Adsense

Khamis, 10 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Faizal rela diurut batin demi Bunohan

Posted:

Faizal rela diurut batin demi Bunohan

Faizal rela diurut batin demi Bunohan

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN dan ihsan Apparat


PARA pelakon dan karyawan sewaktu pelancaran filem itu di Annexxe, Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.


FAIZAL Hussein antara pelakon tempatan yang terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit termasuklah bagi melakonkan watak hero dalam filem biarpun sudah 39 tahun terbabit dalam bidang lakonan.

Meskipun terpaksa bersaing dengan ramai pelakon dan hero baru tetapi dia yang mula berlakon ketika usianya lima tahun menerusi filem Darah Panglima terus membuktikan keunggulan di layar perak.

Malah, Faizal juga mempertaruhkan komitmennya yang tinggi termasuklah sewaktu penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Bunohan yang dijalankan di Kelantan dan selatan Thailand baru-baru ini.

Menurut pelakon berusia 44 tahun ini, dia sebagai Ilham sanggup melakonkan adegan urut batin dalam Bunohan bagi menghidupkan jalan cerita filem itu.

"Dalam adegan itu, saya betul-betul diurut oleh seorang tukang urut dari Thailand untuk tujuan urut batin. Urutan itu dilakukan ke seluruh badan saya termasuklah pada bahagian alat sulit saya bagi menjayakan adegan itu.

"Biarpun adegan itu tidak dipaparkan dengan jelas tetapi pengarah filem, Dain Iskandar Said mahu menggambarkan watak Ilham, seorang pembunuh upahan sedang menjalani urut batin untuk tujuan kecergasan.

"Saya dengan rela hati di urut batin kerana saya tahu Dain mempunyai sebab-sebab tertentu untuk adegan tersebut," katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran Bunohan di Annexxe, Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bunohan terbitan produksi Apparat dan diedarkan oleh Astro Shaw merupakan sebuah filem berlatarbelakangkan sebuah kampung di Tumpat, Kelantan.

Faizal yang juga anak pelakon veteran, Allahyarham Hussein Abu Hassan berkata, dia tidak menganggap lakonannya dalam adegan seperti itu menjatuhkan maruahnya, sebaliknya ia diolah dengan gaya arahan yang berhemah.

"Adegan itu digambarkan secara samar-samar. Dain mahu menunjukkan urut batin memang diamalkan dalam masyarakat kita untuk menguatkan hubungan seks. Dalam konteks watak Ilham ia untuk kecergasan.

"Selain itu, Dain mungkin mahu memaparkan tentang elemen budaya setempat iaitu keunikan urut batin kepada masyarakat luar.

"Ini kerana Bunohan juga akan diedarkan di luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Selain itu, elemen sukan tomoi dan penggunaan senjata seperti kerambit atau lawi menambahkan lagi keunikan budaya yang berasal dari selatan Thailand. Ini adalah antara tarikan dalam filem ini," ujarnya.

Bunohan dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara penghujung tahun ini, juga memaparkan sosio budaya masyarakat Melayu terutamanya di Kelantan dan selatan Thailand.

Tambah pelakon yang seangkatan dengan Rosyam Nor itu, dia turut berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah berlatih bercakap dialek Kelantan untuk menjiwai watak Ilham.

"Sebelum turun ke lokasi penggambaran, saya terpaksa mengikuti kelas dialek Kelantan, belajar menggunakan lawi dan bersilat untuk adegan-adegan pertarungan. Saya juga diajar cara-cara memandu bot.

"Dain seorang pengarah yang teliti. Peluh yang mengalir di dahi saya pun, dia ambil berat. Kalau kurang setitik, saya yakin dia akan tambah menjadi cukup supaya ia kena dengan ekspresi dalam adegan yang saya lakonkan itu," ungkapnya.

Berpengalaman berlakon sebanyak 22 buah filem dan lebih 30 drama televisyen, Faizal berpuas hati selepas menonton sedutan Bunohan. Dia menyifatkan filem itu sarat dengan elemen seni dan budaya masyarakat negara ini.

Sebagai pelakon yang masih laku dalam industri lakonan tanah air, Faizal sedikit pun tidak berkecil hati apabila turut dikaitkan dengan jolokan hero tua seperti yang pernah dilabelkan ke atas Rosyam yang juga sepupunya itu.

"Saya tidak kisah dengan label hero tua. Yang penting, saya terus diberi kepercayaan berlakon oleh para penerbit dan pengarah. Atas kepercayaan itulah, saya sanggup memberi sepenuh komitmen dalam lakonan saya.

"Pada masa sama, saya juga akan terus berlakon filem dan drama. Ada yang bertanya kenapa saya tidak memberi tumpuan kepada bidang pengarahan selepas lama berlakon? Saya kata, banyak lagi watak yang belum saya lakonkan.

"Melalui bidang lakonan saya berpeluang mencuba banyak pengalaman baru termasuklah dalam Bunohan. Ia bukan sahaja mampu menarik minat penonton tetapi keunikan jalan ceritanya membuatkan semua pelakon Bunohan merasa teruja," katanya lagi.

Selain Bunohan, Faizal pernah membintangi filem 2 Alam pada 2010, Jalang (2009), GK3 The Movie (2005), Pontianak Menjerit (2005), MX3 (2003), Janji Diana (2003), Gerak Khas The Movie 2 (2002), KL Menjerit (2002), Getaran (2001) dan Leftenan Adnan (2000).

Filem-filem lain lakonannya berjudul Sate (1997), Siapa Dia (1996), Litar Kasih (1996), Fantasi (1993), XX-ray (1992), Kanta Serigala (1990), Tuah (1990), Bayangan Maut (1990), Tak Kisahlah Beb (1989), Gila-Gila Remaja (1986), Bujang Selamat (1985) dan Senja Merah (1982).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rebab Berbisik kembali di IB

Posted:

Rebab Berbisik kembali di IB

Rebab Berbisik kembali di IB

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

SUDAH 11 kali monodrama Rebab Berbisik dipentaskan di beberapa lokasi seluruh negara oleh aktivis teater terkenal, Rosnan Rahman atau lebih digelar Pakyung Malaysia.

Kali ini, Lambang Sari, Istana Budaya (IB) pula bakal menjadi tempat untuk pementasan Rebab Berbisik selama empat hari berturut-turut.

Dijadualkan menemui peminat teater pada 8 hingga 11 April ini, Rebab Berbisik menampilkan empat watak dan ia hanya dilakonkan oleh Rosnan seorang sahaja.

Bersesuaian dengan judulnya, naskhah tersebut mengangkat seni tarian yang berkait rapat dengan alat muzik rebab iaitu makyung sebagai plot utama jalan ceritanya.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini, Rosnan memberitahu, dia begitu bersyukur kerana akhirnya berpeluang beraksi sekali lagi di pentas teater IB yang merupakan antara panggung teater berprestij dunia.

"Pertama kali dipentaskan di pusat teater Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2006, saya begitu bangga apabila naskhah ini mendapat sambutan ramai sehingga kini.

"Setelah hampir enam tahun dipersembahkan di hadapan penonton di 11 lokasi, hasrat untuk kembali mementaskan Rebab Berbisik di IB bakal terlaksana," jelas Rosnan yang begitu teruja menantikan detik pementasan itu.

Dalam pada itu, Rosnan menjelaskan, pementasan itu dibuat bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat yang dilihat seakan-akan telah meminggirkan seni tarian.

Sedangkan, katanya, seni tarian itu diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) sebagai seni warisan milik Malaysia.

"Seni tarian ini mempunyai nilai khazanah yang agak tinggi dan saya cukup sedih apabila mengenangkan ia semakin dilupakan.

"Selama 15 tahun saya mempelajari makyung, cukup susah untuk melihat anak muda yang meminati seni tarian ini.

"Disebabkan itu, saya menjelajah ke seluruh negara untuk memperkenalkan seni tarian ini kerana khuatir ia akan ditelan zaman," jelas Rosnan sambil menitiskan air matanya mengenangkan nasib seni warisan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.