Adsense

Khamis, 3 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Amy Mastura tidak popular lagi?

Posted:

Amy Mastura tidak popular lagi?

Amy Mastura tidak popular lagi?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL dan ihsan BOXLITE FILM


PENANGGAL merupakan telemovie terbaru lakonan Amy Mastura.


AMY Mastura mula dikenali ramai dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan nyanyian Asia Bagus yang mencungkil bakat-bakat penyanyi Asia yang diadakan di Jepun pada tahun 1994.

Biarpun lebih awal menceburi bidang nyanyian dengan tampil bersama album sulungnya berjudul Amy Mastura pada 1994, tetapi hari ini kariernya lebih menyerlah sebagai pelakon.

Bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini misalnya, lebih banyak berlakon filem iaitu sebanyak 12 buah filem berbanding tujuh buah album sepanjang karier seninya.

Mula berlakon filem menerusi judul Impian pada 1996, Amy dilihat lebih menyerlah sebagai pelakon filem berbanding medium-medium lain termasuklah drama mahupun telemovie.

Bagaimanapun, kebelakangan ini populariti isteri Alvin Tham Suffian itu dalam bidang perfileman dikatakan tidak segah sewaktu zaman kemuncaknya pada tahun 1990-an.

Apatah lagi, selepas mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua anak, Adriana, 10, dan Adalia, 6, Amy kini lebih banyak mendapat tawaran berlakon drama televisyen (TV) berbanding filem.

Menurut pelakon dan penyanyi berusia 40 tahun ini, dia tidak berasa namanya merudum sebaliknya, terus menerima tawaran berlakon filem mahupun drama TV dan telemovie.

"Saya masih berlakon sama ada filem atau drama TV. Bezanya dulu saya lebih banyak berlakon filem tetapi kini saya meluaskan lagi ke bidang lakonan drama TV dan telemovie yang baru bagi saya.

"Selain itu, dulu semasa aktif berlakon filem, watak-watak yang saya lakonkan lebih kepada dunia remaja yang glamor tetapi sekarang ia bersesuaian dengan usia dan status saya.

"Saya masih lagi mendapat tawaran berlakon, contohnya filem Hooperz, Aku Tak Bodoh dan Damping Malam yang ditayangkan tahun lalu," katanya kepada Hits ketika ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan di sebuah restoran terkemuka itu, Amy memperkenalkan telemovie terbarunya berjudul Penanggal yang telah pun ditayangkan di Astro Ria pukul 9 malam semalam.

Hadir sama pada majlis yang diadakan santai untuk para wartawan hiburan itu ialah pelakon Penanggal yang lalin iaitu Zizan Nin, Sharifah Shahora dan Sharnaaz Ahmad.

Menerusi telemovie seram terbitan Boxlite Film Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Michael Ang itu, Amy melakonkan watak Suri yang menjadi hantu penanggal semata-mata untuk menjadi cantik.

Jelas artis yang berasal dari Ipoh, Perak ini, dia juga tidak berkecil hati apabila popularitinya dikatakan merosot daripada heroin pelakon filem popular kepada pelakon drama TV.

"Saya tidak kecil hati kalau ada orang yang beranggapan populariti saya sudah merosot, sebaliknya saya berasa seronok kerana dapat mencuba bidang lakonan baru seperti drama TV dan telemovie.

"Ini kerana, melalui dua medium lakonan itu saya berpeluang melakonkan lebih banyak watak dan masa penggambarannya juga tidak sepanjang berada di lokasi filem," ujar pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi ini lagi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jawapan Kekasih itu begitu teruja dan sukar melupakan pengalamannya berlakon dalam Penanggal iaitu telemovie seram pertama lakonannya.

Jelasnya, menerusi telemovie yang menjalani penggambarannya di Banting, Selangor itu dia melakonkan watak hantu penanggal yang belum pernah dilakonkannya sebelum ini.

"Banyak pengalaman baru yang saya lalui sewaktu melakonkan watak Penanggal seperti muka saya dilumurkan dengan madu lebah supaya ia kelihatan seperti darah manusia.

"Sementara jeli pula digunakan bagi menunjukkan jantung manusia dan madu juga dicampurkan dengan kopi Nescafe supaya nampak seperti organ manusia yang pekat kehitam-hitaman.

"Dua bahan itu digunakan supaya saya tidak berasa jijik dan lebih selesa kerana pada masa sama saya boleh memakannya kalau termasuk ke dalam mulut," ceritanya sambil ketawa.

Sepanjang bergelar penyanyi Amy telah menghasilkan tujuh album berjudul Amy Mastura (1994), Pujaanku (1996), Puteri (1997), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002), Lebih Baik (2005) dan Happy (2009).

Sudah sebati

Sementara 12 filem lakonannya pula berjudul Impian (1996), Tragedi Oktober (1996), Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), Kuala Lumpur Universiti (1999) dan Senario Lagi (2000).

Filem-filem lain lakonannya bertajuk Trauma (2004), Bintang Hati (2004), Hooperz (2010), Aku Tak Bodoh (2010), Damping Malam (2010) dan Syhh.. Dia Datang (2011).

Sewaktu ditanya tentang bidang nyanyian, Amy berkata dia masih menyanyi dan menerima undangan mengadakan persembahan biarpun sudah dua tahun tidak merakamkan album baru.

"Saya bermula dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung sebagai penyanyi. Jadi bidang nyanyian sudah sebati dengan karier seni saya selain bidang lakonan yang menyusul kemudiannya," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Penanggal, Michael Ang berkata, dia menaruh kepercayaan terhadap Amy bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi komitmen pelakon terbabit.

Katanya, Amy bukan sahaja berdisiplin sewaktu berada di lokasi penggambaran Penanggal tetapi hubungannya dengan para pelakon lain juga akrab dan memudahkan pembikinan telemovie itu.

"Secara keseluruhan sepanjang sembilan hari penggambaran telemovie itu Amy memberi komitmen yang baik, apatah lagi kebanyakkan penggambaran diadakan pada waktu malam.

"Amy bukan sahaja sanggup melakonkan adegan yang memerlukan mukanya ditempel dengan madu dan Nescafe tetapi juga sanggup berendam lama dalam kolam sewaktu di lokasi tersebut.

"Saya dapati Amy juga seorang yang boleh melakonkan sesuatu adegan itu secara spontan selepas saya menyebut 'action' biarpun pada mulanya dia seperti kurang yakin," katanya.

Penanggal mengisahkan tentang Razak (lakonan Zizan Nin, seorang lelaki bisu yang mati pucuk dan telah 10 tahun meninggalkan kampungnya kerana merajuk dengan cemuhan masyarakat di situ.

Tidak lama selepas itu, Razak kembali ke kampungnya bersama seorang isteri yang dikenali sebagai Suri di mana sekali lagi kepulangannya mendapat cemuhan orang-orang kampung.

Cemuhan itu timbul kerana ramai yang tidak percaya lelaki mati pucuk seperti Razak boleh mendapat isteri yang secantik Suri di mana ia turut dicemburi ramai lelaki di kampung itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leman RL5 mahu jadi YB

Posted:

Leman RL5 mahu jadi YB

Leman RL5 mahu jadi YB

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar IHSAN ASTRO


Leman (kanan) bersama Epy (tengah) dan Man (kiri) yang menghuni kedudukan tiga terbawah Gelanggang RL5 minggu ketujuh.


"APABILA sudah dikenali dan mencipta populariti, ia memudahkan laluan saya untuk bergelar Yang Berhormat (YB) di kawasan saya...".

Itu antara ungkapan yang terkeluar dari mulur peserta Raja Lawak musim kelima (RL5), Sulaiman Ibrahim, 29 atau Leman apabila tersingkir pada minggu ketujuh program itu.

Bergelar seorang peguam, kata Leman dia menyertai RL5 hanya untuk mendapat publisiti agar dikenali oleh komuniti di kampung halamannya, di Kuala Nerang, Kedah.

"Penyertaan saya dalam RL5 adalah strategi terbaik yang difikirkan kerana tujuh minggu berada dalam rancangan ini sudah memberikan publisiti meluas dan menaikkan populariti saya di kalangan komuniti Kuala Nerang.

"Apabila sudah dikenali dan mencipta populariti tersendiri, ia memudahkan laluan saya untuk bergelar YB di kawasan saya nanti.

"Sejak belajar di Universiti Malaya (UM), saya sudah berjinak-jinak dan aktif dalam politik kampus.

"Ini bukanlah omong kosong semata-mata tetapi ia adalah cita-cita saya. Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi, saya berharap hasrat untuk bergelar YB terlaksana," ujar Leman dalam nada yang serius sekaligus .

Kata Leman, melihat kampungnya yang agak daif dia bertekad untuk membawa pembaharuan demi manfaat penduduk di sekitar kampung halamannya.

"Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, penduduk di kampung saya mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

"Ia akan bertambah kronik menjelang musim perayaan atau pun cuti sekolah. Jadi, itulah perkara pertama yang saya akan tangani jika bergelar YB Kuala Nerang," jelas Leman.

Leman tersingkir dari RJL5 pada minggu ketujuh ekoran peratu undian yang diterima paling rendah.

Saban minggu, peratus undian yang diperoleh Leman meletakkannya di kedudukan paling selesa iaitu paling atas di kalangan peserta-peserta RL5 walaupun persembahan yang dipamerkan di Gelanggang RL5 dilihat longgar dan membosankan.

Namun, dua minggu kebelakangan ini, kedudukannya itu mula rapuh sehinggalah dia tersingkir.

Namun bagi Leman, penyingkiran itu merupakan berita yang mengembirakannya.

Ketika ditanya mengapa dia begitu gembira tatkala pasangan pengacara Zizan dan Johan mengumumkan penyingkirannya, Leman menjawab, keinginannya untuk keluar daripada RL5 akhirnya sudah dimakbulkan.

Dengan itu dia boleh menumpukan usaha bagi merealisasikan cita-cita untuk bergelab YB di kawasannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.