Adsense

Isnin, 25 April 2011

borak kosong

borak kosong


Seorang askar Britain gelar tunang Putera William 'lembu angkuh' di Facebooknya

Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT

LONDON: Seorang askar Britain digugurkan sebagai pengawal ketika hari perkahwinan diraja Putera William dan Kate Middleton selepas menggelar bakal isteri pewaris takhta British itu sebagai 'lembu angkuh' di laman Facebook miliknya. 

 Anggota Scots Guardsman, Cameron Reilly, 18, digugurkan daripada majlis Jumaat ini selepas menggunakan kata-kata kesat terhadap Middleton menerusi laman web sosial itu dengan menulis: "Dia dan William lalu depan aku, Jumaat lalu dan apa yang aku dapat hanya lambaian beliau (Middleton) pada masa sama menoleh ke arah lain. Lembu sombong, aku tidak cukup bagus untuk mereka,". 

 Reilly merujuk kepada arak dan mencetuskan masalah sebagai hobi dalam laman Facebooknya. Berikutan itu, pasukan Scots Guardsman berkata, mereka akan menyiasat komen Reilly selepas diarahkan bertugas di Menara London. 
 Sementara itu, kira-kira 5,500 parti di jalan raya akan diadakan di seluruh Britain pada hari perkahwinan pasangan itu. 

 Pemohonan untuk penutupan jalan bagi membolehkan parti itu diadakan membanjiri majlis perbandaran di seluruh Britain, khususnya kawasan selatan England yang dikatakan dihuni penduduk lebih kaya berbanding sebelah utara. 

 Persatuan Kerajaan Tempatan (LGA) berkata, banyak majlis perbandaran dibanjiri permohonan mengadakan parti itu, biasanya membolehkan tiang dipasang bendera dan risalah selain meja mudah alih untuk meletakkan makanan dan minuman. 

 Bagaimanapun, majlis perbandaran Barking dan Dagenham dilaporkan tidak menerima walau satu permohonan sekalipun. 
 ""Ada pihak mahu mengadakan parti tetapi di dewan dan kami belum menerima permohonan menutup jalan bagi tujuan yang sama," kata jurucakap majlis. 

 Di seluruh ibu kota London pula, dianggarkan 800 parti bakal diadakan dan beratus-ratus lagi dirancang di Surrey,  
Hertfordshire dan Kent. – AFP

Heboh ..Penyanyi Taiwan protes separuh bogel

Posted: 25 Apr 2011 08:30 PM PDT

Macam-macam hal...
saya petik dari kosmo online

TAIPEI - Seorang penyanyi, Lee Mi mencetuskan kekecohan kerana dia melakukan protes separuh bogel di depan pejabat Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou di sini semalam.

Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear.

Dalam protes itu, dia duduk sambil memegang poster yang menutup payu daranya manakala beberapa orang lagi memakai baju berwarna putih.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis datang dan menghampiri penyanyi berkenaan.

Tubuh badan penyanyi itu yang separuh bogel kemudian ditutup dengan sehelai kain oleh anggota-anggota polis wanita.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-25 krisis Chernobyl, Ukraine yang berlaku pada 26 April 1986.

Isu keselamatan nuklear semakin mendapat perhatian masyarakat dunia ekoran kejadian yang berlaku di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang bocor akibat dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu.

Sehingga kini loji itu gagal dibaiki menyebabkan berlaku kebocoran radioaktif. - Agensi


Wakil rakyat Taiwan label orang Islam militan minta maaf

Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT

Mulut terlampau lancang sangat..
saya petik dari kosmo online

TAIPEI - Seorang wakil rakyat Taiwan memohon maaf kepada umat Islam semalam selepas beliau dan isterinya melabelkan orang Islam sebagai militan dan menyamakan mereka dengan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden ketika beliau berjenaka dalam satu rapat umum politik.

"Saya memohon maaf jika apa yang kami katakan di pentas membuatkan orang Islam marah," kata ahli politik berkenaan, Yu Tien daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DDP).

Peristiwa kontroversi itu berlaku semasa Tien dan isterinya, Lee Ya-Ping berkempen mewakili parti mereka. - AFP

Perut membengkak pakai ubat pelangsing

Posted: 25 Apr 2011 06:45 PM PDT

Bahaya betul....
saya petik dari myMetro


KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Tindakannya mencuba dulu cecair produk pelangsingan badan itu menyebabkan dia mengalami bengkak di perut dan menyakitkan setiap kali bergerak.

Lebih teruk lagi, bahagian yang bengkak itu mengeluarkan nanah serta cecair berbau busuk.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Chen, 30-an, berkata pada mulanya dia enggan menjadi ejen produk terbabit kerana kurang percaya akan memberi pulangan lumayan tetapi selepas dipujuk berkali-kali, dia mengambil keputusan mencuba produk bakal dijualnya itu bagi melihat kesannya.

Tarif Parking di San Francisco USD18 sejam

Posted: 25 Apr 2011 05:35 PM PDT

SAN FRANCISCO - Langkah ini sepertinya patut diterapkan untuk mengurangi pemakaian kendaraan peribadi.

Baru-baru ini KTVU melaporkan pemerintah San Francisco, Amerika Syarikat (AS) telah memberlakukan tarif baru untuk seluruh bayaran parking kendaraan peribadi di wilayah tersebut.

Tarif baru ini cukup membuat warga San Francisco tercekik. Pasalnya, bayaran parking melonjak hingga USD18 per jam untuk anda yang meletakkan kendaraannya di petak-petak kereta resmi.

Bayaran itu dibayar ketika permintaan parking cukup tinggi misalnya saat hari-hari kerja. Tapi jika tidak, bayaran parking ditetapkan bervariasi mulai dari USD0,25 hingga USD6.

Sistem parkir baru ini juga akan dilengkapi sensor yang akan diletakkan pada meter parking yang telah tersedia. Gunanya memantau berapa banyak parking yang ada untuk mempengaruhi bayaran selanjutnya.

"Kami sangat bersemangat dengan projek terbaru ini," sebut Juru Bicara Dinas Perhubungan Kota San Francisco Nathaniel Ford.

Diberi nama SF Park, proyek ini sedianya akan berjalan selama dua tahun sebagai projek percubaan. Jika berhasil maka program akan dibuat secara tetap.

Ford menyatakan, tujuan program ini sangat jelas, yakni untuk mengurangi kepadatan lalu lintas di jalan raya San Francisco dan menggiring para warga untuk beralih menggunakan pengangkutan awam.

Program SF park akan diterapkan di 6.000 meter parking kereta di 19 kota dan enam distrik San Francisco.

sumber:auto.ghiboo.com

Inilah Gaun Unik Dari Belon

Posted: 25 Apr 2011 11:01 AM PDT

Apakah sahabat penggemar fashion? Pasti sahabat pernah melihat berbagai macam jenis gaun ? Tapi pernahkan sahabat terfikir kalau ada gaun yang terbuat dari belon? Belum ? Kalau begitu sebaiknya kita melihat beberapa gambar gaun dari belon hasil design orang Jepun. Sangat unik dan menarik.



Siapa Menolong Mangsa 9/11 Nama Dimasukkan Dalam Daftar Teroris

Posted: 25 Apr 2011 10:01 AM PDT

Air susu dibalas air tuba, mungkin itu kata yang tepat buat pemerintah AS yang akan memasukkan data ribuan warganya yang telah membantu penyelamatan para mangsa serangan 11 Septermber 2001, ke dalam daftar teroris yang berada di bawah pengawasan FBI.

Mereka yang data peribadinya masuk dalam database teroris versi pemerintah AS, akan dianggap berpotensi menjadi teroris berdasarkan James Zadroga 9/11 Health & Compensation Act, undang-undang yang menggunakan nama seorang polis NYPD yang akhirnya meninggal dunia akibat penyakit yang menurut harian Huffington Post diduga didapat Zadroga ketika memberi pertolongan pada mangsa serangan 11 September 2001.

Pemerintah juga menolak memberikan bantuan perawatan bagi "para juru penolong" itu, yang menderita gangguan pernafasan dan gangguan kesihatan mental pasca memberikan pertolongan pada para mangsa serangan 11 September.

Surat yang ditulis Dr. John Howard, direktur National Institute for Occupational Safety and Health menginformasikan pada penyedia hasa medik di seluruh AS bahawa mereka yang berpartisipasi dalam program kesihatan 9/11, sebentar lagi akan diminta untuk mengirimkan semua data diri mereka pada FBI.

Langkah pemerintah AS itu tentu saja menerima kecaman keras, utamanya dari mereka yang terlibat dalam operasi penyelamatan korban serangan 9/11. "Tindakan yang absurd, bodoh, tolol," kata Glen Kline, bekas anggota pasukan layanan darurat NYPD.

"Kebijakan ini sangat lucu, dan saya fikir ini merupakan pelecehan terhadap semua orang yang bekerja di tengah runtuhan bangunan yang menjadi target serangan, lalu mereka sakit dan menderita, kata John Feal, bekas pekerja bangunan yang kehilangan sebelah kakinya di Ground Zero.

Sumber :http://www.eramuslim.com/

Hakim Inggris Masuk Islam: "Inilah Kehidupan Sejati yang Saya Inginkan"

Posted: 25 Apr 2011 09:01 AM PDT

Pekerjaannya memberikan hukuman terhadap anak-anak dan perempuan yang menjadi korban kekerasan, menjadi pembuka jalan baginya untuk mengenal Islam. Dalam beberapa kes yang ia tangani, ada beberapa diantaranya yang membuatnya harus berhubungan dengan Muslim, yang mendorongnya mencari tahu tentang agama Islam dan bergaul dengan komuniti Muslim.

Dia adalah Marilyn Mornington. Sekarang, ia sudah menjadi hakim distrik di Inggris, pensyarah bertaraf internasional dan penulis di bidang hukum keluarga dan kekerasan dalam rumah tangga.

Sebagai perempuan, Mornington memiliki prestasi luar biasa di bidang hukum yang dikerjaiya. Ia meraih gelar sarjana hukumnya dari Sheffield University dan mendapatkan biasiswa dari Notre Dame Convent.

Mornington mula menjalankan profesinya di bidang hukum khususnya untuk masalah keluarga pada tahun 1976 di Liverpool. Selama perjalanan kariernya, dia pernah menjawat berbagai posisi penting di sejumlah organisasi kemasyarakatan dan keilmuan.

Tahun 1994, Mornington ditunjuk sebagai hakim distrik di Birkenhead, Liverpool. Ia menjadi advokat pertama yang terpilih sebagai hakim distrik pada usia 40 tahun. Selain menjadi hakim distrik, Mornington juga diakui sebagai salah satu anggota World Academy of Arts and Science.

Lalu apa yang istimewa dari seorang Marilyn Mornington, sebagai seorang pakar hukum yang dihormati, hakim distrik dan tokoh masyarakat, ia adalah seorang muslimah. Pada tahun 2005, Marilyn menerima penghargaan "Friends of Islam" atas peran aktifnya untuk membangun hubungan yang baik antara Islam dan Barat.

Dalam rakaman video wawancara antara cendikiawan muslim Hamza Yusuf, Mornington menceritakan perjalanannya menjadi seorang muslim;

Selama 10 sampai 12 tahun sebelum masuk Islam, Mornington menangani isu-isu terkait kekerasan dalam rumah tangga, terutama pada anak-anak dan kaum perempuan, dan dalam beberapa kes terjadi di kalangan komuniti Muslim. Khsusus untuk muslim, agar boleh memahami persoalan dengan lebih baik, Mornington banyak membaca tentang agama Islam dan bergaul kalangan Muslim.

"Saya sudah mengkhususkan diri di bidang kejahatan terhadap perempuan, kekerasan terhadap perempuan dan penganiyaan terhadap anak-anak selama 10 sampai 12 tahun, untuk tingkat kebijakan yang diterapkan di Inggris Raya. Kerana pekerjaan ini, dan ini bukan pilihan saya sendiri, saya menjadi banyak terlibat dalam kes-kes kekerasan terhadap perempuan yang terjadi di komuniti Muslim di negeri ini. Agar saya boleh memahami dengan lebih baik darimana mereka berasal, saya mulai banyak membaca tentang Islam, mulai membaca Quran dan bergaul dengan kalangan Muslim," papar Mornington.

Tapi ketika seseorang mengetahui "kebenaran", tidak semua orang mengambil langkah berani dan menjawab panggilan "kebenaran" itu dengan berbagai alasan, mulai dari pertimbangan keluarga, teman dan status sosial. Namun buat Mornington, ia merasa ada sebuah kekuatan besar yang menuntunnya ke "jalan yang benar", dan ia merasa tidak ada pilihan lain.

"Saya harus mengatakan, saya tidak berfikir bahawa saya benar-benar punya pilihan dalam masalah ini, bahawa Allah Swt melihat saya, itu saja. Sejak saat itu, tanpa saya inginkan, saya terus bertemu dari satu orang ke orang yang lain, yang mengarahkan saya pada jalan dimana tidak ada tempat buat saya untuk kembali menengok ke belakang. Semakin saya tahu tentang Islam, tentang Nabi Muhammad Saw., menjadi semakin jelas buat saya bahawa inilah yang saya inginkan, tempat dimana saya ingin berada dan inilah apa yang saya ingin yakini," tutur Mornington, hingga ia memutuskan untuk mengucapkan dua kalimat syahadah dan menjadi seorang muslim sampai detik ini.

"Saya merasakan sangat nyaman dengan kehidupan keluarga dan kisah-kisah para isteri Rasulullah Saw. serta para sahabatnya. Dan seiring dengan berjalannya waktu, juga setelah mendengar ceramah dan membaca tulisan Syaikh Hamza, saya makin yakin, inilah kehidupan sejati yang saya inginkan,"kata Mornington. (ln/oi)

sumber : http://www.eramuslim.com

Peminat Lady Gaga Kembali Bernafas setelah Jantungnya "Berhenti" di Tengah Konsert

Posted: 25 Apr 2011 08:00 AM PDT

Ini tentang penggemar setia Lady Gaga yang berani mati! Khamis malam, Chrystal Thornton dan sahabatnya, Christina Tugman, berangkat menuju konsert Monster Ball Lady Gaga di Nashville, Tennessee. Tetapi pada ketika pembukaan konsert tersebut berlangsung, Chrystal menderita serangan jantung yang membuat jantungnya benar-benar berhenti berdenyut, menurut laporan CNN.

"Dia (Chrystal) berhenti bernafas, matanya putih dan tubuhnya mulai kejang," kata Christine. "Saya bertanya kepadanya apakah dia baik-baik saja, tetapi tidak ada respon," tambahnya.

Christina lalu lari ke lobi untuk mencari pertolongan, dan dalam satu minit, sebuah grup EMT (Emergency Medical Technician/Grup Medis Darurat) menolong Chrystal. "(Chrystal) tidak sedarkan diri dan jantungnya tidak berdenyut" kata kru EMT tersebut.

Dengan menggunakan alat pacu jantung portabel, pasukan paramedik berjuang selama lima minit lalu berhasil mengembalikn denyut jantung Chrystal lagi. Setelah itu dia dilarikan ke hospital.Chrystal dinyatakan telah berada dalam keadaan stabil.

Chrystal bersyukur boleh selamat, tetapi dia merasa sedikit kesal. "Saya merasa kesal tidak boleh melihat konser tersebut," kata Chrystal.

Gambaran Cyber Cafe Masa Depan

Posted: 25 Apr 2011 07:41 AM PDT

Pernahkah Anda membayangkan bagaimana rupa sebuah Cafe di Masa Depan?Dengan semakin pesatnya pertumbuhan komputer dan internet, mungkin dimasa depan, sebuah Cafe akan mungkin mejanya dapat berfungsi sebagai komputer dengan internet tentunya.Gambar dibawah ini boleh jadi sebuah konsep Cafe dimasa depan.






Keliling AS dengan Naik Teksi

Posted: 25 Apr 2011 06:00 AM PDT

NEW YORK, KOMPAS.com — Dua sahabat yang menyewa teksi dari New York City dengan bayaran 5.000 dollar AS untuk mengeliling Amerika Syarikat tiba di Los Angeles.


John Belitsky dari Leonia, New Jersey, serta Dan Wuebben dari Queens, New York, berhenti setelah berjalan selama enam hari. Keduanya sempat singgah ke Las Vegas, tempat mereka mendapat 2.000 dollar AS dari meja blackjack. Menurut Wuebben, idea perjalanan itu muncul pada sebuah pesta harijadi.

Belum jelas bagaimana cara mereka pulang. Yang pasti, Mohammed Alam, pemandu teksi yang mereka sewa, meminta temannya di Los Angeles menggantikan dia memandu teksi kembali ke New York. (AP/AFP/WAS)

Inilah Cara Membayar Tebusan ke Lanun Laut Somalia

Posted: 25 Apr 2011 05:00 AM PDT

Inilah Cara Bayar Tebusan ke Lanun Luat Somalia yang wajib dibayar! Berbincang dengan lanun laut bukanlah perkara senang. Apalagi memberikan wang tebusannya. Bagaimana negara-negara mangsa selama ini melakukannya?

Bila selama ini masyarakat berfikir bahawa pemerintah suatu negara akan mengeluarkan dana untuk membayar tebusan lanun laut, itu adalah salah.

Pemerintah dari negara-negara asal kapal tersebut, akan berfikir dua kali untuk mengeluarkan wang jutaan dolar untuk tebusan. Mereka biasanya menyerahkan nasib kapal dan krunya kepada perusahaan pemilik kapal.

Menurut ahli penculikan dan tebusan, tidak lama setelah sebuah kapal ditahan, krunya langsung memberitahu induk perusahaan mengenai situasi yang dialami. Perusahaan kemudian menghubungi pihak insurans yang kemudian menghubungi pihak ketiga.

Pihak ketiga yang dimaksud adalah perusahaan respons swasta seperti Control Risks di London atau ASI Global di Houston. Perusahaan ini biasanya memiliki staf eks-militer yang berpengalaman dengan situasi penculikan.

Perusahaan respons yang diberi kuasa ini kemudian melakukan perbincangan dengan lanun laut untuk menentukan jumlah tebusan. Tentu dengan nominal serendah mungkin bagi perusahaan insurans.

Perbincangan ini biasanya lama sehingga penawanan kapal dan krunya kerap berlangsung selama berminggu-minggu. Jika telah sepakat, maka perusahaan  tersebut akan mengirimkan wang tunai.

Caranya pun ternyata tidak sulit. Mereka hanya perlu mengangkut wang tersebut menggunakan helikopter dan menjatuhkannya di atas kapal yang ditahan. Cara lain adalah dengan mentransfernya melalui bank. Hal tersebut boleh dilakukan kerana longgarnya hukum antarabangsa.

Penahanan aliran dana boleh dilakukan bila berkaitan dengan individua atau organisasi yang dikategorikan sebagai teroris. Berbeza dengan lanun laut Somalia yang dianggap sebagai jenayah biasa.

Siapa menang?

Posted: 25 Apr 2011 04:00 AM PDT


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Dua remaja nekad bunuh diri bersama kerana tak tahan dibuli

Posted: 25 Apr 2011 03:00 AM PDT

CHICAGO – Pesta pijamas menjadi hal yang biasa dilakukan para remaja. Namun, dua remaja di Minnesota, Amerika Syarikat (AS), nekad gantung diri ketika melakukan pesta pijamas atas dasar perjanjian bunuh diri.

 Kedua gadis tersebut berusia 14 tahun. Mereka bersahabat dan sering diejek oleh teman-teman mereka di sekolah.Keluarga kedua gadis tersebut merasa bersalah kerana tidak menyedari tanda-tanda bahawa mereka ada masalah.

 Tidak ada seorang pun yang dekat dengan Haylee Fentress dan Paige Moravetz, mengetahui seberapa terpinggirnya mereka. Hingga suatu pagi, ketika ibu Haylee menemukan tubuh lemas mereka dan sebuah catatan bunuh diri.

 "Mungkin seharusnya kami lebih memperhatikan mereka. Mungkin semua orang harus lebih memperhatikan mereka," ujar sepupu Haylee, Hillary seperti dilapor AFP, Jumaat (22/4/2011).

 Beberapa minggu sebelum kematian mereka, Haylee dikeluarkan dari sekolah kerana berkelahi demi membela Paige yang diganggu teman-temannya.

 Haylee dikhabarkan menulis status di situs jejaring sosial Facebook, "Saya merasa kesepian. Saya harap boleh bersama teman-teman saya lagi."

 Kedua gadis tersebut meminta keluarga mereka berdoa dan jangan terlalu bersedih dalam catatan yang mereka buat.

Gadis yang perlu rawatan 24 jam tanpa henti dan mungkin dihospital sepanjang hidup

Posted: 25 Apr 2011 02:26 AM PDT

Penyakitnya itu membuat Alice perlu rawatan medik 24 jam tanpa henti.Alice Halstead, 18, sudah 2.5 tahun menghabiskan waktu hidupnya di Hospital Airedale, Keighley, West York. Penyakit unik yang dihidapinya membuat Alice rela menghabiskan sisa waktu hidupnya di hospital.

Pada usia 16 tahun, Alice divonis mengidap kelainan gula darah. Penyakit yang dideritanya sangat langka. Bahkan doktor mengatakanm penyakit itu menimpa 1 dari 6,7 juta pesakit diabetes di dunia. Penyakit itu membuat Alice perlu rawatan medik 24 jam tanpa henti.

Sebagai pengidap diabetes, Alice memerlukan insulin untuk mengawal kadar gula darahnya. Namun, tubuhnya juga berontak ketika menerima suntikan insulin. Tanpa perawatan khusus, keadaan ini dapat memicu penggumpalan darah yang boleh mengakibatkan kematian.

"Saya sudah melewati 16 tahun hidup normal dan sihat. Tak pernah terbayangkan saya akan mengalami keadaan seperti ini. Sungguh mimpi buruk membayangkan tinggal di hospital seumur hidup," kata Alice seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Pada 7 Jun 2006, Alice diagnosa menderita diabetes Tipe Satu. Namun, dalam waktu singkat keadaannya terus memburuk, dan doktor menyatakan penyakitnya bukan diabetes biasa. Ia juga didiagnosa mengidap Endocarditis, iaitu infeksi katup hati.

"Ada selang yang terpasang di hati yang langsung dapat mengatur keperluan insulin. Tapi daya tahan tubuh yang lemah seringkali memicu infeksi. Sangat unik, bahkan tidak ada doktor yang pernah menemukan kes seperti saya," ujarnya.

Waktu 2,5 tahun di rumah sakit, menggugah jiwa sosial Alice. Dalam keterbatasannya, ia melakukan penggalangan dana kemanusian untuk menghibur anak-anak yang menderita di hospital. Semua itu terinspirasi dari pengalamannya saat memenangi hadiah kemanusian untuk menyaksikan 'Lion King' di London pada Julai 2009.

Hingga kini, Alice berhasil mengumpulkan dana kemanusiaan sebesar £11,000. "Saya ingin banyak anak yang memiliki kesempatan menyenangkan seperti saya," ujarnya.

Adegan tak pedulikan orang ramai

Posted: 25 Apr 2011 01:00 AM PDT




STOMPer Shawn can appreciate a little intimacy, but he thinks this couple went too far when he saw them lying on top of each other, and subsequently making out, in front of families with children on the roof of Vivo City. 

The STOMPer wrote:

"I recently went to Vivo City to hang out with some friends and when we got to the upper deck of Vivo City, the first thing we noticed was this couple lying on each other as if they were in a hotel. 

"There were easily 40 odd people in that area including families with small children. 

"The couple soon awoke from their cuddle and began making out... 

"The guy held on to her as if she was the first girl he had ever seen...

"I appreciate slight intimacy between couples but this is too much and a bit desperate..."

Masya Allah...Kanak-kanak Dua Tahun Tembak Ibunya

Posted: 25 Apr 2011 12:00 AM PDT


FLORIDA – Seorang kanak-kanak dua tahun disyaki telah menembak ibunya dengan pistol berisi peluru yang terletak di lantai.

 Troy Bailey mengacukan pistol Glock ukuran 9 milimeter ke arah ibunya, Julia Bennett (33), setelah mengambilnya dari lantai. Diperkirakan, kanak-kanak tersebut menyangka pistol tersebut adalah pistol mainan. Bekas kekasih mangsa  mengaku melihat adegan mengerikan ketika anaknya secara tidak sengaja menarik pelatuk pistol dan menembak ibunya.

 Troy Bailey Sr, mengaku telah meletakkan pistol tersebut tanpa mengawasinya ketika berkunjung ke rumah bekas kekasihnya di Fort Lauderdale, Florida. Bailey Sr, berkata anaknya mengambi senjata tersebut dan mengarahkannya pada Bennett, kemudian menarik pelatuknya.

 Polisi mengatakan, Bennett, yang bekerja sebagai jururawat, mati akibat satu tembakan. Namun, Bailey Sr tidak dimasukan dalam daftar tersangka atau orang yang berkepentingan dalam penyelidikan.

 Sementara itu, anggota keluarga Bennet merasa tidak masuk akal seorang anak usia dua tahun boleh menarik pelatuk pistol. Para tetangga menyaksikan bagaimana anak dua tahun tersebut diperiksa polis beberapa saat setelah penembakan.

 "Mereka membawa anak itu ke dekat pohon, lalu  memeriksa apakah ada serbuk senjata ditangannya," ujar salah seorang tetangga, Naomi Williams, seperti dikutip Telegraph, Isnin (25/4/2011).

 Para pekerja sosial membawa anak tersebut untuk dirawat, namun dia dikembalikan ke keluarga ibunya sementara penyiasatan masih terus dijalankan. Seluruh anggota keluarga masih cuba memahami apa yang t terjadi sambil terus menenangkan anak tersebut yang masih terus memanggil-manggil ibunya.

Madin Mohammad kanak-kanak yang bakal sehebat Ronaldo

Posted: 24 Apr 2011 11:00 PM PDT


Paris - Madin Mohammad boleh dianggap masih budak hingusan. Tetapi, kemampuan kanak-kanak enam tahun itu dalam mengelecek bola tidak ubahnya seperti pemain bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo.

 Warga Perancis keturunan Algeria itu disebut-sebut menjadi impian Real Madrid dan Chelsea. Melihat kehebatannya, wajar saja kelab terkenal itu mengimpikan budak ajaib yang disebut-sebut sebagai New Ronaldo atau New Zidane itu.

 Gaya permainan bola Madin memang mengundang kekaguman. Kemampuannya mengelecek bola dan melewati hadangan para pemain mengingatkan kita pada sejumlah pemain bintang sekelas Zinedine Zidane, Ronaldo atau Lionel Messi. Madin bahkan boleh melewati hadangan orang dewasa dengan trik-trik gerakan kaki yang lincah seperti Ronaldo, atau memutar badan layaknya Messi atau Zidane ketika mengelecek dan melewati lawan.

 Kelincahan, speed, dan power juga di atas rata-rata pemain remaja seusianya. Sebagaimana Zidane, Madin Mohammad berdarah Algeria. Orangtuanya hijrah ke Perancis dari negara di kawasan utara Afrika tersebut ketika Madin masih tiga tahun. Madin kemudian mendapatkan biasiswa dari Persekutuan Bola sepak Peranchis.

 Nama Madin menjadi terkenal setelah acara Tlfoot di televisyen Perancis TF1 menayangkan rakaman Madin saat bermain bola sepak dengan teknik-teknik yang mengundang kekaguman para penontonnya. Sebelumnya, orangtua Madin masih menyembunyikan anak mereka itu dari media massa kerana khuatir ekspose berlebihan akan berpengaruh negatif terhadap perkembangan dan kemampuan anak ajaib itu dalam membesar.

 Christian Lazaoui, Ketua Umum Roubaix, kelab Madin mengungkapkan, " Dia punya bakat yang luar biasa. Dia bermain bola sepak setiap hari dan punya ghairah yang sangat besar terhadap bola sepak."



Pasukan Dajjal Telah Muncul?

Posted: 24 Apr 2011 10:30 PM PDT

Benarkah bala tentara Dajjal telah muncul? Pertanyaan ini muncul ketika Israel memperkenalkan "Kfir" yang merupakan brigade elit Israeli Defenses Force (IDF).
Brigade ini dibentuk sebagai "900th Brigade" atau Brigade ke-900, yang masuk dalam unit paling elit kesatuan infanteri IDF di bawah Kementerian Pertahanan Israel.
Brigade Kfir berada di bawah komando Divisi 162 (Utzvat Haplada). Nama asli Brigade tersebut adalah "KFR", kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup.
Pasukan ini juga merupakan kesatuan anti teroris yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, perusahaan penerbangan Israel bernama IAI yang bekerja sama dengan agen pemerintah juga telah melancarkan pesawat tempurnya yang diberi nama Kfir.
Mereka sendiri mestinya sudah tahu benar dengan erti kata Kfir tersebut. Lantas atas kesombongan lah yang membuat mereka menamakan dirinya Kafir (tidak percaya kepada tuhan) atau alasan lainnya?
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahwa ciri-ciri fisik Dajal, selain bermata satu, di jidatnya juga ada aksara Arab "Ka Fa Ra" atau Kafir.
Kafir bererti "Tidak mempercayai". Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah Swt, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer.
Di hadist lain, Rasullullah SAW juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Cuba perhatikan gambar di bawah ini :

image

image
Apapun inilah tujuan Israel untuk menghancurkan umat Islam.Mungkin dengan menubuhkan pasukan ini mereka dapat menakut-nakutkan umat Islam.Yang pasti semua ini hanya Allah SWT YANG MENGETAHUINYA.
Sumber : http://unik-aneh-langka.blogspot.com