtuh selepas memadu asmara dalam tempoh singkat. Mereka bagaimanapun tidak bercerai.

Pendakwa mengemukakan bukti bahawa Romero dan Ross tinggal di rumah berasingan, bertentangan dengan
maklumat kedua mereka berikan dalam borang imigresen. – AP

Lelaki gelabah bila ditanya kesan jerut dileher isterinya

Posted: 26 Apr 2011 07:40 PM PDT

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.
Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.

Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.
"Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan," katanya.

Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.

"Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut," katanya.
Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.

saya petik dari myMetro

Awas! Wanita ada serbuk naik selera yang mudahkan kena rogol

Posted: 26 Apr 2011 06:45 PM PDT

Bahaya ini...
saya petik dari myMetro


KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Buku berusia 500 tahun ditemukan

Posted: 26 Apr 2011 05:00 PM PDT

SALT LAKE CITY – Seorang pemilik agen buku kuno, Ken Sanders, baru saja dikejutkan oleh adanya sebuah buku berusia 500 tahun yang dia dapatkan dari seorang dermawan.

Buku tersebut didapatkannya ketika dia sedang menjadi sukarelawan pencari dana untuk pembangunan sebuah muzium kota kecil.

"Pada suatu petang ada seorang lelaki mendatangi kios saya dengan membawa sebuah beg plastik besar. Ia berkata pada saya bahawa dia membawa sebuah buku berusia lima abad dan berharap buku ini bernilai  wang untuk dapat disumbangkan," ujar Sanders seperti dikutip Associated Press.

Buku berjudul Nuremberg Chronicle tersebut merupakan edisi Bahasa Jerman yang diicetak oleh Anton Koberger dan diterbitkan tahun 1493.

Buku ini mengisahkan sejarah dunia di masa Alkitab diturunkan. Buku ini dianggap sebagai salah satu buku paling awal dan kaya akan ilustrasi dimasanya, khususnya setelah Johannes Gutenberg menemukan mesin cetak dan mulai terjadi revolusi penerbitan.

"Saya benar-benar terkejut melihatnya, dan tidak menyangka salah satu buku tertua di dunia muncul di Sandy, Utah", ungkap Sanders.(rhs)

Gambar yang jarang kita lihat

Posted: 26 Apr 2011 11:01 AM PDT


Baik betul ikan ni bawa kawannya berenang...

Budak yang mogok nak tengok Putera William diusir sampai dilapangan terbang

Posted: 26 Apr 2011 10:01 AM PDT

MEXICO CITY - Seorang remaja Mexico nekad ingin menghadiri pernikahan Pangeran William dengan calon istrinya Kate Middleton. Namun keinginannya dicegah oleh pihak imigresen Britain, saat dirinya menginjakan kaki di lapangan terbang Heathrow.

Imigresen Britain di London menahan Estibalis Chavez, yang sebelumnya melakukan aksi mogok makan di luar Kedutaan Britain di Mexico City beberapa waktu lalu. Aksi mogoknya ini dilakukan selama 16 hari di bulan Februari demi mendapatkan undangan dari keluarga Kerajaan Inggris.

Menurut Octavio Fitch Lazo yang teruja dengan keinginan dari Chavez, membayarkannya tiket pesawat ke London. Namun dirinya mengatakan Chavez ketika ini diterbangkan ke Sepanyol. Demikian dilapor Associated Press, Selasa (26/4/2011).

Fitch menyebutkan bahawa pihak kastam dan cukai Britain menilai remajai berusia 19 tahun tidak memiliki wang cukup untuk tinggal selama tiga minggu di Britain. Padahal Chavez sudah merencanakan perjalanan tersebut.

Chavez yang berharap dapat melihat proses pernikahan William dan Kate dari jauh, hingga ketika ini tidak dapat dihubungi untuk dimintai keterangan.

Remaja tersebut terbang dari Mexic City menuju London pada hari Khamis 21 April lalu, dua bulan setelah dirinya ditolak oleh pihak Kedutaan Britain. Penolakan itu sendiri didasarkan surat yang diberikan perwakilan Pangeran William bahawa dirinya tidak dapat menghadiri pernikahannya.

Banyak orang di Mexico menilai Chavez seperti orang gila. Mereka pun menyebutnya "perempuan gila di kedutaan" disaat dirinya kelaparan di dalam khemah Februari lalu.

Kini tidak jelas di mana dia berada ,Chavez yang dikhabarkan sudah berada di Sepanyol. Namun berdasarkan Fitch yang membiayai perjalanannya, Chavez akan berupaya untuk kembali masuk ke London, entah bagaimana caranya.

Rambut pun kena curi

Posted: 26 Apr 2011 09:45 AM PDT

CHICAGO – Polis Chicago baru saja mendapati sebuah kes pencurian yang membuat mereka merasa hairan kerana mereka harus mengurus pencurian rambut manusia dari sebuah perusahaan pusat kecantikan.

Polis merasa hairan apa yang dianggap berharga dari segumpal rambut yang telah dicuri oleh para pelaku pencurian itu.

"Para pelaku pencurian itu memecahkan pintu yang telah dikunci dengan dua kunci gerendel. Lalu mereka mengambil rambut-rambut manusia yang tak ada nilai di dalamnya," ujar seorang polis, seperti dilapor Associated Press.

Sarjan polis berkata, bahawa dirinya banyak menangani kes perampokan, tetapi tidak pernah satu dari perampokan tersebut yang melibatkan rambut.

Tidak jelas kerugian yang disebabkan dari perompakan ini. Belum diketahui apa motif membuat mereka mencuri bekas rambut ini.(rhs)

Unik, Ganja Dibuat Menjadi Minuman Soda

Posted: 26 Apr 2011 08:00 AM PDT

Di beberapa negara telah membenarkan ganja atau marijuana untuk keperluan medikal. Bahkan di Amerika Syarikat, zat aktif dalam ganja dikemas dan dijual dalam bentuk minuman ringan yang digemari kaum muda.

Canna Cola

 Clay Butler, pengusaha minuman ringan asal California baru-baru ini memproduksi minuman bersoda yang mengandung Tetrahydrocannabinol (THC) berkadar 35-65 mg/botol. THC merupakan bahan aktif dalam daun ganja yang memiliki efek halusinogenik atau menyebabkan seseorang berhalusinasi.

 Dalam dunia medik, THC sering dimanfaatkan sebagai ubat meski di sebahagian besar negara legalitasnya masih kontroversi. Selain sebagai halusinogenik, THC juga dipakai untuk mencegah Alzheimer, mengatasi nyeri Arthritis dan mengatasi depresi.

 Namun seperti halnya rokok, menghisap ganja untuk mendapatkan efek THC juga boleh menjadi kanser. Menurut penelitian, beberapa racun dalam asap ganja boleh menyebabkan kanser paru-paru dan tenggorokan.

 Terinspirasi dari efek samping asap ganja, Butler akhirnya menghadirkan rasa dan khasiat ganja itu dalam bentuk minuman bersoda. Butler merancang melancarkan produknya ke pasar mulai Februari dengan harga US$ 10 hingga US$ 15 .

 Nama dagang yang dipakai Butler sebagai cap minumannya adalah Canna Cola, diambil dari nama Latin ganja iaitu Cannabis sativa. Sayangnya kerana regulasi atau aturan tentang ganja berbeza di setiap negara, produk ini hanya akan dipasarkan di California dan tidak mungkin dibawa ke luar negeri.

 Di California, mengemas ganja ke dalam minuman ringan sebenarnya bukan hal baru. Soda rasa ganja sudah banyak dijual, namun hanya dalam skala kecil sementara Butler mengatakan Canna Cola sebagai produk pertama yang diproduksi dalam skala industri.

Tahukah kamu Gaji Seorang Pengasuh Anak Angelina Jolie adalah US$150 ribu setahun.

Posted: 26 Apr 2011 07:00 AM PDT

Memiliki enam orang anak dan mempunyai jadual kerja yang padat tentu memerlukan bantuan tenaga pengasuh anak. Hal itulah yang dialami pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt. Tak hairan, mereka bersedia membayar pengasuh anak dengan begitu tinggi.

 Bagi Anda yang ingin mendapatkan gaji sebesar US$150 ribu  dan boleh keliling dunia. Syaratnya adalah memiliki kemampuan beberapa bahasa, mempunyai gelar sarjana dan siap melakukan perjalanan keliling dunia bersama dengan keluarga pasangan yang terkenal dengan nama Brangelina itu.


Seperti dikutip dari Hollywoodlife, pasangan ini mengaku memerlukan bantuan baby sitter untuk mengurus keenam anaknya. Satu anak, satu pengasuh. Para pengasuh tersebut diharuskan boleh berbicara dalam dua bahasa.

 Memang tak mudah menjadi pengasuh keenam anak Jolie dan Pitt. Mereka sangat selektif dalam memilih baby sitter untuk anak-anaknya tersebut. Meski berat, tetapi mereka bersedia membayar dengan gaji yang mahal.

 Untuk pembayarannya, para pengasuh boleh menerima wang US$50 ribu sampai dengan US$150 ribu setahun. Gaji itu disesuaikan dengan waktu bekerja dan pengalaman.

 Bayaran sebesar itu diberikan kerana pasangan ini memang banyak menuntut dalam masalah penjagaan anak. Hal ini membuat Jolie dan Pitt mendapatkan pujian kerana mereka memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dengan pendidikan dan standard yang tinggi.

Percaya tak ini kek?

Posted: 26 Apr 2011 06:00 AM PDT









UNIK!! Melihat basikal SPERMA dari Denmark

Posted: 26 Apr 2011 05:00 AM PDT

Begitu turun ke jalan langsung saja basikal ini menarik perhatian pengguna jalan lain. Bentuknya sangat unik dan berbeza dengan basikal pada umumnya. Namun ternyata basikal  ini bukan seperti basikal biasa.Basikal ini direka khas untuk menghantarkan sample-sample sperma ke bank sperma di Denmark.Sistem cooling yang cukup canggih membuat sample sperma tidak rosak ketika di perjalanan.






Real spiderman

Posted: 26 Apr 2011 04:00 AM PDT


Ada seorang pemuda dari India bernama Jyothi Raj (22 thn) yang ternyata mampu memanjat tembok / tebing tinggi seperti labah- labah dan bahkan dia boleh memutarbalikkan tubuhnya ketika bergantungan di dinding tersebut, dan hebatnya itu dilakukan tanpa bantuan alat apapun.











Anggota Parlimen Russia Dilarang Pamer Peha

Posted: 26 Apr 2011 03:00 AM PDT

Anggota Parlemen Rusia Alina Kabaeva (Foto: Telegraph)

MOSCOW - Para anggota parlimen Russia dan pegawai perempuan dilarang untuk menggunakan skrit mini. Ini diatur dalam aturan kode etika yang baru disusun.

Aturan kod etika yang baru ini dikhabarkan berlaku untuk semua yang pekerja di Majlis Rendah Duma Rusia. Aturan ini harus diikuti oleh siapapun termasuk oleh anggota parlimen, ajudan serta para stafnya. Demikian diberitakan Telegraph.

Menurut Surathkabar Moskovsky para anggota parlimen ini diharuskan untuk menggunakan pakaian formal dan rapi. Tentunya hal ini mengakhiri masa-masa kebebasan para anggota parlimen khususnya yang perempuan, yang biasa mengenakan skrit mini.

Selain itu, aturan ini juga mengharuskan para anggota Parlumen Duma untuk meminima hubungan dengan wartawan. Mereka menegaskan segala bentuk pekerjaan yang berkaitan dengan media, harus diserahkan kepada division media parlimen tersebut.

Hebatnya, para anggota parlimen juga diatur dalam bertutur kata. Mereka diharuskan untuk menghindari bahasa yang kasar dan arogan saat bersentuhan dengan pihak lain.

Bila ditelaah aturan ini memang cukup ketat. Mungkin saja hal ini dapat merubah paradigma anggota parlimen yang kerap dianggap arogan dan bertindak semaunya saja.
(faj)

Gila ! Gurun Sahara Mahu Dibuat Hutan

Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT

Pada tahun 2008, sebuah proposal Sahara Forest Project, sebuah solusi berkesinambungan luar biasa bagi kelangkaan sumber daya yang akan mengubah padang gurun Sahara menjadi sumber makanan, air, dan energi. Norway dan Jordan baru-baru ini menanda tangani kesepakatan untuk pengembangan sistem perintis Sahara Forest Project di kawasan pantai di  Jordan. Kelompok ini juga akan melakukan sejumlah penelitian di Jordan, dengan dukungan kewangan dari pihak Norway.


Lokasi ujian yang dipilih adalah seluas 200 ribu meter persegi di Aqaba, sebuah kota pesisir di selatan Jordan, dekat dengan pantai Laut Merah. Perjanjian ini juga menggunakan lokasi tambahan seluas 2 juta meter persegi untuk lokasi berikutnya. Sahara Forest Project menggabungkan Concentrated Solar Power (CSP) dan rumah kaca air laut untuk menyediakan energi terbaharu dan solusi agrikultural berkesinambungan dalam jumlah besar, pada dasarnya mengubah salah satu lingkungan paling tidak ramah menjadi oasis yang subur.


Rumah kaca air laut menggunakan tenaga suria untuk mengubah air laut menjadi air segar yang kemudian digunakan untuk menyirami sayuran dan ganggang segar (untuk menyerap CO2). CSP menyediakan energi untuk menghidupkan seluruh operasi. CSP menggunakan ribuan cermin untuk mengarahkan cahaya matahari ke sebuah pemanas air, memanaskannya sampai suhu 1000 Fahrenheit lebih. Pemanas ini mengeluarkan wap, yang menggerakkan sebuah turbin untuk menciptakan energi.


Sahara Forest Project diciptakan oleh arkitek biomimikri Michael Pawlyn, designer rumah kaca air laut Charlie Paton, dan pengarah struktur Bill Watts. Pada tahun 2009, trio ini bergabung dengan Bellona, sebuah NGO lingkungan antarabangsa yang terletak di Norway, dan menunjukkan proposal mereka di COP15 pada bulan Disember 2009. Umpan balik positif membawa lebih banyak presentasi, termasuk satu presentasi di Oslo Juni tahun lalu, dihadiri oleh Yang Mulia Raja Abdullah II dari Jordan. Raja begitu teruja dengan projek ini sampai dia mengundang pasukan SFP ke Jordan pada bulan Oktober untuk membincangkan kajian kelayakan yang membuka pintu untuk kesepakatan ini.


Pasukan SFP akan melakukan penelitian mendalam tahun ini dan mengembangkan sebuah pusat demonstrasi pada tahun 2012. Pengembangan komersil mungkin akan dimulai pada tahun 2015. Menurut pasukan ini, fasiliti-fasiliti seperti di Aqaba memiliki potensi yang besar yang menguntungkan lingkungan. Mereka boleh mengurangi masalah kekurangan makanan dan air, menghasilkan biofuel tanpa bersaing dengan produksi empangan, dan berkontribusi untuk usaha penghijauan di area-area padang gurun. Ditambah produksi tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dan mengurangi konsentrasi CO2 di atmosfera.

Doktor palsukan jadual sebab malas nak periksa pesakit

Posted: 26 Apr 2011 01:45 AM PDT

HONG KONG – Seorang doktor di Hong Kong di dakwa di pengadilan kerana membuat janji konsultan palsu agar dirinya terlihat memiliki jadual yang penuh.

Suratkabar China South China Morning Post mengkabarkan, Michael Ho (46) didakwa melakukan pelanggaran di tempat praktik dan penipuan setelah memalsukan 33 janji konsultan menggunakan nama-nama keluarga dan pesakitnya pada tahun 2007 dan 2008. Dengan begitu dia tidak perlu memeriksa pesakit yang datang tanpa membuat janji dengannya.

Ho, yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut, dikatakan menggunakan nama ayah, ibu, dan anak lelakinya untuk membuat 16 janji konsultan di hospitalt awam ketika kedua orangtuanya sedang ke luar kota dan anak lelakinya tengah berada di sekolah. Demikian seperti dikutip AFP.

Jaksa Steven Kwan mengatakan di pengadilan bahawa Ho mengisi jadualnya dengan janji konsultan palsu meskipun dia diharuskan memeriksa 70 pesakit selama lapan jam waktu kerjanya di Pusat Kesihatan Kowloon Pusat.

Terdakwa, yang menerima 83.370 dolar Hong Kong sebulan sebagai doktor , muncul di pengadilan pada hari ini setelah ditangkap oleh polisi anti-korupsi Kowloon pada 2009.
(rhs)

Burger dalam tin,inovasi baru

Posted: 26 Apr 2011 12:30 AM PDT

Burger dalam tin diproduksi oleh perusahaan di Switzerland, Katadyn, Trekking-Mahlzeiten, sebuah perusahaan khas yang mengembangkan makanan siap saji untuk ekspedisi, outdoor dan penggemar makanan ekstrim.

Burger dalam tin ini dikembangkan dengan teknologi tinggi oleh Trekking-Mahlzeiten. Burger ini hanya memerlukan air untuk menyajikannya. Panaskan burger tin ini di atas periuk yang berisi air di atas api sekitar 10 minit , buka tutupnya dan siap dimakan . Produk ini tahan 12 bulan tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais.















Remaja tembak kakak yang sedang berkasih

Posted: 25 Apr 2011 11:00 PM PDT

WICHITA – Melihat kakak perempuannya yang sedang berkasih, seorang remaja 16 tahun secara tidak sengaja menembak mereka. Akibat tembakan tersebut kakak perempuannya mengalami luka-luka, sementara kekasihnya meninggal dunia.
 
 Sarjan Polis Jesse Boomer mengatakan, polis terus menuju tempat kejadian setelah mendapat laporan adanya penembakan. Dikatakan penembakan itu terjadi pada pukul 01.00 tengahari hari waktu setempat.
 
 Boomer berkata, remaja laki-laki dinyatakan meninggal dunia, sementara si gadis dilarikan ke hospital kerana dalam keadaan kritikal.
 
 "Pelaku penembakan marah kerana kakaknya memiliki hubungan dengan mangsa laki-laki," ujar Boomer seperti dikutip Associated Press.
 
 Polisi mengatakan pelaku penembakan baru saja keluar hujung minggu di Rumah Anak-Anak Wichita, sebuah penampungan darurat dan sementara untuk remaja yang mengalami perlakuan kasar, diabaikan, dan melarikan diri dari rumah. Tersangka langsung ditahan oleh polis.

Jutawan sewa lapan model berpakaian seksi untuk protes hakim

Posted: 25 Apr 2011 10:00 PM PDT


TAIWAN - Seorang jutawan di Taiwan menyewa lapan orang model untuk memprotes para hakim yang enggan meneruskan kes hukum penggigitan kaki seorang pembantu rumah  oleh seekor anjing Peking.

Hakim menolak meneruskan kes ini kerana merasa telah bosan. Pasal kes tersebut kini menjadi bahan tertawaan orang ramai. Demikian lapor Orange.

Wang Xuan, pemilik anjing tersebut, menyewa para model untuk melakukan aksi protes dengan memakai pakaian minim dengan mengusung isu "keadilan" di luar pejabat  pengadilan. Kerana masalah kompensasi yang tidak sebanding dengan insiden penggigitan tersebut.

 Sekarang hakim sudah "membuang" kes tersebut dari jadual persidangan, dan meminta Xuan dengan tetangganya Bai Lianping yang juga seorang jutawan mencapai kesepakatan bersama untuk mencapai penyelesaian kes ini.

 "Ini telah menjadi lawak dan pengadilan bukanlah tempat bermain bagi orang kaya," kata juru cakap pengadilan.(rhs)